Saturday, October 29, 2011

pendapat aku tentang page Malaysian Punk Muslim di facebook


gambar hiasan -Elton John. Sebab tengah panas isu pemuda PAS vs Elton John. Aku suka jugak beberapa lagu dia. 

Post sebelum ni mengenai Religions and spiritual belief adalah asalnya komen aku untuk page Malaysian punk Muslim di facebok. Aku jadi pemerhati page tu saja. Jadi di sini aku paparkan komen ke dua aku di page tu- tapi diolah untuk sesuaikan sebagai post blog.

Tak larat nak baca, banyak sangat komen. Apa aku nk cakap ni is my opinion and open to discussion. Jom discuss jgn marah, provoke dan gelakkan aku kalau aku ada ckp silap. Aku pun baru nak belajar. Aku bukan nak jadi hero, tapi sebab aku dah berkenalan dengan salah seorang admin page ni di email. Dan aku kenal beberapa pengomen kerap dalam page ni, selalu bertemu mata. Kesimpulan dari pemerhatian aku yang tak larat nak baca semua ni mcm nilah. 

Aku rasa niat admin ada yang betul dan baik. Tapi caranya tak berapa kena. Mcm ada yang katakan nama group ni mengelirukan bila nama muslim dan punk disatukan. Oxymoron dan nampak macam nak wujudkan Islam baru atau mazhab baru. Aku setuju. Tapi aku rasa tujuannnya adalah untuk mengingatkan pada kawan-kawan mereka yg punk yang masih mengaku wujudnya tuhan untuk praktikkan apa yang diajar oleh Islam; apa yang halal, haram, sunat, wajib, makruh. Tak salah kalau punk tapi percaya wujudnya tuhan.
 

Aku tengok ramai yang duk kata admin page ni budak-budak, budak baru belajar, baru habis sekolah, hipster dan lain-lain. Sebagai otai, orang lebih tua atau lebih pandai apa kata korang cakap elok-elok kat mana mereka salah. Tak boleh macam ni sebab apa. Bagi contoh. 

Ni tak, yg aku tengok terus nak salahkan budak-budak ni. Provoke ramai-ramai. Gelak-gelak. Marah-marah. Pum pang pum pang. Itu apa yg aku nampaklah. Punk adalah manusia yang fikir guna otak. Bukan emosi atau kepala lutut. Bak kata Steve Ignorant, fikir biar jauh. Jangan fikir singkat. Lima step ke depan, bukan 1 step.
 

Bab orang nak keluar dari agama yg pernah dia belajar/anuti, bagi aku itu hak peribadi. Tak payah nak marah-marah orang. Tu mungkin satu silap admin page ni. Fikir guna emosi bukannya akal yg dianugerahkan tuhan. Itu hak orang. Punk memperjuangkan freedom of choice, freedom of expression.
 

Kalau ada yang rasa orang beragama tak boleh jadi punk, well nak buat macam mana dah terpengaruh. Kalau ada yg cakap punk tak boleh ada agama, itu hal peribadi. Manusia hidup perlukan system. Kebebasan total atau system ciptaan manusia mungkin boleh membawa kepada institusi kekeluargaan yang hancur. Anak tanpa ibu bapa, rompak, rogol dan lain-lain. Sebab itu perlu diingatkan kembali pada ajaran agama. Jika pegangan agama kuat insyaAllah tak tergamak nak buat macam tu. Well tak dinafikan ada yang beragama tapi still buat benda-benda ni. Even yang bergelar ustaz, ustazah. Ada yg silap kat mana-manalah tu. Ustaz dan ketua agama negara juga manusia biasa bukannya nabi atau rasul. Mereka tidak kebal dari buat kesilapan dan ketamakan dunia. Nafsu. Jadi ikutlah apa yg baik.

Bila mereka yang masih percayakan wujudnya tuhan at the same time terpengaruh dgn budaya punk yang datang dari barat.
Di situlah orang yang mcm MPM boleh mengingatkan pada saudara-saudara mereka tu. Kawan-kawan mereka tu. Tapi aku still setuju nama tu tak patut ada atau patut ditukar. Sebab confusing. Dan peraturan agama patut diikut dalam zaman mana pun kita hidup. Tapi mereka jadi lupa sebab terlampau syok dengan punk rock dan kebebasan. 

