Thursday, December 19, 2013

Masuk Tandas Perempuan

Beberapa tahun lepas, aku pernah disergah oleh seorang makcik cleaner kerana nyaris-nyaris memasuki tandas perempuan.

Bulan lepas, di Taman Budaya Kuala Lumpur. Selesai urusan kecilku di tandas awam di situ, aku keluar dari bilik kecil tersebut. Aku nampak seorang remaja perempuan tengah betulkan tudungnya di cermin tandas tersebut. Aku spontan bertanya, “Eh ni tandas perempuan ke?” lalu dia menjawab dengan nada meleleh “Perempuanlaaaaaahhhh”. Aku beredar keluar.

Semalam di PICC aku dah masuk ke bilik kecil dalam tandas di situ. Belum sempat aku nak buka zip, aku nampak tong sampah petak warna biru cair di tepi mangkuk. “Eh, ni macam dalam tandas perempuan je”. Aku panik terus keluar tengok di pintu, simbol manusia berskirt! Aduh, nasib baik takde orang nampak masa tu. Dan takde orang dalam tandas tu masa tu. Aku terus masuk tandas pintu sebelah. Simbol manusia tidak berskirt.

Pagi tadi, aku tengah berurusan besar dalam bilik kecil tu di tempat kerja aku. Tiba-tiba ada bunyi deringan telefon bimbit, lalu ada suara menjawab telefon tu. Suara perempuan! “Ah sudah, aku tersalah masuk tandas perempuan lagi ke ni? Mampos!”

Tiba-tiba bau sabun pencuci tandas semerbak menusuk ke dalam rongga hidung membelah bulu-bulu hidungku. Lepas tu, bunyi berus mencuci lantai tandas.

Fuuuuhhhh, lega. Cleaner rupanya.

2 comments:

Adi Herman said...

Hahaha mcm2 hal la....tapi cleaner tu pulak kenapa nak cuci tandas lelaki sedangkan masih ada org kat dlm tandas tu? Haha

nizang said...

adi, memang macam tu kat tmpt kerja aku. time ada orang pun dicuci tandasnya...