Monday, December 22, 2014
warkah tentang aku dan gemulah
Tadi aku ikut kawan aku gi beli pokok kat MAEPS. Haritu dah ikut dah dia beli pokok kat Floria Putrajaya. Tengok pokok banyak ni aku terfikir juga aku ni tak minat langsung dengan pokok. Tapi arwah ayah aku dulu memang minat betul berkebun. Selalu juga kami sekeluarga ikut arwah pergi kebun, hari Sabtu atau Ahad. Arwah beli tanah untuk dijadikan kebun buah-buahan dan sayur-sayuran di Paya Jaras.
Selalu jugak sebelum balik kerja, arwah singgah kebun dulu sebelum balik rumah. Punyalah sayang arwah ayah aku pada pokok-pokoknya. Mungkin sama macam aku sayangkan koleksi CD, zine, kaset dan buku aku. Walaupun ayah aku minat pokok, aku minat muzik dan buku. Kami selalu belek koleksi kami.
Bila difikirkan macam mana tuhan buat kejadian tu memang ajaib. Aku dengan ayah aku sangat berbeza minat untuk berhibur. Mungkin ayah aku ni macam Nik Aziz yang sumber hiburannya adalah menatap buah-buahan dan sayur-sayuran.
Apa-apa pun aku dan ayah aku ada juga persamaan. Kami dua-dua pendiam. Tapi mungkin aku lebih pendiam dari ayah aku. Aku tahap anti-sosial dan penyombong. Lagi satu, aku minat muzik rebel. Ayah aku pun dalam diam seorang yang rebel. Rumah kami di TTDI, tapi habis tanah arwah ayah aku tanam pokok pisang, betik dengan nangka. Dah macam rumah di kampung. Aku tahu ayah aku semasa hayatnya, memang sentiasa berjiwa orang kampung. Macam aku juga, kadang-kadang.
Tapi arwah ayah aku pun minat jugak muzik. Yang aku tahu muzik tradisional. Kalau arwah masih hidup aku rasa dia mesti dengar juga radio klasik tu. Masa kami duk Chicago dulu, arwah siap ada turntable lah. Ada koleksi piring hitamlah. Power jugaklah arwah ayah aku ni. Tapi bila balik Malaysia terus takde, mungkin taknak tunjuk minat muzik pada anak-anak kot. Dia dengar dalam kereta aje sambil ketuk-ketuk atas atap kereta dengan jari-jemarinya. Dan sambil bersiul. Aku pula tak pandai bersiul.
Cerita pasal arwah ayah dekat-dekat nak raya ni, boleh buat nangis juga sebenarnya.
PS: Sebenarnya ayah aku pun banyak betul koleksi buku dia. Baru dua hari lepas aku mimpi bercakap dengan mak aku pasal aku nak kemas buku-buku arwah ayah aku. Aku sayang buku-buku ayah aku tu. Kalau aku ada tempat sendiri, aku nak ambik je semua koleksi buku ayah aku tu biarlah aku yang simpan walaupun tak paham langsung buku-buku pasal Political Science tu, subjek dia belajar di Universiti Malaya dulu.
Tuesday, December 2, 2014
KLMJ: Temuramah dengan Belacak
Dulu
masa aku umur 15 tahun, dalam zine Pang isu 2 ada flyers pasal reh/demo
band dari Bentong ni. Gambar ikan. Nama band pun kelakor, Belacak. Aku
hantar kaset kosong untuk mereka dubbingkan demo mereka tu tapi sampai
aku dah beranak pun kaset tu tak sampai-sampai, ha ha ha...Untuk
membongkar misteri tersebut aku ada hubungi Mei dari Belacak. Sorry
soalan banyak KLMJ, jangan boikot aku...
Ceritakan bagaimana ko terjebak
dengan punk rock...
Salam untukmu Nizang serta semua pembaca
zine mu ni...maaf pasal agak lambat respon terhadap interview ni. Macam-macam
hal perlu didepani tak macam zaman dulu-dulu, takde kerja lain selain melepak
layan muzik dan gig, etc...
Macam mana boleh terjebak ya, diringkaskan
cerita...kebanyakan kita ni bermasalah, hi hi hi macam-macam ada. So aku rasa punk adalah platform
yang sesuai untuk kami duduk…masalah dengan masyarakat, dengan gomen, dengan
kawan-kawan dan sebagainya. Selain dari platform untuk kami berhibur...punk aku
rasa adalah tempat yang sesuai...sempoi...buat apa saja yang korang nak (dibatasi
oleh agama la sekarang, dulu tak sedor hihih) jadi poser pun boleh bagi aku. Janji
korang jujur dan ikhlas.
Ceritakan tentang sejarah Belacak,
keadaan scene, gig dan band seangkatan dengan korang masa tu?
Sebelum tertubuhnya Belacak sekitar
hujung tahun 94 atas dorongan Joe Kidd, kitaorang selalu ke gig-gig di Kuala
Lumpur. Banyak jugalah band-band masa tu. Kitaorang selalu berjumpa atau
berhubung dengan Nazri Heartcore, Lee Hijrah @ The Pilgrims selain dari Joe
Kidd sendiri. Diaorang ni semualah yang banyak bagi dorongan suruh buat lagu,
buat lirik buat band, luah apa saja....
Band seangkatan kalau di Bentong ni yang
sedikit awal dari Belacak adalah Catzone. Tak ingat tahun berapa, main hardcore
punk (yang lebih) ke arah American Hardcore. (Ada juga) IGWT (in god we trust).
