Sunday, May 9, 2021

TEMURAMAH: DEPENDENT

Album 'Kopi Ais Ikat Tepi' dari Dependent adalah rilis pop punk Malaysia paling best untuk tahun 2021 ni bagi aku. Sayangnya mungkin tak ramai yang perasan tentang rilis ini, mungkin sebab PKP dan tiada gig. Dependent merupakan satu band segar dan rajin. Album yang dikeluarkan awal tahun 2021 ini memuatkan sepuluh buah lagu dengan sound-sound yang best pada telinga aku. Cuba check out lagu-lagu mereka di Youtube dan beli CD band ni dengan kadar segera. So, ikuti temubual yang aku jalankan dengan Shuib frontman mereka.




1. Boleh ceritakan sikit sejarah ringkas band ni. Macam mana korang berjumpa?

 

Dependent ni, start sebagai band Hari Guru. Masa tu aku sebagai vox/gitar, takde dalam band pun lagi. Lepas tu aku dengar pasal budak budak band ni, yang lain layan punk rock, aku pun join la diorang. Dari permulaan band ni kitorang buat pun memang dah ada target nak buat lagu, main gig dan keluarkan EP atau LP. Kitorang duduk kawasan perumahan yang berdekatan. Kitorang kenal kat area taman rumah aja, kecuali drummer kitorang Fariz, dia sekolah sama dengan bassist kitorang Edika. First gig kitorang (takdela gig pun) kitorang main kat KL Zine Fest 2015 kat Moutou Jalan Panggong KL.

 

2. Ha aku ingat masa KL Zine Fest tu korang ada mintak nak perform. Korang memang rajin cari show ke masa tu?

 

Takdelah berapa rajin, sebab masa tu pun tak berapa kenal orang. Tapi setiap kali dapat main gig, kitorang akan try borak-borak dan kenal orang la. Lagi pun masa tu kitorang sekolah lagi, so mostly scene kita ni, kalau boleh nak galakkan budak sekolah dengan bebenda gig semua ni kan. Walaupun kitorang kerap cari gig untuk dimain, tak kisah lah gig apa sekali pun, tapi kadang tu ada yang organizer senyap, and kononnya gig tak kena tempat, and ada organizer tolak. Tapi pada tahun 2017, kitorang geram ada sekali tu susah dapat gig dan gian gila babi, kitorang pun buat first gig kitorang organize sendiri, 'Tampar fest/gig' kat studio Behave Ampang. Acap yang tolong design flyers masa tu. Ada DIY class sekali, kitorang ajar cara-cara nak buat silk screen.

 

3. Masa tu main lagu sendiri dah ke? Apa band yang influenced korang selain Greenday?

 

Tahun 2015, lepas je kitorang decide nak buat band, aku terus buat lagu untuk Dependent. Tapi ada dalam satu ke dua lagu je awal-awal dulu. Pendedahan punk rock pada kitorang berbeza-beza. Edika (bassist) dengan Azam (gitaris), dorang banyak layan band-band thrash, metal apa semua tu. Perkenalan dari abang dorang. Then dorang start minat nak main punk rock, bila dorang berkawan dengan Fariz (drummer) yang memang dari awal layan punk, dari hasutan member-member kitorang jugak masa tu. Macam aku, aku layan macam-macam jenis band, datang dari hasutan kakak abang aku, untungnya aku sebab kakak abang aku agak tua dan ada dalam banyak peredaran masa muzik alternatif kat Malaysia dan luar negara. Tapi bila aku kenal rapat bandmates aku yang lain ni, kitorang masa tu tengah hangat layan Greenday dengan Blink 182. So kitorang decide la untuk main punk rock. Untuk influence awal kitorang; Greenday, Blink 182 dengan Nirvana. Tapi lama kelamaan influence tu berubah ikut masa, kematangan, dan sebagainya.

 


 

 

4. Nama 'Dependent' tu agak kontra dengan band korang yang mandiri -band independent dalam scene independent. So ada cerita ke disebalik nama yang dipilih?

 

Bila aku cakap pasal band Dependent, aku takkan bahasa kan ‘aku’ tapi aku bahasakan ‘kitorang’. Yang menghidupkan Dependent ni adalah ‘kitorang’. So Dependent ni bergantung semasa kitorang. Kitorang bergantung antara satu sama lain.