Macam merokok itu dilarang dalam islam. Apa yg patut dikata adalah igtkan saja, “ko tau tak rokok itu haram di sisi islam?” bukannya ckp “weh kau ni berdosa!”. Dosa dan pahala bukanlah kita tentukan tapi tuhan. Kawan-kawan tu nak ikut ke tak. Itu pilihan mereka. Yang lebih elok kita doakan kawan-kawan kita tu tinggalkan perkara-perkara yang kita tahu bertentangan dengan ajaran islam.


Tapi apa yg patut dibuat hanya mengingatkan saja kawan-kawan tu. Bukan menghukum. Menghukum itu kerja tuhan. Bukan manusia. Dan bukannya mengutuk macam ambik contoh kata orang yang tak percaya wujudnya tuhan adalah orang yang otaknya rosak. Bukan cara itu. Sesungguhnya tuhan tu maha pengampun dan maha penyayang. Kita tak tahu masa depan seseorang tu macam mana.


Kalau nak gelakkan orang yang percaya pada illuminati/freemason. Hey, itu hak peribadi. Semestinya orang yang percaya pada agama akan takut pada benda ni. Dan mereka yg tak percaya wujudnya tuhan akan kata benda ni mengarut/menipu. Dan mungkin mereka yang berpegang pada agama akan mengatakan orang yang tak beragama itu mangsa freemason. Betul atau salah sapalah kita nak tahu benda-benda mcm ni. Terlampau sukar utk difikirkan. Malah budak-budak dalam page ni pun budak-budak hingusan baru habis sekolah. Tak habis mengkaji lagi. Elok diterangkan dgn elok bukan digelakkan/dimarahi.


Aku pun tak banyak kaji lagi. Apa yg aku ckp hanyalah dari pengetahuan yg ciput. Pada dua-dua pihak, jangan cari salah orang sahaja. Jangan cari titik perbezaan saja. Cari titik persamaan. Dan berbincang. Maafkan aku kalau aku ada buat silap. Aku berserah 100% pada tuhan yg aku sembah hari-hari.


Video-video ni, must watch!

http://www.youtube.com/embed/EnA0QMkN1hc

http://www.youtube.com/embed/rxqnuQPuXMY

Monday, October 24, 2011

Wearable Art 2.0

Tugasan akhir berkumpulan anak-anak murid semester ini...Boleh tahan jugak.
Gambar dipinjam dari sini

religions, and spiritual beliefs.

Religion is a very personal thing, as i always believe it. Even parents can't force their children to follow their spiritual belief. They should teach, but not force. 
For people under our care/responsibilities eg. children and wife, sometimes you have to scold if they don't follow the teachings of the religion. I agree. But the most important thing is to emphasis on the beauty of doing so and so and avoiding so and so. The significance behind the practices. So as parents/husbands, you need to learn more.
If someone belief, they belief, if they don't, they don't. No one should force anyone. We should respect everyone, any race, religion, beliefs that people embrace, hold, etc. Pergi tadah kitab.
I write/put religious statements/reminders in my fb, blogs, etc as a knowledge sharing/reminder to my muslim and non-muslim friends and families. We should show the beauty of Islam, not hatred, discrimination, etc and all the negativeness that will create tension and masam muka among the people. If you get offended by my statements, it's not my intention but as a believer, we are encouraged to share the words from the holy Quran and the prophet. People of any religion and non-believers should respect each others' ways of life. 
Correct me if I'm wrong.

Thursday, October 20, 2011

knowledge #12: Mikey Welsh, painter and ex-bassist of Weezer dead

 
Mikey Welsh, a painter and former bassist of Weezer has passed away at 40. He was found in Raffaello Hotel in Chicago on 8th October 2011. During his lifetime, he was blessed with two world class skills. He had a highly successful art career. His works were sold to numerous collectors, other musicians and business executives. He is also the bassist of Weezer for 3 years and played on The Green Album. Weezer issued statement praising Welsh’s time with the band and his later artistic works. The band played their shows in dedication to the ex-bassist’s honor. Strangely, Welsh had predicted his death and wrote on Twitter, saying “dreamt i died in chicago next weekend (heart attack in my sleep). need to write my will today.”

SYB: I love the naive art paintings...but hey, I can do it too. 

Monday, October 17, 2011

Rasa macam orang penting

Masuk kali ni, dah kali ketiga aku bakal diinterview untuk kerja university. Terasa macam orang penting pulak. 

Yang pertama, diinterview untuk thesis tulisan pasal fanzine dan independent publication oleh Ben (conscious zine). Untuk kerja semester akhir universiti, dia ambil course Journalism di UiTM Shah Alam.  Ada aku muatkan dalam blog ni dulu...

