Wednesday, December 28, 2011

Twins Of Faith 2011 Photos

Aku pergi acara ni hanya pada hari kedua saja sebab isteri aku taknak ikut. Tak larat dan sarat. Tiba di PICC Putrajaya tepat jam 10 pagi dan daftar di kaunter. Sejurus lepas tu terserempak dengan adik Apiq iaitu gitaris band metalcore Miseria/Dead Eyes Glow. Dia bertiga, dan mengajak aku pergi breakfast sama-sama. Lepas makan, sebelum pintu dewan dibuka aku jumpa Effuan. Aku lepak dengan Effuan untuk hari tersebut. Aku juga jumpa Adam (walleymug zine) dari Ipoh. Dia jual t-shirt Peacebeuponyou pada hari tersebut. Selain baju dia, aku juga ada beli baju Moola. Baju dengan mesej-mesej Islamik. Bes jugak.
Boonaa Mohammed (gambar atas) menjadi sebahagian dari emcee untuk hari tersebut. Aku tak kenal mamat ni sebelum ni, tapi kawan aku Amirull cakap dia suka mamat ni. Rapping power. Bila aku dengar dia cakap dan buat spoken word entertainment dia. Fuuh, inspired gila. Siap berkhayal nak jadi spoken word artist juga walaupun aku dengar satu je dari poem dia tu. Tajuk 'Heroes'. Power gila. CD dia sold-out, tak sempat aku nak beli. Ciss.
Muslim Belal aku kenali dari rancangan TV, kalau tak silap aku Majalah 3 yang memaparkan tentang Islamic Hip Hop. Banyak tunjuk dia freestyle dengan kawan-kawan di US nun. Aku memang tertunggu-tunggu nak tengok. Aku suka lagu 'Like A Soldier'. Tapi persembahan hari ni takde iringan muzik. Jadi tak bes sangat macam dalam youtube.
Kalau tak salah aku, Shinji atau dikenali sebagai Figure Of Speech ni satu-satunya speaker dan entertainer non-muslim utk event Twins Of Faith ni. Cool bila event Islam menjemput non-muslim untuk buat persembahan. Aku dah pernah tengok mamat ni perform kat gig Unite Against Racism yang dianjurkan oleh Ein Second Combat. Dia ni orang Jepun tapi dibesarkan di Kuwait. Walaupun belum Islam, dia banyak jadi volunteer untuk NGO-NGO kebajikan Palestin. Poem/rap dia banyak pasal membela Islam yang banyak disalah anggap dan disalah faktakan oleh media/orang barat.
Sh Hussein Yee -"Sunnah Wal Jamaah NOT sunnah-bidaah-Jamaah".
Dr. Bilal Phillips "Knowledge priority; Allah, Rasul, Islam...."
Sh Alaa Elsayed "Fictional heroes are created because they don't have REAL heroes. But we, Muslims do. Live like them, walk like them, eat like them".
Navaid Aziz -inspiring cerita dia ni. Power. Harap next year ada rezeki pergi lagi event ni.

Thursday, December 22, 2011

Surat Terbuka Untuk Penulis Utusan Malaysia

Assalamualaikum saudara Wan Jemizan W. Deraman dan Ahmad Termizi Mohamed Din.
Surat terbuka ini ditulis sebagai maklumbalas kepada tulisan saudara-saudara di akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Syirik runtuhkan akidah, hancurkan ibadah”. Pada rencana ini ada disertakan gambar budak-budak punk (yang saya rasakan di Indonesia) dan ditulis “Budaya punk pernah menjadi ancaman kepada agama Islam suatu masa dahulu kerana pengamalnya perlu melakukan perkara yang mensyirikkan Allah SWT sebagai tanda penerimaan sebagai ahli kumpulan itu”. 

Saya telah membaca tulisan ini sebanyak tiga kali. Namun dalam rencana tersebut, tiada pula dicatatkan apa yang punk perlu buat yang dikatakan syirik itu? 