 

5. Siapa Fahmi dalam lagu ‘Penipu Besar’ tu…

 

Fahmi tu dulu nya kawan kitorang satu band. Kononnya orang yang banyak bantu kitorang dalam penubuhan Dependent ni lah. Ada lah sikit dia membantu dalam bagi kitorang semangat dan beberapa inspirasi. Tapi tulah, dia ni menipu kuat. Rendah-rendahkan kitorang. Paling best, dia pernah jugak lagakan kitorang satu band sampai kitorang macam tak berkawan kejap. Tapi pastu dapat detect la yang dia ni kaki pusing. Tapi pastu kitorang buat tak tahu je dengan Fahmi ni, buat tak kawan je. Tapi lagu ‘Penipu Besar’ ni tercetus idea sebab nya dia bercerita yang bukan-bukan pasal kitorang dekat Acap The Fridays. Lagi kelakar, Acap tanya kitorang kenal ke mamat Fahmi ni, sebab mamat ni cakap bukan-bukan pasal kitorang. Aku gelak dan taknak tahu pun apa dia cakap. Cuma apa yang aku fikir, kalau Acap boleh bagitau kitorang pasal Fahmi dan beberapa vibe yang tak digemar oleh Acap terhadap Fahmi, dari situ dah tahu yang Fahmi ni tengah bercakap buruk. Tapi kalau dia nak kawan kitorang lagi, aku okey je. Dia yang malu sebab kantoi menipu dulu.

 

6. Korang banyak buat muzik video untuk lagu dalam album ni dan bukan kaleng-kaleng punya. Kualiti, storyboard semua memang macam band besar atau mainstream aku rasa. Macam mana korang dapat peluang ni? Siapa punya idea disebalik video ni dari segi lokasi dan jalan cerita?

 

Thank you semua yang sapot dan tengok MV kitorang yang sebenarnya tak seberapa ni. Untuk first MV kitorang, lagu ‘Berhenti’ ni bantuan dari kawan kitorang, Amen Naqib yang sudi menjayakan dengan hanya dibayar atas dasar kemampuan dan harga kawan-kawan. Terima kasih banyak pada dia! Idea asal daripada aku sendiri, tapi di improvise oleh Naqib sendiri. Location shooting tu, Naqib yang jumpa dan pilih. MV ‘Penipu Besar’ adalah bantuan dari kenalan baru kitorang selepas rilis nya MV ‘Berhenti’, bekas graduan universiti yang ambik course perfileman ni lah. So dorang volunteer untuk bantu kitorang dan masa yang sama untuk menambah portfolio dorang. Lokasi dan idea asal oleh aku sendiri. Kemudian jalan cerita di improvise oleh Randuk Production.

 

Untuk MV ‘Hey Kawanku’ hasil DIY daripada aku dan kawan aku, Kasya merangkap orang yang menjayakan album Dependent ni jugak. Kitorang rekod guna kamera phone aja. Idea dan location oleh aku, then jalan cerita tu kitorang random aja. MV 'Superhero', pun bantuan dari kawan aku Kasya, dengan idea dan jalan cerita oleh aku sendiri, location oleh kitorang semua mengikut lighting dan tempat bersesuaian. MV ‘Superhero’ ni, aku direct on the spot, semua dalam kepala.

 

7. Kau punya lirik semua bahasa melayu. Jarang di Malaysia band punk nyanyi semua BM ni. Komen sikit...

 

Sebenarnya kitorang ada jugak beberapa lagu bahasa English, tapi kitorang tak rilis sebab lagu yang bagi kitorang kurang sedap didengari ramai la. Semua lagu aku sendiri yang tulis, then lama-lama aku sedar kepakaran melodi dan susunan ayat aku lebih cenderung kepada Bahasa Melayu. So aku teruskan apa yang aku mampu la. Antara lagu BI yang sedap yang Dependent pernah rekod dan bawak perform adalah lagu ‘This Song Makes You Wanna Go Home’.

 


 

 

8. So dah berapa copies terjual CD ni. Macam mana sambutan. Ada ke feedback positif dan negative dari pendengar?

 

Masa pre-order, kitorang jual dalam 60 lebih. Kitorang tak kira pun actually. Alhamdulillah, capai la target kitorang untuk pre-order. Then kitorang buat second press ni, Alhamdulillahh walaupun sambutan agak slow, tapi dari hari ke hari jalan la jugak. So far yang second press ni terjual 15-20 pcs.

