Aku pergi acara ni hanya pada hari kedua saja sebab isteri aku taknak ikut. Tak larat dan sarat. Tiba di PICC Putrajaya tepat jam 10 pagi dan daftar di kaunter. Sejurus lepas tu terserempak dengan adik Apiq iaitu gitaris band metalcore Miseria/Dead Eyes Glow. Dia bertiga, dan mengajak aku pergi breakfast sama-sama. Lepas makan, sebelum pintu dewan dibuka aku jumpa Effuan. Aku lepak dengan Effuan untuk hari tersebut. Aku juga jumpa Adam (walleymug zine) dari Ipoh. Dia jual t-shirt Peacebeuponyou pada hari tersebut. Selain baju dia, aku juga ada beli baju Moola. Baju dengan mesej-mesej Islamik. Bes jugak. |
Boonaa Mohammed (gambar atas) menjadi sebahagian dari emcee untuk hari tersebut. Aku tak kenal mamat ni sebelum ni, tapi kawan aku Amirull cakap dia suka mamat ni. Rapping power. Bila aku dengar dia cakap dan buat spoken word entertainment dia. Fuuh, inspired gila. Siap berkhayal nak jadi spoken word artist juga walaupun aku dengar satu je dari poem dia tu. Tajuk 'Heroes'. Power gila. CD dia sold-out, tak sempat aku nak beli. Ciss. |
Sh Hussein Yee -"Sunnah Wal Jamaah NOT sunnah-bidaah-Jamaah". |
Dr. Bilal Phillips "Knowledge priority; Allah, Rasul, Islam...." |
Sh Alaa Elsayed "Fictional heroes are created because they don't have REAL heroes. But we, Muslims do. Live like them, walk like them, eat like them". |
Navaid Aziz -inspiring cerita dia ni. Power. Harap next year ada rezeki pergi lagi event ni. |
No comments:
Post a Comment