Thursday, December 27, 2012

hadiah kahwin pelik

hadiah kahwin paling pelik aku dapat: cd album aizat "urusan aizat amdan" dan logo syarikat Nervhous Records.

Monday, December 17, 2012

karat

budaya barat yang tak bermanfaat
aku dah tak minat
aku dah meluat
budaya barat yang berkarat
aku dah muak
budaya barat yang merosak

Monday, December 10, 2012

Terengganuspeak 101

q: apa maksud "kemah keming"?
a: kemah tu kemas. keming tu "exaggeration" yang banyak digunakan dalam bahasa terengganu, cth: manis leting, hitang legang, masing pekok, jauh jenak, senyap tupah, kuning seniyo, meroh nyale, bising bango, dekat peh, dan dan dan...

Monday, December 3, 2012

Ulasan: Istanbul, Aku Datang

Permulaan cerita ni ialah tentang Dian yang pergi ke Istanbul untuk tinggal serumah dengan kekasihnya Azad yang tinggal dengan 3 lelaki lain. Kekasihnya dan kawan-kawan tu di sana kerana belajar. Dian bercadang untuk tinggal di sana tiga bulan. Dian dan Azad digambarkan sebagai remaja melayu beragama Islam.

Eh, romantik tu romantik jugak. Tapi pengaruh macam ni ke yang nak diterapkan pada remaja-remaja melayu Islam di Malaysia yang lain. Walaupun dalam cerita ni si Azad ada kata "tak manis seorang perempuan tinggal serumah dengan lelaki" tapi Dian macam memberontak.

Pembikin cerita pun orang Islam juga. Tapi mungkinlah, mungkin cerita macam ni memang realiti yang berlaku pada remaja melayu Islam tapi digambarkan bagai sesuatu yang sangat romantis, comel dan seronok. Tidak digambarkan dari sisi tragisnya.

Walaupun memang pembikin filem ni kena guna watak remaja Islam melayu sebab target audience dan marketnya adalah remaja Malaysia yang majoritinya remaja Islam melayu. Berlakon di negara Islam pula tu...tapi berpeluk, bermanja lelaki perempuan dalam bilik dan di khalayak ada jugalah dalam filem ni.

Dalam kepesatan artis berhijrah dan industri hiburan Islamik dan moralistik yang makin diterima sekarang, sepatutnya pembikin-pembikin filem lebih sensitif dengan isu seperti ini. Filem ini boleh dikatakan agak merendahkan martabat wanita dan Islam itu sendiri, dari apa yang aku boleh simpulkan. Eh, tapi banyak je cerita macam ni malahan lebih teruk dihasilkan oleh orang Islam Malaysia. Siapa heran?

SYB: Apa komen Yusri agaknya?

Sunday, December 2, 2012

Sabasun HyperRuncit

SABASUN HYPErRUNCIT (Sabasun bermaksud Sabar dan bersungguh-sungguh) antara tempat membeli belah yang dah lama boikot produk-produk yang menyumbang pada Israel. Memang takde produk johnson n johnson dan nestle. Pada dinding kedai dan skrin TV banyak ditampal dan ditunjuk kempen-kempen boikot ni. Memang bagus. Kalau ke Kuala Terengganu, patut singgah untuk stock up. Moga bertambah maju perniagaan mereka.