Saya sudah menjadi ‘punk’ lebih dari sepuluh tahun, aktif dan produktif dalam pergerakan ini. Ianya adalah satu pergerakan yang bebas. Tiada peraturan, syarat dan apa-apa yang mesti dibuat untuk diterima oleh kumpulan ini. Ia tiada ketua, tiada AJK, atau apa-apa jawatan atau pangkat seperti organisasi. Ia adalah budaya serpihan yang dibawa dengan muzik ‘punk rock’. Disebalik muzik dan sesetengahnya yang mengenakan fesyen aneh, banyak benda positif yang saya dapat dari ‘punk’. 

Punk mengajar pengikutnya untuk berdikari, tidak mendiskriminasi terhadap orang lain, menentang kapitalisma, menghormati orang lain (yang berlainan jantina, berlainan umur, berlainan bangsa, berbeza pendapat dan pegangan, dan lain-lain), menjadi celik dan cakna dalam pelbagai hal dan hak manusiawi, haiwan dan alam sekitar. Banyaknya positif punk ni, banyak juga dan bakal diterbitkan dalam bentuk buku oleh beberapa individu yang rata-ratanya saya sangat kenal dan tiga dari mereka bekas pelajar Universiti Islan Antarabangsa. Sembilan dari kami adalah Islam dan menjaga solat, puasa, solat sunat, puasa sunat, berkeluarga macam orang Islam lain juga. Tidak tinggal di jalanan. Seorang dari penulis buku ini adalah bukan Islam. Kami tidak memulaukan orang yang berbeza agama dengan kami, seperti dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Jika kami pergi gig sekalipun, kami solat lima waktu tak tinggal. 

Tunjuk dan tonjolkanlah keindahan Islam, jangan cari kesalahan dan keburukan orang sahaja dan serkap jarang pula tu.

Kalau ada punk yang bertatoo dan berambut aneh, itu bukan satu kemestian dalam punk. Berapa kerat sahaja yang macam itu. Jangan hakimi seseorang dari luaran. Doakan mereka agar mereka tinggalkan cara berpakaian sebegitu. Dan doakan mereka kurangkan pergi konsert. Dan jika pergi konsert pun, agal mereka tidak lupakan solat lima waktu. Kalau nak tarbiahkan mereka, ada caranya. Sebagai orang pandai agama, patut lebih tahu. Jika dilakukan seperti di Acheh; ditangkap, digondolkan kepala dan dimotivasi sepuluh hari. Memang takkan berhasil mungkin. Punk-punk remaja itu darahnya panas dan memberontak jiwanya. Kena ada strategi jika hendak mentarbiahkan mereka. Mereka perlukan kasih sayang.   
Namun dalam tulisan tersebut tiada langsung tulis mengenai punk. Yang ada contoh seperti percaya pada bomoh, dukun, waktu tertentu yang membawa malang, tangkal, riak dan lain-lain. Kenapa punk itu dikatakan syirik? Tiada disebut di dalam tulisan tersebut. Hanya diletak gambar punk dan dikatakan punk harus syirik untuk diterima oleh kumpulan tersebut. Saya dah lebih dari 10 tahun jadi punk dan bergaul dengan budak-budak punk. Tiada pun antara kawan-kawan saya tu yang pergi jumpa bomoh, dukun, percaya benda-benda mengarut macam sesetengah orang melayu, riak? Tiada. Adakah yang dimaksudkan itu black metal? Jauh betul punk dan black metal? 

