Wednesday, October 12, 2011

figura aksi


Ramai juga kenalann aku yang suka kumpul figura aksi atau action figure. Aku pun ada satu, tapi akan dibangkul sampahkan. Haritu ada satu masa trend taruk patung harimau gergasi dalam kereta.

Anda salah seorang yang berbangga dengan koleksi action figure yang banyak? Dragon Ball Z? Star Wars? English style deco? Fridge Magnet binatang? Mahal-mahal? Sanggup gaduh dengan anak sebab koleksi kamu mahal? Bukan untuk dimain tapi untuk perhiasan sahaja? Sanggup tak buka packaging?

Lupa ke kita hukum simpan patung? Jika untuk permainan kanak-kanak, dibolehkan. Jika untuk tujuan perhiasan...harom! Malaikat tak masuk/lalu di tempat itu. 


Setelah membuat pembacaan, aku rumuskan. Patung yang dibolehkan;

1) Permainan kanak-kanak
2) Bantal peluk bentuk binatang
3) Untuk alat pengajaran
4) Patung yang tidak cukup sifat

Aku teringat dulu di Kuala Terengganu, Bulatan Ladang juga dikenali sebagai 'Bulatan Penyu' sebab ada patung penyu di tengahnya. Bila kerajaan PAS ambil alih pentadbiran, patung tersebut dibuang. Tapi di Marang ada patung udang dan sotong tidak dibuang. Kerana patung sotong dan udang tersebut adalah separuh badan.


Patung tugu negara bila pula nak dihumbankan? Masih menjadi isu yang tak berkesudahan...

Sekadar untuk mengingat-mengingati. Allahua'lam.

Tuesday, October 11, 2011

The All New Rx Water

Harini aku berpeluang berjumpa dengan pakar motivasi kesihatan, Dr. Noordin di pejabatnya di Jalan Othman. Pusing ligat aku mencari tempatnya. Appointment pukul 12, pukul 12.30 baru aku sampai. Mak aku bagi duit dan suruh beli filter Rx-Water dan suruh jumpa sendiri dengan Dr. Noordin. Beliau merupakan bekas seorang pesakit barah darah yang telah membuat kajian untuk mengubati penyakitnya dan berjumpa dengan teknologi Rx-Water.

Teknologi tapisan air ni, dengan kuasa Allah swt mampu menghidupkan sel-sel yang lemah dan mati dan insyaAllah boleh memulihkan pelbagai penyakit. Untuk orang yang berpenyakit, beliau sarankan minum air Rx-Water minimum 2.5 liter sehari (dan dipesan untuk bersalawat 3 kali dan berdoa "ya Allah, engkau yang memberi dan engkau yang akan ambil balik"). Berjemur di bawah matahari 10-15 minit pada waktu pagi. Mandi embun pagi bila ada kelapangan. Dan mandi cahaya bulan 15-20 minit. Dan berzikir 'aku sihat, aku kuat, aku sembuh'. Selain itu juga digalakkan minum air kelapa muda fresh, kosong tanpa gula. Bagus untuk kesihatan.


Ejen yang aku temui lepas appointment, Erda beritahu dia ada kenalan yang dah dialisis tapi boleh kurangkan kekerapan dialisis dengan bantuan Rx-Water ini. InsyaAllah kalau dengan cara ini Allah mahu sembuhkan penyakit aku, aku cuba istiqamah dan berdoa, bertawakal supaya boleh sembuh. Kita hanya berusaha, segalanya dari dia. Bukan kerana air, tapi air adalah ciptaanNya dan tidak mustahil air juga dapat mengubati penyakit dengan izinNya.

The All New Rx-Water juga dilengkapi dengan air padat ozon yang membasmi kuman, bakteria, bahan kimia dan bau untuk basuh bahan mentah dan lain-lain.

Selain itu aku juga beli Rxtra  (mineral dari Himalaya) yang banyak kebaikannya untuk kesihatan terutama imunisasi. Aku ni kalau kena hujan setitik dua pun dah demam. Dan juga Rx Salt yang dikatakan oleh Dr., amalan para tabligh untuk kesihatan. 