 

Komen positif ada la beberapa dari kalangan rakan-rakan jugak. Dari kalangan stranger tu takde sangat komen cuma bila tengok dorang enjoy dan post lagu kitorang di sosmed apa semua, dari situ kitorang anggap itu komen yang positif la. Untuk komen negatif takde lagi, melainkan komen yang membina lah, dari segi produksi, rekoding, lagu dan lain lain.

 

9. Dalam zine Mosh isu lepas Aidil (Couple/Playburst) ada cakap dia suka Dependent. Dan korang terpilih untuk cover lagu Couple sempena terbitnya CD Top Of the Pop reissue. Apa perasaan korang bila Aidil suka korang?

 

Couple adalah salah satu band yang aku dengar dari aku kecik, didedahkan oleh abang kakak aku. Begitu jugak bandmates Dependent yang lain. Kitorang sangat rasa dihargai dan bangga kalau ada sesiapa sahaja dari pelusuk dunia ni yang suka, minat, cinta akan lagu atau band kitorang. Macam Aidil sendiri, aku tak tahu dari mana dia dapat explore band kitorang, tahu-tahu ada kat komen lagu ‘Penipu Besar’. Then aku pun start la conversation dengan Aidil dari situ. Rasa dihargai tak terhingga bila ada orang, sesiapa pun, dengarkan Dependent walau dengan perasaan yang marah sekali pun. Sebab at least karya kitorang dapat bagi effect pada pendengar tu. Thank you jugak kat Aidil sebab bagi peluang dan kepercayaan pada kitorang untuk join cover TOTP 2, sempena reissue album TOTP. Tahniah jugak!

 

10. Biasanya band bila rilis album akan main gig banyak-banyak atau buat tour untuk jual dan promosi album. Tapi sekarang PKP, macam mana korang promote album ni. Ada main gig online ke?

 

Kitorang ada main sekali ajaa seumur hidup kitorang gig online, Alhamdulillah dapat la jugak promate album kitorang masa tu. Untuk tindakan lain, kitorang just promote kat medsos Dependent dengan medsos personal. Kitorang ada mintak tolong beberapa komuniti-komuniti underground yang aktif kat medsos ni untuk promote, tapi ada yang tak layan, ada yang lupa. So usaha kitorang agak limited sebab takde gig untuk kitorang datang atau join. Takde gig jugak untuk kitorang organize. Tapi Alhamdulillah masih ada jugak orang yang dengar, makin hari makin bertambah walaupun lambat. Kitorang dalam proses nak buat second album. Kitorang tetap terus kan berkarya walaupun takde sambutan langsung. Sebab kitorang berkarya untuk beri manfaat pada orang. Orang nak terima atau tak itu terpulang

 

11. Konsep cover album siapa bikin. Kenapa tulis tangan?

 

Konsep cover album, idea daripada aku sendiri. Dan di design oleh Kasya. Konsep cover album ni adalah kitorang nak dekatkan album ni pada masyarakat kita yang kebanyakannya sinonim dengan kopi ais ikat tepi. Pada masa yang sama, dari segi marketing pulak, InshaaAllah kalau diletakkan di mana-mana kedai, orang akan tertanya tanya, band apa ni? Kenapa ada air kat depan CD dia?

 

Banyak sebab kenapa kitorang tulis tangan… salah satunya supaya pendengar itu memahami lagu kitorang, bukan la pada membaca lirik, tapi pada mendengar lagu tu secara fokus dan memahami setiap suku kata lirik tu. contohnya, kalau kita tulis, “woi!” dalam Whatsapp dan kita bercakap “woi!” secara berhadapan, persepsi, pemahaman dan penyampaiannya akan berbeza. Kalau pendengar tu dengar.

 

12. Menarik sebab kena dengan tema Malaysia. Ada apa-apa nak tambah sebelum kita akhiri interview ni? Terima kasih.

 

Tema kitorang masyarakat, bukan Malaysia, hehe. Untuk akhir kata, kitorang nak cakap thank you dekat semua yang sokong kitorang tanpa henti, yang baru sokong dan yang akan sokong. Thank you jugak pada Nizang sebab sudi interview kitorang. Nizang salah satu penyebab kitorang dapat peluang main KLZF 2015 dulu, detik permulaan tu. Untuk yang baru nak layan Dependent, sila layan, percayalah kitorang memang power. Pada yang tak suka kitorang, jangan dengar atau layan lagu kitorang, jangan datang gig kitorang, jangan beli CD kitorang. Terima kasih semua, Alhamdulillah. Tambah sikit, terima kasih pada yang membeli album kitorang dan terima kasih teeeerima kasih banyak-banyak!

No comments: