Sunday, April 22, 2012
Takut diambil sumsum tulang oleh Doktor?
Baru ni aku masuk hospital sehari setengah. Dua minggu sebelum tu hidung aku berdarah banyak 3 kali (masa nak tido). Dari dulu lagi doktor cakap platelet aku rendah. Tapi tak tahu apa punca. Dulu pernah dah buat bone-marrow. Jadi, doktor di Hospital Selayang nak buat lagi sekali untuk tahu punca platelet aku rendah (darah cair). Katanya, kalau tak settlekan masalah darah cair ni, tak boleh buat transplant. Doktor pun tak berani sentuh untuk buat pembedahan!
Ramai orang takut untuk bagi doktor ambil bone-marrow (tisu di sumsum tulang punggung). Keluarga isteri aku cakap risikonya boleh lumpuh. Dia suruh dapatkan second opinion dulu. Jangan bagi doktor ambik bone-marrow. Aku pun risau dan takut jugak. Aku belum bersedia nak mati. Baca di internet pun, ada penulis blog cakap risikonya boleh lumpuh. Siap ada yang tulis, jangan buat...cuba ubat tradisional dulu (erk...)
Aku tanya mak saudara aku seorang pakar sakit puan di Ampang Putri, dia cakap "buat sajalah, dia akan ambil sikit saja". Mak aku pun nasihatkan ikut saja cakap doktor. Dia beritahu kemudian ada kawannya yang anaknya doktor mahu ambil bone-marrownya tetapi tidak dibenarkan. Kesudahannya anaknya itu menjadi tak betul atau gila.
Jadi, aku masuk wad seperti arahan doktor. Bersedia dengan bekalan buku dan boxers yang banyak. Ingat akan duduk di wad 3 hingga 4 hari, rupanya sehari setengah sahaja. Aku masuk wad petang Rabu. Nurse buat ECG dan ambil tekanan darah sahaja. Petang tersebut, dokot beritahu esok jam 9 bone-marrow aku akan diambil. Mungkin akan ambil beberapa kali kalau tak dapat pada cucukan pertama. Malam tu, aku lepak di bilik TV dan baca MRR dan sempat berbual dengan seorang remaja 31 tahun yang sudah 10 tahun membuat kidney transplant. Seorang lagi makcik memberitahu dia menderma buah pinggang pada anaknya 6 tahun lepas. Dia cakap dia tiada apa masalah, boleh makan apa saja. Tapi penerima buah pinggang perlu jaga makan dan jaga kesihatan.
Aku bangun awal untuk Subuh, sarapan dan mandi. Awal pagi nurse inject di telapak tangan untuk dibius. Tepat jam 9 pagi, aku dibawa ke bilik kecil (sekali dengan katil aku). Aku diberi bius melalui jarum di telapak tangan. Nurse tu kata aku patut rasa mengantuk. Tapi aku tak mengantuk. Aku jaga ketika proses pengambilan bone-marrow tersebut. Doktor tekan-tekan di tulang punggung aku, mungkin untuk mencari tempat yang sesuai, time ni pun rasa sakit. Tapi lepas tu dia cucuk (aku dapat rasakan 3 kali) untuk ambil sumsum tulang tersebut. Masa dicucuk itu aku tak rasa sakit. Segala proses tak makan masa yang lama. Tak sampai 10 minit.
Aku dihantar balik ke wad. Aku tengok cadar aku banyak juga kesan darah. Doktor suruh aku berbaring seperti biasa dan jangan bergerak hingga 6 jam. Sebab semalam aku tidur pukul 2 pagi, jadi aku pun tidur sajalah sementara tunggu isteri datang. Jam 5 lebih, aku dan didischarge dan balik ke rumah.
Aku rasa ramai orang takut bila dengar "kena ambil sumsum tulang", sebab ada kemungkinan lumpuh. Ada ke? Aku rasa, tak perlu takut. Mungkin dulu teknologi masih kurang elok, tapi tu zaman bila. Tiada apa, dan tak sakit. Jangan takut...dan serahkan segalanya pada Tuhan...
Labels:
kidney transplant,
scramble eggy,
tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hmm..adik sy mgidap evans syndrom, pon kena amik sumsum tulang..hmm
Nenek saya lumpuh sbb dr ambek benda tu....
Kesan akan kelihatan bila dah berumur,selalu sakit tulang belakang,tak boleh kerja kuat sikit,tolong jangan buat.bila muda no hal tapi dah berumur kesan samping serta tekanan hidup boleh buat anda jadi gila.
Aku 36, masa umur 28 air sum sum kena ambil, sampai sekarang kaki kebas.. jalankena pakai tongkat 1 , kalau ada cara lain.. elakan di ambil air sum sum
Post a Comment