(ayah mertuaku berkot dan bersongkok)
Aku masih ingat beberapa tahun lepas pada pagi raya aku pasang lagu punk rock. Mak aku memarahi aku "pagi raya pun main lagu wowawowa, tak hormat langsung pagi raya yang mulia, orang pergi takbir di masjid tu awal-awal". Something like that.
Dan dua tahun lepas aku masih ingat semasa masih bercuti raya di kampung aku menyatakan aku bosan dengan lagu-lagu di radio dan rindukan lagu punk rock! Astaghufirullahalazim.
2-3 hari lepas aku terfikir, aidilfitri ni disambut sebagai hari kemenangan umat islam yang telah pulun beramal ibadat selama sebulan di bulan ramadhan. Ironi sungguh jika ia disambut dengan lagu-lagu yang non-islamic bahkan lagu-lagu raya melayu yang non-islamic dan berlebih-lebih dan tidak menganjur kebaikan juga tidak patut dimainkan untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Tapi sekarang aku sedar kesilapan dan aku hanya berkongsi pendapat. Jangan terasa hati pula.
Pagi tadi setelah qiamulail di surau di Sg Pinang Dalam Klang pimpinan seorang ustaz dari UITM, dia juga memimpin subuh dan memberi kuliah subuh. Tajuk yang ditekankan adalah tentang kemungkaran dilakukan pada hari raya Aidilfitri yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah. Beliau hanya berkongsi empat darinya sebab tak cukup masa dan disentuh apa yang beliau tengok kena dengan kita di Malaysia hari ini.
1) Perkaian seperti orang bukan Islam (tidak menutup aurat) dan nyanyian di hari raya (amalan ini menyerupai golongan jahiliah sebelum kedatangan Islam). Aku dulu siap buat gig pada Hari Raya. Ya Allah aku berdosa besar. So aku rasa program-program nyanyian di TV dan lain-lain pada hari raya adalah sangat bercanggah dengan Islam.
2) Tabarruj - Terutama untuk kaum wanita, amalan kemungkaran adalah bersolek pada hari raya. Beliau mengingatkan juga mencukur kening adalah haram kecuali jika bulu kening terlalu tebal dan ingin dicukur untuk mengelokkan sedikit. (Alamak camne nak nasihat isteri ni? Kena tegas)
3) Mengkhususkan ziarah kubur hanya pada hari raya. Haram untuk berbuat demikian kerana ziarah kubur sepatutnya bila-bila masa sahaja bukan HANYA pada hari raya. Beliau juga mengingatkan membaca Quran termasuklah membaca Yasin tidak digalakkan di tanah kubur. Kecuali jika kita menghafalnya dan tidak membaca dari kitab. Baca Al-Fatihah dan surah 3 Kul lagi elok.
4) Berlebihan dan berfoya-foya dalam perkara yang tak berfaedah dan membazir. Ini termasuklah membazirkan duit yang banyak membeli mercun dan rokok. Tidak dibenarkan. Duit itu lebih elok digunakan untuk bersedekah. Jadi pada aku fesyen lebih-lebih, hiasan rumah lebih-lebih sehingga membazir dan berbelanja lebih-lebih tu semuanya bercanggah dengan Islam, elok kita berpada-pada.
Beliau turut berkongsi ilmu baru yang beliau temui iaitu amalan para sahabat ketika hari raya Aidilfitri adalah mengucapkan pada kenalan dengan ucapan "Takobbalallahuminna waminka" bermaksud Semoga Allah Menerima Amalam Kita. Ini adalah sunnah nabi dan amalan para sabahat. Jadi ia elok diamalkan selain Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin (yang bukan sunnah nabi atau amalan sahabat).
Beliau juga ada memberi tips jika ada jenazah yang tidak dapat ditutup matanya, bacalah selawat dan urutkan mata jenazah perlahan-lahan. InsyaAllah boleh tutup.
Allahua'lam. Entry ini hanya sekadar perkongsian ilmu. Harap aku dan pembaca dapat sesuatu yang positif darinya. Maaf jika ada kesilapan mana-mana info.