Sunday, October 28, 2012

Mencari “Malaysia” dalam industri rock tempatan

Sejak kebelakangan ni, aku dah jadi “jaded” untuk menerokai lagu-lagu punk/hardcore baru terutamanya dari luar negara. Aku lebih suka mendengar apa yang aku dah dengar terutama dari zaman remaja aku di era 90an. Aku juga beli keluaran terbaru beberapa band tempatan, tapi aku cuba cari band tempatan yang ada identiti tempatan. Aku dah muak dengan band tempatan yang nak jadi sebijik macam band dari barat. Perkara ni bukan aku pinta, ia datang semulajadi. Sekurang-kurangnya dalam satu ep atau album ada beberapa lagu berbahasa melayu, cina, india, atau suku kaum Sabah dan Sarawak pun kira bolehlah.


Memang dari dulu aku lebih hargai produk tempatan berbanding produk-produk dari luar negara terutamanya band dan lagu-lagu tempatan. Tapi lagu-lagu tempatan pun kebanyakannya tiada beza dan bunyi tersendiri berbanding band-band dari luar. Memang band-band luar juga jadi rujukan mereka. Band-band di Malaysia patut cuba cari bunyi yang agak berlainan dari apa yang ada di luar sana. 

Aku juga suka band-band yang berlirik bahasa Melayu dan berbunyi melayu. Aku ada dengar Butterfingers ‘Kembali’ dan Monoloque ‘Jejak Tanah’ dan aku sangat sukakan album-album ini. Walaupun dari segi bunyi dan stail muzik, boleh dikatakan macam muzik dari barat juga kebanyakannya tapi oleh sebab lirik dan lenggok mereka menggunakan pantun-pantun dan bahasa melayu klasik membuatkan ianya kedengaran sangat “Malaysia”.
Ingat lagi lagu 'Chrome' dari album '1.2 Milligrams' dari Butterfingers? Aku ingat ada DJ radio yang aku suka dengar masa tahun 1995-1997 bernama Godfrey, pernah menggelarkan lagu ni sebagai “Lagu Ikan Kekek” kerana ada bahagian lagu yang bunyi macam lagu tradisional melayu tersebut. D’Cromok juga pernah menggabungkan lagu ‘Ulek Mayang’ ke dalam lagu metal mereka. One Buck Short ada masukkan muzik dikir barat kedalam lagu politikal kiri mereka iaitu, "Kelibat Konspirasi" dan kalau tak silap aku, lagu "Gadis Elektrik" dari Mohd Jayzuan ada menggunakan kompang (?).

Dari segi bahasa, aku ada terbaca baru ni “band ekstrim metal pertama yang menggunakan bahasa Melayu untuk lirik mereka adalah Blackfire”. Dan aku juga tengok dan baca di youtube, Langsuyr menggunakan pantun-pantun klasik untuk lagu-lagu death metal mereka. Kemudian lahirlah scene "Eastern Metal".

Mengenai cara pemakaian pula, aku suka dengan Radhi OAG yang selalu tampil bersongkok walaupun ada kontroversi sikit, tapi biasalah tu Radhi dan kontroversi. Baru-baru ni aku tengok di TV, dia ada jadi pengacara satu rancangan dan dia pakai baju macam pendekar melayu zaman dulu kala, sampin dan juga songkok. Loque dan Monoloque juga selalu pakai tengkolok, kot, kain pelikat ala-ala orang melayu dulu-dulu. Ana Raffali pula berbaju kurung. Aku rasa dah tiba masa benda-benda macam ni dihargai semula oleh orang-orang muda Malaysia yang rock. 



Beberapa ketika dulu, sebuah band thrashcore dari Indonesia, Domestik Doktrin pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur dan sang penyanyi berpakaian ala-ala petani ke bendang. Dia memakai baju kemeja longgar, berkain sarung batik, bertopi ala-ala “tudung saji” tu dan berkaki ayam.  

Aku ada cuba dengar Space Gambus Eksperimen. Dengan alat muzik Malaysia yang digunakan, aku sukakannya. Kalau aku ni pandai main alat muzik atau cepat tangkap, aku ingat aku nak belajar main gambus dan buat lagu punk gambus. Malangnya, aku bukanlah pandai main alat muzik.

Wednesday, October 24, 2012

dengkur kuat


Gambarajah

Dulu-dulu masa darjah satu, di sekolah agama. Ustazah selalu suruh salin nota yang dibacanya. Lepas habis nota yang dia suruh salin dia akan bagitahu kami, "Di bawah nota boleh lukis gambarajah".

Masa tu aku punya knowledge tak power sangat macam sekarang. Jadi aku bantai lukis gambar raja. Kadang-kadang aku lukis gambar gajah.

Pada ustazah-ustazah. Cakap ajelah "lukis gambar" kan tak mengelirukan budak-budak baru nak up.

Sunday, October 21, 2012

bass murah, main berterabur

Takpelah bass murah pung...main bukannya pandai pung. Ada mujur...hahaha...

SYB: sokong royalti minyak utk Kelantan dan mansuhkan ISA.

Thursday, October 18, 2012

bronok

kat Klang orang panggil kuih Janda Malas. Kat Terengganu orang panggil kuih Bronok. Aku lebih suka nama Bronok. Sebab macam nama band heavy metal.

foto by Ayie Bullat

Sunday, October 7, 2012

Lelaki Sejati

"Aku tak minat sukan, tak tengok bola. Aku tak minat kereta, tak ada sport rim. Tapi aku juga lelaki sejati. Aku sedang cuba sebanyak mungkin bersolat di surau atau masjid. Kerana bersolat di rumah adalah untuk perempuan dan lelaki uzur sahaja".

