Thursday, February 23, 2012

Profile untuk Buku lagi...tunggu!





Ayee (dulu buat zine Piss Of Mine: A Forum Of Thoughts) ada projek buat buku. Antara penulis yang terlibat adalah Yuna, Alak dan lain-lain. Aku pun dijemput juga. Tulislah sikit-sikit sebab deadline kejap sangat dia bagi. Jadi ni profil yang aku tulis untuk buku tu. Untuk info lanjut pasal buku tu, Documentist  



Nizang has published Mosh zine, a zine about the local skate and punk rock scene as well as real life stories since 1999 until now. The latest issue is issue 14. He wrote the book ‘Aksi Reaksi: Dokumentasi Dum Dum Tak’ and was involved in writing the book ‘Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising’. His writings were also featured in magazines such as Maximum Rock N Roll, Revolution and zines such as The Coalition, DRSA, Roots, My Friends And The Pit, Masked Reader, etc.

He used to sing for Jellybelly and Inikah Hidup, two bands based at his hometown, Kuala Terengganu. Currently he plays bass, sing back-ups and write some lyrics for Dum Dum Tak, a KL-based punk rock band.

To pay the bills and support his family, he works as a lecturer at a private university teaching creative and design modules for Foundation Year students. Klang, Selangor is where he calls home now, living with his wife and a daughter.  

Tuesday, January 31, 2012

Pyan Habib dan Aksi Reaksi

Dulu-dulu 80an aku tonton filem rock n roll yang Pyan Habib berlakon jadi Osman Tikus iaitu Kembara seniman jalanan. Lepas tu DDT ada record lagu dari filem tersebut "Rupa Tanpa Wajah"

...sekarang beliau pulak baca buku rock n roll yang aku tulis pasal DDT...AKSI REAKSI. Teruja! Siap ada gambar.

Sunday, January 29, 2012

Januari 2012 bulan produktif untuk diri aku

Januari 2012 -Isteri aku melahirkan puteri kami, Sara Qistina. Buku Punk Rock dilahirkan empat hari selepas itu dan pada 27 Januari, Aksi Reaksi iaitu buku mengenai band Dum Dum Tak dilancarkan. Alhamdulillah syukur pada Tuhan kerana rezeki yang melimpah-ruah ini. Juga kepada kawan-kawan yang menyokong projek-projek ini sampai jadi kenyataan. You guys rock!

Tapi buku Aksi Reaksi yang dikeluarkan adalah dalam kuantiti terhad. 100 salinan dan dibuat last minit (ada bahagian-bahagian yang silap dan nampak terkerjar-kejar). Ia akan dicetak lagi nanti...It's not for everyone. But if you listened and like Dum Dum Tak...it's a must! Bak kata review yang akan baca dalam satu blog tadi. Tapi pelakon pun boleh baca jugak sebab semalam Pyan Habib komen di FB aku cakap dia ada beli buku ini dan suka tengok/baca buku ni. Dia kata tertarik dengan warna kulit buku dan ayat-ayat yang mudah dibaca.

Sebenarnya tulisan-tulisan yang baru terbit tu dah lama pun ditulis. Tulisan aku dalam buku Punk Rock ditulis pada 2009-2010 dan Aksi Reaksi ditulis pada tahun 2011. Zine? Hehhe...zine masih aku tulis...tapi nantilah, lambat sikit kot. Sekarang nak promosi buku-buku ni dulu.

DAN! Thesis Masters aku juga siap dah. Dan sudah dihard-cover bound hari ini. Segala pening kepala, tensi, tak tidur malam buat research dan mencari solusi sepanjang buat research MA akhirnya sudah tamat...Lepas ni boleh taruk Dr. pada nama ...eh silap MA Ahmad Nizamuddin kah kah kah.

Sekali lagi, syukur pada Tuhan.

Thursday, January 19, 2012

susuk-susuk buku Punk Rock

Sempena launching buku Punk Rock malam ni, aku buat entry khas mengenai penulis-penulis buku Punk Rock. Kebetulan semua orang yang menulis tu aku kenal dan pernah jumpa, lepak, etc. Enjoy...