Dalam tahun 96 muncul pulak sebuah band skinhead The Blades. Masa tu di Kemaman
ada satu band (bernama) The Spit. Selalu juga berhubung dengn Belacak. Tak
silap (aku), dia ada buat zine dan ada interview Belacak.
Mengenai demo lama korang yang aku
pernah order masa tahun 1996 dulu, ‘Fuck D’ Egoist’…cerita sikit pasal demo tu.
Banyak ke yang diedarkan. Dan masa tu dalam flyer korang suruh hantar kaset
kosong untuk dapatkan demo/reh ni. Kenapa begitu. Dan aku juga ada hantar kaset
kosong tapi tak sampai-sampai hehehe…
Pasal rehearsal demo tu, ia dikeluarkan
(pada) tahun 95. Tajuknya ‘Fuck D’ Egoist’ edaran selain dari dalam Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak pun ada permintaan. Masa dulu kitaorang pakai tulis
surat dan letak gam atas setem. Nazri Ayoh Chik le (yang ) ajor. Kitaorang jugak
pernah berhubung dengan Opposition Party (dari) Singapore. Tak silap aku interview
dan bertukar-tukar demo. Jumlah yang diedarkan aku pun tak kira. (Kami) suruh hantar
kaset kosong atau bayar RM5 (kalau) tak silap aku. Suruh hantar kaset tu bukan
apa, pasal warak le hihihi. Tak nak making profit. Hantar kaset kosong dan
kitaorang akan dubbingkan dan hantar balik kepada pengirim...
Mu pun ada hantar? hmm sorrylah. Ada
banyak sangat masalah selepas 2-3 tahun penubuhan Belacak. Huru-hara jadinya. Aku
rasa ramai yang tak dapat kot. Pada siapa-siapa yang ada hantar kaset kosong
masa tahun 95-96 tapi sampai sekarang tak dapat demo, bolehlah berjumpa atau
berhubung dengan kami.
Masa zaman tu banyak zine, tapi band
tak banyak sangat. Korang pasti banyak diinterview, antaranya zine-zine apa,
ingat tak?
Zine banyak juga yang interview kami
dan yang review pasal band kitaorang. Aku pun ingat-ingat lupa juga sebenarnya.
Antaranya Random, Biodegradable Material, Aedes, Heartcore, dan Sangap. Joe kidd
juga ada 2-3 kali review pasal Belacak dalam ruangan Blasting Concept, surat khabar
The Sun.
Dulu kalau tak silap, dalam tahun
2000an, Belacak ada main satu gig dan gambar masuk majalah ROTTW, masa tu siapa
line-up nya?
Ouh ok...tu gig tribute untuk ROTTW Abang
Rom, sepuluh tahun pertama kot untuk (majalah) ROTTW. Okeylah, tapi tempat gig
agak eksklusif (di hotel). Kitaorang kurang minat. Kitaorang minat main di
gudang tinggal yang buruk atau di lot-lot parking, hi hi hi. Line-up masa tu May-vokal,
Nor Punk-gitar, Boy Mamak-drum & Ejat-bass.
Siapa line-up terkini dan bagaimana
timbul hasrat untuk kembali aktif, rekod demo dan main gig balik?
Sebenarnya hasrat nak reform dah
lama ada tapi kesempatan tu takde. Cuma dalam dua tingga tahun kebelakang ni
baru dapat kembali aktif. Aktif pun tak lah macam dolu2. Sekarang dah banyak
kekangan. Umur, anak dan tanggungjawab dah makin bertambah ni.
Salah satu sebab comeback adalah
minat, hiburan selain dapat berkongsi pengalaman dengan
kawan-kawan seangkatan dan bersama buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa Allah larang. Selain dari tu juga kitaorang nak kawan sedar dan sama-sama menentang kebobrokkan pemerintah. Line-up sekarang May-vokal, Bob a.k.a Bigbok Buchan-gitar, Shadiq-1st gitar, Kareem-bass & Alan@Syifaq-drums.
kawan-kawan seangkatan dan bersama buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa Allah larang. Selain dari tu juga kitaorang nak kawan sedar dan sama-sama menentang kebobrokkan pemerintah. Line-up sekarang May-vokal, Bob a.k.a Bigbok Buchan-gitar, Shadiq-1st gitar, Kareem-bass & Alan@Syifaq-drums.
Ceritakan sikit tentang CD 'lawan
tetap lawan'
Hmmmmm...pasal CD tu... ada lagu
baru dan lagu lama. Buat pun tergesa-gesa sebab nok ngejor masa dan duit takdok
nak ambik masa lama-lama. Konon-kononnya nak siapkan seblum gig kat Kuala
Terengganu ‘Dog Dumb Mickay’ tapi hampa. Masternya tak dapat kami ambik (dari
studio) pasal tak habis bayor. Terperamlah di Studio Chinos di Bandar Tasik Permaisuri
(selama) kira-kira dua bulan aku rasa. Kos semuanya adalah RM240, masa rekod tu
kami bayor separuh dulu. Dan masa tu kali pertama kami record macam artis, hi
hi hi. Rekod rehearsal demo dulu kami bawa radio transistor saja ke tempat
jamming, hi hi hi.
CD ni pun aku tak tahu terjual,
terbagi, sedekah banyak mana…terembat ke…hi hi hi…
Subscribe to:
Posts (Atom)