Aksi pensyarah-pensyarah terlampau...
Kenduri Bulat (always last) dan pasangannya Ira
Naik bot RM1
Taman Negara
Gerai kami di gig Patinpalooza
Aku, Buyeng, Shah dan Norly berkumpul di markas Sri Kembangan kira-kira 5.45 petang dan kami pergi makan. Kami berniat untuk melengahkan masa sebab tahu Tobek pasti lambat dan pasti kami kena tunggu dia seperti biasa. Kali ni, kami bercadang biar dia pulak tunggu kita tapi perkara biasa terjadi. Kita kena tunggu dia jugak. Dapat dimaafkan lah kot, sebab dia kerja hari tu.
Lepas ambil akmal, kami bertolak kira-kira pukul 10 dan tiba di Felda Padang Piol tepat jam 1 pagi. 2 buah kereta – kereta Buyeng ada dia, aku, Shah dan Norly. Kereta Tobek ada dia, Nita, Akmal, Min dan Nama. Yeah, kami sampai di rumah Nama dan Man (line-up adik beradik Toxictoy) dan tengok-tengok bintang yang sangat banyak di langit dan terang-benderang. Suasana sangat gelap, tenang dan nyaman. Lantas kami ke rumah yang bakal kami tumpang buat dua malam.
Ia merupakan rumah kilang. Rumah yang disediakan untuk pekerja kilang sawit. Norly dan Nita tidur di rumah keluarga Nama dan Man. Keletihan, kami bersiap untuk tidur. Sebelum tidur, apa yang aku ingat Tobek main lagu ‘Walking After You’ dari Foo Fighters. Lagu yang mengimbau aku kepada tahun 1997. Sebuah lagi kereta sampai dari KL iaitu dinaiki oleh Ajai dan Gon.
Keesokan harinya tak liat sangat nak bangun. Kami ke rumah Nama dan Man untuk bersarapan. Mak mereka masak nasi lemak untuk kami pada pagi itu. Sangat sedap tapi kami kena beringat lepas tu nak gi kenduri kahwin Bulat (Always Last) pulak. Akmal paling last habis makan. Sesudah makan, aku, Tobek dan Shah melayan ayah Nama/Man berborak. Beliau hardcore PAS, bes jugak dengar dia cakap.
Kami berjalan kaki dari rumah yang ditumpang itu ke rumah Bulat. Agak dekat tapi keadaan panas terik. Salman juga turut datang dengan motor dari Temerloh. Reff (orang lama Jerantut-dulu main band grind Ribut) pun turut menyertai kami. Sampai je kami terus naik ke atas rumah dan melakukan sesi bergambar bersama pengantin. Red dari kugiran Partime Lovers merupakan jurufoto pada hari tersebut. Menu kenduri termasuk nasi minyak, nasi putih dan juga asam laksa. Fara dan Rizie sampai ketika kami sedang menjamu selera.
Petang itu, kami ke Taman Negara. 3 kereta menyertai pengembaraan ni –Kereta Nama, Fara dan Ajai. Man dan abangnya Inshah tak turut serta kerana pergi berniaga ikan patin. Buyeng pulang ke kampungnya di Kerteh manakala Tobek dan Nita pergi berjumpa dengan orang tua Tobek di Maran. Aktiviti yang dijalankan di
Malam tu, kami makan malam di rumah Nama/Man. Ikan masak lemak kalau tak silap, dan juga ikan goreng. Kami jugak layan tengok Raja Lawak di kaca TV. Kami juga berkenalan dengan spesis bernama Riang-riang. Mungkin agak jakun dan ada sesetengah dari kami sangat takut dengan serangga ini. Riang-riang datang ikut musim ke satu-satu tempat sekali setahun dan sekarang adalah musimnya, kata Man. Lepas itu kami sekali lagi tengok bintang. Bercakap dan berbincang tentang bintang. Oh besnya tengok bintang.
Kami ke pekan Jerantut dan pergi karaoke. Antara lagu-lagu yang dipilih termasuk lagu Seribu Impian dari Casey. Lama tak dengar lagu ni, sungguh enak dinyanyi ramai-ramai. Semangat.
Keesokan pagi kami sekali lagi bersarapan di rumah Nama/Man. Mak Nama/Man menyediakan bihun goreng, kueh teow goreng dan keropok goreng. Terbaik bos. Kami tunggu Nama yang belum mandi. Sementara itu, kami tengok Man siang ikan untuk dijual.
Gig berjalan dengan lancar bermula pada pukul 1 tengahari dan berakhir hampir jam 7 malam. Gig terpaksa dimulakan dan dihabiskan awal kerana venue tututp pukul 7. Jumlah yang datang agak ramai. Senang kata, gig ni berjaya! Tahniah pada geng
Terima Kasih banyak pada Nama, Man dan ahli keluarga mereka yang sudi jadi hos kami untuk kali ini.
Lepas ni giliran sape??
1 comment:
lepas ni tobek la sapa lagi! hahahahaha
Post a Comment