Tahun 2000-2004 dulu aku selalu lepak di A//Mince infoshop & studio di Kuala Terengganu. Di sana ada perpustakaan mini, studio latihan (jamming) dan ada aktiviti macam Free Food Serving (memasak untuk keamanan), screening, diskusi, bengkel dan paling utama ialah melepak tak tentu hala. Temuramah ni aku dah buat lama dah (Julai 2010), tapi baru sekarang aku post di blog, sebab aku search di internet tiada langsung info tentang DIY space yang pernah wujud ini. Enjoy.
Shabri di A//Mince |
A//mince bermula sepenuhnya secara total kontrol pada mei 2002. Sebelumnya, A//mince hanya menumpang satu bilik dan membayar sewa kepada pemilik Kamaz studio, yang juga penyewa tingkat atas bangunan tersebut (yang juga kawan dan kenalan). Pun begitu, sebelum tertubuhnya A//Mince secara total, pelbagai aktiviti telah dijalankan di premis berkenaan walaupun ianya secara menumpang. Pada lewat tahun 2001, salah seorang rakan kongsi daripada Kamaz studio telah menarik diri dari bisnesnya, dan aku secara tidak sengaja terpaksa menjadi rakan kongsi kepada seorang lagi pemilik Kamaz studio, bagi menjamin tempat tersebut terus bertahan. Selepas beberapa ketika, aku merasakan perlunya A//mince meneruskan usaha untuk terus mengambil alih premis berkenaan bagi membuat dan meneruskan akitviti-aktiviti (yang kebanyakannya melibatkan aktiviti pergerakan Community Coalition Collective (CCC)), yang telah dibuat dan dirancang secara bebas. Modal take over premis datangnya daripada hasil jualan baju-baju bundle, jualan air di tepi jalan, pinjaman pelajaran, juga donation daripada pelbagai sumber. Tujuan asalnya ialah untuk mewujudkan satu ruang alternative kepada sesiapa sahaja untuk beraktiviti, mendapatkan ilmu pengetahuan, bermuzik dan berkarya serta menjadikan tempat tersebut sebagai headquarters kepada CCC untuk menjalankan aktiviti dan sebagainya.
2. Inspirasi dari mana-mana infoshop lain?
Sungguh aku tak ingat. Tapi, dulu
aku suka baca Profane Existence…makanya aku terjumpa satu laporan tentang
sebuah infoshop yang menyediakan satu tempat untuk menjual publikasi-publikasi
punk dan dijadikan juga tempat untuk mereka membuat show kecil yang boleh
memuatkan sebilangan kecil kawan-kawan dalam satu-satu acara mini gig. Dalam
gambar jelas tempat itu sangat kecil dan ia mungkin menggunakan ruang yang
sama. Mungkin bila ada show, rak jualan disorokkan. Aku merasakan, walaupun
premis A//mince ada bilik-bilik, ia tidak boleh dijadikan halangan untuk
mengadakan show, malah aku rasa ia satu kelebihan, tidak perlu untuk angkat dan
alih barang. Maknaya, ketika ada mini gig pun orang boleh memilih untuk
menyaksikan persembahan atau untuk membaca, atau berehat di bilik mesyuarat dan
bacaan.
Rakan-rakan dari luar negara singgah bermalam di A//Mince |
Cabaran paling utamanya ialah
untuk meneruskan tertegaknya A//mince di premis berkenaan, dan ia paling
bersangkut dengan hal-hal yang berkaitan dengan wang. Kekurangan modal
menyebabkan pulangan pendapatan sangat tidak setimpal dan ia adalah sesuatu
yang sangat rumit dan merunsingkan. Sewaktu aku berkongsi dengan pemilik
studio, hasil jualan baju boleh menampung wang hasil studio jamming untuk
membayar sewa premis, dan elektrik. Oleh kerana terkadang merasa bosan dan
tertekan dengan tahap pendidikan yang rendah tanpa apa-apa sijil, maka aku
menyambung belajar di sebuah institusi pendidikan berdekatan. Dengan sebab aku
belajar, maka aku memerlukan seseorang untuk menjaga studio dan infoshop
berkenaan. Seseorang pekerja harus dibayar. Maka ia telah sedikit sebanyak
meningkatkan lagi kos. Untuk itu kami juga turun ke jalan menjadi hawker tegar
dengan menjual air bagi menambah pendapatan.
