Tuesday, December 13, 2011

Wajah Walimah di Pertiwi Kini

Topik Warna Pagi di IKIM.fm pagi tadi, "Kenduri adat atau kenduri ibadat?" Aku baru terfikir sebenarnya nak tulis pasal benda ni. Sedang elok mereka pun bincangkan pasal hal ini...

Aku teringat dulu sepupu aku cakap, "Selesa kan pergi kenduri kahwin di Terengganu ni. Tiada pasang muzik. Kalau di negeri lain kebanyakan ada pasang muzik. Nak berborak pun tak selesa". Tu zaman bila. Sekarang di Terengganu pun trend pasang lagu di acara dah banyak menular. 

Jodoh dia dengan orang Kajang. Semasa kenduri kahwin dia ada sessi karaoke yang kuat bingit dinyanyi oleh hadirin. Pakcik tua berkopiah turut nyanyi lagu rok leleh dengan penuh semangat, siap goyang-goyang badan. Geli hati pula aku tengok. Aku teringat kata-kata dia dan rasa kasihan pada dia. Aku tahu dia pasti inginkan majlis yang selesa tanpa muzik bising bango di kenduri kahwin dia. Tapi mungkin kena ikut juga apa pihak keluarga Kajang nak buat.


Alhamdulillah di kenduri kahwin aku, tiada sessi karokae. Aku solat hajat dan berdoa selalu supaya tiada acara nyanyian di majlis kenduri aku. Alhamdulillah, doa aku makbul. Cuma ada nyanyian lagu hari jadi untuk aku. Oklah, give and take. Kena rai juga apa orang nak buat. Hiburan pada majlis walimah aku di Klang adalah nafiri dan pertunjukan silat, ini ayah mertua aku yang upah. OKlah, selingan sebelum dan semasa makan beradab. Selain itu banyak juga lagu-lagu pop sebenarnya dipasang termasuklah lagu KRU tapi yang banyak kali DJ duk ulang adalah lagu Maher Zain, InsyaAllah. ALHAMDULILLAH! Harapnya tidak terlalu kuat sehingga mengganggu orang nak borak. Ya lah, jumpa saudara sekali-sekala di acara sebegini.


Di Terengganu pula, hanya ada paluan kompang dengan salawat nabi untuk mengiringi ketibaan pasangan pengantin. Mungkin bagus untuk memberitahu orang kampung, pengantin dah sampai. Jom makan gulai.

Baru ni aku ada pergi kenduri walimah. Pengantin alhamdulillah pakai tudung, cukup dan berpakaian tradisional. Tapi ada pula undangan penyanyi karaoke yang seksi. Seleksi lagu-lagu pula...lagu-lagu sedih rok leleh melayu, lagu pop mat saleh. Kuat dan bingit pula sampai nak bersembang tanya khabar pun tak selesa. Asyik "haaa?" Haaa?" sahaja.Kalau ya pun nak ada acara nyanyian, pilihlah lagu-lagu yang lebih positif, sesuai dan jangan terlalu kuat. Tak selesa. Rasa nak balik cepat pula.

Dari mana datang budaya karoekae di acara kenduri kahwin ni ya?  Tak payahlah. Bukan nak tutup pintu rezeki orang yang buat business karaoke. Tapi nak menyelamatkan kenduri walimah itu biar lebih banyak ikut sunnah dari ikut trend. Ya, ikut sunnah bersanding pun tak boleh sebenarnya. Menayang badan sendiri untuk tontonan orang ramai. Itu adat...insyaAllah satu hari nanti, akan pupus juga. Terutama di kalangan orang Islam. Buat masa ni, susah. Ya lah, orang lain buat. Takkan kita tak buat, nanti dikata koman pula. Keh keh keh. Macam kata Ustaz Azhar, "Orang memang suka benda yang ramai orang buat. Walaupun benda yang ramai orang buat tu tak elok". 

Seperti kenduri kawan aku, ada jemputan band. Tapi lagu-lagu tradisional melayu. Sesuailah dengan acara kahwin melayu. Jika niatnya positif, untuk merai. Kalau lirik-liriknya positif, lagi cantik.InsyaAllah okay walaupun sebenarnya acara kahwin tidak sepatutnya berlebih-lebih. Tengoklah video-video ustaz Azhar tu. 


Tapi hei, aku bukan fasis. Macam mana kamu nak hidup dan buat susuatu itu hak kamu. Terpulang pada kamu hendak meraikan upacara "sekali seumur hidup" kamu.

Tapi 'nikah' adalah satu ibadat, sunnah Rasulullah. Jika bukan kerana ibadah, kamu takkan bernikah. Jadi ia adalah satu benda keagamaan. Tak payah disulam dengan hiburan yang berlebihan kot. Tapi yalah, kadang-kadang kita tak boleh nak elak. Ada ustaz di masjid di kampung aku ceritakan, dia pernah didatangi oleh seorang bakal pengantin perempuan yang mengadu, ibubapa paksa jangan pakai tudung ketika bersanding. Kesudahannya ustaz itu bertemu dengan ibubapa itu dan nasihatkan supaya ikut cara Islam dalam perkahwinan anak mereka dan ibubapa itu pun, ubah fikiran.

No comments: