Dulu-dulu aku selalu baca dalam zine dan sekarang juga ada
aku baca di facebook sesetengah yang berpendapat agama tidak boleh
dicampuradukkan dalam hardcore punk dan juga subculture atau muzik-muzik lain. Bagi
aku sekarang, Islam itu adalah agama yang syumul yakni cara hidup yang lengkap.
Bermakna setiap perkara seorang muslim itu buat, mesti ambilkira dari sudut hukum
syarak. Tak kiralah muzik, sukan dan minat-minat yang lain. Punk Rock bukan
(lagi) cara hidup untuk aku, kerana cara hidup aku ialah Islam. Tapi aku suka
dengan muzik dan idea punk rock juga.
Kebelakangan ni aku ada temui beberapa band yang banyak nyanyikan
lirik yang berunsur ketuhanan/Islamik seperti contoh Skinbasher yang ada
menyanyi tentang anti minuman keras dan memuji Tuhan. Dalam temuramah dengan
majalah ROTTW, mereka ada menyatakan keengganan mereka untuk bermain gig di tempat
yang menjual minuman keras. Sebuah band baru dari Pontian menamakan nama band
mereka Rocket To Mecca juga sudah kongsi lagu pertama rakaman mereka bertajuk ‘Sedar’
yang isinya berkisarkan pesanan supaya ingat pada agama dan jangan hanya
mengejar nikmat dunia sahaja. Antara contoh lain dari Indonesia adalah The
Forty’s Accident (Muslimcore, dengan gaya seperti Youth Of Today) dan GunXRose
(Thrashcore anti-penyembahan berhala dan anti-zionis).
Sebuah lagi band yang agak aktif dan banyak main show-show
besar kini adalah I See Dumb People. Dalam e.p mereka ‘Let’s Berdesup’
rata-rata lirik mereka berbaur pesanan Islamik, dari penghayatan aku. Ada lirik
anti penagihan/penyalahgunaan dadah dan menganjurkan untuk cari kebenaran dan
ingat pada Tuhan (Duri Sendiri), anti Politik kotor? Korupsi, ahli politik gila
kuasa? (Korupsi Ideologi), Anti- Judi/tikam nombor (TOTO = takde otak, tipu
orang) dan juga mungkin tentang ajaran sesat, syiah, ajaran-ajaran yang
bercanggah dengan Islam sebenar, mungkin (Dakwat Merah). Secara muziknya,
mereka menggelarkan muzik bawaan mereka, 3rd Wave ska…ska punk
rancak dengan campuran muzik-muzik lain. Sedap lagu-lagu dalam CD ni, terutama
lagu ‘Is it Me Or My World’.
Bagi aku tiada masalah nak campurkan elemen ketuhanan dan
Islamik dalam lagu-lagu hardcore/punk, heavy metal dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment