Monday, December 22, 2014

warkah tentang aku dan gemulah




Tadi aku ikut kawan aku gi beli pokok kat MAEPS. Haritu dah ikut dah dia beli pokok kat Floria Putrajaya. Tengok pokok banyak ni aku terfikir juga aku ni tak minat langsung dengan pokok. Tapi arwah ayah aku dulu memang minat betul berkebun. Selalu juga kami sekeluarga ikut arwah pergi kebun, hari Sabtu atau Ahad. Arwah beli tanah untuk dijadikan kebun buah-buahan dan sayur-sayuran di Paya Jaras.

Selalu jugak sebelum balik kerja, arwah singgah kebun dulu sebelum balik rumah. Punyalah sayang arwah ayah aku pada pokok-pokoknya. Mungkin sama macam aku sayangkan koleksi CD, zine, kaset dan buku aku. Walaupun ayah aku minat pokok, aku minat muzik dan buku. Kami selalu belek koleksi kami. 

Bila difikirkan macam mana tuhan buat kejadian tu memang ajaib. Aku dengan ayah aku sangat berbeza minat untuk berhibur. Mungkin ayah aku ni macam Nik Aziz yang sumber hiburannya adalah menatap buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apa-apa pun aku dan ayah aku ada juga persamaan. Kami dua-dua pendiam. Tapi mungkin aku lebih pendiam dari ayah aku. Aku tahap anti-sosial dan penyombong. Lagi satu, aku minat muzik rebel. Ayah aku pun dalam diam seorang yang rebel. Rumah kami di TTDI, tapi habis tanah arwah ayah aku tanam pokok pisang, betik dengan nangka. Dah macam rumah di kampung. Aku tahu ayah aku semasa hayatnya, memang sentiasa berjiwa orang kampung. Macam aku juga, kadang-kadang.

Tapi arwah ayah aku pun minat jugak muzik. Yang aku tahu muzik tradisional. Kalau arwah masih hidup aku rasa dia mesti dengar juga radio klasik tu. Masa kami duk Chicago dulu, arwah siap ada turntable lah. Ada koleksi piring hitamlah. Power jugaklah arwah ayah aku ni. Tapi bila balik Malaysia terus takde, mungkin taknak tunjuk minat muzik pada anak-anak kot. Dia dengar dalam kereta aje sambil ketuk-ketuk atas atap kereta dengan jari-jemarinya. Dan sambil bersiul. Aku pula tak pandai bersiul.

Cerita pasal arwah ayah dekat-dekat nak raya ni, boleh buat nangis juga sebenarnya.

PS: Sebenarnya ayah aku pun banyak betul koleksi buku dia. Baru dua hari lepas aku mimpi bercakap dengan mak aku pasal aku nak kemas buku-buku arwah ayah aku. Aku sayang buku-buku ayah aku tu. Kalau aku ada tempat sendiri, aku nak ambik je semua koleksi buku ayah aku tu biarlah aku yang simpan walaupun tak paham langsung buku-buku pasal Political Science tu, subjek dia belajar di Universiti Malaya dulu.

Tuesday, December 2, 2014

KLMJ: Temuramah dengan Belacak


Dulu masa aku umur 15 tahun, dalam zine Pang isu 2 ada flyers pasal reh/demo band dari Bentong ni. Gambar ikan. Nama band pun kelakor, Belacak. Aku hantar kaset kosong untuk mereka dubbingkan demo mereka tu tapi sampai aku dah beranak pun kaset tu tak sampai-sampai, ha ha ha...Untuk membongkar misteri tersebut aku ada hubungi Mei dari Belacak. Sorry soalan banyak KLMJ, jangan boikot aku...

Ceritakan bagaimana ko terjebak dengan punk rock...



Salam untukmu Nizang serta semua pembaca zine mu ni...maaf pasal agak lambat respon terhadap interview ni. Macam-macam hal perlu didepani tak macam zaman dulu-dulu, takde kerja lain selain melepak layan muzik dan gig, etc...



