Thursday, December 19, 2013
Tuesday, December 3, 2013
Prakata Untuk Buku Wolf (versi BM)
Masa aku baru habis SPM di Kuala Terengganu dulu, aku bertandang ke rumah sewa kakak aku di Cheras. Hari-hari akhir aku di sana walaupun duit dah nak habis, aku pinjam duit kakak aku RM20 buat tambang LRT, bas dan tiket masuk ke gig di Ampang. Itulah kali pertama aku pergi gig di Kuala Lumpur dan itulah kali pertama aku tengok set Spunky Funggy. Yang aku ingat mereka ada mainkan lagu ‘Should I Stay Or Should I Go’. Dan yang aku ingat masa tu rambut Francis Wolf mengerbang kerinting dan berbaju kemeja denim.
Lepas SPM juga aku tubuhkan band bersama rakan-rakan, Jellybelly dan tak sangka Francis Wolf ada jemput band kami untuk beraksi di Punk Picnic yang diadakan di Port Dickson. Aku lupa sebab apa kami tolak pelawaan tersebut, tapi rasanya kerana masing-masing sibuk masa tu sebab ahli-ahli baru sambung belajar di IPT dan berjauhan.
Tidak lama kemudian, kami sama-sama terlibat dengan satu kompilasi yang dinamakan ‘Little Jerks’. Antara kugiran lain yang menyumbangkan lagu adalah Pusher, Toxin 99% dan Khordless Kill. Spunky Funggy menyumbangkan lagu mereka yang bertajuk ‘Gegar’. Walaupun lagu ini tidak menjadi hit seperti lagu ‘Viva La Punk’ oleh The Bollocks, bagi aku liriknya sangat tepat untuk menjadi staple anthem untuk para punk rockers. Dengarkan saja baitnya yang menggambarkan tentang attitude punk rock.
“Don’t really care what the people got to say, don’t really wanna stop, teras bergaya, tak pedulikan sesiapa, mereka maki, mereka ketawa, bangga dalam diri, tabah dalam hati, guna otak sendiri!”
Walaupun tanpa band, Francis Wolf tetap aktif bermuzik. Ke hulu ke hilir diusung gitarnya. Di tepi-tepi jalan, di tepian pantai dan di stesen LRT kau boleh jumpa mamat ni dengan nyanyian, petikan gitar dan senyumannya. Kalau lepak, dia suka ambil gambar bersama-sama menggunakan telefon bimbitnya untuk kenang-kenangan. Walaupun mungkin baru beberapa keping gambar aku dalam koleksinya tersebut, aku rasa aku adalah salah seorang yang bertuah juga. Antara lagu lain dari Spunky Funggy yang aku suka adalah 'Social Carbon Copy' yang dimuatkan dalam album mereka, 'Smile For The Revolution'. Lagu tu juga aku pinta darinya untuk dimainkan semasa dia beraksi di acara 'Kuala Lumpur Zine Fest and Distro Day Out 2013'.
Sebenarnya setengah dari tulisan dalam buku ni dah diterbitkan dalam bentuk zine fotostet secara terhad bertahun-tahun yang lalu. Kini, ia diterbitkan kembali untuk pasaran yang lebih luas dalam bentuk buku. Ia tampak lebih kemas dan diterbitkan sendiri oleh Francis Wolf, dalam dwibahasa – inggeris dan melayu. Kedua-dua bahasa diterjemah sendiri olehnya kerana tidak mahu buku ini sekadar dibaca oleh pemuda-pemudi di kawasan urban. Ini satu usaha yang aku tabik dan puji. Buku ini patut dikeluarkan kerana di Malaysia masih belum banyak buku bergenre begini diterbitkan sedangkan ramai yang mencarinya untuk dibuat rujukan atau sekadar koleksi peribadi.
Monday, November 25, 2013
Berbaju Punk di Majlis Pertunangan
Ada
satu kali tu, sepuluh tahun lepas, Fazri dan Mat Yie ajak aku pergi JB.
Aku tak ingat mereka ada urusan apa. Mat Yie nak tengok Stomping Ground
perform di gig. Aku rasa nak ikut, nak tengok N.E.T dan nak
berjalan-jalan. Aku lupa band apa lagi perform di gig tersebut. Yang aku
ingat Gastacops, dan mungkin Kharisma, Decepticon dan Nostalgia kot.
