Sangka aku tak dapat untuk ke acara Art For Grabs tahun ini, kerana sibuk jaga anak yang asyik meragam di rumah. Tapi semalam kebetulan Rina semangat nak jual tudung dan baju kurung di INTAN, Bukit Kiara. Dapat booth free di acara kesenian kursus PTD. Adik aku turut menjual beaded bibnya. Namun tak ramai yang datang ke acara tersebut dan jualan agak lembap. Alhamdulillah, terjual satu tudung, 3 baju kurung dan 1 baju kanak-kanak.
Dalam jam 3, dah bosan lalu aku ajak Rina ke CM Annexe untuk Art For Grabs 2012. Dia teruja nak singgah Petaling Street juga untuk beli handbag buatau china atau korean made. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan menghappykan kami berdua :)
Nizam dan Emy, bakal pengantin bulan depan, juga kedua-duanya pensyarah di tempat aku bekerja ada buka booth jual sculpture-sculpture dari Nizam Abdullah. Dan Syahrul Fikri pensyarah Typography di tempat aku berkerja ada jual artwork canvas dan print. Buku Aksi Reaksi tulisan aku pun masih ada dijual oleh Frinjan. Kawan-kawan HC/Punk tak ramai yang aku jumpa, sekadar ada Bob Pilgrims, Joe Kidd, Mat Norr, Poodien dan Ami. Mungkin mereka pergi waktu-waktu lain. Aku pun lepak kejap je. Budak-budak "scene buku" ramailah...
Banyak juga buku-buku baru dijual. Tapi aku seorang pembaca buku-buku bukan fiksyen. Tak boleh masuk sangat dengan fiksyen. Mungkin imaginasi aku tak kuat untuk membaca fiksyen. Kalau tengok filem, aku boleh tengok fiksyen atau filem-filem berdasarkan kejadian yang benar-benar terjadi. TAPI aku lebih suka dan bersemangat untuk tengok filem-filem berdasarkan kisah benar macam Sabtu pagi lepas, sambil jaga anak aku berpeluang menonton cerita 'Into The Wild' di TV3, sangat menarik!! Iklan pun satu je setiap kali iklan. Tak berganjak mata menonton TV. Bulan 12 sebelum Sara dilahirkan aku menonton satu lagi filem berdasarkan kisah benar iaitu "The Blind Side", sangat bagus dan pengajaran yang menarik. Filem Bunohan aku tak tengok lagi ni. Eh apa jadah filem-filem macam "Hantu Dalam Botol Kicap", "Alamak Toyol" makin banyak sekarang. Takde pekdah langsung. Berlambak pulak tu, adoi.
Jadi aku cari buku-buku non-fiksyen. Dan oleh kerana gaji pun belum masyuk. Jadi, aku beli saja buku Travelog Rabak ini yang mencatatkan tentang perjalanan Mohd Jayzuan dan kawan-kawan ke pantai timur, dan perjalanan disponsor oleh publisher. Aku rasa Jay lebih bagus menulis dalam keadaan tertekan macam dalam buku 28 Hari: Jurnal Rock N Roll. Lagi banyak ekspresi bila mengeliling Malaysia tanpa duit yang cukup dan berseorangan. Tapi tu pun baru baca sikit semalam...
Juga tujuan utama aku ke acara ini adalah untuk mendapatkan CD "Inginku Rejam Raksasa Kejam" dari Carburetor Dung dan juga baju "Tok Mung Nyang Go'bek". Pagi tadi baru dapat pasang CD ni di kereta dalam perjalanan ke tempat kerja. Rasanya tak perlu direview sangat pun. Ramai yang dah download dan dengar pun lagu-lagu dalam ni cuma masih kena beli dan simpan sebab bungkusan kotak yang special. Siap sticker, patches dan poster gambar kerbau lagi.
Aku akan kembali untuk KL Alternative Book Fest bulan Jun nanti...
No comments:
Post a Comment