Punya lama aku tunggu nak dapat jawapan untuk tiga soalan ni, kih kih kih. Mungkin Ustaz Pyan sibuk betul dengan jadual mengajar anak muridnya. Tiga jawapan ni dah lama ada dalam whatsapp message antara kami berdua, dah berhabuk pun. Sebelum ia hilang terus ditelan masa, baik aku up kat blog aku ni. Aku cakap kat Pyan nak tambah soalan, dia cakap entah tahun bila pulak dia free nak jawab, kah kah kah. GERODOK merupakan band underground pertama dan paling lama bertahan di Sabah.
Gerodok memang aktif dan kebanyakan gig di Sabah
pasti ada terselit nama Gerodok. Macam mana bahagi masa antara komitmen lain
dan band?
Rasanya perkara ni lebih kepada pemilihan antara minat dan
tanggungjawab. Sebab sudah terlalu lama terlibat dalam scene underground, minat
tu jadi sukar untuk dibuang. Setakat ni belum pernah lagi penglibatan diri
dalam gig atau band menjejaskan tanggungjawab terhadap lain-lain komitmen. Penglibatan
dalam gig ni sedikit sebanyak mengajar kami untuk membahagikan masa dengan
sebaiknya.
Rilis kamu 'Kasi Mati Rakyat', bagaimana
maklumbalasnya? Ramai yang tak tahu tentang rilis ini aku rasa.
Kami cuma keluarkan sebanyak 50 copy pada
tahun 2008 dan cetak semula pada tahun 2014 sebanyak 100 copy sekali ngn
Gerodok split Kerna Dia. Diedar di sekitar Sabah saja. Mungkin tidak dapat
disampaikan secara mnyeluruh sekitar Sabah tapi maklum balas yang kami terima
agak memuaskan.
Lirik lagu Gerodok banyak tentang keamanan dan menolak
kekerasan. Bolehkah dikira lagu Gerodok ini satu bentuk dakwah juga?
Kami yakin bahawa dakwah boleh disampaikan dalam berbagai
cara dan dakwah melalui lagu tidak semestinya perlu dalam irama nasyid. Cukup
maklumat dan pengajaran tu sampai ke hati. Yang menilai sama ada lagu Gerodok
ini satu dakwah atau tidak, kami letakkan kepada kawan-kawan yang banyak
menyokong kami. Cukup bagi kami bila semua orang dapat enjoy karya Gerodok dan
ambil perkara yang baik-baik sahaja.
No comments:
Post a Comment