Aku masih ingat, dulu aku ada chat dengan Ci Chaan (sekarang penulis zine Shock N Awe, Dead Pigs) dan dia menyatakan hasrat untuk trade kaset band aku dengan kaset 'Nostalgia'. Masa tu aku tak pernah tahu lagi pasal band ni, aku sangkakan dia nak bagi kaset penyanyi popular 60an atau 70an pada aku. Lepas tu, dia ceritakan pasal band hebat ini.
Nostalgia merupakan antara band hardcore punk Malaysia yang aku suka. Sebab musababnya adalah kepositifan lirik-lirik mereka terhadap hidup dan semangat untuk hidup. Dan juga, aku sukakan band hardcore old skool berbahasa melayu yang tak banyak wujud di Malaysia, banyak wujud di Indonesia. Pernah aku organize gig 'Old Skool Fest' di ibukota bersama kawan-kawan. Dan mereka tetap membuat persembahan walaupun pemain gitar mereka patah tangan. Gitaris ini tetap hadir dengan tangan berbalut dan betukar posisi kepada vokalis pada hari itu. Bassist mereka bermain gitar dan vokalis mereka bermain bass sampai tangan berdarah pada gig tersebut.
Temuramah dengan Huzairi, vokalis Nostalgia yang aku buat ni bertujuan untuk membuat sebuah penulisan panjang tentang mereka. Tapi tiada idea nak sambung...
Assalamualaikum, apa perkembangan
terbaru line-up nostalgia? Nostalgia khabarnya dah takkan aktif/produktif lagi?
boleh tahu sebabnya...
W'salam. Saya tak dapat nak kata apa
dengan perkembangan terbaru Nostalgia sebab dah takde perkembangan dengan band
ni. Officially R.I.P pada 5.5.2012 (persembahan terakhir) di Batu Pahat, tempat
di mana ianya bermula. Ramai yg tanya tentang sebabnya. Boleh saya nyatakan yang
ianya tak perlu diteruskan kerana keadaannya tidak sama seperti dahulu dan
semakin sukar untuk diselarikan. Start dalam keadaan 'band' dan akhirnya bertukar
menjadi 'one man band'. Bukan itu kronologi yang sepatutnya berlaku untuk band
ni. Biarpun ianya dah bergerak selama 14 tahun. Pengakhiran yang baik bagi kami
apabila kami beraksi di stage 'The Wall', Batu Pahat dimana Nostalgia bermula.
Boleh ceritakan perkara paling tidak
boleh dilupakan sepanjang bermain dengan Nostalgia? Kenangan yang paling manis?
Dan juga paling pahit?
Ni nak nak masuk dalam majalah apa
ni? Hehe…dalam 14 tahun memang banyaklah nak diceritakan.
Dah tentu time perform atas stage (merupakan)
suatu perkara yg best. Kami jumpa ramai orang di setiap venue gig. Pelbagai
ragam, belajar dari keadaan sekeliling, dari satu tempat ke satu tempat. Kami
jumpa kegembiraan, kami jumpa kesedihan, kami lihat keperitan hidup orang lain,
kami lihat hipokrasi diri sendiri bila kami abaikan kesengsaraan orang lain. Dan
yg paling bermakna dalam hidup saya sendiri, walaupun tak mampu untuk
menterjemahkan dengan perbuatan, setidak-tidaknya dapat menyuarakan dalam lirik
Nostalgia. Percaya atau tidak yang ia nya berjaya dan menjadi sebahagian dari
pencetus minda scenester. Semua pengalaman tu takkan dapat dilalui sekali lagi.
Ianya betul-betul nostalgic.
Dari segi stail muzik, Nostalgia
agak berlainan dari band ‘old skool hardcore’ tempatan yang lain, apa pengaruh
korang? Ceritakan proses korang buat lagu…
Sememangnya muzik Nostalgia berbeza
dari band ‘old skool hardcore’ yang lain. Kami mahu cuba keluar dari acuan ‘New
York Hardcore’, dan ianya berjaya. Walaupun pada mulanya ramai yang
mempertikaikan, mana mungkin band ‘old skool hardcore’ menyanyi dalam bahasa melayu.
Ianya kekok dan tidak “New York”. Namun tafsiran tu telah disangkal dengan keadaan
selepas itu. Muzik old skool hardcore kami dapat diterima. Crowd Batu Pahat dan
Johor Bharu pada waktu itu agak ‘gila’. Mereka tahu muzik Nostalgia datang dari
keikhlasan bukan untuk menjadi ikon ‘muzik hardcore’ yang mengada-ngada. Crowd
mudah untuk menghayati dan mereka menjadi vokalis-vokalis Nostalgia ketika di
pentas. Nostalgia sememangnya dengan acuan sendiri, tidak terikat dgn mana-mana
rule atau band lain. Ada yang menyukai dan ada juga yang tidak, editor Nizang
sendiri ada jawapan untuk perkara 'influence muzik Nostalgia' ini bukan? Ianya
terpulang…
90% lagu dan 100% lirik datang dari
saya sendiri. Selebihnya dari line-up Nostalgia yang lain. Input muzik
didahulukan sebelum lirik diolah ke dalamnya, itu yg biasa saya buat. Sebahagian
besar lagu dicetuskan dengan keadaan saya yang tak tahu sebarang kord pada
gitar. Jari saya hanya berpegang pada keadaan power kord yang tak tahu hujung
pangkalnya. Alunan yang keluar adalah alunan mudah dan ya, ianya punk dan sememangnya
punk. Bagi saya muzik hebat datangnya dari musician bukan dari punkster, no big
deal-lah.
Kenapa guna nama Nostalgia untuk
band ni...? Idea siapa??
Time kitorang balik dari jamming di
Batu Pahat. Saya saja-saja sebut perkataan ‘nostalgia’, rasa ‘sajak’ pulak. Jalan
terus bila ahli yang lain bersetuju.
Rasa sajak? Rasa sedap?
Sajak tu maknanya macam 'kena sangat
lah'. Orang Jawa atau Banjar cakap macam tu.
Tak gusar ke kalau band ni tidak boleh
diterima masa tu sebab muzik ‘hardcore’ yang tak macam ‘hardcore’. Satu lagi,
susah orang luar Malaysia nak faham, sebab kebanyakan lagu dalam bahasa melayu?
Saya buat band bukannya nak jadi
ikon hardcore, nak fikir boleh diterima atau tidak, boleh glamor ke tidak! Itu
bukannya 'pasal'lah bagi saya. Yang penting Nostalgia bukan band K-Pop. Senang
cakap, skop sebaran lagu Nostalgia hanya untuk rantau ni saja. Yang lain,
terpulanglah. Memang objektif nak bagi pada scenester Malaysia saja, nak bagi
punkster Malaysia faham lagu-lagu Nostalgia ni, kami tak assume nak bawa lagu Nostalgia
ke benua lain. Kalau orang benua lain nak dengar lagu Nostalgia ni dan tak
faham, mereka patut usahakanlah bagi boleh faham. Kalau tak nak, mereka boleh dengar
mesej dari lagu band-band lain. Simple je, tak perlu jadi persoalan sangat isu
ni.