Macam mana boleh terjebak ya, diringkaskan cerita...kebanyakan kita ni bermasalah, hi hi hi  macam-macam ada. So aku rasa punk adalah platform yang sesuai untuk kami duduk…masalah dengan masyarakat, dengan gomen, dengan kawan-kawan dan sebagainya. Selain dari platform untuk kami berhibur...punk aku rasa adalah tempat yang sesuai...sempoi...buat apa saja yang korang nak (dibatasi oleh agama la sekarang, dulu tak sedor hihih) jadi poser pun boleh bagi aku. Janji korang jujur dan ikhlas.



Ceritakan tentang sejarah Belacak, keadaan scene, gig dan band seangkatan dengan korang masa tu?


Sebelum tertubuhnya Belacak sekitar hujung tahun 94 atas dorongan Joe Kidd, kitaorang selalu ke gig-gig di Kuala Lumpur. Banyak jugalah band-band masa tu. Kitaorang selalu berjumpa atau berhubung dengan Nazri Heartcore, Lee Hijrah @ The Pilgrims selain dari Joe Kidd sendiri. Diaorang ni semualah yang banyak bagi dorongan suruh buat lagu, buat lirik buat band, luah apa saja....



Band seangkatan kalau di Bentong ni yang sedikit awal dari Belacak adalah Catzone. Tak ingat tahun berapa, main hardcore punk (yang lebih) ke arah American Hardcore. (Ada juga) IGWT (in god we trust). Dalam tahun 96 muncul pulak sebuah band skinhead The Blades. Masa tu di Kemaman ada satu band (bernama) The Spit. Selalu juga berhubung dengn Belacak. Tak silap (aku), dia ada buat zine dan ada interview Belacak.



Mengenai demo lama korang yang aku pernah order masa tahun 1996 dulu, ‘Fuck D’ Egoist’…cerita sikit pasal demo tu. Banyak ke yang diedarkan. Dan masa tu dalam flyer korang suruh hantar kaset kosong untuk dapatkan demo/reh ni. Kenapa begitu. Dan aku juga ada hantar kaset kosong tapi tak sampai-sampai hehehe…



Pasal rehearsal demo tu, ia dikeluarkan (pada) tahun 95. Tajuknya ‘Fuck D’ Egoist’ edaran selain dari dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pun ada permintaan. Masa dulu kitaorang pakai tulis surat dan letak gam atas setem. Nazri Ayoh Chik le (yang ) ajor. Kitaorang jugak pernah berhubung dengan Opposition Party (dari) Singapore. Tak silap aku interview dan bertukar-tukar demo. Jumlah yang diedarkan aku pun tak kira. (Kami) suruh hantar kaset kosong atau bayar RM5 (kalau) tak silap aku. Suruh hantar kaset tu bukan apa, pasal warak le hihihi. Tak nak making profit. Hantar kaset kosong dan kitaorang akan dubbingkan dan hantar balik kepada pengirim...



Mu pun ada hantar? hmm sorrylah. Ada banyak sangat masalah selepas 2-3 tahun penubuhan Belacak. Huru-hara jadinya. Aku rasa ramai yang tak dapat kot. Pada siapa-siapa yang ada hantar kaset kosong masa tahun 95-96 tapi sampai sekarang tak dapat demo, bolehlah berjumpa atau berhubung dengan kami.



Masa zaman tu banyak zine, tapi band tak banyak sangat. Korang pasti banyak diinterview, antaranya zine-zine apa, ingat tak?


Zine banyak juga yang interview kami dan yang review pasal band kitaorang. Aku pun ingat-ingat lupa juga sebenarnya. Antaranya Random, Biodegradable Material, Aedes, Heartcore, dan Sangap. Joe kidd juga ada 2-3 kali review pasal Belacak dalam ruangan Blasting Concept, surat khabar The Sun.