(dalam gambar ni juga ada Zaki dan Fazri)


Shabri - Masa aku baru-baru nak berjinak buat zine dulu, aku kontek Besut (Yang buat zine Help, friendHELPfriend) bila dapat flyer zine dia. Dia beritahu aku pasal zine-zine lain yang dibuat oleh orang Terengganu yang belajar di Kuala Lumpur. Salah seorang yang buat zine tu adalah Shabri dengan zine Narrator. Aku kontek dia nak beli zine tu. Kalau tak silap kontek melalui telefon ke surat. Sebab masa tu dia balik kampung di Kuala Terengganu, jadi kami berjumpa pertama kali di studio jamming Kuyie. Aku jamming suka-suka dengan kawan-kawan sekolah. Dia bagi zine dia by hand walaupun aku dah pos duit ke alamat dia. Last sekali jumpa dia bila ya, lama sangat dah tak jumpa. Masa kenduri kahwin aku di Terengganu dia sampai lambat, aku dah pergi shooting ourdoor di Lagun, Kuala Ibai.

Fazri - Fazri adalah abang kepada Shabri. Beberapa lama selepas aku berjumpa Shabri di bandar Kuala Terengganu, aku dihubungi oleh Fazri. Dia baru habis study buat ijazah di UUM. Dia datang jumpa aku di rumah Kuala Ibai. Zaman ni belum ada handphone, tahun 1998. Lepas-lepas tu dia cari aku, orang di rumah aku beritahu aku main skate di Pantai Batu Burok. Bermulalah dia dan lepas tu budak-budak hc/punk KT lepak di skatepark sehingga diorang buat Rohock Crew dan buat gig underground pertama di Terengganu, Rohock Dok Patut. Antara orang kuat termasuk Fazri, Duan, Shabri, Apis, Abu dan lain-lain. Last sekali jumpa Fazri masa kenduri aku di Terengganu.

Dhani Ahmad - Aku pertama kali jumpa Dhani aka Faisal semasa benefit gig/perjumpaan kolektif/pembahagian makanan percuma di Kota Bharu pada tahun 2000. Mula-mula aku ingatkan dia orang Penang sebabnya dia mewakili Co-Punx Collective, rupanya belajar di Penang. Selepas itu selalu jumpa di acara-acara gig di sekitar Kuala Lumpur dan aktiviti-aktiviti hc/punk dan perhimpunan aman yang lain. Dulu aktif dengan Papakerma dan lain-lain. Last sekali jumpa kalau tak silap di surau Central Market, lama sangat dah tak jumpa.

Hafeez - Aku tak pernah ada zine Abstained Agogo issue lama-lama. Tapi pernah tengok yang split dengan Homicide semasa di Kota Bharu tu. Editornya aku tak pernah berbual atau kenal sehinggalah tahun lepas. Dia buat Abstained Agogo issue comeback, isu 7. Aku pergi jumpa dia di Ampang untuk wholesale zine dia siap buat interview untuk assignment study aku.

Mat Yie - Satu hari seperti biasa aku lepak di A//Mince Infoshop. Di pemain CD di situ aku nampak ada satu CD demo sebuah band. Aku pun tengok dan baca cover CD tu. Dari senarai thank list macam band Terengganu tapi aku tak pernah kenal pun band ni dan orang dalam cover ni. Thank list siap ada tulis Kuyie. Lama-lama barulah tahu, band budak-budak Kemaman yang duk di KL. Masa di KL, lepak-lepak bersama Shabri dan Fazri (selalu jumpa ngeteh di CM dulu kala), maka kenallah aku dengan Mat Yie yang merupakan pelajar UIA, jadi berkawan juga dengan Shabri yang juga ex-UIA student. Masa aku kenal Mat Yie, dia baru habis study dan cari kerja. Selalu juga aku lepak dengan dia, ngeteh di CM, selalu lepak tidur rumah dia di Vista Angkasa (yang kebetulan depan rumah sewa kakak aku, Nor). Beberapa kali pergi gig dan gi tengok wayang sekali ngan dia. Last sekali jumpa di gig Cherating.

Wolf - Sekitar tahun 2002-2003 Wolf pernah ajak band aku main di Punk Picnic di Port Dickson. Tapi kami tak pernah main sebab masing-masing sibuk dengan study masa tu. Sejak tu, kami berjumpa di gig-gig sekitar KL dan juga di Besut.