Setiap item di atas di jual berasingan. Dan jika dah ada water filter di rumah, dan nak tukar ke Rx-Water, mereka terima trade-in. Apa-apa sahaja water filter yang berharga RM1000 keatas boleh di trade in macam aku buat. Mereka akan potong RM500 dari harga asal Rx Water. Tapi mereka tak periksa pun betul ke harga RM1000 keatas, eheheh...jadi kalau ditanya, 'ya'kan sahaja lah kan?

Aku copy-paste testimoni dari web diorang seperti di bawah;

Para doktor mengesahkan bahawa saya menghidap penyakit radang “Steven Johnson”. Bukan setakat luaran sahaja, malah hati dan otak saya turut di jangkiti. Doktor menganggarkan bahawa saya akan ditahan di wad untuk jangka masa yang lama, namun hanya selepas 3 hari, saya dibenarkan pulang. Rahsianya? Saya membawa Rx-Water® dari rumah untuk mandi, minum, lap badan dan bagi kegunaan di hospital. 

Pn. Kasumabahri Masjuriah, 56 tahun

Saya disahkan menghidap leukemia pada 2008 dan mula menjalani rawatan kemoterapi. Seperti yang sedia maklum, rawatan kemoterapi membunuh bukan sahaja sel kanser tetapi juga sel-sel lain. Saya diperkenalkan dengan Rx-Water® sewaktu menjalani rawatan, dan saya dapati penggunaannya banyak membantu mengurangkan kesan sampingan proses rawatan. Kini, saya disahkan pulih dan mula berkerja seperti biasa.

Badrul Hisyam Mohd Akhiar, 24 tahun

Pada 2009, saya mengalami kemalangan di mana tar panas dari lori tersimbah ke kaki saya. Ini mengakibatkan pendidihan dan kelecuran di bahagian kulit sehingga ke isi. Doktor hampir-hampir memotong kaki saya dan ketika itu, peluang saya untuk mendapat menggunakan sepenuhnya fungsi kaki saya amatlah tipis. Tetapi selepas menggunakan Rx-Water® selama beberapa minggu, doktor sendiri terkejut melihat kepantasan proses penyembuhan kaki saya. Hari ini, saya sudah boleh berjalan dan berkerja seperti biasa. Terima kasih Rx-Water®!

Mohd Nawai Razali, 37 tahun

http://www.worldwellness.com.my

"if you think wellness is expensive, try illness"

SYB: godek-godek info baru tahu bahawa Dr. Noordin ni bapak mertua kawan aku iaitu bekas kekasih kawan baik aku, Samir.


Monday, October 10, 2011

ini bukan iklan touch 'n go

Aku tak tahu kenapa aku malas nak top up Touch 'n Go. Isteri aku selalu pesan dan marah suruh aku top-up. Tapi sekarang aku sedar, aku perlu top up Touch 'n Go supaya aku tidak lagi bersentuhan tangan dengan awek jaga tol!

Sunday, October 9, 2011

perihal aurat


Ada yang mengatakan bahawa orang berumur 20 adalah muda lagi, tak perlulah menutup aurat. Mungkin sudah lupa ajaran ustaz/ah di sekolah dulu bahawa umur wajib jaga aurat adalah apabila sudah baligh. Bermakna untuk lelaki, apabila sudah mimpi basah dan pecah suara dan bagi perempuan pula bila mula datang bulan.

Umur 20 belum baligh? Itu rasanya diluar kebiasaan. Dalam perkiraan aku, lelaki baligh sekitar umur 12-14 dan perempuan pula sekitar 10-12 tahun.

Tapi bukan bermakna aku post pasal perihal ini, aku ni seorang yang jaga aurat sejak aku baligh. Malah aku sangat sinonim dengan seluar pendek sampai satu hari aku ke rumah kawan aku, aku beritahu padanya, "panaslah pakai seluor panjang ni". Lalu dia jawap "pakai lah seluor pendek, mu kan sokmo pakai seluor pendek".

Kalau panas dunia pun aku mengeluh, bagaimana nak hadapi neraka jika itu tempat aku nanti?

Malah lepas kahwin pun aku pernah pakai seluar pendek (sekali) di luar rumah. Tapi sekarang tidak lagi. Dalam rumah pun aku tak pakai seluar pendek lagi. Semua seluar pendek aku hanya disimpan dalam almari. Kerana di rumah, ada kakak ipar aku. Dan makcik-makcik isteri aku selalu datang. Jadi aku lebih selesa mengenakan kain pelikat. Senang, selesa, dan paling penting tutup aurat.