Adakah kerana 'isu punk' tengah hangat di Indonesia, Utusan Malaysia mahu selitkan tentang 'punk' dalam tulisan mengenai dosa syirik. Mungkin kerana isu black metal tak hangat sekarang mungkin? Jadi tuduh punk. Itu adalah FITNAH. Dosa juga. WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN, sebagai penulis kolum dakwah di akhbar, anda harus lebih peka dan tidak serkap jarang. Tulisan anda akan menjadi rujukan ramai orang dan diambil sebagai fakta. Jika betul dikatakan ada budak black metal lakukan acara penyembahan sekalipun, siasat sendiri. Jika tiada bukti dengan mata kepala sendiri, jangan tulis. Itu fitnah, jangan ikut tabloid-tabloid yang banyak mencari dan menulis cerita palsu untuk melariskan akhbar dan majalah mereka. Dosa fitnah dan dari hasil gaji itu diberi makan pula anak isteri. Itu pun masalah juga bukan?

Kalau macam ni, punk yang ingin insaf pun tak jadi insaflah. Kerana dituduh bukan-bukan. Allahua'lam. Sebenarnya tulisan ini adalah sangat bagus, tapi yang tak berapa seronok bila gambar dan caption gambar yang macam tangkap muat sebab isu punk tengah hangat sekarang.

Semoga kita semua dilindungi dan diberi hidayah olehNya, dijauhkan dari perkara dan dosa syirik. Allahua'lam.


Sunday, December 18, 2011

Musim Tengkujuh di Kuala Ibai


gambar oleh Eddie
Musim tengkujuh di Kuala Ibai
Hujung tahun ia datang tak berjemput
Hujan lebat, berhenti sekejap, hujan renyai
Begitulah hari-hari, berturut-turut

Angin pantai di Kuala Ibai
Bunyinya uuuuu uuuuu uuuuu!
Bertiup kuat bagaikan badai
Siang dan malam pun begitu

Apa khabar penduduk pantai?
Tenangkah tidur malammu?
Usah bimbang usah risau
Tawakallah pada Tuhan yang satu

Nizang, 23 Muharram 1433 H

SYB: Tiba-tiba terasa nak tulis puisi ni masa pulang ke kampung hujung minggu lepas.
Buat lirik lagu band punk cun gak ni.

Thursday, December 15, 2011

Pesanan Budak Metal

Dulu form 5 aku ikut kawan-kawan pergi tidur chalet di Air Terjun Sekayu. Di Sekayu, salah seorang kawan aku tu terjumpa dengan sepupunya. Sepupunya berlima, pergi ke Sekayu dengan motorsikal dan masing-masing bawa gitar kotak. Aku lupa, tapi rasanya mereka masa tu adalah pelajar-pelajar IPT. Mereka tiada tempah chalet, jadi mereka tumpang tidur di chalet kami.

Mereka duk main gitar bersama-sama. Lagu-lagu death atau black metal.Tak pasti, salah satulah. Suara growl macam band-band black/death yang aku dengar dalam kaset. Tapi aku respect setiap waktu solat mereka solat berjemaah. Sampai lewat pagi diorang main gitar, sampai aku tertidur. Keesokan harinya, sebelum balik, salah seorang dari mereka bagi pesanan pada aku.

"Nak jadi setan, jadilah. Tapi solat jangan tinggal!".

Tuesday, December 13, 2011

aktiviti mewarna Aqsa Syarif


Walaupun simple, 2-3 jam juga juga spend masa buat benda ni semalam. InsyaAllah, fi sabilillah. Untuk aktiviti mewarna Aqsa Syarif.

Wajah Walimah di Pertiwi Kini

Topik Warna Pagi di IKIM.fm pagi tadi, "Kenduri adat atau kenduri ibadat?" Aku baru terfikir sebenarnya nak tulis pasal benda ni. Sedang elok mereka pun bincangkan pasal hal ini...

Aku teringat dulu sepupu aku cakap, "Selesa kan pergi kenduri kahwin di Terengganu ni. Tiada pasang muzik. Kalau di negeri lain kebanyakan ada pasang muzik. Nak berborak pun tak selesa". Tu zaman bila. Sekarang di Terengganu pun trend pasang lagu di acara dah banyak menular. 