Kali kedua interview live pulak tu. Berpeluh jugak nak jawap, nasib baik bersama ahli-ahli band Dum Dum Tak. Diinterview oleh seorang pelajar mass com UiTM Shah Alam. Kerja kumpulan tapi yang datang temuramah seorang saja. Kebanyakan soalan adalah mengenai band yang outspoken dan media. Lupa dah apa soalan-soalannya, antaranya pasal kebebasan media. 

Kali ketiga ni pun kerja kumpulan. Dari luar Lembah Klang rasanya. Interview aku sorang, dan live. Tapi dah dibagi soalan awal-awal. Bolehlah aku draf sikit jawapan. Yang peliknya soalan-soalan banyak pasal activism. Aku ni bukanlah seorang aktivis...aku berjuang sendiri-sendiri sahaja dan apa yang aku percaya. Tapi takpelah, layan sudah...Hehehhe...

Activism dalam dictionary maksunya apa ya??...

1. First of all, could you tell us about your background?
 -Where are you from?
 -Your academic background.
 -Your childhood in your hometown.(Please describe your hometown back then)

2.Let's talk about your contribution. How do you see yourself contributing to the society within your career and outside of your career(activism). Do you involved with any NGO's or personal during your activism?

3.Have you received any awards or recognition for your contribution whether at works or outside of your career?

4. Could you tell us your experience during:
 - Your studies years.
 - Your career
 - Your social works.
5.What is your advice for students and for people who are trying to involve in activism?

Dan diingatkan jawapan ni mereka kena jadikan 15 pages submission. Apa aku nak meraban ya?

Sunday, October 16, 2011

Mana hantu?


Alhamdulillah setakat ni aku belum pernah terserempak atau dikacau jin yang menjelma dalam keadaan menakutkan yang dikatakan hantu. Arwah ayah aku dulu selalu cakap;

"Takut apa? Hantu? Tunjuk mana ada hantu? Pa nak tengok". 

Aku rasa bagi dia hantu tak wujud. Yang duk cerita pasal ada hantu pun hanyalah kanak-kanak. Terpengaruh dengan cerita di TV dan cerita dari kawan-kawan dan sepupu-sepupu. Bukannya nampak sendiri.

Pagi tadi di radio ikim cakap, jin ni kalau jahat sejahatnya. Kalau baik pula, sebaik-baiknya. Aku percaya orang yang nampak 'hantu', sebenarnya dikacau jin jahat. Aku yakin, kalau kita tak sebut-sebut pasal mereka, langsuir, pontianak insyaAllah mereka takkan ganggu kita. Kalau ya pun, mungkin mereka nak bergurau dengan kita.


Allahua'lam. 


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada penularan, tidak ada mayat gentayangan yang menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tetentu muncul yang menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan Safar”(Hadis Riwayat Imam Muslim)


Dari Wikipedia:

Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang ataupu hantu dan yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin,golongan ini dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.

Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang masih menebal ini menyebabkan masih ada lagi yang terkeliru perbezaan antara Islam dan kebudayaan Melayu.Ini mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan tersebut adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah-anggap sebagai satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak tampil kehadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.

Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.





Thursday, October 13, 2011

Penawar



Teringat suatu hari dulu aku tak berapa sihat. Tak larat. Nak buat apa pun tak larat. Nak baring sahaja. Datang seorang kawan, dua tiga kali dia cakap aku patut jumpa ayahnya. Jadi satu malam aku pergi ke rumahnya untuk berjumpa dengan ayahnya. Aku sangkakan ayahnya pandai berubat. Ada ilmu syifa' atau tabib.
Sesampai di rumahnya, aku ditawarkan produk kesihatan CNI. Hampa dan kecewa betul aku. Ditunjuk pamplet-pamplet dengan testimoni hebat orang sakit kronik nazak pun boleh sembuh. Dan disuruh jadi ahli supaya dapat harga istimewa. Masa ni aku tak tahu lagi pasal MLM. 

Lepas tu aku terjoin satu MLM nama Luxor...juga ada produk kesihatan hebat berasaskan gamat, Jeli Gamat. Testimoni-testimoni pun hebat-hebat, penyakit kronik nazak pun boleh pulih. 

Aku amati kebanyakan syarikat MLM mesti ada produk kesihatan yang super awesome boleh sembuhkan penyakit kronik. 

