Jaggfuzzbeats baru merilis video muzik mereka yang kedua untuk lagu 'Symmetry' dua bulan lepas. Aku agak lambat menggilai band dari Shah Alam ini namun berjaya menjemput mereka perform di Cyberjaya Multimedia Festival 2018 baru-baru ini. Check-out lima soalan aku dengan mereka dan untuk baca interview penuh... belilah zine Mosh isu 19 yang aku baru nak bikin.
1. Ceritakan sikit pasal logo korang yang aku nampak macam ombak dan matahari tu? Siapa yang reka logo tersebut?
Logo kita sebenarnya gabungan dua elemen yang ada dalam muzik kita; fuzz & beats. 'Fuzz' bentuk ombak dan 'beats' pula pada bulatan. Logo direka oleh Azrul.
2. Aku terbaca bahawa Omar dan Azrul sudah kenal dan jamming bersama sejak sekolah lagi. Kenapa band ni dikekalkan sebagai duo dan tidak full-band dengan ahli yang tetap?
Dulu kita pernah ada fikir untuk cari ahli tetap, tapi kita taknak letak beban atas sesiapa sebab kita faham bila ada komitmen lain. Kita dua memang fully-commited dah dengan band ni, jadi kita rasa lebih senang untuk semua kalau band dikekalkan sebagai duo.
3. Korang self-release the album, kenapa tidak cari mana-mana label indie untuk keluarkan album ni? Gudang Suara Records ada mengedar album korang ni, cerita sikit bagaimana deal dengan Gudang Suara Records ni.
Kitorang self-release sebab kita nak belajar sendiri proses mengeluarkan album. Dan kita rasa, lebih-lebih lagi diperingkat awal band ni... banyak manfaat untuk kita dengan cara ni.
Kita approach Gudang Suara Records sebab kita banyak kelemahan dari segi pengedaran CD dan mereka banyak tolong kita dalam bab pengedaran.
4. Cerita sikit tentang idea, konsep dan penggambaran video muzik korang ‘Symmetry’ dan ‘Little Miss Sunshine’? Akan adakah video untuk lagu lain selepas ini?
Idea muzik video 'Symmetry' datang dari penggambaran sesuatu mimpi dan peringatan masa yang lalu. Kita guna effect vintage nak kasi dia nampak "dreamy". Video tu dirakam di Padang Besar, Perlis dan diarah oleh Irfan Aljuffry.
Untuk 'Little Miss Sunshine', kita nak kasi nada kesepian dan kerinduan untuk seseorang. Video tu kita buat sendiri dan dirakam di Melodiya Recordings, Putra Heights.
Kita sudah selesai untuk album 'Rest Now'. Selepas ni, video yang kita keluarkan akan untuk lagu-lagu dari album seterusnya.
5. Kenapa korang bikin muzik video? Adakah korang rasa video muzik ini dapat membantu lebih ramai orang kenal band ini, dan meningkatkan penjualan album?
Kita rasa muzik video memang banyak membantu bila pendengar nak lebih kenal band kita. Bila kita kasi sesuatu visual dengan lagu kita, ia lebih efektif berbanding dengan dengar lagu sahaja. Lagi-lagi dengan ada YouTube, platform tu buat muzik kita lebih accessible. Dengan itu, ia memang akan tolong dengan penjualan album.