Jodoh dia dengan orang Kajang. Semasa kenduri kahwin dia ada sessi karaoke yang kuat bingit dinyanyi oleh hadirin. Pakcik tua berkopiah turut nyanyi lagu rok leleh dengan penuh semangat, siap goyang-goyang badan. Geli hati pula aku tengok. Aku teringat kata-kata dia dan rasa kasihan pada dia. Aku tahu dia pasti inginkan majlis yang selesa tanpa muzik bising bango di kenduri kahwin dia. Tapi mungkin kena ikut juga apa pihak keluarga Kajang nak buat.


Alhamdulillah di kenduri kahwin aku, tiada sessi karokae. Aku solat hajat dan berdoa selalu supaya tiada acara nyanyian di majlis kenduri aku. Alhamdulillah, doa aku makbul. Cuma ada nyanyian lagu hari jadi untuk aku. Oklah, give and take. Kena rai juga apa orang nak buat. Hiburan pada majlis walimah aku di Klang adalah nafiri dan pertunjukan silat, ini ayah mertua aku yang upah. OKlah, selingan sebelum dan semasa makan beradab. Selain itu banyak juga lagu-lagu pop sebenarnya dipasang termasuklah lagu KRU tapi yang banyak kali DJ duk ulang adalah lagu Maher Zain, InsyaAllah. ALHAMDULILLAH! Harapnya tidak terlalu kuat sehingga mengganggu orang nak borak. Ya lah, jumpa saudara sekali-sekala di acara sebegini.


Di Terengganu pula, hanya ada paluan kompang dengan salawat nabi untuk mengiringi ketibaan pasangan pengantin. Mungkin bagus untuk memberitahu orang kampung, pengantin dah sampai. Jom makan gulai.

Baru ni aku ada pergi kenduri walimah. Pengantin alhamdulillah pakai tudung, cukup dan berpakaian tradisional. Tapi ada pula undangan penyanyi karaoke yang seksi. Seleksi lagu-lagu pula...lagu-lagu sedih rok leleh melayu, lagu pop mat saleh. Kuat dan bingit pula sampai nak bersembang tanya khabar pun tak selesa. Asyik "haaa?" Haaa?" sahaja.Kalau ya pun nak ada acara nyanyian, pilihlah lagu-lagu yang lebih positif, sesuai dan jangan terlalu kuat. Tak selesa. Rasa nak balik cepat pula.

Dari mana datang budaya karoekae di acara kenduri kahwin ni ya?  Tak payahlah. Bukan nak tutup pintu rezeki orang yang buat business karaoke. Tapi nak menyelamatkan kenduri walimah itu biar lebih banyak ikut sunnah dari ikut trend. Ya, ikut sunnah bersanding pun tak boleh sebenarnya. Menayang badan sendiri untuk tontonan orang ramai. Itu adat...insyaAllah satu hari nanti, akan pupus juga. Terutama di kalangan orang Islam. Buat masa ni, susah. Ya lah, orang lain buat. Takkan kita tak buat, nanti dikata koman pula. Keh keh keh. Macam kata Ustaz Azhar, "Orang memang suka benda yang ramai orang buat. Walaupun benda yang ramai orang buat tu tak elok". 

Seperti kenduri kawan aku, ada jemputan band. Tapi lagu-lagu tradisional melayu. Sesuailah dengan acara kahwin melayu. Jika niatnya positif, untuk merai. Kalau lirik-liriknya positif, lagi cantik.InsyaAllah okay walaupun sebenarnya acara kahwin tidak sepatutnya berlebih-lebih. Tengoklah video-video ustaz Azhar tu. 


Tapi hei, aku bukan fasis. Macam mana kamu nak hidup dan buat susuatu itu hak kamu. Terpulang pada kamu hendak meraikan upacara "sekali seumur hidup" kamu.