Dulu kalau tak silap, dalam tahun 2000an, Belacak ada main satu gig dan gambar masuk majalah ROTTW, masa tu siapa line-up nya?



Ouh ok...tu gig tribute untuk ROTTW Abang Rom, sepuluh tahun pertama kot untuk (majalah) ROTTW. Okeylah, tapi tempat gig agak eksklusif (di hotel). Kitaorang kurang minat. Kitaorang minat main di gudang tinggal yang buruk atau di lot-lot parking, hi hi hi. Line-up masa tu May-vokal, Nor Punk-gitar, Boy Mamak-drum & Ejat-bass.



Siapa line-up terkini dan bagaimana timbul hasrat untuk kembali aktif, rekod demo dan main gig balik?



Sebenarnya hasrat nak reform dah lama ada tapi kesempatan tu takde. Cuma dalam dua tingga tahun kebelakang ni baru dapat kembali aktif. Aktif pun tak lah macam dolu2. Sekarang dah banyak kekangan. Umur, anak dan tanggungjawab dah makin bertambah ni.



Salah satu sebab comeback adalah minat, hiburan selain dapat berkongsi pengalaman dengan
kawan-kawan seangkatan dan bersama buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa Allah larang. Selain dari tu juga kitaorang nak kawan sedar dan sama-sama menentang kebobrokkan pemerintah. Line-up sekarang May-vokal, Bob a.k.a Bigbok Buchan-gitar, Shadiq-1st gitar, Kareem-bass & Alan@Syifaq-drums.



Ceritakan sikit tentang CD 'lawan tetap lawan'


Hmmmmm...pasal CD tu... ada lagu baru dan lagu lama. Buat pun tergesa-gesa sebab nok ngejor masa dan duit takdok nak ambik masa lama-lama. Konon-kononnya nak siapkan seblum gig kat Kuala Terengganu ‘Dog Dumb Mickay’ tapi hampa. Masternya tak dapat kami ambik (dari studio) pasal tak habis bayor. Terperamlah di Studio Chinos di Bandar Tasik Permaisuri (selama) kira-kira dua bulan aku rasa. Kos semuanya adalah RM240, masa rekod tu kami bayor separuh dulu. Dan masa tu kali pertama kami record macam artis, hi hi hi. Rekod rehearsal demo dulu kami bawa radio transistor saja ke tempat jamming, hi hi hi.



CD ni pun aku tak tahu terjual, terbagi, sedekah banyak mana…terembat ke…hi hi hi…

Tuesday, July 22, 2014

7 SOALAN: CON-DAMN THE CORRUPTOR



Boleh ceritakan sejarah penubuhan Con-damn The Corruptor?

Con-damn the corruptor ni atau CTC pada awalnya adalah band jamming suka-suka pada sekitar tahun 2007. Diawali dengan saya yang pada itu bermain di posisi dram/vokal, Eyon-bass, Nukie-gitar. Kami jalankan band ni dengan bersemangat sekali maklumlah darah muda, hehehe. Masa tu kami selalu jam lagu-lagu dari band A.C.A.B, Blink 182, Sum 41, Greenday dan macam-macam lagilah...kami juga ada tulis dua atau empat lagu sendri tapi belum pernah record hahaha. Kami bercita-cita untuk bermain di gig dan ingin mereleasekan album satu hari nanti. Malangnya impian kami tu terbantut kerana pada tahun 2008 saya dapat tawaran bekerja di Kampung Budaya Monsopiad di Penampang sebagai penari kebudayaan dan berpindah ke daerah Penampang.

Kemudian seiring berjalan dengan waktu, Eyon pula dapat tawaran belajar di Kuching dan Nukie pula dapat kerja di Jabatan Tanah dan Ukur. Jadinya band ini terpecah dan mati macam tu ja. Tapi cita-cita dan misi awal penubuhan band tu masih tetap saya pegang walaupun bertahun saya sepi dari scene (rujuk choosing path zine isu 1). Pada tahun 2011, saya bertemu dengan Saffwan@Sapok (bassist) di Mari Mari Cultural Village ketika saya bekerja sebagai part time dancer di sana.