Sampai di JB, Acong dah tunggu kami di Terminal Larkin. Din Akar ambil
kami naik kereta oldskool merah dia dan memakai baju Future Primitve.
Dalam perjalanan dia duk asyik nyanyi lagu Holiday In Cambodia pastu
cerita pasal Jello Biafra.
Di gig, kami jumpa selebriti punk, Jimbo dan juga Andy. Lepas layan beberapa band, kami tak tunggu persembahan N.E.T pun. Mereka semua nak blah cepat sebab nak bergegas pergi majlis pertunangan Syed, salah seorang penulis zine Cronically Donut. Dia selalu tulis column dia yang berjudul ‘Saving Graces’ –cerita bahasa Inggeris. Pandai dia menulis esei, patutlah dapat jadi cikgu Bahasa Inggeris sekarang. Siap terbit buku untuk belajar bahasa inggeris. Siapa kata budak punk tak berguna? Tiada masa depan? Yang cakap macam tu, pernah terbit buku ke?
Dengan badan berlengas, peluh jeruk, baju masam, kat leher ada cop rubber stamp warna merah, baju-baju punk tak senonoh untuk ke majlis rasmi… kami pergi makan free di majlis pertunangan Syed. Jimbo dah balik awal masa gig, pergi ambil isteri, mandi, tukar baju formal dan pakai perfume. Masa sessi bergambar, sempat Jimbo suruh aku mengorat adik tunang Syed.
Malam tu kami tidur di rumah Jimbo. Kami belek-belek koleksi kaset, CD dan piring hitam dia, siap ada satu bilik khas untuk tu –banyak betul. Esoknya, aku bangun paling lambat (macam biasalah).
Bangun je, aku tengok bilik dah kosong, aku keluar dan nampak Kak Lin, isteri Jimbo. Aku pun tanya mana mereka pergi? Rupa-rupanya mereka ada dalam bilik yang banyak kaset tu, sambung belek kaset. Aku ingatkan dah kena tinggal. Jimbo dan Din hantar kami ke terminal bas. Andy pun datang secara berseorangan dari rumahnya untuk mengucapkan selamat jalan. Macam mana aku boleh ingat lagi semua ni?
Di gig, kami jumpa selebriti punk, Jimbo dan juga Andy. Lepas layan beberapa band, kami tak tunggu persembahan N.E.T pun. Mereka semua nak blah cepat sebab nak bergegas pergi majlis pertunangan Syed, salah seorang penulis zine Cronically Donut. Dia selalu tulis column dia yang berjudul ‘Saving Graces’ –cerita bahasa Inggeris. Pandai dia menulis esei, patutlah dapat jadi cikgu Bahasa Inggeris sekarang. Siap terbit buku untuk belajar bahasa inggeris. Siapa kata budak punk tak berguna? Tiada masa depan? Yang cakap macam tu, pernah terbit buku ke?
Dengan badan berlengas, peluh jeruk, baju masam, kat leher ada cop rubber stamp warna merah, baju-baju punk tak senonoh untuk ke majlis rasmi… kami pergi makan free di majlis pertunangan Syed. Jimbo dah balik awal masa gig, pergi ambil isteri, mandi, tukar baju formal dan pakai perfume. Masa sessi bergambar, sempat Jimbo suruh aku mengorat adik tunang Syed.
Malam tu kami tidur di rumah Jimbo. Kami belek-belek koleksi kaset, CD dan piring hitam dia, siap ada satu bilik khas untuk tu –banyak betul. Esoknya, aku bangun paling lambat (macam biasalah).
Bangun je, aku tengok bilik dah kosong, aku keluar dan nampak Kak Lin, isteri Jimbo. Aku pun tanya mana mereka pergi? Rupa-rupanya mereka ada dalam bilik yang banyak kaset tu, sambung belek kaset. Aku ingatkan dah kena tinggal. Jimbo dan Din hantar kami ke terminal bas. Andy pun datang secara berseorangan dari rumahnya untuk mengucapkan selamat jalan. Macam mana aku boleh ingat lagi semua ni?