Tapi 'nikah' adalah satu ibadat, sunnah Rasulullah. Jika bukan kerana ibadah, kamu takkan bernikah. Jadi ia adalah satu benda keagamaan. Tak payah disulam dengan hiburan yang berlebihan kot. Tapi yalah, kadang-kadang kita tak boleh nak elak. Ada ustaz di masjid di kampung aku ceritakan, dia pernah didatangi oleh seorang bakal pengantin perempuan yang mengadu, ibubapa paksa jangan pakai tudung ketika bersanding. Kesudahannya ustaz itu bertemu dengan ibubapa itu dan nasihatkan supaya ikut cara Islam dalam perkahwinan anak mereka dan ibubapa itu pun, ubah fikiran.

Saturday, December 10, 2011

Intifada/TOPS 1 report

Susulan menyertai IKRAM, aku juga menyertai satu badan NGO sukarelawan/aktivis di bawah IKRAM iaitu Aqsa Syarif.


Hari ini, aku menyertai TOPS 1 iaitu singkatan untuk Training Of Palestine Specialist 1. Satu hari ditarbiah tentang isu Palestine. Dari 8 pagi hingga 8 malam. InsyaAllah, kalau bertemu Allah kelak dan ditanya apa usaha aku untuk membebaskan Masjidil Aqsa, aku boleh jawab, aku jadi aktivis Aqsa Sharif Klang. Dan walau baru pertama kali join, aku dah diberi tugas. Aku kena handle bahagian 'media' untuk Aqsa Syarif Klang. Kerana tak ramai sukarelawan lagi kot. Yang ada hanya 8 orang yang sudah bekerja dan 6 orang pelajar IPT dan sekolah menengah. Tugas media tu agak mudah kot, update blog dan facebook, hehe.

Tapi satu hari tak cukup lah pula nak jadi specialist dalam isu ini. Aku pun sebelum ni tak ambil tahu sangat issue Palestine/Israel ni. Kena banyak membaca lagi. Kebanyakan talk diberi oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, pengerusi Aqsa Syarif dan juga Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus. Sungguh bersemangat meniup api intifada.

Antara slot yang aku taknak miss adalah FAQ yang dijawab oleh Dr. Hafidzi. Aku ada juga bagi satu soalan. Soalan yang dianggap basi juga ada ditanya iaitu perlu ke boikot barang yahudi? Aku terlepas soalan ni tapi tanya orang di sebelah. Dikatakan bahawa yang perlu diboikot adalah barangan yang menyumbang pada gerakan Zinonism. Tak kira produk dari mana pun, waima dari Malaysia sekali pun. Dan ianya hak individu. Tidak perlu letak hukum makruh, haram, wajib, halal. Perlu kreatif guna apa jua jenis cara untuk menyedarkan semua orang. Bukan orang islam sahaja. Semua orang sudah patut boikot. Aku masih guna produk nestle. Stok Kit kat banyak di bilik. Perlu tukar pada produk lain, mungkin coklat Aqsa Syarif.

Tapi Malaysia negara Islam, kenapa produk Nestle, Coca Cola banyak dijual? Mcdonalds berjuta outlets? Jeng jeng jeng...

Wednesday, December 7, 2011

Makan buah sebelum makanan berat

Semalam aku dengar dalam radio "pilihan utama anda" ada mengatakan makan buah seeloknya 20 minit sebelum makan berat atau 2-3 jam lepas makan berat. 

Terbukti secara klinikal selain menggalakkan penyerapan tenaga dan nutrien segar untuk tubuh, ia juga membantu kelancaran proses penghadaman dan perkumuhan.
Ini juga sunnah Rasulullah. Jadi kenapa ikut orang barat yang makan buah sebagai pencuci mulut?

Ayuh kembali kepada fitrah. Sudah-sudahlah tu ikut orang barat. 


Projek Terbaru

Tepu kepala otak nak edit buku ni. Penat. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Minggu ni nak cek-cek ada salah ke tak. Isnin/Selasa depan nak hantar print, InsyaAllah. Gamble aje. First time nak cuba print buku. Di Vinlin Press, Puchong. Tunggu...