Mana satu nak pilih? Harga mahal-mahal tapi demi kesihatan berapa pun sanggup bayar...

Aku rasa camnilah. Pilihlah yang mana rasa sesuai dan diyakini. Itu yang penting, YAKIN. Lepas tu berDOA, SOLAT HAJAT selalu dan berTAWAKAL. Doalah dengan bahasa yang difahami; bahasa melayu ke arab ke english ke. Tapi jangan amalkan benda yang tak difahami. Kalau bahasa arab, cari tafsirnya dulu then amalkan.

Kerana yang menyembuhkan penyakit itu bukanlah pil, produk kesihatan, syarikat  MLM, ubat, ustaz, doktor, tabib, alatan, terapi tetapi TUHAN. Ubat hebat mana pun, program terapi mana pun, doktor pakar dari universiti mana pun yang merawat... tanpa izin tuhan, takkan menjadi.

Sama juga dengan apa-apa yang manusia usahakan, yang menentukan jadi atau tidak tetap Tuhan.

Cita-cita

 
 

Di atas adalah lukisan-lukisan aku pada tahun 1993-1995. Cita-cita masa tu? Nak jadi pelukis komik. 

Apa kerjaya aku sekarang? Ajar orang design poster, symbol, typography, color, creating comic characters, comic-like project, scrapbook dan kerja-kerja berkaitan design dan creatvity. 

Okaylah, ada kesinambungan.

Alhamdulillah.

SYB: Melukis manusia, haiwan dan objek hidup menyerupai manusia dan haiwan adalah makhruh bagi mazhad Imam Malik. Jadi aku cuba minimakannya. Mungkin untuk pengajaran dan sekali-sekala sahaja atau dilukis tidak sepenuh badan.  

Wednesday, October 12, 2011

figura aksi


Ramai juga kenalann aku yang suka kumpul figura aksi atau action figure. Aku pun ada satu, tapi akan dibangkul sampahkan. Haritu ada satu masa trend taruk patung harimau gergasi dalam kereta.

Anda salah seorang yang berbangga dengan koleksi action figure yang banyak? Dragon Ball Z? Star Wars? English style deco? Fridge Magnet binatang? Mahal-mahal? Sanggup gaduh dengan anak sebab koleksi kamu mahal? Bukan untuk dimain tapi untuk perhiasan sahaja? Sanggup tak buka packaging?

Lupa ke kita hukum simpan patung? Jika untuk permainan kanak-kanak, dibolehkan. Jika untuk tujuan perhiasan...harom! Malaikat tak masuk/lalu di tempat itu. 


Setelah membuat pembacaan, aku rumuskan. Patung yang dibolehkan;

1) Permainan kanak-kanak
2) Bantal peluk bentuk binatang
3) Untuk alat pengajaran
4) Patung yang tidak cukup sifat

Aku teringat dulu di Kuala Terengganu, Bulatan Ladang juga dikenali sebagai 'Bulatan Penyu' sebab ada patung penyu di tengahnya. Bila kerajaan PAS ambil alih pentadbiran, patung tersebut dibuang. Tapi di Marang ada patung udang dan sotong tidak dibuang. Kerana patung sotong dan udang tersebut adalah separuh badan.


Patung tugu negara bila pula nak dihumbankan? Masih menjadi isu yang tak berkesudahan...

Sekadar untuk mengingat-mengingati. Allahua'lam.

Tuesday, October 11, 2011

The All New Rx Water

Harini aku berpeluang berjumpa dengan pakar motivasi kesihatan, Dr. Noordin di pejabatnya di Jalan Othman. Pusing ligat aku mencari tempatnya. Appointment pukul 12, pukul 12.30 baru aku sampai. Mak aku bagi duit dan suruh beli filter Rx-Water dan suruh jumpa sendiri dengan Dr. Noordin. Beliau merupakan bekas seorang pesakit barah darah yang telah membuat kajian untuk mengubati penyakitnya dan berjumpa dengan teknologi Rx-Water.

Teknologi tapisan air ni, dengan kuasa Allah swt mampu menghidupkan sel-sel yang lemah dan mati dan insyaAllah boleh memulihkan pelbagai penyakit. Untuk orang yang berpenyakit, beliau sarankan minum air Rx-Water minimum 2.5 liter sehari (dan dipesan untuk bersalawat 3 kali dan berdoa "ya Allah, engkau yang memberi dan engkau yang akan ambil balik"). Berjemur di bawah matahari 10-15 minit pada waktu pagi. Mandi embun pagi bila ada kelapangan. Dan mandi cahaya bulan 15-20 minit. Dan berzikir 'aku sihat, aku kuat, aku sembuh'. Selain itu juga digalakkan minum air kelapa muda fresh, kosong tanpa gula. Bagus untuk kesihatan.


