Tuesday, August 8, 2023

12 SOALAN BERSAMA VOCI LODI

VOCI LODI ADALAH PROJEK BAND DUA AHLI 679 (Gombak skapunkmetal), BARU MELANCARKAN LAGU BARU BERJUDUL 'PERMATAKU' DI YOUTUBE, NIZANG SIAPKAN BEBERAPA SOALAN UNTUK MEREKA DIJAWAB OLEH SYAFIQ, zass...! 




1. Bila dan bagaimana band ni ditubuhkan? Korang masih bersama 679 dan Voci Lodi ni band projek?

Voci Lodi ditubuhkan pada Disember 2020. 

Pada akhir tahun 2020, aku ada satu lagu yang belum direkod yang ingin ditujukan kepada semua petugas Barisan Hadapan yang memberikan sepenuh komitmen menangani gejala Wabak Covid-19. Bagi merealisasikan impian untuk menghasilkan lagu ini,  aku berbincang bersama Anip dan kami bersetuju mengeluarkan lagu ini secara online dan proses rakaman juga dibuat di rumah masing-masing memandangkan ketika itu pergerakan ke luar rumah adalah terbatas disebabkan lockdown. 

Maka, tertubuhlah Voci Lodi. 

Buat masa sekarang, aku dan Anip masih bersama 679. Cuma Voci Lodi adalah tempat kami untuk berkarya dengan muzik yang kami minati. Jadi sebenarnya kami lebih aktif bersama Voci Lodi. 


2. Apakah maksud nama band ini?

Voci Lodi adalah gabungan antara Vocal dan Melodi.


3. Setakat ni, Voci Lodi ada berapa lagu? Semuanya di youtube?

Setakat Ogos 2023, Voci Lodi telah menghasilkan enam buah lagu dan semua lagu tersebut telah dimuatnaik di Laman YouTube. @AllGoChords.



4. Adakah ia akan dikeluarkan dalam bentuk CD? Sejauh mana korang lihat relevannya fizikal rilis pada tahun 2023?

Ada perancangan nak keluar dalam bentuk CD, tapi setakat ni kami nak tumpu pada online platform terlebih dahulu. Rilisan secara fizikal tidak begitu mendapat perhatian umum disebabkan online platform dilihat lebih menguasai pasaran ketika ini, namun masih terdapat permintaan terhadap fizikal rilis untuk tujuan koleksi.


5. Cerita sikit tentang lagu terbaru korang ‘Permataku’?

Kalau ikut kisah lagu-lagu kami, ada banyak mesej yang positif ingin kami sampaikan kepada para pendengar. Ilham untuk membuat lagu permataku ini adalah setelah aku dikurniakan cahaya mata yang kedua pada awal tahun 2022 dan lagu ini ditulis pada sekitar pertengahan tahun 2022. Namun disebabkan aku dan Anip ada kerja hakiki yang perlu diutamakan ketika itu, proses rakaman lagu ini ditangguh sehinggalah berjaya dikeluarkan pada 30 Julai 2023. 


6. Macam mana proses korang buat lagu? Siapa yang buat lagu dan lirik?

Lagu dan lirik ni kami buat bersama. Kalau aku ada idea, ada kalanya aku bagi dulu melodi lagu, kemudian, aku hantar kat Anip, Anip terus buat line gitar dan drum atau sebaliknya. Kemudian kami terus rekod di rumah masing-masing. Cuma untuk lagu 'Permataku' ini sahaja aku rekod bass dan vocal di studio. 

Aku nak share sedikit proses pembikinan lagu 'Hitam Kuningku'. Pada 4 Jun 2021, Malaysia kalah 0-4 kepada UAE. Malam tu, aku terus call Anip kata nak buat lagu semangat kepada pasukan Harimau Malaya. Anip bagi idea untuk riff gitar untuk lagu ni. Malam tu jugak, lirik dan full lagu ni siap. Keesokannya, kami rekod part masing-masing dan pada 7 Jun 2021, kami rilis di YouTube. 


7. Proses rakaman diadakan di mana?

Di rumah masing-masing. Cuma untuk lagu 'Permataku' ni aku rekod bass dan vocal di Studio. 


8. Band korang ni duo, kalau dijemput untuk main live nanti dah ada sessionist?

Fokus band ni lebih kepada berkarya untuk kepuasan diri kami dengan style muzik yang kami minati. Tapi kalau ada jemputan untuk kami perform, kami akan usahakan untuk mendapatkan sessionist drummer. 


9. Nyatakan pengaruh dan inspirasi muzik korang? 

NOFX, Bad Religion, Me First and the Gimme Gimmes, NUFAN, Lagwagon, Stratovarius.


10. Band-band tempatan yang korang minat?

Wings, Ukays, Carburetor Dung, Subculture, The Splatters, Cromok dan Sil-Khannaz


11. Perancangan masa depan?

Inn Sha Allah jika tiada aral, Kami akan keluarkan tiga lagu lagi pada akhir tahun 2023 dan banyak lagi lagu pada tahun berikutnya termasuk dengan beberapa merchandise…Walaubagaimanapun perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan bergantung kepada masa dan komitmen.


12. Kata-kata akhir?

Terima kasih Nizang kerana sudi menemu bual Voci Lodi. 

Terima kasih juga kepada mereka yang telah memberi sokongan kepada kami.