Wednesday, October 23, 2013
pandang serong
Dulu masa aku masih menuntut di Kolumpo, kalau aku balik ke Kuala Ibai aku selalu juga pergi jogging atas saranan doktor. Untuk menyahkan asid urik dari dalam badan. Kalau aku berseorangan, aku biasa jogging sampai ke pantai je. Dua minit berjogging sampailah ke pantai. Aku jogging di sepanjang gigi pantai Kuala Ibai. Selalu jugak mak aku ikut aku berjogging. Kalau mak aku turut serta, kami selalu jogging sampai ke lagun Kuala Ibai dekat-dekat dengan Masjid Terapung tu. Jauhlah sikit, dan lebihlah sikit keluar peluh.
Ada sebuah rumah kecil tanpa bekalan elektrik dekat-dekat
situ. Mak aku yang bersimpati pun upahlah seseorang untuk pasang apa yang patut
supaya keluarga yang menghuni rumah kecil itu tidak lagi bergelap untuk malam-malam
seterusnya. Namun ada juga suara-suara sumbang orang kampung yang mengatakan
tak patut emak aku pasangkan lampu untuk rumah tersebut kerana ketua keluarga
di rumah tersebut adalah tahi dadah. Padahal mak aku bukannya tahu pun.
Mak aku cakap lagi. Kalau aku tiada di rumah, dia tak
keluar berjogging pun sebab masa tu mak aku belum kahwin lagi dengan ayah tiri aku.
“Nanti apa pulak mulut orang kampung cakap”, katanya.
Kesian juga ya pada nasib si janda. Nak berjogging
keliling kampung pun takut orang tuduh nak menggatal. Aku rasa kita patut
perjuangkan hak wanita-wanita yang berdikari ni. Kita patut menentang sikap
pandang serong dalam serba serbi yang dibuat oleh mereka.
Monday, October 14, 2013
Prinsip Baru
Aku rasa bukan McDonalds dengan Starbucks je patut diboikot. Aku ingat nak cadangkan pada kolektif-kolektif punk, anak muda dan kolektif-kolektif rewang seantaro tanahair. Suruh buat propaganda baru, buat leaflet...
"BOIKOT KENDURI KAHWIN YANG PASANG LAGU KARAOKE KUAT-KUAT!"
"BOIKOT KENDURI KAHWIN YANG PASANG LAGU KARAOKE KUAT-KUAT!"
Thursday, October 10, 2013
Temuramah dengan Shabri A//Mince Infoshop & Studio
Tahun 2000-2004 dulu aku selalu lepak di A//Mince infoshop & studio di Kuala Terengganu. Di sana ada perpustakaan mini, studio latihan (jamming) dan ada aktiviti macam Free Food Serving (memasak untuk keamanan), screening, diskusi, bengkel dan paling utama ialah melepak tak tentu hala. Temuramah ni aku dah buat lama dah (Julai 2010), tapi baru sekarang aku post di blog, sebab aku search di internet tiada langsung info tentang DIY space yang pernah wujud ini. Enjoy.
Shabri di A//Mince |
A//mince bermula sepenuhnya secara total kontrol pada mei 2002. Sebelumnya, A//mince hanya menumpang satu bilik dan membayar sewa kepada pemilik Kamaz studio, yang juga penyewa tingkat atas bangunan tersebut (yang juga kawan dan kenalan). Pun begitu, sebelum tertubuhnya A//Mince secara total, pelbagai aktiviti telah dijalankan di premis berkenaan walaupun ianya secara menumpang. Pada lewat tahun 2001, salah seorang rakan kongsi daripada Kamaz studio telah menarik diri dari bisnesnya, dan aku secara tidak sengaja terpaksa menjadi rakan kongsi kepada seorang lagi pemilik Kamaz studio, bagi menjamin tempat tersebut terus bertahan. Selepas beberapa ketika, aku merasakan perlunya A//mince meneruskan usaha untuk terus mengambil alih premis berkenaan bagi membuat dan meneruskan akitviti-aktiviti (yang kebanyakannya melibatkan aktiviti pergerakan Community Coalition Collective (CCC)), yang telah dibuat dan dirancang secara bebas. Modal take over premis datangnya daripada hasil jualan baju-baju bundle, jualan air di tepi jalan, pinjaman pelajaran, juga donation daripada pelbagai sumber. Tujuan asalnya ialah untuk mewujudkan satu ruang alternative kepada sesiapa sahaja untuk beraktiviti, mendapatkan ilmu pengetahuan, bermuzik dan berkarya serta menjadikan tempat tersebut sebagai headquarters kepada CCC untuk menjalankan aktiviti dan sebagainya.