Ejen yang aku temui lepas appointment, Erda beritahu dia ada kenalan yang dah dialisis tapi boleh kurangkan kekerapan dialisis dengan bantuan Rx-Water ini. InsyaAllah kalau dengan cara ini Allah mahu sembuhkan penyakit aku, aku cuba istiqamah dan berdoa, bertawakal supaya boleh sembuh. Kita hanya berusaha, segalanya dari dia. Bukan kerana air, tapi air adalah ciptaanNya dan tidak mustahil air juga dapat mengubati penyakit dengan izinNya.

The All New Rx-Water juga dilengkapi dengan air padat ozon yang membasmi kuman, bakteria, bahan kimia dan bau untuk basuh bahan mentah dan lain-lain.

Selain itu aku juga beli Rxtra  (mineral dari Himalaya) yang banyak kebaikannya untuk kesihatan terutama imunisasi. Aku ni kalau kena hujan setitik dua pun dah demam. Dan juga Rx Salt yang dikatakan oleh Dr., amalan para tabligh untuk kesihatan. 

Setiap item di atas di jual berasingan. Dan jika dah ada water filter di rumah, dan nak tukar ke Rx-Water, mereka terima trade-in. Apa-apa sahaja water filter yang berharga RM1000 keatas boleh di trade in macam aku buat. Mereka akan potong RM500 dari harga asal Rx Water. Tapi mereka tak periksa pun betul ke harga RM1000 keatas, eheheh...jadi kalau ditanya, 'ya'kan sahaja lah kan?

Aku copy-paste testimoni dari web diorang seperti di bawah;

Para doktor mengesahkan bahawa saya menghidap penyakit radang “Steven Johnson”. Bukan setakat luaran sahaja, malah hati dan otak saya turut di jangkiti. Doktor menganggarkan bahawa saya akan ditahan di wad untuk jangka masa yang lama, namun hanya selepas 3 hari, saya dibenarkan pulang. Rahsianya? Saya membawa Rx-Water® dari rumah untuk mandi, minum, lap badan dan bagi kegunaan di hospital. 

Pn. Kasumabahri Masjuriah, 56 tahun

Saya disahkan menghidap leukemia pada 2008 dan mula menjalani rawatan kemoterapi. Seperti yang sedia maklum, rawatan kemoterapi membunuh bukan sahaja sel kanser tetapi juga sel-sel lain. Saya diperkenalkan dengan Rx-Water® sewaktu menjalani rawatan, dan saya dapati penggunaannya banyak membantu mengurangkan kesan sampingan proses rawatan. Kini, saya disahkan pulih dan mula berkerja seperti biasa.

Badrul Hisyam Mohd Akhiar, 24 tahun

Pada 2009, saya mengalami kemalangan di mana tar panas dari lori tersimbah ke kaki saya. Ini mengakibatkan pendidihan dan kelecuran di bahagian kulit sehingga ke isi. Doktor hampir-hampir memotong kaki saya dan ketika itu, peluang saya untuk mendapat menggunakan sepenuhnya fungsi kaki saya amatlah tipis. Tetapi selepas menggunakan Rx-Water® selama beberapa minggu, doktor sendiri terkejut melihat kepantasan proses penyembuhan kaki saya. Hari ini, saya sudah boleh berjalan dan berkerja seperti biasa. Terima kasih Rx-Water®!

Mohd Nawai Razali, 37 tahun

http://www.worldwellness.com.my

"if you think wellness is expensive, try illness"

SYB: godek-godek info baru tahu bahawa Dr. Noordin ni bapak mertua kawan aku iaitu bekas kekasih kawan baik aku, Samir.


Monday, October 10, 2011

ini bukan iklan touch 'n go

Aku tak tahu kenapa aku malas nak top up Touch 'n Go. Isteri aku selalu pesan dan marah suruh aku top-up. Tapi sekarang aku sedar, aku perlu top up Touch 'n Go supaya aku tidak lagi bersentuhan tangan dengan awek jaga tol!

Sunday, October 9, 2011

perihal aurat


Ada yang mengatakan bahawa orang berumur 20 adalah muda lagi, tak perlulah menutup aurat. Mungkin sudah lupa ajaran ustaz/ah di sekolah dulu bahawa umur wajib jaga aurat adalah apabila sudah baligh. Bermakna untuk lelaki, apabila sudah mimpi basah dan pecah suara dan bagi perempuan pula bila mula datang bulan.

Umur 20 belum baligh? Itu rasanya diluar kebiasaan. Dalam perkiraan aku, lelaki baligh sekitar umur 12-14 dan perempuan pula sekitar 10-12 tahun.

Tapi bukan bermakna aku post pasal perihal ini, aku ni seorang yang jaga aurat sejak aku baligh. Malah aku sangat sinonim dengan seluar pendek sampai satu hari aku ke rumah kawan aku, aku beritahu padanya, "panaslah pakai seluor panjang ni". Lalu dia jawap "pakai lah seluor pendek, mu kan sokmo pakai seluor pendek".

Kalau panas dunia pun aku mengeluh, bagaimana nak hadapi neraka jika itu tempat aku nanti?

Malah lepas kahwin pun aku pernah pakai seluar pendek (sekali) di luar rumah. Tapi sekarang tidak lagi. Dalam rumah pun aku tak pakai seluar pendek lagi. Semua seluar pendek aku hanya disimpan dalam almari. Kerana di rumah, ada kakak ipar aku. Dan makcik-makcik isteri aku selalu datang. Jadi aku lebih selesa mengenakan kain pelikat. Senang, selesa, dan paling penting tutup aurat.

Alhamdulillah usia orang sedar dan pulang ke pangkal jalan berlainan antara satu sama lain. Aku bersyukur aku kini sedar walaupun pada usia 29. Ada yang sedar pada usia lebih muda dan ada pula sedar pada usia lebih tua. Yang penting sedar sebelum terlambat, InsyaAllah. Hanya Allah yang boleh membuka hati seseorang untuk sedar dan pulang ke jalanNya yang lurus. Allahua'lam.

Betulkan aku jika ada info yang salah, Allahua'lam.

Friday, October 7, 2011

The Big Bad Wolf Books SALE

Sejak dua menjak ni aku pantang betul tengok kalau ada jual buku murah-murah kat shopping complex atau penghabisan stok di mana-manalah. Baru dua hari lepas aku ke Carrefour dekat dengan rumah, dengan misi untuk membeli pisang dan anggur untuk Rina. Untuk tambah Potassium dalam badan dia. Tapi misi yang sepatutnya sekejap tu jadi lama gara-gara ada stok clearance buku. Dah pegang tiga buku termasuk buku pasal pregnancy. Tapi aku letak balik, ambil satu buku je. RM5 saja.

Seriously aku tak pernah dengar pasal pesta buku Big Bad Wolf ni. Semalam Amert post pasal event ni di facebook. Aku terasa nak ikut dia pergi, tapi sebelah malam aku sibuk, officemate nikah. Dia cakap dia nak pergi pukul 10 pagi, lari dari kerja sekejap. Dan ajak aku. Lagi sekali pantang betul. Dia cakap lagi, "rugi tak pergi weh buku murah-murah RM3 pun ada". Pantang betul.


Aku mula gemar baca buku baru lagi. Tahun 2007 kot. Buku yang membuka minat aku untuk membaca adalah buku hardcore/punk/alternative music 'Our Band Could Be Your Life'. Berbalik pada event ni. Jadi aku cakap kat dia, aku jadi join dia. Pukul 9 lebih dia call aku dan bagitahu jumpa di MAEPS terus. Kebetulan, Acai dan tiga orang officemate pun nak ke sana jugak. Jadi aku join naik kereta Acai.


Dari tempat parking, pengunjung diberi khidmat naik bas percuma ke dewan. Amert dah sampai awal sebelum pintu dewan dibuka lagi. Sampai-sampai Amert dah tunjuk buku-buku Ensaiklopedia Punk Rock, The Clash dan Red Hot Chilli Peppers tebal dan hard-cover semuanya RM15 sahaja. Kami pergi cari buku masing-masing. Rambang mata. Nak beli buku pasal pregnancy dan buku parenting. Banyak pulak ada, dari macam-macam penerbit. Murah-murah pulak tu. RM5, RM8, RM10. Majalah kebanyakannya RM3 dan RM5 sahaja. Aku ada cari juga buku agama Islam, tapi yang aku nampak hanyalah buku agama Kristian.

hasil borongan hari ini

Banyak juga aku borong. Sangka aku, aku yang paling banyak beli dalam kereta tu. Tapi sebenarnya, aku beli paling sikit dari segi harga keseluruhan buku. Semuanya borong sakan. Heheh...Alhamdulillah, I love books!