Alhamdulillah usia orang sedar dan pulang ke pangkal jalan berlainan antara satu sama lain. Aku bersyukur aku kini sedar walaupun pada usia 29. Ada yang sedar pada usia lebih muda dan ada pula sedar pada usia lebih tua. Yang penting sedar sebelum terlambat, InsyaAllah. Hanya Allah yang boleh membuka hati seseorang untuk sedar dan pulang ke jalanNya yang lurus. Allahua'lam.

Betulkan aku jika ada info yang salah, Allahua'lam.

Friday, October 7, 2011

The Big Bad Wolf Books SALE

Sejak dua menjak ni aku pantang betul tengok kalau ada jual buku murah-murah kat shopping complex atau penghabisan stok di mana-manalah. Baru dua hari lepas aku ke Carrefour dekat dengan rumah, dengan misi untuk membeli pisang dan anggur untuk Rina. Untuk tambah Potassium dalam badan dia. Tapi misi yang sepatutnya sekejap tu jadi lama gara-gara ada stok clearance buku. Dah pegang tiga buku termasuk buku pasal pregnancy. Tapi aku letak balik, ambil satu buku je. RM5 saja.

Seriously aku tak pernah dengar pasal pesta buku Big Bad Wolf ni. Semalam Amert post pasal event ni di facebook. Aku terasa nak ikut dia pergi, tapi sebelah malam aku sibuk, officemate nikah. Dia cakap dia nak pergi pukul 10 pagi, lari dari kerja sekejap. Dan ajak aku. Lagi sekali pantang betul. Dia cakap lagi, "rugi tak pergi weh buku murah-murah RM3 pun ada". Pantang betul.


Aku mula gemar baca buku baru lagi. Tahun 2007 kot. Buku yang membuka minat aku untuk membaca adalah buku hardcore/punk/alternative music 'Our Band Could Be Your Life'. Berbalik pada event ni. Jadi aku cakap kat dia, aku jadi join dia. Pukul 9 lebih dia call aku dan bagitahu jumpa di MAEPS terus. Kebetulan, Acai dan tiga orang officemate pun nak ke sana jugak. Jadi aku join naik kereta Acai.


Dari tempat parking, pengunjung diberi khidmat naik bas percuma ke dewan. Amert dah sampai awal sebelum pintu dewan dibuka lagi. Sampai-sampai Amert dah tunjuk buku-buku Ensaiklopedia Punk Rock, The Clash dan Red Hot Chilli Peppers tebal dan hard-cover semuanya RM15 sahaja. Kami pergi cari buku masing-masing. Rambang mata. Nak beli buku pasal pregnancy dan buku parenting. Banyak pulak ada, dari macam-macam penerbit. Murah-murah pulak tu. RM5, RM8, RM10. Majalah kebanyakannya RM3 dan RM5 sahaja. Aku ada cari juga buku agama Islam, tapi yang aku nampak hanyalah buku agama Kristian.

hasil borongan hari ini

Banyak juga aku borong. Sangka aku, aku yang paling banyak beli dalam kereta tu. Tapi sebenarnya, aku beli paling sikit dari segi harga keseluruhan buku. Semuanya borong sakan. Heheh...Alhamdulillah, I love books!

Pada yang berkesempatan, event ni mula 7 hb - 16 hb Oct 2011. 10 a.m to 9 p.m di MAEPS, Serdang.
More info: http://www.bigbadwolfbooks.com/

Monday, October 3, 2011

MMM



Aku suka baca majalah muzik tempatan dulu. Ni antaranya yang pernah dikeluarkan tiap bulan. Tapi dah luput dari pasaran. Semua dari koleksi peribadi kecuali TONE dengan Exposure lupa nak scan, so kebas kat net. Heh!

SYB: Scene awek-bertudung-main-gitar tengah up sekarang. Apa pendapat anda?

status fb #4

Walau banyak mana sekalipun lauk Nasi Lemak KL, Nasi Lemak Terengganu juga menjadi idaman hati. Ikang aya all the way.

SYB: Kebiasaannya di Terengganu, nasi lemak dimakan berlaukkan ikan bilis atau ikan tongkol. Sambal sedikit manis. Enak!