Wednesday, August 10, 2016

Kah Kah Celaka



Band dari Johor ini banyak juga ditemubual dalam zine-zine tempatan kini, err masuk dalam tiga zine kira banyaklah untuk zaman sekarang ni. Dengan CD demo yang dirakam dengan bajet yang ciput, ini sesuatu boleh dibanggakan. Aku suka lagu mereka terutamanya 'Sang Pemimpin'. Ini merupakan sedutan temuramah yang aku buat dengan mereka untuk zine Mosh isu 18 yang bakal terbit nanti.


Nama band ni agak ‘kasar’ bunyinya. Ceritakan sikit macam mana kalian dapat nama band ni?

Kami dapat nama band ni time kami lepak mamak. Kami brainstorm di Mamak Sayed Tebrau on the spot lepas jamming di studio Abang Halim Pandan. Waktu tu kami dah dapat slot gig tapi nama band masih tiada. Kami hembus segala idea yang ada dalam kepala otak kami. Kah kah Celaka (KKC) sebagai simbolik ketawa dalam masa yang sama kau menyampah dengan sesuatu tu. Disebalik nama Kah Kah Celaka, terdapat banyak insiden malang yang menimpa kami. Ya lah orang kata nama itu doa bukan?


Insiden yang pertama ialah seminggu sebelum gig pertama KKC, Fikri accident setelah menaiki motorsikal vespa miliknya di Jalan Tebrau. Dipercayai ianya terjadi kerana rim Fikri pecah dan tercabut akibat tayar yang lama sudah mengeras dan tiada keanjalan.
Insiden seterusnya pula sehari sebelum gig di Embrace Hall, Chucky & Aqmal dilanggar lari di highway Nusajaya selepas pulang dari pusat jamming di Kampung Melayu. Tangan dan badan Aqmal luka teruk sehingga tidak dapat bermain gitar dan Chucky mengalami luka ringan sahaja kerana memakai jaket kulit ala Ramones yang tebal dan berat 2 kilogram (yeah, leather jackets do save life). Habis CD demo kami hancur berteraburan di jalan raya dan effect guitar kami juga turut terkorban.

Insiden seterusnya kami meminjam Acai daripada Citizens 21 untuk menjadi sessionist drummer kami setelah Haziq sibuk dengan kerjanya. Pada awal pagi hari acara gig di Batu Pahat tu, Acai menerima panggilan daripada bapanya, bahawa rumah mereka dipecah masuk dan Acai kehilangan PS3. Kini Acai mengggunakan PS4.

Itulah serba sedikit tentang kecelakaan kami. Actually banyak lagi, haha. Ada juga usul dari kawan-kawan yang suruh tukar nama band kepada Haha Celaka atau Huhu Celaka. Kami tepuk dahi.

No comments: