BAND PALING KECOH!
Ben’s Bitches terkenal dengan lagu lirik lucah dan juga
lawak tahi di pentas. Pernah sekali di Blue Planet, mereka bawa tahi dan
balingkannya pada sesama. Aku rasa ianya adalah coklat Kit-Kat yang digunakan
sebagai props. Ya, aku rasa mungkin ada budak-budak punk tak berapa gemar dengan
mereka sebab lawak melampau mereka. Aku ada album pertama mereka ‘National
Disservice’ …tak ingat mana aku dapat (versi RM5). Dan aku pernah dengar album kedua
mereka ‘Mamak Conscpiracy’ di kedai Ricecooker, Annexe Central Market dulu. Lagu ‘Happy’
versi mereka lebih poppy berbanding versi punk Carburetor Dung. Aku rasa kalau aku
perdengarkan versi cover dari Ben's Bitches masa pensyarah aku suruh bawa lagu ke kelas untuk
belajar Bahasa Inggeris masa di KUSZA dulu, takdelah aku kena marah depan
seluruh kelas.
Lagu ‘Pensil Besar’ dan ‘Aku Suka Jolok’ sangat nakal dan
aku rasa mereka terkenal dengan lagu-lagu ini. Ramai orang dengar di youtube,
mungkin. Satu hari di tempat kerja aku, ada dua orang rakan sekerja tengah
berborak. Tiba-tiba salah seorang dari mereka menyapa aku dan berkata “ha, dia ni mesti
tahu lagu siapa Aku Suka Jolok”. Serious aku tak pernah dengar pun lagu tu masa
tu, namun aku dapat jawab, “Ben’s Bitches?” Aku main teka saja masa tu. Kedua-dua album mereka ini lebih ke arah muzik poppunk.
Panjang pulak intro, okey…aku rasa kebelakangan ni tak banyak
band “punk rock” tempatan yang keluarkan proper release dan aku dahagakannya. So, bila
aku nampak CD ‘Pakatan Maut’ ada jual di kedai Teenage Head Records Subang
Jaya, aku terus sambar. Bila aku dengar 2-3 kali ternyata Ben’s Bitches dah
berubah, bak kata mat saleh ‘matured’. Dan ini adalah album penuh Bahasa Melayu
mereka. Dengan kemasukan ahli-ahli baru dan terkeluarnya CK (yang asyik nak nyanyi
lirik-lirik lucah dan carut saja bak kata Ben), muzik mereka dalam ‘Pakatan
Maut’ lebih kepada rock, blues dan punk. Gitar solo ala-ala Santana dan Van
Halen wa cakap lu!
Lagu paling aku suka adalah ‘KECOH’ yang seronok untuk
nyanyi ramai-ramai. Lagu ‘Sehari Dalam Kehidupan’ aku dengar dah ala-ala
kumpulan rock XPDC tapi lirik dia ‘mengancam’. Lagu ‘Ini Gitar Mak Kau’ dan ‘Syiok
Sendiri’ juga antara highlight bagi aku dalam album kali ini. Dua lagu terakhir
agak berbeza pula haluannya, macam lagu-lagu lama Indonesia pun ada, Bob
Tutupoli atau Broery Marantika mungkin??? Mungkin lebih ke arah konsep muzik Azmyl Yunor. Ya,
Azmyl Yunor masih bermain dalam band ni tapi bukan lagi main dram tapi vocal
dan tamborin. Lagu-lagu ni okey juga walaupun macam tak masuk sangat dengan
keseluruhan album ini. Aku suka lagu ‘Burung Tanpa Sayap’, sedih. Ada
menampilkan seorang penyanyi wanita yang tidak dicatat namanya.
Walaupun album ni tiada lagu nakal, lucah dan carut, mereka
masih selamba dan kelakar, usah risau! Imej dan senireka album kali ni sangat
iconic dan sempoi. Aku rekemen album ni.