2. Inspirasi dari mana-mana infoshop lain?
Sungguh aku tak ingat. Tapi, dulu
aku suka baca Profane Existence…makanya aku terjumpa satu laporan tentang
sebuah infoshop yang menyediakan satu tempat untuk menjual publikasi-publikasi
punk dan dijadikan juga tempat untuk mereka membuat show kecil yang boleh
memuatkan sebilangan kecil kawan-kawan dalam satu-satu acara mini gig. Dalam
gambar jelas tempat itu sangat kecil dan ia mungkin menggunakan ruang yang
sama. Mungkin bila ada show, rak jualan disorokkan. Aku merasakan, walaupun
premis A//mince ada bilik-bilik, ia tidak boleh dijadikan halangan untuk
mengadakan show, malah aku rasa ia satu kelebihan, tidak perlu untuk angkat dan
alih barang. Maknaya, ketika ada mini gig pun orang boleh memilih untuk
menyaksikan persembahan atau untuk membaca, atau berehat di bilik mesyuarat dan
bacaan.
Rakan-rakan dari luar negara singgah bermalam di A//Mince |
Cabaran paling utamanya ialah
untuk meneruskan tertegaknya A//mince di premis berkenaan, dan ia paling
bersangkut dengan hal-hal yang berkaitan dengan wang. Kekurangan modal
menyebabkan pulangan pendapatan sangat tidak setimpal dan ia adalah sesuatu
yang sangat rumit dan merunsingkan. Sewaktu aku berkongsi dengan pemilik
studio, hasil jualan baju boleh menampung wang hasil studio jamming untuk
membayar sewa premis, dan elektrik. Oleh kerana terkadang merasa bosan dan
tertekan dengan tahap pendidikan yang rendah tanpa apa-apa sijil, maka aku
menyambung belajar di sebuah institusi pendidikan berdekatan. Dengan sebab aku
belajar, maka aku memerlukan seseorang untuk menjaga studio dan infoshop
berkenaan. Seseorang pekerja harus dibayar. Maka ia telah sedikit sebanyak
meningkatkan lagi kos. Untuk itu kami juga turun ke jalan menjadi hawker tegar
dengan menjual air bagi menambah pendapatan.
Bila aku take over sepenuhnya
premis berkenaan menjadi A//Mince Studio & Infoshop, kos semakin lagi
bertambah pada tiap-tiap bulan. RM 500 untuk sewa. RM 100 untuk elektrik dan
maintenance, dan RM 250 untuk bayaran bulanan kepada pemilik asal selama 16
minggu. Belum lagi termasuk gaji pekerja (yang juga kawan-kawan) yang beberapa
ringgitan itu lagi. Namun begitu, ia masih lagi dapat dipertahankan sehinggalah
beberapa bulan terakhir 2004, iaitu setelah hampir dua tahun aku belajar di
maktab, aku memutuskan untuk melepaskannya. Semasa di Maktab di Kuala Lumpur,
urusan pengurusan A//Mince banyak diserahkan kepada kawan-kawan, walaupun aku
sendiri kerap kali pulang untuk melihat perkembangan. Semakin lama, pendapatan
A//Mince semakin merapu sampaikan ada sesetengah bulan tu aku terpaksa
mengharapkan elaun belajar aku untuk menampung kos infoshop tersebut. Hal ini
menyebabkan aku lebih kerap pulang bagi memastikan semuanya berjalan baik.
Tetapi hakikatnya kepulangan aku semestinya memerlukan kos juga…
Oh perkara-perkara attitude seperti
malas membasuh dan mengemas selepas memasak untuk serving free food juga
kadang-kadang melemaskan aku mung tahu? Hahahaha.