Nan - Seriously aku tak ingat macam mana aku kenal Nan? Tapi baru lagi aku kenal dia walaupun dah lama tahu pasal zine yang dia pernah turut serta, Think Smart Act Blur. Yang aku ingat aku baca blog dia dan tengok hasil kerja seni dia di internet, lalu aku kontek dia untuk suruh lukis untuk beberapa projek termasuk zine Homesick, Mosh zine isu 14, Buku dan cover CD Dum Dum Tak. Lepas tu, aku ada ajak band dia LORSA main gig yang aku buat di Noisy. Last sekali jumpa di Noisy masa band aku main, masa tu dia datang nak cari ilham nak lukis gambar kitorang.

Zaki - Dulu-dulu aku baca zine dia buat, 'A Dream' kalau tak silap Fazri yang jual. Lepas tu, dia pernah chat ngan aku di Mirc sebab kawan dia gaduh ngan aku. Tak tahu pasal apa, tapi zaman remaja baru tumbuh jerawat biasalah tu. Lepas tu selalu jumpa di gig-gig sekitar KL masa aku belajar di KL. Masa aku study degree, tiba-tiba aku nampak mamat ni kat kampus. Rupanya dia datang interview kerja kat sini. Pakai seluar jins saja. Lepas tu dia dapat kerja sini sampailah aku pun kerja kat sini dan sama department pulak. Maka, hari-harilah jumpa.

Din - Masa isu kedua zine Roots keluar, aku order zine ni dari Roots. Dapat surat dengan tulisan yang kemas dan rapi dan panjang. Rajin mamat ni tulis surat, mesti panjang-panjang punya. Dan tulisan rapi. Aku beli zine ni sebab lukisan pada cover oleh Huzaiba yang sangat cantik dan kemas. Lepas-lepas tu, aku ikut Kasih Sayang main di Johor Bharu. Masa tu aku berhenti belajar sebab sakit gout dan tak minat dengan kursus yang aku ambik masa tu. Di Johor, aku dah nampak Din. Aku kenal sebab nampak gambar dia dalam zine. Tapi aku segan nak tegur. Aku ni memang jenis pemalu dan penyegan nak tegur orang. Ramai yang terasa hati dan ingat aku sombong termasuklah Kidd Fastgame dan lain-lain. Lepas tu Din tanya kat Fazri Nizang tak ikut ke, pastu maka Fazri tunjuklah aku pada Din dan berbuallah sikit-sikit. Zine ni memang bes terutama isu 2, 3, 4, 5 sebab banyak gambar aksi lompat-lompat dan lain-lain dan tulisan personal yang kadang-kadang kelakar bila ada campur tangan Jimbo yang memang kelakar (try baca Cronically Donut zine, LOL).


Wednesday, January 18, 2012

Buku Punk Rock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising

Empat hari lepas Sara Qistina lahir ke muka bumi ini, lahir pula buku Punk Rock. Tak dapat nak promosi buku ni secara besar-besaran sebab sibuk bagi susu dan tukar lampin Sara. Apa-apa hal, kalau belum beli harus beli cepat sebab dalam masa seminggu dah tinggal 300 buah buku saja. Alhmadulillah. Harap pembaca dapat sesuatu yang positif dari buku ini...

Jumaat malam ada soft launching di Annexe Central Market, tu pun tumpang acara launching CD band Rotten Ruckus. Siapa beli pada malam tu boleh dapat sign aku. Heh, tapi jangan lambat sangat, aku kena balik awal tukar lampin Sara woi...

Wednesday, January 11, 2012

daddy cool

Alhamdulillah dah enam hari anak aku dan Rina dilahirkan ke muka bumi Allah ini. Esok hari ketujuh, sunat aqiqah dan isytihar nama. Tapi tak sempat nak buat aqiqah lagi sebab baru semalam Rina dan baby balik ke rumah dari hospital. Jadi, esok boleh isytihar nama.

Tuesday, January 10, 2012

status fb #8

Masa aku kecik dulu, aku berpendapat orang-orang yang baca surat khabar adalah orang yang cerdik pandai. Tapi sekarang ni surat khabar memang dah jadi alat propaganda parti dan membodohkan rakyat dan memecahbelahkan masyarakat saja. Tak baca surat khabar lagi aman hidup. Tak kiralah surat khabar apa pun. Parti apa pun. Isi yang mencerdikkan sikit sangat.