Permulaan cerita ni ialah tentang Dian yang pergi ke Istanbul untuk tinggal serumah dengan kekasihnya Azad yang tinggal dengan 3 lelaki lain. Kekasihnya dan kawan-kawan tu di sana kerana belajar. Dian bercadang untuk tinggal di sana tiga bulan. Dian dan Azad digambarkan sebagai remaja melayu beragama Islam.
Eh, romantik tu romantik jugak. Tapi pengaruh macam ni ke yang nak diterapkan pada remaja-remaja melayu Islam di Malaysia yang lain. Walaupun dalam cerita ni si Azad ada kata "tak manis seorang perempuan tinggal serumah dengan lelaki" tapi Dian macam memberontak.
Pembikin cerita pun orang Islam juga. Tapi mungkinlah, mungkin cerita macam ni memang realiti yang berlaku pada remaja melayu Islam tapi digambarkan bagai sesuatu yang sangat romantis, comel dan seronok. Tidak digambarkan dari sisi tragisnya.
Walaupun memang pembikin filem ni kena guna watak remaja Islam melayu sebab target audience dan marketnya adalah remaja Malaysia yang majoritinya remaja Islam melayu. Berlakon di negara Islam pula tu...tapi berpeluk, bermanja lelaki perempuan dalam bilik dan di khalayak ada jugalah dalam filem ni.
Dalam kepesatan artis berhijrah dan industri hiburan Islamik dan moralistik yang makin diterima sekarang, sepatutnya pembikin-pembikin filem lebih sensitif dengan isu seperti ini. Filem ini boleh dikatakan agak merendahkan martabat wanita dan Islam itu sendiri, dari apa yang aku boleh simpulkan. Eh, tapi banyak je cerita macam ni malahan lebih teruk dihasilkan oleh orang Islam Malaysia. Siapa heran?
SYB: Apa komen Yusri agaknya?
4 comments:
entah lah... kadang filem melayu lagi OPEN dari cerita omputih sendiri....
Oh jwb lisa,saya hanya ikut kehendak skrip.hihihi
itu realiti. lebih teruk dari itu pun ramai. tp realiti yg tidak elok, buruk, jahat tidak perlu dipaparkan kepada umum. apalagi dalam bentuk filem yg besar pengaruhnya.
benda yg tak elok sepatutnya disembunyikan. atau kalau nak hebahkan pun, hebahkan kepada pihak2 yg boleh atau sepatutnya membantu.
pandangan aku la.
ini movie saya kasi thumbs down..
Post a Comment