Membina rak buku secara DIY |
4. Kenangan paling manis dan paling
pahit sepanjang menguruskan A//Mince?
Banyak kenangan manis di A//Mince,
tak terceritakan…dan aku tak tahu nak letak yang mana sebagai yang ‘utmost’.
Kenangan paling pahit ialah elektrik di premis kami kena potong. Tiba-tiba je
elektrik mati, to make sure, kami turun ke bawah untuk lihat samada premis lain
juga terputus bekalan atau sebaliknya. Sebaik tiba je di bawah kami dapati
seorang wireman TNB sedang menuruni tangganya. Belun sempat kami bertanya, dia
memberitahu “Cik gi bayor dulu nanti kami sambung semula”. Agak malu kerana di sebelah
bawah premis kami adalah kedai makan yang meja dan pelanggannya melimpah ke luar
kedai..hahaha, tapi itulah...kenangan pahit akhirnya bertukar menjadi manis bila
diingat-ingat dan dikenang kembali.
5. Apa faedah ada A//Mince dan juga ceritakan aktiviti-aktiviti yang
pernah diadakah di A//Mince.
Faedah yang tidak dapat disangkal ialah banyaknya tumbuh band-band
baru di Terengganu sekitar keberadaan A//Mince. Juga ia menjadi tempat
berkumpul rakan-rakan pergerakan untuk mendapatkan informasi (melalui bahan
bacaan, leaflet propaganda bertulis atau lisan tentunya) atau sekadar
berbual-bual atau bermain muzik, selain ia menjadi pusat mesyuarat, aktiviti
dan pergerakan kolektif CCC. Selain itu ia menjadi medium untuk distro DIY memasarkan
produknya tanpa A//Mince mengenakan sebarang bayaran. Cuma baju-baju bundle
orang perseorangan sahaja yang A//Mince ambil bayaran itu pun bergantung kepada
pemiliknya mau kasi berapa haha. Di samping itu juga, ia berperanan menjadi
tempat tumpangan dan persinggahan rakan-rakan dari negeri dan Negara lain untuk
bermalam dan mendapatkan pertolongan serta bertukar-tukar fikiran.
Bilik Mesyuarat dan Perpustakaan Mini |
Rai Ko Ris dari Nepal |
Ya, tepat sekali, ia berpengkalan
di A//Mince. Tetapi sebelumnya, acara masak-memasak sempat dilakukan di rumah
teman-teman untuk seketika. Kalau tak salah dan silap aku idea distribusi
makanan percuma ini dicetuskan oleh Fazri dan digagasi bersama kawan-kawan akan
cadangannya itu. Sejauh mana ia memberi kesan kepada kawan-kawan tidaklah pula
dapat diukur secara eksplisit, tetapi ianya ternyata memberi sedikit sebanyak
kesedaran kepada kawan-kawan akan kesusahan orang lain dalam masa yang sama
menceritakan bagaimana wujud jurang ekonomi yang agak ketara antara sesama
rakyat, dari seorang personel atau sebuah keluarga dengan personal atau
keluarga yang lain.Yang bermaksud juga, kecaknaan pemerintah tidak menyeluruh,
atau tidak bersungguh-sungguh. Ini aku simpulkan dari respons kawan-kawan
volunteers (sudah semestinya bukan semua). Sedalam mana pula penghayatan dan
kesungguhan kawan-kawan untuk turut bepatisipasi itu, chapter lain pula ya.
Dapur Memasak A//Mince |
7. Kenapa A//mince tidak diteruskan?
Jika anda percaya setiap benda itu
ada ajal, maka kewafatan A//mince adalah perkara biasa yang terjadi kepada satu-satu
benda wujud di dunia. Pernah wujud sahaja sudah merupakan sesuatu benda yang
revolusioner, daripada tidak pernah ada sama sekali. Dan aku antara orang yang
bertuah kerana dapat merasa dan mengecapi benda yang tidak ramai orang mampu
buat, malah tidak terfikirkan oleh orang banyak, pada ketika itu. Cuma aku
sendiri sedikit terkilan kerana umurnya tidak panjang. Di saat aku merasakan
aku tidak lagi mampu untuk meneruskannya, pernah aku tawarkan kepada
kawan-kawan untuk mengambil alihnya secara percuma tanpa sebarang bayaran, dengan
syarat mesti meneruskan agenda-agenda yang dibawa sebelum ini dan memberi
kebebasan kepada aku bilamana aku rasa perlu untuk menggunakan ruang premis
berkenaan untuk mengadakan sebarang aktiviti. Amat malang, ia tiada respon. Oh, kalau boleh aku
bertanya, di mana mung pada saat itu? (oh, mung duk Kuala Lumpur ork? Hahaha, tak ingat). Tidak
ada daripada mereka yang berada di sekeling pada masa itu bersedia. Jadi, aku
putuskan untuk berhenti sahaja. Ia berita sedih, melepaskan kekasih hati yang
anda cintai. Namun itulah hakikat yang terpaksa ditempuhi, dan aku sendiri faham
ketidaksediaan kawan-kawan.
8. Mesej untuk para kawan-kawan yang pernah memeriahkan A//Mince?
Beberapa orang telah menjadi gila
akibat berkhidmat dengan A//Mince dan terdahulunya, Kamaz Studio. Gila
sementara. Sesiapa yang pernah laluinya, pasti bersetuju. Bekerja di dalam
tembok yang tertutup, seorang diri, sungguh terpenjara. Terima kasih aku
ucapkan. Anda tahu siapa anda. Pun begitu, aku percaya, banyak benda
orang-orang gila ini dapat dan belajar daripada kesetiaan mereka berkhidmat.
Lama atau sekejap. Dua bulan atau seminggu. Begitu juga dengan kawan-kawan
volunteers, mereka juga belajar banyak benda samada mereka sedar atau tanpa
mereka sendiri sedari; paling kurang pun mereka belajar berkawan, toleransi, respek
dan mengingati memori. Terima kasih. Apa pun yang sedang kalian lakukan pada
saat ini aku harap ianya berjaya. Aku
harap dalam semua tindakan yang kita buat, kita mulakan dengan berfikir;
baik-buruk, dan penting juga merujuk dalam menyelesaikan perkara yang tidak
terfikirkan. Seterusnya beraksi langsung apa-apa yang patut. Selain untuk
kawan-kawan aku juga mengingati diri aku sendiri dengan mesej ini.
9. Ada apa-apa yang hendak ditambah? Terima Kasih.
Bercampur
baur perasaan aku ketika menjawab interview ini. Seorang kawan pernah membuat
deklarasi, katanya A//Mince awek aku. Sudah semestinya aku amat mencintai ia,
dan masih merindui sampai saat ini. Kalau aku ke luar negeri, pagi sampai
petang mesti demam kerana teringatkan ia. Ia bagi aku, adalah sebuah tempat
komuniti untuk berorganisasi yang unik. Dalam kepala otak aku sampai sekarang
ini pun, masih lagi ada cita-cita untuk mewujudkan tempat untuk berkongsi ilmu,
tapi entah bila…kematian A//Mince satu benda yang aku rasa sangat rugi, tapi
itulah revolusi tidak selalunya menang di mata umum.
Sama-sama
dan terima kasih kembali.
Wednesday, October 9, 2013
Bawak anak naik kereta dan sidai baju sambil tengok filem
Haritu aku dah tengok separuh cerita Magic Beyond Words ni kat Astro, lepas tu aku ada hal. Semalam aku dapat tengok sampai habis. Tapi dalam tengok tu sempat juga bawa anak round naik kereta untuk tidurkan dia dan sidai baju.
Inspiring jugak ceritanya, tentang J. K. Rowling iaitu seorang yang mendapat bantuan kewangan dari kerajaan sebab ada anak tapi tiada suami dan tiada pekerjaan. Lepas menulis buku Harry Potter dan ia diterbitkan, dia jadi antara perempuan terkaya di Great Britain. Sebelum tu banyak liku-liku yang dilalui.
Bersekengkang mata sampai pukul 1 pasal nak habiskan cerita ni, akibatnya pagi tadi aku 'punch card dilemma'.
