Banyak band yang muziknya kuat pengaruh band Blink 182, tapi tak banyak yang best. Pada pendengaran aku, muzik Klabu Asap juga kuat pengaruh Blink 182 lama-lama, zaman belum menjadi besar. Dan band dari Johor ini adalah antara yang best dengan poppunk laju-laju mereka.
Tak banyak band, terutama band baru dan kecil seperti Klabu Asap yang mengeluarkan format CD dan kaset secara professional sekaligus sekarang ni. Agak susah nak jual rasanya, aku rasa hanya Klabu Asap je yang buat begitu, dan tanpa bantuan label pula tu.
Boleh ceritakan tentang band ni. Bagaimana
berjumpa dan bergabung. Nama Klabu Asap agak menarik bagi aku. Mana dapat idea
tu?
Cerita dia, kami ni satu tempat kerja; Aidil, Lan, Boy dan Botak.
Jamming suka-suka time dapat gaji. Lepas tu member kami ada buat gig dan ajak main,
kami on terus. Lepas tu kami buat lagu sendiri sebab dah main dua tiga gig. Malu
pulak takde lagu sendiri. Lan kojap ajo dengan kitorang. Dia pi sambung belajor,
jadi Boy ganti di posisi dram.
Nama Klabu Asap tu Aidil yang hembus. Abang studio jamming
tu asyik tanya je nama band setiap kali nak booking jamming.
Boleh ceritakan sedikit tentang EP terbaru kamu. Dari
segi pengaruh muzik dan lirik, dan juga rakaman?
Taklah terbaru pun, lagu dah siap rekod masa 2015 lagi. Saja
kami pecahkan jadi dua CD sebab nak nampak power, hahaha. Nak bagi orang kenal
Klabu Asap. Dua saja lagu dari EP kedua tu lagu baru iaitu ‘Saya Ada Kawan’ dan
‘Puaka’ yang disiapkan lepas siap rekod lapan lagu pertama.
Punca kami buat lagi dua lagu ialah sessionist drummer untuk
ep 2015 dan 2017 minta buat lagu tribute untuk arwah member kami (Zulkipli
@Semot Rok. Siap nak lagu macam ‘ I Miss You’ dari Blink182. DIa ingat aku ni
Tom Delong eke?!!! Aku tom yam bolehlah bedal. Perah-perah idea dapatlah lagu ‘Saya
Ada Kawan’.
Sedang kami kemaskan lagu tu, dapat pulak tempo lagu ‘Puaka’.
Maka siaplah 10 lagu. Lapan lagu lama boleh siap rakaman dalam masa 10 jam saja.
Lagu baru ni ambil masa, ambik ko… 10 jam untuk dua lagu! Rugi betul laaa…
Kenapa EP kedua tidak dirakam lebih banyak lagu
atau keluarkan album? Kedua-dua EP korang tiada tajuk, mungkin agak
mengelirukan di situ?
Tajuk tak letak sebab malas nak pikir. Memang keliru pun,
hahaha. Sampai ada yang cakap “nak beli EP ‘Rempit’ yang merujuk kepada EP 2015
sebab ada lagu tribute untuk scene rempit dalam tu. Masa tu tengah sedap
merempit dengan member-member rempit.
Aku sangat puji dengan usaha mengeluarkan dua format sekaligus untuk dua-dua EP kalian. Apa yang membuat korang sanggup tong-tong duit untuk melabur kepada band ni?
Kongsi keluor modal. sebab dah lama sangat tertangguh, jadi
kami dah nekad. Memang padan dengan mukalah apa yang akan jadi nanti. Janji
kena siap jugak (untuk kepuasan diri sendiri...)
Bolehlah tinggalkan nama Klabu Asap dalam scene Malaysia ni.
Lagu dah ada kot, sayang kalau tak siapkan (ayat sedapkan hati masa tu). Mungkin
10 tahun dari sekarang akan ada orang punk rock cari balik material Klabu Asap,
mana tahu kan? Haha, macam ci.
Berapa show dah korang main? Venue mana paling
pelik? Gig mana paling bes dan kenapa?
Show yang kami dah main, ada lebih dari 10 gig dah rasanya.
Pelik macam mana tu zang??? Sama je aku tengok; semua rumah kedai. Reka bentuk
dia sajalah berbeza. Gig semua best sebab kami memang buat band sebab nak main
gig, walaupun takde crowd…kami akan jalan terus.
No comments:
Post a Comment