Friday, February 6, 2009

lo-fi!!

Heh...dulu mase aku study kat TATI. Masa aku baru masuk TATI ramai student kenal aku sebab diorang ade tengok aku main ngn Jellybelly kat Kerteh beberapa bulan sebelum tu. Masa aku baru nak baik ngn Tajoe (Dully Dog). Dia ada datang bilik aku borak-borak. Masa tu dia baru je tahu yang aku ni ada main band. Pastu dia cakap "Mu ni low-profile lah!". Heh.

Tadi kawan aku baca blog Isham . Pastu aku tanya dia selalu ke baca blog ni. Aku pun tunjukla entri yang Isham tulis pasal Dum Dum Tak cool.

Padahal sebelum ni dia memang tahu aku main band. Tapi buat tak heran jer. Tapi bila baca apa yang Isham tulis, terus di search pasal band Dum Dum Tak kat google dan youtube dan kecoh2 cakap kat orang lain. Pastu dia cakap, "Kau ni low-profile lah!" Heh.

Aku rasa mereka2 ni expect, kalau seseorang tu main band ni kene bagitahu satu dunia yang dia main band, kene dressing maut2, segak2, ramai geng/awek...

Tuesday, February 3, 2009

hari hardcore


Mcm biase kalau aku pergi kerja naik keter, aku mesti sambar sekeping dua CD dari koleksi aku untuk dengar on the way ke tempat kerja. Pagi tadi aku sambar CD Secret 7.

Semalam aku naik motor, kena hujan. Kasut basah. So, aku pikir2...ah pakai je la kasut Vans Old Skool harini gi ke opis.

Sambil layan Secret 7, sambil pakai kasut rasmi hardcore, aku terpikir. Wah, aku hardcore! ahha.

Monday, February 2, 2009

Akai ada ka?


Haritu masa kitorang duk spread flyers gig '3 chords and the truth' dekat area cineleisure, sorang mamat tanye, "Korang ajak Carburetor Dung main, berape diorang mintak payment?"...

Pastu satu malam aku lepak ngn sorang mamat (main band punk rock dah lame, pernah direview dalam Blasting Concept), die tanye aku pernah main tak dengan band Carburetor Dung. Aku cakap pernah. Dia tanye benda yang same, "diorang punye payment mintak berape?"

Kat 2-2 orang mamat ni aku jawap...C. Dung dapat/mintak payment sama je mcm band-band lain yang baru main/form 2-3 tahun mahupun 2-3 bulan. Takde beza. Kecuali kalau diorang main jauh la, so of course need extra for transportation expenses, etc.

Just aku nak kongsi kat sini, apa yang aku tahulah.

Aku heran bila ada band yang main grindcore, release bawah label HC/punk bila diajak main dalam negara mintak RM1k minimum. Kalau takde RM1k memang takkan main.

Aku jugak heran dengan band-band yang mintak jugak untuk dibayar minima RM50-RM100 walhal tahu organizer rugi beratus-ribu ringgit kadang-kadang. Walhal venue gig dengan tempat tinggal mereka hanya setengah jam perjalanan. Pelik.

Memang main muzik perlukan duit, nak tampung balik kos jamming, transportation, etc. Tapi considerlah sikit. Sedangkan grindcore pun tercetus dari muzik punk, tapi attitude mengalahkan rockstar. Baik buat band baru main indie main kat gig-gig disponsor syarikat telekomunikasi atau rangkaian media Media Prima tamak haloba tu.

Monday, January 19, 2009

Happy Birthday Dear


this supposed to be posted on 18th Jan 2009.

sorry for the late post, i didn't online on Sat and Sun...

happy birthday
my heart and soul
have it your way
and rock n roll!

Thursday, January 15, 2009

Cikgu Punk terkantoi



Alkisahnya aku terkantoi dengan student, cerita dia mcm ni lebih kurang. Safuan Afro (die datang mase first time dumdumtak perform) pun study dekat tempat aku mengajar. So, kire lepas tu aku ngn Safuan rapat la selalu jumpe kat universiti dia beli stuff2 dari aku.

