Wednesday, October 23, 2013

pandang serong


Dulu masa aku masih menuntut di Kolumpo, kalau aku balik ke Kuala Ibai aku selalu juga pergi jogging atas saranan doktor. Untuk menyahkan asid urik dari dalam badan. Kalau aku berseorangan, aku biasa jogging sampai ke pantai je. Dua minit berjogging sampailah ke pantai. Aku jogging di sepanjang gigi pantai Kuala Ibai. Selalu jugak mak aku ikut aku berjogging. Kalau mak aku turut serta, kami selalu jogging sampai ke lagun Kuala Ibai dekat-dekat dengan Masjid Terapung tu. Jauhlah sikit, dan lebihlah sikit keluar peluh.

Ada sebuah rumah kecil tanpa bekalan elektrik dekat-dekat situ. Mak aku yang bersimpati pun upahlah seseorang untuk pasang apa yang patut supaya keluarga yang menghuni rumah kecil itu tidak lagi bergelap untuk malam-malam seterusnya. Namun ada juga suara-suara sumbang orang kampung yang mengatakan tak patut emak aku pasangkan lampu untuk rumah tersebut kerana ketua keluarga di rumah tersebut adalah tahi dadah. Padahal mak aku bukannya tahu pun.  

Mak aku cakap lagi. Kalau aku tiada di rumah, dia tak keluar berjogging pun sebab masa tu mak aku belum kahwin lagi dengan ayah tiri aku.

“Nanti apa pulak mulut orang kampung cakap”, katanya.



Kesian juga ya pada nasib si janda. Nak berjogging keliling kampung pun takut orang tuduh nak menggatal. Aku rasa kita patut perjuangkan hak wanita-wanita yang berdikari ni. Kita patut menentang sikap pandang serong dalam serba serbi yang dibuat oleh mereka.

1 comment:

Adi Herman said...

U goota fight for ur right to party...erkkk..salah tempat...sori