Pada yang berkesempatan, event ni mula 7 hb - 16 hb Oct 2011. 10 a.m to 9 p.m di MAEPS, Serdang.
More info: http://www.bigbadwolfbooks.com/

Monday, October 3, 2011

MMM



Aku suka baca majalah muzik tempatan dulu. Ni antaranya yang pernah dikeluarkan tiap bulan. Tapi dah luput dari pasaran. Semua dari koleksi peribadi kecuali TONE dengan Exposure lupa nak scan, so kebas kat net. Heh!

SYB: Scene awek-bertudung-main-gitar tengah up sekarang. Apa pendapat anda?

status fb #4

Walau banyak mana sekalipun lauk Nasi Lemak KL, Nasi Lemak Terengganu juga menjadi idaman hati. Ikang aya all the way.

SYB: Kebiasaannya di Terengganu, nasi lemak dimakan berlaukkan ikan bilis atau ikan tongkol. Sambal sedikit manis. Enak!

Sunday, October 2, 2011

she said #2

"Sayang kenapa you asyik jerit je malam tadi? Mimpi apa? Mengigau ke?"

Antara perkara menarik lepas berkahwin, aku dapat tengok isteri aku kadang-kadang mengigau. Setakat ni dua kali. Sekali dia sebut "makan, makan, makan" -mungkin sebab penat sangat melayan tetamu pada siang hari tersebut. Sekali lagi mengeluh kesah.

Dia juga beritahu aku ada mengigau. Sudah beberapa kali. Dan pelik-pelik. Mungkin sebelum ni pun ada, tapi tiada siapa beritahu. Almaklumlah tidur sorang-sorang. Pelik juga kenapa aku menjerit-jerit. Aku tiada mimpi apa-apa atau aku tak ingat langsung aku ada mimpi apa-apa ke tak. Mungkin juga ada. Allahua'lam.

Aku duk bayangkan macam mana agaknya bunyi jeritan aku tu. Adakah macam penyanyi kumpulan screamo, atau penyanyi kumpulan glam rock di bawah. Buruk beno rupenye.

Saturday, October 1, 2011

Kisah aku dan Tobek

Hari minggu ni aku balik kampung di Terengganu. Berseorangan. Orang rumah, tinggal di rumahnya, Klang kerana baru-baru ni alahan agak teruk, muntah-muntah sejak berbadan dua. Sekarang Alhamdulillah dah elok tapi kaki cramp pagi-pagi sebab dia tak suka minum susu. Sekarang paksa minum fresh milk coklat dan Anmum, dia campurkan dengan Milo. Kata orang, sebab bayi dalam perut ambil zat kalsium dari ibunya.

Jadi aku berseorangan menaiki bas saja. Dah biasa macam tu. Kawan-kawan empat buah kereta datang dari KL, tapi mereka datang agak lambat. Aku alang-alang balik kampung, nak rehat lama sikit. Aku hanya duduk rumah berehat, tidak kontek kawan-kawan untuk melepak. Demam sikit kerana asik duk 'dalam ekon' kot. Dalam bas pun sangat sejuk hingga ke tulang hitam.

Tujuan aku pulang adalah untuk majlis sambut menantu Amir atau Tobek. Bassist/frontman Always Last, sebelum itu juga bassist/frontman untuk Fags And Stoned.

Aku ke kenduri ni dengan keluarga aku; dua orang kakak, abang ipar, anak-anak buah dan emak aku. Tapi pulang, aku suruh Buyeng hantar sebab keluarga aku nak pulang awal, esok kerja. Aku pula nak tunggu sessi bergambar pengantin dengan kawan-kawan. Buyeng kelihatan dah mengantuk ketika sessi fotografi mungkin kerana drive jauh dari KL pada siang harinya. Tapi kebetulan dia memang nak ke Bukit Depu yang tak jauh dari rumah aku, jadi Ok lah tu. Kenapa keluarga aku pun pergi kenduri Tobek?

Aku agak rapat dengan dia kebelakangan ini. Namun kisah kami bermula lama dahulu.