Bila aku take over sepenuhnya
premis berkenaan menjadi A//Mince Studio & Infoshop, kos semakin lagi
bertambah pada tiap-tiap bulan. RM 500 untuk sewa. RM 100 untuk elektrik dan
maintenance, dan RM 250 untuk bayaran bulanan kepada pemilik asal selama 16
minggu. Belum lagi termasuk gaji pekerja (yang juga kawan-kawan) yang beberapa
ringgitan itu lagi. Namun begitu, ia masih lagi dapat dipertahankan sehinggalah
beberapa bulan terakhir 2004, iaitu setelah hampir dua tahun aku belajar di
maktab, aku memutuskan untuk melepaskannya. Semasa di Maktab di Kuala Lumpur,
urusan pengurusan A//Mince banyak diserahkan kepada kawan-kawan, walaupun aku
sendiri kerap kali pulang untuk melihat perkembangan. Semakin lama, pendapatan
A//Mince semakin merapu sampaikan ada sesetengah bulan tu aku terpaksa
mengharapkan elaun belajar aku untuk menampung kos infoshop tersebut. Hal ini
menyebabkan aku lebih kerap pulang bagi memastikan semuanya berjalan baik.
Tetapi hakikatnya kepulangan aku semestinya memerlukan kos juga…
Oh perkara-perkara attitude seperti
malas membasuh dan mengemas selepas memasak untuk serving free food juga
kadang-kadang melemaskan aku mung tahu? Hahahaha.
Membina rak buku secara DIY |
4. Kenangan paling manis dan paling
pahit sepanjang menguruskan A//Mince?
Banyak kenangan manis di A//Mince,
tak terceritakan…dan aku tak tahu nak letak yang mana sebagai yang ‘utmost’.
Kenangan paling pahit ialah elektrik di premis kami kena potong. Tiba-tiba je
elektrik mati, to make sure, kami turun ke bawah untuk lihat samada premis lain
juga terputus bekalan atau sebaliknya. Sebaik tiba je di bawah kami dapati
seorang wireman TNB sedang menuruni tangganya. Belun sempat kami bertanya, dia
memberitahu “Cik gi bayor dulu nanti kami sambung semula”. Agak malu kerana di sebelah
bawah premis kami adalah kedai makan yang meja dan pelanggannya melimpah ke luar
kedai..hahaha, tapi itulah...kenangan pahit akhirnya bertukar menjadi manis bila
diingat-ingat dan dikenang kembali.
5. Apa faedah ada A//Mince dan juga ceritakan aktiviti-aktiviti yang
pernah diadakah di A//Mince.
Faedah yang tidak dapat disangkal ialah banyaknya tumbuh band-band
baru di Terengganu sekitar keberadaan A//Mince. Juga ia menjadi tempat
berkumpul rakan-rakan pergerakan untuk mendapatkan informasi (melalui bahan
bacaan, leaflet propaganda bertulis atau lisan tentunya) atau sekadar
berbual-bual atau bermain muzik, selain ia menjadi pusat mesyuarat, aktiviti
dan pergerakan kolektif CCC. Selain itu ia menjadi medium untuk distro DIY memasarkan
produknya tanpa A//Mince mengenakan sebarang bayaran. Cuma baju-baju bundle
orang perseorangan sahaja yang A//Mince ambil bayaran itu pun bergantung kepada
pemiliknya mau kasi berapa haha. Di samping itu juga, ia berperanan menjadi
tempat tumpangan dan persinggahan rakan-rakan dari negeri dan Negara lain untuk
bermalam dan mendapatkan pertolongan serta bertukar-tukar fikiran.
Bilik Mesyuarat dan Perpustakaan Mini |
Rai Ko Ris dari Nepal |
Ya, tepat sekali, ia berpengkalan
di A//Mince. Tetapi sebelumnya, acara masak-memasak sempat dilakukan di rumah
teman-teman untuk seketika. Kalau tak salah dan silap aku idea distribusi
makanan percuma ini dicetuskan oleh Fazri dan digagasi bersama kawan-kawan akan
cadangannya itu. Sejauh mana ia memberi kesan kepada kawan-kawan tidaklah pula
dapat diukur secara eksplisit, tetapi ianya ternyata memberi sedikit sebanyak
kesedaran kepada kawan-kawan akan kesusahan orang lain dalam masa yang sama
menceritakan bagaimana wujud jurang ekonomi yang agak ketara antara sesama
rakyat, dari seorang personel atau sebuah keluarga dengan personal atau
keluarga yang lain.Yang bermaksud juga, kecaknaan pemerintah tidak menyeluruh,
atau tidak bersungguh-sungguh. Ini aku simpulkan dari respons kawan-kawan
volunteers (sudah semestinya bukan semua). Sedalam mana pula penghayatan dan
kesungguhan kawan-kawan untuk turut bepatisipasi itu, chapter lain pula ya.