Kebetulan kami sama-sama minat Marjinal, kami selalu main lagu Marjinal dan Bunga Hitam kemudian saya tanya Sapok samada mo join saya buat band atau tidak dan Sapok pun setuju tapi kami kena cari drummer dulu baru boleh gerak hehehe...Secara perlahan-lahan kami merekrut Lalang (drummer) seorang penggemar tegar rock kapak dan mat thrash hehehehe Alhamdulillah dia dapat main juga lagu berentak punk rock 1 pedal biarpun sebenarnya dia minat main lagu double pedal hahaha.

Lalu kami pun sepakat untuk menghidupkan kembali band ini dan kami mula jamming. Dalam kami jamming-jamming tu terfikir pula untuk main gig maka saya pun anjur gig iaitu See You On Stage #1. Dapat juga CTC perform buat pertama kalinya biarpun keadaan kelam kabut hahaha (last song untuk set CTC tu kami main lagu ‘Hantu’ dari Dum Dum Tak tau hehehe).

Kemudian satu persatu line-up kami temui sampailah terbentuk CTC yang berjumlah 10 orang semunya! Bukannya semua main la tapi muka-muka nilah yang akan rotate setiap kali CTC perform kecuali saya dan Sapok (yang tetap).

Aku dengar macam band ni kuat pengaruh Marjinal, betul ke sangkaan aku ni? Bagi kami senarai band-band yang pengaruhi kalian.

Secara jujurnya Marjinal memang menjadi pengaruh utama yang merasuk CTC. Tapi sebenarnya CTC lebih terpengaruh dengan Indonesian punk rock style macam Bunga Hitam, Marjinal, Sosial Sosial, Desa LukaNegara, Hell Cops, Bunga Meriam, Paku Payung dan banyak lagi.

Band lokal pula yang banyak memberi inspirasi pada kami adalah Carburetor Dung, Dum Dum Tak, Pull The Trigger, A.C.A.B, Gerodok dan banyak lagi. Banyak orang cakap "macam Marjinal" tapi sesungguhnya Marjinal tetap Marjinal, CTC tetap CTC. Tidak akan sama...Marjinal ada perjuangannya sendiri, CTC begitu juga...
 



Ceritakan macam mana boleh terjadi usahasama dengan Broken Noise dan Akar Press ni…

Terjadinya usahasama dengan label Broken Noise dan Akar Press ni sebenarnya dari si Azhar@Scott (2nd guitar). Dia yang deal dengan Jimbo dan Din Roots pun join sekali. Agaknya memang rezeki maka lahirlah 1st album CTC di bawah naungan Broken Noise dan Akar Press. Macam tidak percaya pun ada juga yalah Jimbo dan Din Roots ni memang idol saya dari dulu, tidak sangka pula dapat bekerjasama dengan diorang berdua ni. Ibaratkan main bola satu padang dengan Christiano Ronaldo lah macam tu, hehehe.

Ceritakan sikit tentang full-length CD ni, berapa lama ambil masa nak siapkan tulis lagu dan ceritakan proses rakaman…

Lagu dengan lirik tu ambil masa jugalah kalau rajin maka awallah siap kalau malas lambat sikitlah hehehe. Lagu ‘Sabahan Punks’ dan ‘Con-damn The Corruptor’ tu ditulis seminggu sebelum main gig See You On Stage #1. Lagu ‘Rise and Fight’ tiga minggu sebelum recording. Yang lainnya dua bulan sebelum recording...

Proses rakaman pula mengambil masa 10 jam iaitu dari pukul 10 pagi sampai lapan malam. Macam-macam dugaan masa mo recording tu antaranya;

Lalang kena saman polis trafik sebab tiada lessen

Popoi sesat cari tempat recording ni dan pasal mo jejak popoi la Lalang kena saman sekali dengan Popoi hahaha 

Bulat escape kerja. Keluar dari ofis pukul 10 pagi konon beli barang tapi smpai ke malam tidak pulang ofis.

Titok janji dengan boss turun kerja half-day tapi tidak datang terus satu hari, hahaha.


Kenapa 3 buah lagu akhir dirakam secara akustik? Tidak secara full-set? 


Tiga lagu terakhir tu sebenarnya lagu ciptaan si Scott. Lagu suka-suka sebenarnya tapi belum ada lirik. Memandangkan ada 9 lagu ja, maka Scott memberi cadangan untuk menambahkan lagi tracks di dalamnya dan menjadikannya 12 tracks so kami setuju maka jadilah 12 tracks berbonuskan 3 lagu akustik. Lagu akustik tu sebenarnya kami record pakai laptop dan direcord pada pukul 3 pagi waktu Malaysia di tempat kerja saya masa saya jadi security guard dua tahun lalu di Monsopiad Cultural Village, Penampang.
 


Terangkan lebih lanjut tentang statement ini; “Members Line up is not permanent you can come and go tiada paksaan tiada kontrek this is collective band”? 

“Members Line up is not permanent you can come and go tiada paksaan tiada kontrek this is collective band” maksudnya di sini setiap orang pun boleh menyertai band ini yang mana tidak semestinya hanya punkers sahaja yang boleh join kami main tapi pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang pun boleh join.

Kami semua datang dari latar belakang yang berbeza. Berbeza budaya, bangsa, subculture dan juga pekerjaan sebagai contoh Theresa, dia sebenarnya seorang rocker bekerja di butik pengantin sebagai photographer. Lalang, seorang rock kapak bekerja sebagai penari kebudayaan. Popoi dan Bulat datang dari scene metalcore yang mana Popoi bekerja sebagai tourist guide dan Bulat di Jabatan Air. Titok dan Mimut, peminat tegar Sheila On 7 yang bekerja di tempat saya bekerja sebagai pemuzik tradisional. Jadual karja kami tidak menentu kadang-kadang dapat main full line-up kadang-kadang main 4 piece kadang-kadang main 3 piece band ja hehehe. Sebab tu kami ada 2 drummer 3 percussionist, dan 2 gitaris sebagai extra line-up. Kiranya spare lah macam tu, hehehe. Kalau ada orang lain yang mo join kami sentiasa alu-alukan antara beberapa sebab kami buat band ni sebagai band kolektif ialah supaya masyarakat tahu yang para punkers ini sama seperti mereka juga. Kita tunjukkan yang kita ni bukanlah budak-budak yang rosak akhlaknya. 

Kebanyakan penduduk di Sabah ni otak mereka sudah "punk" walaupun dressingnya tidak punk disebabkan oleh politik kotor di Sabah ini sendiri. Kami adalah sebahagian dari mereka cuma kami telah menemui jalan untuk mengekspresikan luahan kami. Jadi mereka ada hak untuk bersama-sama kami dan bersuara -setiap orang tdak perlu meminta keizinan untuk berundur atau masuk dalam band ini. Yang penting ada komitmen. Pentingkan urusan keluarga atau yang penting dahulu. Jika tidak dapat main bersama just bagitau awal-awal then kita rotate line-up. Sebab tulah CTC selalu ada show.

Mungkin CTC cuma akan berehat atau mati kembali jika saya berhenti dari scene. Kalau ada yang sudi menggantikan tempat saya atau kawan-kawan yang masih mahu meneruskan perjuangan dan agenda CTC silakan saja kerana CTC adalah milik masyarakat tertindas. Tapi kalau tiada lagi yang berminat mahu meneruskannya, biarkan saja menjadi memori dalam scene.

Kata-kata akhir?

Kata-kata akhir adalah saya minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang interview ini berjalan, terima kasih kerana support “band orang kahwin” ni. Thank you Nizang sudi interview kami. Hehehe you the best Zang. Assalamualaikum warrahmatullah.