Kepada yang masih belum mendengar lagu-lagu kami boleh la melayari ke linktree Voci Lodi seperti dibawah. Jangan lupa untuk Subscribe YouTube channel kami. Terima kasih!

https://linktr.ee/VociLodi



Sunday, August 6, 2023

10 SOALAN: BUNCIT

BUNCIT adalah band yang aktif sekitar gig circuit Lembah Klang sekarang. Dengan dua releases dalam tali pinggang mereka, Nizang tanya beberapa soalan kepada frontman band Punk Rock ini, Poped. 



1. Boleh ceritakan sikit macam mana Buncit berjumpa dan mula main muzik bersama?

Bermula dari 2016; Aku, Jimmy Chin & Cae. Kami satu opis dulu dari tahun 2008-2014. Pastu jumpa balik 2016.

Asalnya jamming lagu cover jer. Disebabkan masa ni Jimmy ada connection dengan geng- geng motor custom... dapatlah first gig di Bike Week Genting pada tahun yang sama dan tahun kemudiannya.

Evolusi band member berkembang dengan pesat. Bertukar ganti pada setiap posisi. Kecuali takhta basist, tiada yang sanggup, kerana tiada yang mahu nyanyi.

2016- Poped, Jimmy Chin, Cae

2017- Poped, Jimmy Chin, Cae, Shah Deadpool & Ben

2018- Poped, Jimmy Chin, Cae & Ben

2019-2021- Poped, Jimmy Chin, Cae & Mas Sepu10h

2022- till now! Poped, Jimmy Chin, Cae & Poji Dlonge

 

Sessionists:

Tun Pyan 

Naufal of DDT

Rohaizat of DDT

Kugen of Auji

Amin Kechik 



2. Berikan senarai band² yang menjadi rujukan dan inspirasi Buncit?


Kalau dikaji semula, memang banyak nak mamposh. Tapi yang top 10, 

1- Rancid

2- FSF

3- NOFX

4- Greenday

5- Blink182

6- DDT

7- Black Flag

8- Minor Threat

9- Carburetor Dung

10- Nirvana


3. Ko sebelum ni main dengan The Jalangs, yang lain² pernah main band lain ke?


Poped: Pat-Riot, HIV Apartment, The Wheelers, Oxfrix, The Jalangs, The Huskies, Sepu10h, P.U.K! & Midnight to Cairo.


Jimmy Chin: Merge, Pinestar, Mahasiswa, Sicknerds, Sepu10h


Poji Dlonge: Dharjat, Disorder, The Rags & DNA


Cae: Aku tak tahu band apa yang dia main sebelum ni. Tapi dia seorang drummer yang gempak! 


4. Macam mana sambutan dan feedback dari pendengar untuk dua rilis korang baru ni?

Alhamdulillah, ada feedback tak kisahlah baik atau buruk. Puji atau cemoh... kami belajar. Terima kasih semua.


5. Macam mana proses menulis lagu dan kat mana korang rekod rilisan tersebut?

Lagu dan lirik kebanyakan aku amik dari Pat-Riot dan The Jalangs. Ada jugak lagu Buncit buat.  Kebanyakan lirik dan lagu, 95% aku yang buat ada juga dari band member yg lain. Sebab sayangkan lagu-lagu tu go to waste, so kami twitch sana sini... dan rakam.

Untuk dua album yang lepas ni kami gunakan konsep live recording. Kami rekod kat DMO Puchong. Bantuan mixing dari brader Pejal dan brader Faez Sparrow. 

Sekarang album 3 in process. Kali ni semua lagu baru dan Poji ada buat lagu dia sendiri... kalini jugak rekod dalam rumah Poji. Kami nak try home rekording pulak lepas ni..


6. Korang aktif main gig sekarang di sekitar KL. Ada plan untuk main di tempat lebih jauh?

Sebenarnya Nizang, kami start main gig luar KL. First dan second gig kat Genting. Pastu JB. Pastu Penang. Pastu sekarang baru KL. Kami dah rindu nak main luar KL. Try jugak tanya kot kot ader ruang kami ke Ipoh, Melaka atau Pahang. Bukan apa... nak rasa suasana main gig kat negeri lain luar dari KL. Main free pon takpa... kah kah kah...


7. Band apa yang korang share stage yang korang rekemen kpd pembaca utk check out?

Banyak oi! Sampai kami tak sangka ada band-band yg GILA BABI BEST NAK MAMPOSH!

Top 10 korang perlu pergi show dorang;

- Johny 23

- Hey! Jay!

- Auji

- Explicit

- Tobs & Kroni

- Shh…Diam!!

- Dum Dum Tak

- Ruckyard

- No Security

- Ogoshi Rebels


8. Dah ada lagu baru atau plan untuk next rilis?

Ada dah. Sekarang ni ada 5 lagu dalam process. Kemungkinan kali ini kami try home recoring. Tapi tu ler... kalau tak puas, kena masuk studio jugak ler.


9. Rilisan fizikal masih relevan ke sekarang untuk music punk?

Bagi kami dua-dua pun jalan. Fizikal pun kena ada dan platform online pun kena ada. Terpulang pada pilihan pendengar atau pembeli. Sebab tiada discrimination disini. Tapi taklah sampai perabih duit nak marketing kaw kaw. Ikut kemampuan dan kewangan band.


10. Kata² akhir.

“Berkaryalah selagi ada idea dan minat. Support local band. Support local scene. Support kawan-kawan. Jangan sombong, jaga adab sebagai manusia sesama kita”