Dapur Memasak A//Mince |
7. Kenapa A//mince tidak diteruskan?
Jika anda percaya setiap benda itu
ada ajal, maka kewafatan A//mince adalah perkara biasa yang terjadi kepada satu-satu
benda wujud di dunia. Pernah wujud sahaja sudah merupakan sesuatu benda yang
revolusioner, daripada tidak pernah ada sama sekali. Dan aku antara orang yang
bertuah kerana dapat merasa dan mengecapi benda yang tidak ramai orang mampu
buat, malah tidak terfikirkan oleh orang banyak, pada ketika itu. Cuma aku
sendiri sedikit terkilan kerana umurnya tidak panjang. Di saat aku merasakan
aku tidak lagi mampu untuk meneruskannya, pernah aku tawarkan kepada
kawan-kawan untuk mengambil alihnya secara percuma tanpa sebarang bayaran, dengan
syarat mesti meneruskan agenda-agenda yang dibawa sebelum ini dan memberi
kebebasan kepada aku bilamana aku rasa perlu untuk menggunakan ruang premis
berkenaan untuk mengadakan sebarang aktiviti. Amat malang, ia tiada respon. Oh, kalau boleh aku
bertanya, di mana mung pada saat itu? (oh, mung duk Kuala Lumpur ork? Hahaha, tak ingat). Tidak
ada daripada mereka yang berada di sekeling pada masa itu bersedia. Jadi, aku
putuskan untuk berhenti sahaja. Ia berita sedih, melepaskan kekasih hati yang
anda cintai. Namun itulah hakikat yang terpaksa ditempuhi, dan aku sendiri faham
ketidaksediaan kawan-kawan.
8. Mesej untuk para kawan-kawan yang pernah memeriahkan A//Mince?
Beberapa orang telah menjadi gila
akibat berkhidmat dengan A//Mince dan terdahulunya, Kamaz Studio. Gila
sementara. Sesiapa yang pernah laluinya, pasti bersetuju. Bekerja di dalam
tembok yang tertutup, seorang diri, sungguh terpenjara. Terima kasih aku
ucapkan. Anda tahu siapa anda. Pun begitu, aku percaya, banyak benda
orang-orang gila ini dapat dan belajar daripada kesetiaan mereka berkhidmat.
Lama atau sekejap. Dua bulan atau seminggu. Begitu juga dengan kawan-kawan
volunteers, mereka juga belajar banyak benda samada mereka sedar atau tanpa
mereka sendiri sedari; paling kurang pun mereka belajar berkawan, toleransi, respek
dan mengingati memori. Terima kasih. Apa pun yang sedang kalian lakukan pada
saat ini aku harap ianya berjaya. Aku
harap dalam semua tindakan yang kita buat, kita mulakan dengan berfikir;
baik-buruk, dan penting juga merujuk dalam menyelesaikan perkara yang tidak
terfikirkan. Seterusnya beraksi langsung apa-apa yang patut. Selain untuk
kawan-kawan aku juga mengingati diri aku sendiri dengan mesej ini.
9. Ada apa-apa yang hendak ditambah? Terima Kasih.
Bercampur
baur perasaan aku ketika menjawab interview ini. Seorang kawan pernah membuat
deklarasi, katanya A//Mince awek aku. Sudah semestinya aku amat mencintai ia,
dan masih merindui sampai saat ini. Kalau aku ke luar negeri, pagi sampai
petang mesti demam kerana teringatkan ia. Ia bagi aku, adalah sebuah tempat
komuniti untuk berorganisasi yang unik. Dalam kepala otak aku sampai sekarang
ini pun, masih lagi ada cita-cita untuk mewujudkan tempat untuk berkongsi ilmu,
tapi entah bila…kematian A//Mince satu benda yang aku rasa sangat rugi, tapi
itulah revolusi tidak selalunya menang di mata umum.
Sama-sama
dan terima kasih kembali.
1 comment:
wow...legend betul studio ni!
Post a Comment