Friday, August 17, 2018

5 Soalan: THE FATALIS


The Fatalis band baru yang agak aktif dengan jadual gig dan baru-baru ni ada bermain beberapa show di Indonesia. Di sini aku letak lima soalan dulu sebagai teaser, untuk membaca interview penuh kena dapatkan zine Mosh isu 19 yang aku tengah bikin, check it out...

1. Apa cerita logo spoof Sheer Mag ni? Cerita sikit…
Ahahah! Takde cerita apa pun, cuma aku (Adib) tengok banyak je band-band lain spoof kan logo band-band idola mereka. Pada masa yang sama, aku pulak tengah layan gila Sheer Mag and minat gila dengan muzik and konsep band mereka.
2. Okey, ceritakan sikit pasal ep ‘Gagalis Optimis’? Macam mana sambutan dan maklumbalas pendengar? Vinyl jadi keluar? Ceritakan tentang versi kaset? Masih ada dijual?
EP Gagalis Optimis antara EP yg terpantas dihasilkan oleh kami. Agak rushing. Buat lagu sebulan, masa yg diambil untuk recording 13jam, mixing 5 hari, mastering 5 hari, design 1 hari. Sambutan alhamdulillah amat baik. Maklumbalas pendengar juga sangat memberangsangkan dan membuatkan kami terus ingin berkarya dan perform show. Untuk vinyl, kalau ada rezeki, kami akan buat untuk full length la, rasanya lebih berbaloi. Versi kaset syukur semakin habis, di distro kebanyakkanya habis dijual. Tinggal dengan kami lagi ada 10 keping.

3. Band-band apa yang korang semua dengar untuk pengaruh The Fatalis?
Fuhh banyak actually, aku try la list kan ok? Black Sabbath, Led Zeppelin, MC5, Sheer Mag, Off!, Annihilation Time, Kelompok Penerbang Roket, The SIGIT, Mooner, Sweet Charity, Search, Wolfmother, The Hives, Dean Dirg, The Heavy, The Haggard Cat, Ghost, Death (proto punk) dan banyak lagi.


4. Ceritakan sikit tentang pengambaran video ‘Taknak Standard’ dan ‘Gagalis Optimis’?

Video 'Taknak Standard' dijalankan secara diy dengan Hariz Mansor sebagai videographer dan Khalil Makata sebagai photographer. Agak gerila kerana tiada permit bila sesetengah lokasi itu dilakukan di bandaraya Kuala Lumpur. Ada juga kereta polis peronda berulangkali lalu di lokasi kami mengadakan penggambaran. Tapi mereka cool je. Lokasi kedua pula ditaja khas oleh ATAS by BijanFX juga tempat di mana EP kami dirakamkan. Keseluruhan video diarah sepenuhnya oleh aku sendiri bagi menjimatkan kos. Boleh la kan?

Seterusnya video 'Gagalis Optimis' dihasilkan dan diarahkan oleh bekas kawan sekerja aku dulu di Leo Burnette, Hyrul Anuar. Dibantu pula oleh Videographer dan Director of Photography dipinjam khas dari Reservoir Films iaitu Kai Lau dan pembantunya Azizul. Lokasi di studio Reservoir sendiri dan Rumah Api Ampang (Thank you Man Beranak!). Turut ada dalam video tersebut adalah isteri Man, Filzah Amran, rakan sekerja Hyrul, Jamal Afiq dan teraju utama oleh Adieyka Zainal, seorang penggiat teater tempatan. Syukur kami dikunjungi sokongan2 sebegini dalam membantu kami terus bergerak selaku band baru di dalam scene. Terima kasih semua! 5. Kenapa nyanyi dalam Bahasa melayu? Mungkin terpengaruh dengan band-band yang nyanyi dalam Bahasa Melayu yang lain?
Dari dulu aku nak ada band bahasa melayu yang mesej-mesej di dalamnya penuh rebel yang menjurus ke arah positiviti di dalam kehidupan seharian. Sebab kita acapkali disuapkan dengan mesej-mesej rebel berbahasa inggeris. Aku cukup tertarik bagaimana band hardcore Straight Answer misalnya, menggunakan bahasa ibunda mereka dalam setiap lagu mereka. Begitu juga halnya dengan Kelompok Penerbang Roket.


Tuesday, August 14, 2018

Temuramah: GERODOK


Punya lama aku tunggu nak dapat jawapan untuk tiga soalan ni, kih kih kih. Mungkin Ustaz Pyan sibuk betul dengan jadual mengajar anak muridnya. Tiga jawapan ni dah lama ada dalam whatsapp message antara kami berdua, dah berhabuk pun. Sebelum ia hilang terus ditelan masa, baik aku up kat blog aku ni. Aku cakap kat Pyan nak tambah soalan, dia cakap entah tahun bila pulak dia free nak jawab, kah kah kah. GERODOK merupakan band underground pertama dan paling lama bertahan di Sabah. 



Gerodok memang aktif dan kebanyakan gig di Sabah pasti ada terselit nama Gerodok. Macam mana bahagi masa antara komitmen lain dan band?

Rasanya perkara ni lebih kepada pemilihan antara minat dan tanggungjawab. Sebab sudah terlalu lama terlibat dalam scene underground, minat tu jadi sukar untuk dibuang. Setakat ni belum pernah lagi penglibatan diri dalam gig atau band menjejaskan tanggungjawab terhadap lain-lain komitmen. Penglibatan dalam gig ni sedikit sebanyak mengajar kami untuk membahagikan masa dengan sebaiknya.

Rilis kamu 'Kasi Mati Rakyat', bagaimana maklumbalasnya? Ramai yang tak tahu tentang rilis ini aku rasa.

Kami cuma keluarkan sebanyak 50 copy pada tahun 2008 dan cetak semula pada tahun 2014 sebanyak 100 copy sekali ngn Gerodok split Kerna Dia. Diedar di sekitar Sabah saja. Mungkin tidak dapat disampaikan secara mnyeluruh sekitar Sabah tapi maklum balas yang kami terima agak memuaskan.

Lirik lagu Gerodok banyak tentang keamanan dan menolak kekerasan. Bolehkah dikira lagu Gerodok ini satu bentuk dakwah juga?


Kami yakin bahawa dakwah boleh disampaikan dalam berbagai cara dan dakwah melalui lagu tidak semestinya perlu dalam irama nasyid. Cukup maklumat dan pengajaran tu sampai ke hati. Yang menilai sama ada lagu Gerodok ini satu dakwah atau tidak, kami letakkan kepada kawan-kawan yang banyak menyokong kami. Cukup bagi kami bila semua orang dapat enjoy karya Gerodok dan ambil perkara yang baik-baik sahaja.

Wednesday, August 8, 2018

Temuramah: UNCURE


UNCURE dianggotai oleh Anaz dan Zul A.C.A.B dan baru-baru ini mengeluarkan album perdana berjudul 'Bengang!'. Aku mencuri sedikit masa Anaz untuk menemubual beliau tentang band ini. 


1. Assalamualaikum, pertama-tamanya Selamat Pengantin Baru buat Anaz dan Bai. Bagaimana rasanya bekerjasama dengan suami/isteri sendiri dalam satu band? Apakah yang membuatkan ia jadi susah atau lebih memudahkan? 

Waalaikumussalam, Alhamdulillah. Terima kasih. Anaz & Bai sudah lama bekerjasama dari zaman tak bercinta, ke bercinta sampailah jadi suami isteri. Alhamdulillah segala urusan lebih mudah, InsyaAllah.

2. Boleh ceritakan sedikit sejarah ringkas tentang band Uncure, adakah ia ditubuhkan kerana Megat kini aktif dengan band Klan. Adakah Anaz masih bersama ACAB untuk gig-gig akan datang?

UNCURE telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Zul & Anaz. UNCURE tak dapat diteruskan kerana tiada hala tuju jadi UNCURE mengambil keputusan untuk berdiam sehinggalah tahun 2017 di mana UNCURE mula merancang untuk mengumpul material, masuk studio dan perform di gig.


3. Apa yang aku dapat dengar Uncure memainkan muzik ska dan oi!, namakan beberapa band yang menjadi rujukan Uncure?

UNCURE adalah gabungan Madness, Rancid, The Business, Metallica dan Nat King Cole.

4. Ceritakan sedikit tentang CD ‘Bengang!’, proses rakamannya di Bsync Studio dan CD diterbitkan oleh Bsync Live. Kenapa memilih Bsync? Bagaimana sambutan dan maklumbalas tentang CD dan lagu-lagu oleh kawan-kawan dan pendengar?

Istimewanya Album ‘Bengang’ adalah album ini mengandungi 8 track lagu, 4 track dirakam secara track by track, manakala 4 track lagi dirakam secara live. Album ‘Bengang’ diterbitkan oleh UNCURE & Adam Soffian, boss BsyncLive.


UNCURE memilih Adam Soffian & BsyncLive kerana percaya atas kualiti bunyi/audio yang baik sepanjang proses recording, mixing, mastering sehinggalah ke proses cetak CD fizikal. UNCURE memang sukakan cabaran.
Alhamdulillah, setakat ni UNCURE menerima banyak maklumbalas yang positif dari pendengar-pendengar. Apa yang mengejutkan pendengar UNCURE bukan saja terdiri dari golongan remaja atau dewasa, malahan kanak-kanak, ‘baby’ sehinggalah ke warga emas.


5. Lagu ‘Lawan’ kedengaran seperti lagu ‘Violence’ (ACAB), adakah ia lagu sama tapi dialih bahasa? Dan lagu Bersama Semula (ACAB) turut dirakam dalam CD Uncure ini. Kenapa lagu-lagu ini dirakam semula? Mungkin untuk berikan ia nafas berbeza iaitu versi Uncure?

Lagu-lagu tersebut adalah ciptaan Anaz dan kebanyakan lagu-lagu UNCURE juga dicipta oleh Anaz. Jadi tak salah kalau UNCURE merakamkan kembali lagu-lagu tersebut.

6. Agak jarang band skinhead di Asia Tenggara ni mempunyai drummer wanita aku rasa, dan bertudung. Salute to Bai, apa perasaan atau ada apa-apa pesanan untuk kaum-kaum wanita di luar sana yang berminat dengan muzik seperti ini terutamanya yang minat dengan instrumen dram?

Kita boleh lihat di YouTube ramai drummer perempuan di Asia Tenggara yang lebih berbakat dan boleh dijadikan sumber inspirasi. Jika ada rasa minat pada dram, belajar. Practice, practice, practice.


7. Antara lagu kegemaran aku dalam CD ini adalah ‘Oh! Makcik’ dan ‘Bengang’, dua lagu yang boleh aku katakan lagu cinta. Boleh ceritakan tentang lagu-lagu ini dan apa yang menjadi inspirasi untuk menulis lirik-lirik lagu lain?

Kita dan hidup memang tidak boleh lari dari cinta. Cinta kepada Tuhan, cinta kepada alam, cinta sesama manusia. ‘Oh! Makcik’ dan ‘Bengang’ adalah lagu realiti yang pernah, atau mungkin, atau bakal terjadi dalam hidup seseorang itu. Bila dikatakan lagu realiti, apa-apapun boleh dijadikan sumber inspirasi. Contoh: cawan.

8. Sudah berapa banyak gig dan konsert yang disertai? Yang mana paling istimewa dan kenapa?

Banyak. kalau boleh UNCURE nak senaraikan satu-satu, sebab setiap gig dan konsert yang pernah UNCURE sertai semuanya ada meninggalkan kenangan yang terbaik.

Gig / konsert menjadi istimewa adalah apabila sistem bunyi baik, crew yang cekap. juga yang paling penting adalah support dari crowd kerana vibe yang ada pada mereka mampu menghangatkan satu persembahan band itu. itulah yang terjadi dalam setiap gig / showcase / konsert UNCURE. Terima kasih semua yang terlibat.


9. Korang dah rakam muzik video untuk lagu ‘Bengang!’, aka nada lagi lagu lain yang dibikin video untuk album ini?

Masih dalam perancangan. InsyaAllah.

10. Kata-kata terakhir untuk pembaza zine Mosh. Terima kasih.
Dapatkan CD Album ‘Bengang’, T-shirt UNCURE di page FB UNCURE
https://www.facebook.com/uncure
IG @uncure_band @Streetcultdistro

Sokonglah muzik tempatan. Terima kasih brotha  Ahmad Nizamuddin Abdullah & zine Mosh sudi interview UNCURE.