Satu hari dia bawak masuk Mosh zine #11 dalam library dan lepak dengan salah sorang student yang aku ngajar. Student aku tengok zine tu belek2. Safuan pegi cakap dekat student aku tu aku (lecturer dia) yang buat zine ni! Adus pada mulanya memang janggal. Sebab sebelum ni tak pernah pun student aku tau aku terlibat dengan kancah jenayah macam ni.

Bila jumpe student aku, ade yang perli cakap nak panggil aku Cikgu Punk la, duk sebut-sebut atau tulis Dum Dum Tak la dekat sketches diorang. Aku buat keras jer. Tak kesah sangat, asal masih ada respect diorang kat aku.

Satu hari student aku bukak laptop dalam kelas. Dia tanya "sir nak dengar lagu ape sir, semua lagu saya ade". Aku tengok kat list lagu winamp dia, terkesima jugak aku tengok list dia. Antara lagu yang dia ada termasuk, C. Dung, Nostalgia, Lumbrah, Depress, Sarjan Hassan sampai Brayok pun ade! Lagu 'Ketuk Ketuaq'. Hahahha...

Satu hari student aku tumpang keter aku balik sembahyang jumaat. Aku pasang lagu Dum Dum Tak, pastu salah sorang dari yang tumpang tu tanye "Sir, sir kenal band Inikah Hidup?" Hahahha...(tekalah ape aku jawap)

Satu hari aku lepak library, aku takde kelas hari tu so aku pakai baju Dum Dum Tak (design first). Ada yang tanye ade jual ke tak, nak beli. Aku pun bawak la pegi kelas, 3 dari student aku beli baju Dum Dum Tak (design Subhumans)...ahhahah!!! Ok ape, buat duit!

Semalam, student aku bukak laptop, dia tanye "Sir, sir join jugak ek Inikah Hidup?", aku jawab "ya". Saya dah lame simpan lagu-lagu ni. Dia bukak laptop, semua lagu Inikah Hidup dia ada dalam satu folder kat laptop dia! Sorang student perempuan dengar perbualan kitorang tu. "Sir, sir nyanyi ek? Ada masuk radio?" Aku jawap, ha dengar lah dulu..

Bila dengar lagu jerit-jerit terus terperanjat, "Sir, ni Sir ke ni?". Pastu mamat laptop tu jawap, "Ha, ni sir la ni, tak caye ke??". Pastu student pempuan tu terus balik tempat sendiri. Mamat laptop tu cakap dia sekampung dengan Mat (kibodis Inikah Hidup). Kiranya 3 orang la budak kampung Mat student aku rupanya.

Dang!

Tuesday, January 6, 2009

design cover cd untuk CSCD

Yang ni first draft

Ni semi final:


Gambar tengkorak tu sbnrnye tengkorak yang aku shoot dkt Pusat Sains Negara masa tahun 2005. Dan orang berbaju kot tu sebenarnya gmbr aku! Masa dkt opis. Hahah!

Pakai font Misfits tu, idea dari Rahimie selaku bassist kumpulan ni.

Sikit pasal band Cock Say Cock Dung ni; masa mula-mula Awang citer kat aku pasal band baru di kampung (Mengabang Telipot) dia ni, aku igt band ni tak serius, sebab nama band yg pelik. Rupanya memang serious. Lagu mereka dulu bole ckp punk rock, lagu-lagu baru dilajukan lagi, so aku simpulkan mereka main hc/punk.

CD ni aku akan carry dan edarkan. Boleh try dengar sample lagu dekat MySpace diorang.

Friday, January 2, 2009

To Fael

Hati mana yang tak menangis, mata mana yang tak sayu mendengar berita sedih pilu.
Apa-apahal aku harap kau tabah. Berat mata memandang berat lagi baju memikul.
Aku tahu dan harap ini hanyalah ujian sementara. Ujian kesabaran. Supaya kau berehat seketika. Supaya kita menilai hidup kita kembali. Kami akan terus berdoa.

~semalam aku dapat tahu bahawa tangan kiri Fael tak boleh digerakkan sebab dia kena stroke.