Aku terpikir sebab asyik dengar di radio IKIM promote baby kena diaqiqahkan (cukur jambul) dan dijamu orang makan. Untuk lelaki 2 ekor kambing dan perempuan seekor kambing adalah yang paling baik. Kalau tak aqiqah nanti mungkin tak dapat syafaat dari anak kita sebab anak adalah anugerah yang sangat besar dari Allah. Anak kita doa dan sedekahkan bacaan Al-Quran tak sampai pada kita. Dua ekor untuk lelaki sebab lelaki harus utamakan ibu bapa sampai mati walhal perempuan lepas kahwin dia kena ikut suami dan utamakan suami pula. Ibu bapa jatuh nombor dua.
Jadi aqiqah adalah sunat muaqadah, sangat-sangat dituntut. Paling afdal hari ke-7 kelahiran (susah jugak kalau hari kerja nak jamu orang makan. Setakat jamu jemaah di masjid atau surau boleh la tapi nak kumpul panggil family yang jauh...).
Kalau muslim yang veggie atau vegan macam mana nak buat aqiqah? Maybe sebab aku fikir pasal ni lah aku dapat panggilan suruh aku makan sampah kot hahhahaha...!
Cerita ni berlaku lepas sahur pagi tadi...
pemanggil: hello. ni nizang ka?
aku: ya.
pemanggil: ni nizang dum dum tak tu ya?
aku: ya.
pemanggil: nizang dah sahur?
aku: dah.
pemanggil: nizang sahur makan apa?
aku: nasik.
pemanggil: nizang kan punk, punk kenalah sahur makan sampah. HAHAHHAHAAHAHAH!
ada latar belakang suara lain gelak juga. pastu talian putus.
Lama juga aku duk fikir. Panas juga tapi cool lepas ingat nasihat Dr. Bentara yang mengatakan kalau marah, maafkan saja lagi bagus. Nasib baik aku punk beriman. Haih...

1 comment:
heheheheh
Post a Comment