Inspiring jugak ceritanya, tentang J. K. Rowling iaitu seorang yang mendapat bantuan kewangan dari kerajaan sebab ada anak tapi tiada suami dan tiada pekerjaan. Lepas menulis buku Harry Potter dan ia diterbitkan, dia jadi antara perempuan terkaya di Great Britain. Sebelum tu banyak liku-liku yang dilalui.
Bersekengkang mata sampai pukul 1 pasal nak habiskan cerita ni, akibatnya pagi tadi aku 'punch card dilemma'.
Tuesday, October 8, 2013
Acara 2 tahun Buku Jalanan
Hari Sabtu yang lalu, aku sempat meluangkan masa di acara ulangtahun kedua Buku Jalanan. Tempatnya tak jauh dari rumah, tapi campur traffic jam setengah jam jugaklah perjalanan. Bertempat di tepi tasik Shah Alam, ada aktiviti macam demonstrasi batik tie-dye, pakai inai secara percuma, boleh baca buku, main kejar-kejar, jumpa orang-orang yang selalu baca status di facebook (tapi segan nak tegur bila berdepan). Walaupun semacam kurang promosi, tapi ramai jugaklah yang datang. Ada buku-buku yang disusun di tangga taman dan digantung pada pohon-pohon.
Masa aku sampai di belah petang tu sedang dijalankan forum kalau tak silap tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan. Sampai dah tengah-tengah forum lalu aku terus buat-buat khusyuk. Berat jugak aku dengar diskusi diorang. Rasa macam kecik je dikelilingi orang-orang intelek dengan hujah-hujah dan buku-buku akademik di tangan. Panel ada tiga orang -sorang pun aku tak kenal. Moderator macam kenal tapi takut salah orang.
Dalam ramai-ramai tu, ada seorang pakai jacket denim penuh patches punk rock duduk agak jauh dari aku. Sebelah kanan aku ada dua orang mamat pakai baju hitam, tapi rasanya bukan budak black metal. Seorang tegur aku lepas tu tanya pasal 'Lepak Anarki' dan gig punk. Aku buat kesimpulan mereka budak punk.
Lepas forum habis, aku lepak tunggu Anuar tak sampai-sampai. Salah seorang panel menghampiri aku. Rasa teruja sikit orang intelek tegur dan kenal. Aku pun rasa macam intelek jugak sikit-sikit. Rupanya dia kawan FB aku, Nazreen yang pernah mengadakan sessi perkongsian pengalaman oleh Wan Hamidi (dikenali dalam zine Aedes dengan nama Midiskirt). Seorang punk veteran dan juga seorang penulis.
Lepas tu pulak, moderator forum datang tegur pula. Dia cakap bahasa baku, aku dengar dah macam cara A. Samad Said bercakap dah. Mungkin sebab faktor dia berasal dari Sabah. Rupanya betullah dia Syarifah yang pernah kontek aku di FB, seorang pelajar Sains Politikal dan sedang buat Master di UKM. Tajuk tesis dia Rumah Api: Representasi Punk dalam Politik. Harap tulisan dia pun dibukukan! Good Luck.
Lepas tu ada persembahan dari kumpulan Gamelan UIA dan akustik. Time tu budak-budak Skinhead Plumbum baru sampai. Lepas salam aku mintak diri untuk meeting dengan Anuar dekat mamak. Kami merancang beberapa hal bukan-bukan. Kah kah kah, dah habis catatan eksyen.
Masa aku sampai di belah petang tu sedang dijalankan forum kalau tak silap tentang penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan. Sampai dah tengah-tengah forum lalu aku terus buat-buat khusyuk. Berat jugak aku dengar diskusi diorang. Rasa macam kecik je dikelilingi orang-orang intelek dengan hujah-hujah dan buku-buku akademik di tangan. Panel ada tiga orang -sorang pun aku tak kenal. Moderator macam kenal tapi takut salah orang.
Dalam ramai-ramai tu, ada seorang pakai jacket denim penuh patches punk rock duduk agak jauh dari aku. Sebelah kanan aku ada dua orang mamat pakai baju hitam, tapi rasanya bukan budak black metal. Seorang tegur aku lepas tu tanya pasal 'Lepak Anarki' dan gig punk. Aku buat kesimpulan mereka budak punk.