Wednesday, July 4, 2018

Ulasan: Membarai Lebaran CD


Aku ada perasan beberapa band rakam cover lagu Raya pada bulan puasa baru ni seperti T.I.M, 199X dan No Distance memlalui kemaskini di laman medsos mereka. Suatu hari aku dapat panggilan dari Sanchez menanya samada Nervhous Records berminat untuk mengeluarkan CD kompilasi Raya band-band tersebut dan beberapa lagi band lain juga ada merakam. Aku jawab berminat dan suruh masukkan sekali lagu Raya oleh dua band Kota Kinabalu iaitu Con-Damn The Corruptor dan Chugs On Deck yang telah pun mengedarkan lagu Raya mereka pada tahun lepas. Melihat pada kesungguhan dan nama-nama yang turut serta dalam projek ini, aku dapat agak kompilasi ini akan dapat sambutan hangat.

199X merupakan band yang mana dua lagu mereka mengungguli Carta Indie ROTTW untuk banyak minggu berturut-turut. Raja, gitaris mereka juga merupakan tunjang utama projek kompilasi CD ini. Dalam kompilasi ini, mereka memainkan lagu oleh Kumpulan Senario iaitu ‘Seminggu Berhari Raya’, mereka turut membuat video music dan boleh ditonton di YouTube. Band Duckhead turut membuat music video untuk lagu mereka dalam kompilasi ini, check it out.

Kompilasi ini turut memuatkan lagu dari band-band Skinhead/Oi seperti 2nd Guess dan The Nationhead. Kebanyakan artis lain di sini memainkan stail muzik punk rock seperti Daisy Dream, Kamil Hasbi, dan JohnN Betty. Namun begitu, kompilasi ini turut memuatkan irama metal oleh D’fender dan grindcore oleh Dislodos. Dua band ini boleh dikatakan penyeri kerana membawa kelainan dari lagu-lagu lain. Penyeri yang lain termasuklah John N Betty yang menampilkan vokalis wanita.


Kulit kompilasi ini direka oleh Najir dari Pawerkord Merch dengan konsep pop art yang menarik. Kelipan Store pula menaja untuk poster percuma dengan pembelian CD, namun ianya terhad. Gambar setiap band ada dalam cover, aku ni jenis rasa potong stim sikit kalau dalam CD atau kaset kompilasi muzik yang tiada gambar dan info pasal band, sebab tu aku pastikan gambar band mesti ada.

Empat buah band memainkan lagu sendiri dan bukan saduran iaitu band Dislodos, Con-damn The Corruptor, Chugs On Deck dan juga The Nationhead.

CD ini dikeluarkan pada minggu Raya kedua, agak lewat kerana projek spontan dan last minute. Lagu-lagu dalam kompilasi ini akan kekal relevan untuk dijadikan koleksi dalam rak CD anda kerana kita beraya setiap tahun.

Cakera Padat ini boleh dibeli dari aku, dari band dan beberapa kedai seperti Teenage Head Records Subang Jaya, Tandang Store Kampung Attap KL, Vnine Concept Store Ipoh, Echoes Cyberjaya dan kedai-kedai lain bakal menyusul.


Untuk memesan: 017-963 9316 (Nizang)

Wednesday, May 16, 2018

Seri Muka


Semalam masa makan kuih Seri Muka, Nia cakap dia tahu kenapa nama kuih ni macam tu.

Sebab ada dua warna, dan kedua-duanya sama saiz. Jadilah 'Seri'.

Aku dari mula-mula masa tahu nama kuih Seri Muka, memang teori aku tentang nama kuih ni ialah yang bahagian putih tu macam muka manusia.

Bahagian hijau tu pulak macam face mask warna hijau yang orang pakai malam-malam tu, nak bagi muka berseri-seri.

Ke teori aku salah ni?

Kuih Tok Haji Serban pulok... Hok bahagian coklat tu macam kepala/muka Tok Haji. Bahagian putih tu serban. Serban kan warna putih. Jadilah Tok haji pakai serban.

Inilah teori aku dari kecik.




Monday, April 30, 2018

Review: V/A Why Cows Eat Grass Vol. 1



I love regional music compilations and this one released by Teenage Head Records for Record Store Day recently is no exception. It features the up and coming Malaysian bands such as Jaggfuzzbeats, Crack Guilty and also a 10 years old band The Otherside Orchestra.

It’s safely to say most of the bands fall under the indie / rock genre. They are selected based on what Radzi (of THR and his store crew) have been spinning on their decks. Lust was said to be ‘the band of the year 2017’ by Radzi.

The bands are Jaggfuzzbeats, The Otherside Orchestra, Lust, Golden Mammoth, Crack Guilty, Elmu Hisab, The Fatalis, Trifecta, Ramayan and also Nirmala. I fell in love with Jaggfuzzbeats and Crack Guilty checking out their videos and Bandcamp until I can’t listen to it for free anymore.

Now it’s time to hunt down their physical releases. To purchase, visit Teenage Head Records on Facebook or Instagram.

Thursday, September 7, 2017

Pelajar Autism



Aku ada juga pelajar yang menghadapi autism. Ada tiga. Aku terpanggil untuk menulis sikit tentang mereka. Okey, kursus peringkat sijil ni syarat minimanya adalah berusia 16 tahun ke atas (tak perlu SPM), dan mesti boleh membaca, menulis dan mengira (3M). 

Yang pertama ni, lelaki. Nampak okey saja tapi kalau orang tak tahu dia ada autism, memang boleh bertumbuk juga. Dia macam bossy sikit lagak macam ketua kelas. Hari pertama masuk computer lab terus bacakan kuat-kuat pada kawan-kawan kelas suruh patuh pada peraturan yang ditampal di situ. Memang mula-mula dulu ada seorang pelajar tiba-tiba duk marah-marah dia macam nak bertumbuk. Aku terus tarik pelajar ni keluar kelas dan bagitahu pasal situasi autism dan suruh dia faham. Lepas tu, okey. Panik sekejap. Aku bagitahu pelajar-pelajar lain suruh memahami keadaannya. Namun ini bukanlah sesuatu yang mudah walaupun pelajar-pelajar lain ini umur dah lepas 17 tahun. Mereka tetap rasa annoyed dan kurang mahu berkawan dengan dia. Ajar pelajar autism memang perlu banyak bersabar. Kadang dia telefon hanya nak bagitahu dia nampak anjing di guard house. Kadang dalam kelas datang sawan. Kasihan juga.

Yang kedua pula, perempuan. Emak dia turut masuk ke kelas bersama dia, duduk di bahagian belakang. Emak dia akan belajar, ambil nota apa yang aku ajar dalam kelas. Dengar cerita, di rumah emaknya akan ajar dia kembali apa yang aku ajar sampai jam 1 pagi. Pelajar aku ni pula dalam kelas duk asyik salin nota dan padam. Lepas tu melukis, padam, lukis balik. Di kelas berikut, dia akan hantar lukisan yang elok. Bila aku suruh dia lukis balik lukisan ni memang dia tak dapat lukis walaupun satu logo simple. Semester ni baru mula guna computer, harap okeylah. Isteri aku bergurau cakap patut emak dia pun kena bayar yuran juga. Namun sebagai seorang yang juga mempunyai anak, aku faham perasaan ibu bapa dan harapan mereka terhadap anak-anak mereka. Sanggup mengorbankan masa untuk masuk kelas anak yang sudah remaja nak tengok anaknya berjaya.

Yang ketiga, anak raja dari sebuah negara di benua afrika. Oh yang ni bukan peringkat sijil tapi ijazah. Lukisannya agak teruk, aku ajar lukis komik. Tapi kebanyakan scene lukis benda sama.

Kadang-kadang aku rasa down juga sebab aku bukanlah seorang pengajar yang ajar budak-budak final year atau Master. Namun untuk mengajar budak-budak autism ni bukan calang-calang orang boleh buat. Ajar peringkat pengajian tinggi pula tu. Perlu kesabaran yang sangat tinggi. Kena jawab benda sama banyak kali. Aku kira aku juga bukan calang-calang pengajar juga kadang-kadang.