ROMI yang pernah mendepani band Marjinal sebuah band dari Indonesia kini bersama kugiran Romi
& The JAHATs (RTJ). Stail, melodi, gitar solo dan lenggoknya banyak sangat
persamaan dengan lagu-lagu Marjinal dalam album 'Predator'. Aku syak Romi juga banyak terlibat
dalam pembikinan lagu-lagu Marjinal, bukan sekadar penyanyi. Yang paling ikonik
adalah suara serak garau si Romi.
Seperti kata Bambear, muzik RTJ banyak juga memasukkan unsur
‘Country’ atau muzik Koboi, ya memang banyak. Kadangkala kedengaran seperti band
celtic punk seperti The Pogues juga.
RTJ akan mengadakan siri jelajah ke Singapura dan Malaysia
pada bulan ini (Oktober 2018). Kasih Sayang dan Kawan-kawan, iaitu sebuah band
dari Kuala Terengganu telah mengeluarkan kaset yang mengumpul lagu-lagu yang akan mereka
mainkan sepanjang tour ini, sebelas lagu kesemuanya.
Hasil jualan kaset ini akan disalurkan terus kepada band RTJ untuk perbelanjaan mereka nanti kerana hampir kesemua line-up mereka adalah full-time punk rocker yang bergantung belanja dari produk-produk DIY punk rock keluaran mereka.
Aku sungguh terkesan dengan muzik dan lirik-lirik mereka yang
menyusup ke dalam hati antaranya; ‘Slonong Boy’, ‘Tunggu Mati’, ‘Juara Masa
Lalu’ dan ‘Filem Murahan’. Lagu tentang kucing turut ada, ‘Si Belang’. Bukan
Con-Damn The Corruptor saja band punk yang menyanyikan tentang kucing rupanya.
“Aku pulang mama, sembuhlah cederamu…
Ku rindu semeja, nikmati the bersamamu…”
Tak sabar nak sing along nanti di Rumah Api. Dapatkan segera pita kaset ini, keluaran terhad dengan hanya RM15.
-->