Tuesday, May 26, 2009

this month in MRR...(June 2009)




Other local stuffs being reviewed are Innerview zine, Punk//Pink//Ponk zine, Thrash Ohhooi tape, Killeur Calculateur 'Valley of the Dead' cdep, and Second Combat/Motivation split CD.

Saturday, May 23, 2009

Spesis terancam

Kaset dubbing...dulu-dulu dari pinjam kaset dubbing la aku kenal band-band macam Sham 69, Toydolls, Millencollin, No Fun At All, Ramones dan lain-lain. Sekarang MP3 mengambil alih format audio dalam kaset dan CD. Masa berubah, teknologi makin maju.

senarai main minggu ni...

Senarai Main (playlist) untuk minggu ini ialah kegemaran sepanjang zaman. Baru ni duk cakap pasal KRU dan aku duk email mp3 KRU ni kat amert...aku masih simpan kaset2 KRU ni. Ade kat kampung, yang ni je ade kat KL.

Gambar Elizabeth Wong

Aritu mase kecoh pasal isu 'gambar Elizabeth Wong'. Aku cakap kat kwn sekeliling, aku ada gmabar Eli ni. Gambar yang aku maksudkan ialah gambar ni lah, gambar live dia nyanyi ngan band die, tah ape nama aku lupa. Procreations of the Wicked kalau tak silap.

Time tu aku geledah plastik yang menempatkan album2 gambar lama tapi tak jumpe gambar ni. Semalam masa nak fotostet Mosh zine lama untuk Shaded Out Press, Singapore...aku jumpe album yang ade gambar ni. Jadi aku scan ler, walaupun agak lambat...

Monday, May 18, 2009

lini, tuck dan ming-ming VS amir muhammad


Harini gi servis kereta. Kat TV3 ade Wonderpets. Lebih bes layan Wonderpets berbanding buku Amir Muhammad yang ada di tangan aku. Heh. Lepas abis Wonderpets baru sambung baca buku Malaysian Politicians Say the Darndest Things vol. 2 tu. Sampai rumah sambil makan nasik bungkus, kat NTV7 Wonderpets versi bahasa melayu pulak.

Jeles betol! Zaman aku kecik-kecik dulu takde cerite Wonderpets ni.

Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah.
Yeah, Wonder Pets! Yay!
Apa yang penting??
Kerja~sama~!
Apa yang penting?
Kerja~sama~!

Tuesday, May 12, 2009

The Dajjal has landed...


Masih ada antara kita yang tak tahu apa itu freemason. Aku mula dengar orang duk cakap pasal benda ni dari tahun 2001 lagi tapi masa tu aku tak amik pot sangat.

Dalam zine DRSA 9, ada ditulis berkenaan ni tapi lebih senang nak paham kalau tengok series The Arrivals ni. Aku sarankan korang tengok...memang senang nak paham sebab banyak ditunjuk visuals2. Biasanya kita baca orang tulis atau dengar orang cerita je pasal freemason ni. Memang sekarang makin ramai orang duk bercerita pasal ni...

Semua ada 51 episod, 1 episod kira-kira 10 minit dan dalam bahasa Inggeris, kalau rajin boleh cari yang ada subtitle BM di youtube...

Masuk sini;

The Arrivals



- Movie yang dibuat mengenai freemason, perhatikan logo mata satu dalam segitiga. Apa maknanya?

- Tahukah kamu Firaun ada di KL???

Tuesday, May 5, 2009

Estrella - Ternyata video

Lagu ni aku kasik kat Rina masa nak ngorat dia dulu...hehehe...