1. Aku jarang naik LRT.
2. Aku suka tengok tren LRT.
3. Biasanya time dalam kereta waktu pulang
kerja.
4. Ada rasa keterujaan bila tengok tren LRT melintas atas rail.
5. Kena pulak time tu matahari tengah nak terbenam. Sunset la bak kata orang Kuala Ibai. Warna langit warna maghrib. Ini satu bonus untukku.
6. Ada nama ke untuk fetish tengok tren ni?
#nakjugakbuatstatusbernombor
Tuesday, June 27, 2017
PR kedai gajet
Tahun ni raya ke-3, kami ke kedai gajet untuk beli bateri fon. Kedai ni dalam Giant. Pekerja di situ bertanya, "mana anak seorang lagi?". Kami terkesima lantas aku bertanya, "Ha? Kenal ke?"
Rupa-rupanya raya ke-4 tahun lepas, kami telah ke kedai yang sama untuk baiki fon. Itu kali pertama kami ke kedai tersebut dan memang tak kenal pekerja di sana.
Kagum juga aku. Beratus-ratus customer datang, dia masih ingat tentang salasilah keluarga kami.
Ini PR bisnes yang bagus. Tu je nok kabo.
#positivevibes
#brocuba
Rupa-rupanya raya ke-4 tahun lepas, kami telah ke kedai yang sama untuk baiki fon. Itu kali pertama kami ke kedai tersebut dan memang tak kenal pekerja di sana.
Kagum juga aku. Beratus-ratus customer datang, dia masih ingat tentang salasilah keluarga kami.
Ini PR bisnes yang bagus. Tu je nok kabo.
#positivevibes
#brocuba
Sunday, June 18, 2017
5 SOALAN: SHIZUKA BEN AMAN
Aku pasti semua orang pernah dengar lagu ‘Redline 95’
oleh Shizuka. Kali pertama aku dengar dalam tape
kompilasi Kopi Sechewen vol. 2 masa ianya baru terbit, lagu ni antara yang paling
menonjol dalam tu. Beberapa minggu kemudian, di satu gig di Kuala Terengganu…band
skatepunk Uncle Tobie telah mengcover lagu ni dan membuktikan pada aku, lagu ni
amat sedap dan akan menjadi satu lagu hit dan disukai ramai. Shizuka kini
kembali dengan nama lama SHIZUKA BEN AMAN dan baru mengeluarkan CD
berjudul ‘JauhJauh’. Cuba dapatkannya, kontek Encik Faizal.
1. Lagu ‘Redline 95’
menjadi siulan semua orang. Rata-rata remaja era 90an tahu dan masih ingat lagu
ini. Ada yang mengatakan Shizuka band mysterious (mungkin sebab lagu ini
terkenal di serata pelusuk negara namun band ni jarang muncul di pentas). Apa
komen saudara tentang sambutan terhadap lagu ini?
Masa lagu tu, orang suka… kami tak tahu pun sebenarnya. Sebab masa tu bukan macam sekarang viral-viral senang nampak. Kami budak working class; kerja, balik rumah, lepak minum kat Ah Yoong dan Studio SYJ Bazar Bulat. Kadang-kadang kami main
game dan makan donut atau tengok movie. Lain-lain perkembangan dunia kami tak
ambil tahu sangat. First time dapat tahu ada orang suka lagu ni, kami macam pelik
dan takut. Antara sebabnya kami band noob cap ikan bilis je. Banyak benda kami
tak tahu.
Pasal persembahan
pentas, kami ada main tapi tak kerap. Kemungkinan juga sebab orang tak tahu siapa
sebenarnya band yang main lagu ni. Mungkinlah, so diorang tak boleh contact.
Komen kami...Alhamdulillah
le. Bukan ramai band yang dapat lalui macam apa yang kami lalui. ‘Redline 95’
tak dapat promo pun macam lagu-lagu zaman sekarang. Tapi tak tahu macam mana boleh
menjalar ke telinga pendengar seluruh negara dan masih lagi didengari kini...
ajaib. Kepada yang mendengar dan suka, terima kasih lagi sekali.
2. Lama Shizuka menyepi, kini kembali dengan nama Shizuka Ben Aman. Boleh ceritakan kenapa nama asal digunakan kembali dan cerita sedikit tentang comeback ini? Ada pertukaran ahli?Banyak lagu baru akan dikeluarkan?
Memang agak lama. Sebenarnya Shizuka Ben Aman rest sebab masalah komitmen dalam setahun dua sebelum start balik dengan pertambahan ahli baru pada tahun 2016. Azam (guitar/bvoc) adalah yang terbaru manakala Baha dah start main sejak 2013 sebelum last show iaitu Tempatan Fest di Kuala Lumpur.
Last sebelum senyap
kami ada rekod lagu bertajuk ‘S.O.S’ di studio aku, Dream Project Studio Ipoh.
Lagu ni masih lagi jadi opening untuk kebanyakan show kami.
Nama Shizuka Ben
Aman atau SBA dah digunakan lama sebelum ni. Antara sebabnya ia digunakan
kembali ialah untuk membezakan SBA dengan beribu-ribu lagi Shizuka di luar sana.
3. Ceritakan tentang CD ‘JauhJauh’, secara keseluruhan, feel dan vibe muziknya kedengaran 90an. Bunyi yang aku rindui. Dan ada lagu berbahasa melayu, juga saya puji. Ceritakan tentang lagu-lagu dalam CD ini dan juga mungkin proses rakaman?
Lagu ‘JauhJauh’ ialah lagu yang paling cepat aku tulis; dalam sejam dua je. Lagu ni ambil masa juga untuk rekod sebab semua ada komitmen masing-masing. Hari ni selesai drum, bulan depan masuk masuk gitar, bulan
lagi satu masuk bass… lebih kurang macam tu lah. Mixing dan mastering aku handle sendiri sebab duit tak berapa nak ada dan dah "OK" dah di telinga aku. Mungkin ianya akan di mix dan master semula untuk versi album. Ini sebenarnya cubaan kedua aku dalam menulis lirik Bahasa Melayu. Yang first adalah ‘Setia Selamanya’ ditulis dalam tahun 2000 tapi jiwang ya amat, aku sendiri pun agak getik mendengarnya. Maybe influence muzik rock 90an Malaysia kuat skit kot. Ada perubahan yang dah dirancang untuk ‘Setia Selamanya’. Harapnya tak dikritik sangat kemudian.
Trek kedua adalah ‘Run To You’, ditulis dalam area 2006. Masih lagi guna English. Benda dah tulis so aku tak mahu ubah ke Bahasa Melayu. Dua lagu akhir dalam CD ni ditulis untuk wife aku. Masa tu kami tak kawin lagi. Dia tak tahu pun dua lagu ni untuk dia. Aku pun tak bagitahu. Recording-nya aku buat seorang sendirian alone sebab yang lain tengah busy. Aku cuba try test idea lain dalam ‘Do You Ever See’ macam ambience sikit pengaruh cover ‘Moon River’ oleh Morrisey dulu-dulu. First time dengar lagu dari Morissey ni memang terus tidur.
4. Kenapa lagu ‘Do You Ever See/Selamat Malam Akustik’ dicantum menjadi satu trek? Tidakkah jika dipisahkan
akan menampakkan ada empat trek (lebih berbaloi untuk dibeli mungkin?)
Selamat malam tu something yang tak dirancang. Aku rasa ngam macam tu time tu. So on aje lah.
Khabarnya, encik baru mengambil alih urusan Khizanat. Boleh ceritakan apa itu Khizanat dan apa aktiviti yang akan diadakan di sana kelak?
Memang baru lagi aku takeover management Khizanat. Dulu memang nak buka satu sendiri tapi time tu Ipoh dah ada tiga art space yang kuat degan aktiviti muzik. Semua owner pun kawan-kawan so tak mahulah mengecikkan market yang dah memang kecik. Tapi bila offer untuk manage Khizanat dari Jayzuan sampai, aku ambik je lah peluang tu. Tapi masih dalam tempoh percubaan. Biasanya aku main show je, tapi kali ni kena organize. Memang susahlah juga. Tiap-tiap bulan kena usaha cover sewa. Selain dari core muzik, Khizanat ada sediakan tempat utk akitiviti macam kelas, birthday party, reunion dan lain-lain. Kalau sesiapa nak buat apa-apa kat sana boleh roger aku terus.
Kata-kata akhir?
Terima kasih kerana sudi interview aku. Lama sangat rasanya tak diinterview oleh zine. Dulu-dulu ada jugaklah. Rare. Sorry lambat sikit reply.
Kepada geng-geng Shizuka Ben Aman, teruskan mend5. engar dan suport kami band yang kerdil ni. Kami dalam usaha nak rekod semula lapan lagu lama dari EP dan lagu-lagu yang bersepah-sepah yang lain untuk dicompile jadi satu album. Kemudian baru buat album untuk ‘JauhJauh’ yang melibatkan semua lagu baru atau lama yang tak pernah direkod. Cari shizukabenaman di Facebook, Instagram, Twitter, Reverbnation dan Youtube. Jumpa korang nanti. Assalamulaikum.