Lepas forum habis, aku lepak tunggu Anuar tak sampai-sampai. Salah seorang panel menghampiri aku. Rasa teruja sikit orang intelek tegur dan kenal. Aku pun rasa macam intelek jugak sikit-sikit. Rupanya dia kawan FB aku, Nazreen yang pernah mengadakan sessi perkongsian pengalaman oleh Wan Hamidi (dikenali dalam zine Aedes dengan nama Midiskirt). Seorang punk veteran dan juga seorang penulis.
Lepas tu pulak, moderator forum datang tegur pula. Dia cakap bahasa baku, aku dengar dah macam cara A. Samad Said bercakap dah. Mungkin sebab faktor dia berasal dari Sabah. Rupanya betullah dia Syarifah yang pernah kontek aku di FB, seorang pelajar Sains Politikal dan sedang buat Master di UKM. Tajuk tesis dia Rumah Api: Representasi Punk dalam Politik. Harap tulisan dia pun dibukukan! Good Luck.
Lepas tu ada persembahan dari kumpulan Gamelan UIA dan akustik. Time tu budak-budak Skinhead Plumbum baru sampai. Lepas salam aku mintak diri untuk meeting dengan Anuar dekat mamak. Kami merancang beberapa hal bukan-bukan. Kah kah kah, dah habis catatan eksyen.
Monday, October 7, 2013
Endoskopi dan KAEDfest
Hari Rabu lepas aku ada temujanji di hospital. Misi dah call
marah-marah sebab aku kadang lupa nak gi temujanji. Jadi tanpa cakap banyak aku
cakap ‘okey’ saja. Pagi tu jam 7.30 aku dah ada congok di hospital macam arahan
misi tu. Petugas di kaunter kata kena turun bawah buat ‘skop’. Entah aku tak
tahu apa masa tu, ikut aje. Sampai giliran, misi suruh pakai baju hospital dan
topi ala shower-cap. Siap ada tag nama kat lengan, macam masuk wad pulak. Misi suruh baring mengiring dan sembur sesuatu dalam
kerongkong, nak bagi kebas kot. Doktor sampai dan terus masukkan camera ke
dalam mulut-kerongkong-perut aku. Pergh. Air mata dan air liur banyak keluar.
Kejap je tapi perit sikit di kerongkong dan bahagian dada. Lepas siap je, terus
misi suruh panggil cleaner pasal banyak sangat air keluar. Keh keh keh. Doktor
terus blah macam tu aje, misi kata ada infection dan bagi ubat. Aku balik
terpinga-pinga sikit. Infection kat bahagian mana pun tak bagitahu. Lepas hari tu baru aku tahu, endoskopi takdelah seindah minum kopi,
hehehe. Aku koyak tag nama terus pergi UIA.
endoskopi oleh nizang
Aku pergi ke KAEDfest (bazaar anjuran Kuliah of Architecture and Environmental Design) di UIA sebab Buku Jalanan UIA ada buka gerai jual zine, buku dan tote bag. Jadi ingat nak tengok-tengok apa yang patut sebagai penyokong zine tempatan yang komited. Lagipun dapat m.c dari hospital dan UIA dah dekat sangat dengan hospital. Sampai je di tempat kejadian aku nampak gerai Farez (Anak Bumi) dulu. Dia tegur dan kenalkan kawan dia seorang penulis puisi. Aku belek-belek buku dan tanya-tanya sikit-sikit. Rupa-rupanya dia memang cari rezeki untuk tanggung keluarga dengan menulis, mengecat dan menjual buku-buku dan catan-catannya secara sepenuh masa. Respek juga pada mereka yang mampu mencipta kerja sendiri tanpa terikat dengan sistem kapitalis atau apa-apa aturan yang menyesakkan. Aku beli dua zine dan tote bag, beli tako untuk isteri dan keluarga di rumah, lantas balik untuk bermain-main dengan anak (sebenarnya aku tidur sejam setengah dan anak aku main naik turun naik turun katil). Lepas tu aku bawa dia ke playground. Rasa macam ayah mithali dah sikit-sikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)