-nizang,

surat balas

Assalamualaikum cikgu, 

Buku sampai doh ari jumaat.

pasal soalan-soalan mung;

Aku pos CD dengan casing tu pos biasa je. Cuma aku balut dengan surat khabor biar bahagian tepi dia mcm ada ruang sikit. Tapi dok tahulah pecoh ke dok...nok beli sampul surat ade bubblewrap tu mahal sangat. Dok padan. Aku pos register. Tu pun sebab kadang-kadang barang dok sampai. Jadi nok selamat pakai pos register. Terutamanya untuk barang hok lebih dari RM10 dan barang-barang hok limited. Kalau hilang rugi. Kalau zine tu, biasanya pos biasa je kecuali kalau banyak.

Pos ekspres ni untuk dokumen je. Tapi buku punk rock aku pos ekspres lepas. Buku kecik/zine lepaslah.

Terima kasih sebab tulis surat. Aku lening tadok masa nok tulis surat walaupun cuba-cuba jugok nok tulis kalau orang beli barang. Tapi sokmo nok cepat. Tulisan jadi pe hantu. Aku sendiri dok sanggup nok tengok. Dulu tulisan OK sikit pun Jimbo kata tulisan aku buruk. Lening kalau dia tengok dok tahu lah, hahahah...

PS: Tahniah atas kelahiran anak ketiga.

Friday, October 5, 2012

Bertemu Aik dari Underground Tauhid

Sabtu lepas, selepas solat Subuh aku bertemu dengan Anuar yang datang dari Bota. Selepas sarapan, kami menuju ke sebuah hotel berdekatan KL Sentral untuk bertemu dengan Aik yang datang dari Surabaya. Dia singgah ke KL selama tiga hari selepas berseminar di Universiti Malaysia Sarawak. Dia salah seorang scenester yang aktif di sana dengan zine punk/dakwah Sub Chaos, Sa'i, dan lain-lain.

Aku masih belum baca zine-nya, tapi di muka depan nampak macam ada unsur dakwah dan perbandingan antara nilai agama Islam dan etika subculture punk.



Dia juga ada menyertai band hardcore bernama The Fourty's Accident yang main ala-ala Minor Threat, Youth Of Today...tapi liriknya...ada unsur pendirian yang kuat tentang Islam. Aik adalah penulis kesemua lagu-lagu mereka dan dulunya bermain gitar untuk band ini. Namun setelah vokalis asal mereka meninggal dunia, dia tukar posisi menjadi vokalis.

Ini merupakan satu lirik dari The Forty's Accident;

Muslim Hardcore is What We Stand For
This is not time to debate
What kind of hardcore do you stand for
There’s no need to answer
The question about what the hardcore is

We aren’t avoid your judgement
that we bringing Islam in anything we say
coz for us hardcore is just a tool
to deliver our thought

# muslim hardcore
that we stand for!

Explanation:

Ya, kami memang tidak benar-benar menjadi hardcore sebagai gaya hidup kami. Bermusik hanyalah alat kami untuk menyampaikan pesan. Beberapa orang memaki kami karena sikap kami ini. Padahal kami sama sekali tidak mengganggu mereka. Silakan saja berpikir yang sama sekali berbeda dengan kami, tapi jangan harap kami tunduk dengan definisi hardcore yang sudah mereka buat sendiri. Lagipula sejak kapan hardcore/punk punya definisi tetap dan baku?

So, here we are.
This is how we define our movement: Muslim Hardcore!
-------------------------------------------


Dia juga aktif menulis dan berkongsi berita/cerita di website Underground Tauhid yang aku baru mula ikuti. Dia juga merupakan seorang penggerak pergerakan Punk Muslim di Indonesia. Disamping itu, aku dapat info di facebook, dia juga menjadi tok imam di masjid di tempatnya. Harap-harap di Malaysia pun ada juga vokalis band hc/punk yang mampu jadi tok imam masjid.

Malangnya, jadual dia di Malaysia agak ketat. Jadi kami dapat berbual dengannya hanya kira-kira 20 minit dan dia terpaksa berlalu kerana ingin tengok-tengok suasana di Putrajaya. Sebelum jam 9 pagi, temannya dan datang untuk membawa mereka bertiga pensyarah jurusan design ke Putrajaya.



link di bawah ini merupakan catatan Aik semasa bertemu dengan "anak-anak punk" di Sarawak dan KL.

http://www.undergroundtauhid.com/catatan-pimred-underground-tauhid-tentang-scene-hardcorepunk-malaysia/

 Aik di zine picnic di Surabaya

Wednesday, October 3, 2012

bengkel menulis bersama Nizang

Aku akan berada di Menara MPAJ, Pandan Indah pada 6 dan 7 October ini. 7 October (ahad) aku akan berkongsi certia dan tips tentang "menulis buku/zine" bersama Mohd Jayzuan (penulis buku 28 hari: Jurnal Rock n Roll) dengan para peserta yang berminat. yuran hanya RM15. dan pada Sabtu pertama November, aku akan berkongsi cerita tentang menulis buku di Lake Garden Seremban secara percuma! kalau rasa ada hutang dengan aku tu, boleh lah cari aku. :)
Dum Dum Tak / Always Last split CD will be on sale. Mosh zine issue 15 will be on sale. Bring your ching!