Untuk mendapatkan CD
& T-Shirt, kontek 0112 094 7544.
Monday, June 5, 2017
5 SOALAN: Klabu Asap
Banyak band yang muziknya kuat pengaruh band Blink 182, tapi tak banyak yang best. Pada pendengaran aku, muzik Klabu Asap juga kuat pengaruh Blink 182 lama-lama, zaman belum menjadi besar. Dan band dari Johor ini adalah antara yang best dengan poppunk laju-laju mereka.
Tak banyak band, terutama band baru dan kecil seperti Klabu Asap yang mengeluarkan format CD dan kaset secara professional sekaligus sekarang ni. Agak susah nak jual rasanya, aku rasa hanya Klabu Asap je yang buat begitu, dan tanpa bantuan label pula tu.
Boleh ceritakan tentang band ni. Bagaimana
berjumpa dan bergabung. Nama Klabu Asap agak menarik bagi aku. Mana dapat idea
tu?
Cerita dia, kami ni satu tempat kerja; Aidil, Lan, Boy dan Botak.
Jamming suka-suka time dapat gaji. Lepas tu member kami ada buat gig dan ajak main,
kami on terus. Lepas tu kami buat lagu sendiri sebab dah main dua tiga gig. Malu
pulak takde lagu sendiri. Lan kojap ajo dengan kitorang. Dia pi sambung belajor,
jadi Boy ganti di posisi dram.
Nama Klabu Asap tu Aidil yang hembus. Abang studio jamming
tu asyik tanya je nama band setiap kali nak booking jamming.
Boleh ceritakan sedikit tentang EP terbaru kamu. Dari
segi pengaruh muzik dan lirik, dan juga rakaman?
Taklah terbaru pun, lagu dah siap rekod masa 2015 lagi. Saja
kami pecahkan jadi dua CD sebab nak nampak power, hahaha. Nak bagi orang kenal
Klabu Asap. Dua saja lagu dari EP kedua tu lagu baru iaitu ‘Saya Ada Kawan’ dan
‘Puaka’ yang disiapkan lepas siap rekod lapan lagu pertama.
Punca kami buat lagi dua lagu ialah sessionist drummer untuk
ep 2015 dan 2017 minta buat lagu tribute untuk arwah member kami (Zulkipli
@Semot Rok. Siap nak lagu macam ‘ I Miss You’ dari Blink182. DIa ingat aku ni
Tom Delong eke?!!! Aku tom yam bolehlah bedal. Perah-perah idea dapatlah lagu ‘Saya
Ada Kawan’.
Sedang kami kemaskan lagu tu, dapat pulak tempo lagu ‘Puaka’.
Maka siaplah 10 lagu. Lapan lagu lama boleh siap rakaman dalam masa 10 jam saja.
Lagu baru ni ambil masa, ambik ko… 10 jam untuk dua lagu! Rugi betul laaa…
Kenapa EP kedua tidak dirakam lebih banyak lagu
atau keluarkan album? Kedua-dua EP korang tiada tajuk, mungkin agak
mengelirukan di situ?
Tajuk tak letak sebab malas nak pikir. Memang keliru pun,
hahaha. Sampai ada yang cakap “nak beli EP ‘Rempit’ yang merujuk kepada EP 2015
sebab ada lagu tribute untuk scene rempit dalam tu. Masa tu tengah sedap
merempit dengan member-member rempit.
Aku sangat puji dengan usaha mengeluarkan dua format sekaligus untuk dua-dua EP kalian. Apa yang membuat korang sanggup tong-tong duit untuk melabur kepada band ni?
Kongsi keluor modal. sebab dah lama sangat tertangguh, jadi
kami dah nekad. Memang padan dengan mukalah apa yang akan jadi nanti. Janji
kena siap jugak (untuk kepuasan diri sendiri...)
Bolehlah tinggalkan nama Klabu Asap dalam scene Malaysia ni.
Lagu dah ada kot, sayang kalau tak siapkan (ayat sedapkan hati masa tu). Mungkin
10 tahun dari sekarang akan ada orang punk rock cari balik material Klabu Asap,
mana tahu kan? Haha, macam ci.
Berapa show dah korang main? Venue mana paling
pelik? Gig mana paling bes dan kenapa?
Show yang kami dah main, ada lebih dari 10 gig dah rasanya.
Pelik macam mana tu zang??? Sama je aku tengok; semua rumah kedai. Reka bentuk
dia sajalah berbeza. Gig semua best sebab kami memang buat band sebab nak main
gig, walaupun takde crowd…kami akan jalan terus.
Subscribe to:
Posts (Atom)