AKU mengenali Yoe semasa dia bermain dram untuk band punk rock Cock Say Cock Dung dan kemudian The Let's Go yang berpengkalan di Mengabang Telipot, sebuah kampung punk di Kuala Terengganu. Namun, Yoe lebih kearah genre muzik Metal. Baru-baru ni, Verminator mengeluarkan album mereka dan mendapat sambutan hangat. Jom semak beberapa soalan yang aku berikan kepadanya mengenai VERMINATOR.
Yoe, boleh ceritakan berapa band mu main leni? Namakan
band-band yang mu terlibat.
Band hok aku main sekarang,
anyg aktiif adalah Dysgusted, Suffer Remain, Nosferiel(drum), Veminator(vocal
dan guitar). Ade juga beberapa band yang guna aku sebagai sessionist.
Ceritakan sikit tentang Verminator, bila ditubuhkan dan
pengaruhnya...
Verminator
ditubuhkan hujung-hujung 2013. Line-up tetap adalah Zam Neoroth (dram), Jim
Reinigen (bass/ vocals) dan aku (Guitar/Vocals). Verminator dipengaruhi kuat oleh
old school thrash metal Eropah dan benua USA seperti early Metallica dan early
Sepultura.
Ceritakan sikit tentang proses rakaman album ‘Fatal
Devastation’.
Rakaman ‘Fatal
Devastation’ berlaku sekitar awal 2016 berakhir awal 2017. Track dram direkod
di Musecca Studio, Dungun. Track guitar, bass, vocal, proses mixing dan
mastering dilaksanakan oleh Erylasia Studio, Kuala Terengganu.
Macam mana scene Terengganu sekarang terutama genre Metal? Aku
rasa aktif jugak leni dengan beberapa siri gig diadakan di Dungun dengan
band-band lama main di sana seperti Modar, Sil Khannaz, The Pilgrims,
Suffercation dan terbaru Infectious Maggots. Band-band baru dari Terengganu apa
yang berpotensi tinggi?
Scene metal di
Terengganu sekarang boleh dikatakan amat meriah. Banyak gig-gig telah
dianjurkan. Ramai juga nama-nama besar turun beraksi di sini dan mereka amat
berpuas hati bermain di sini kerana crowd yang supportive tidak mengira band.
Band Terengganu baru
yang berpotensi bagi aku adalah Sapprah yang membawakan genre Eastern Death Metal.
Mereka akan beraksi sekali dengan Verminator di Kajang pada bulan 10 nanti. Band
Sahaya (band lama yang aktif balik) juga berpotensi tinggi untuk maju. Bergenre
black metal Norway ala-ala Satyricon dan lain-lain. Aku dengar lagu mereka yang
first time rekod memang terbaik. Susunan yg kemas mudah untuk diterima telinga.
Selain bermain gig, setakat ini tiada apa-apa lagi yang dikeluarkan oleh
band-band ni, mungkin tengah proses untuk keluarkan first meterial dan
memeriahkan lagi scene metal
Terengganu.
Setakat ni apa feedback yang diterima tentang album ‘Fatal
Devastation’? Ada sampai pos ke luar negara rasanya. Aku beri peluang mu
promote ‘Fatal Devastation’. Dan kata-kata akhir.
‘Fatal Devastation’
boleh dikatakan dapat feedback yang positive dari kebanyakan pendengar. Jualan
CD pun boleh tahan juga lepas launching di gig ‘Hammer Ov Thrash’ penghujung
April lepas. Kedai-kedai di Kompleks Campbell dan sekitar pun dah beberapa kali
repeat order. Ada juga yang dari USA order dan dari Poland untuk dimuatkan dalam
majalah dari sana, Hardrocker. Ia turut dimainkan oleh stesen radio di sana. Terbaru,
CD kami akan dihantar ke German oleh Gedebe Rekords.
Kata-kata akhir aku
semoga scene metal Terengganu dan Malaysia terus maju dan dikenali dunia. Kepada
yang meminati irama old school thrash metal seperti Sodom, Destruction, Kreator,
early Metallica, dan early Sepultura, segeralah dapatkan album ini kerana kami
hanya membuat 500 copy dan baki dah tak banyak.
Nantkan keluaran limited edition versi kaset oleh Gedebe Rekords nanti di gig
Kajang bulan 10 ni. Untuk belian CD, boleh PM menerusi FB Verminator atau email
verminatorband@gmail.com
Terakhir sekali, terima
kasih kepada saudara Nizang kerana sudi interview aku. Mu kemahh bohhh…
No comments:
Post a Comment