Tahun 1982, aku dilahirkan pada bulan May. Keluarga aku pindah ke Chicago, USA masa aku berusia enam bulan kerana tugasan arwah ayah aku di Malaysian Student Department di sana. Arwah berkerja dengan JPA. Kami di sana hingga akhir 1985 selepas kelahiran adik lelaki aku, Mie. Satu kerugian untuk aku kerana berada di sana sampai umur 3 tahun sahaja- memory masih belum kuat untuk mengingat. Sikit-sikit adalah. Tengok gambar sahajalah.

Keluarga Tobek juga ke sana, Chicago. Ayahnya sambung degree dan MA di sana waktu itu. Dibawah jagaan arwah ayah aku. Jadi keluarga aku dan keluarga Tobek agak rapat. Tapi aku dan dia tidak berkawan. Hanya berkawan ketika di Chicago. Semasa kami sangat kecil, dia tua setahun dari aku.

Semasa kenduri aku di Terengganu baru ni, ayahnya ada menceritakan sikit tentang tempat tinggal keluarga aku di sana. Dia menyarankan aku untuk ke Chicago dan melihat tempat kami tinggal di sana dahulu. Tapi aku fikir pasti dah banyak berubah. Sudah lebih dari 26 tahun!

Semasa di Kuala Lumpur ketika kami sekolah rendah, sekali-sekala kami berjumpa jika keluarga aku ke rumah mereka atau sebaliknya.

Fast forward to year 2001, aku ada peroleh demo tape kugiran punk rock student-student KUITTHO, Fags And Stoned dari Su Santos (Punctual zine/Sally Faerie). Aku hantar set interview kepada band tersebut untuk zine aku, Mosh. Lalu mereka menjawab melalui email, siap bagi gambar. Terpampanglah pada gambar di skrin komputer muka yang aku sangat kenal. Muka Amir anak Cikgu Mat Nor, yang kini bergelar Tobek. Terus aku reply email dan bagitahulah aku siapa. Lawak juga.

Raya tahun tu, dia datang beraya di rumah aku di kampung, pakai baju NOFX. Lepas tu kami kadang-kadang jumpa di gig-gig sekitar kolumpo. Tapi kami jadi rapat lepas band Always Last ditubuhkan. Dia sangat bersemangat dengan aktiviti-aktiviti punk rock dan label aku ketika itu, Nervhous Records. Kami banyak terlibat dengan projek sama-sama dan dialah yang mula-mula duk sebut-sebut pasal Nervhous Family. Kami dan rakan-rakan jadi rapat-selalu bersama. Dari 2007/2008, lepas tu buat compilation Senandung Pawer-Kord, organize gig No Use For A Name sama-sama di KL, Struck A Nerve Tour 2010, dan gig-gig lain. Sekarang band aku dan band dia pula dalam proses mengeluarkan split CD. Tunggu dia settle kahwin, dan settlekan recording. Dum Dum Tak dah settle recording, sedang mastering.

Tiga ahli dari kedua-dua band ni kahwin tahun ni iaitu aku dari Dum Dum Tak, Tobek dan Shah dari Always Last. Jadi projek delay sikit.

Seminggu sebelum aku bernikah, aku masih ingat aku dan Tobek kami sama-sama di Jalan Pudu pergi survey tempat nak print cover CD untuk split dan compilation yang Nervhous usahakan dengan bantuan kawan-kawan. Yang tu pun delay juga, sebab perkahwinan kot. Lepas ni boleh resume balik.

Masa kenduri kahwin aku di Klang, aku tak tahu nak ajak siapa jadi pengapit aku. Aku taknak pakai pengapit tapi isteri nak pakai, jadi aku kena cari pengapit. Sebab dah lama kenal Tobek, aku pujuk dia jadi pengapit aku. Dia berat hati pada mulanya kerana kena pakai baju melayu. Tapi dia memang ada baju yang kena dengan tema; silver atau kelabu. Dia baru lepas bertunang masa tu, baju tunang warna memang kena, Silver. Jadi aku menguatkan lagi pujukan cakap orang lain takde baju warna tu. Haha. Nasib baik, masa yang diperlukan untuk pengapit di atas pentas sekejap sahaja macam aku janjikan pada dia.

Baru-baru ni pada bulan Ramadhan kami sama-sama join kelas Bahasa Al-Quran dan pada malam ke 27 kami sama-sama ke Qiamulail Perdana. Harapnya kami terus bersama terutama dalam aktiviti ke arah akhirat. InsyaAllah.

Apa lagi ya? Acai DEP cakap aku ngan Tobek adalah 'blood brothers'...lebih kurang macam tu la kot.

Tahniah Tobek + Erin. Now I can say to other couples. "Welcome to the club".