Thursday, February 20, 2025

10 SOALAN: HEGEMONI

 


1. Cerita tentang sejarah tertubuhnya Hegemoni. Macam mana kenal dan band-band apa yang menjadi inspirasi awal? 

Salam zang, okey... secara ringkas la ork, Hegemoni ni sebenarnya tertubuh dari tahun 2011/2012 di Terengganu. Di waktu itu scene ‘punk’ di Terengganu seakan sudah hilang disebabkan tiada platform space dan gig dan sebagainya. Jadi kitorang diwaktu cuba hidupkan balik dengan buat satu mini gig jamm session di satu studio yang benarkan kami buat pada waktu itu di Kuala Berang, jadi pada waktu inilah Hegemoni muncul dengan nama lama Faggy Noisy. Kami kenal lebih pada kawan kawan lepak sekali waktu itu dan kebetulan aku pun ada satu studio waktu itu di Terengganu jadi kawan-kawan yang datang melepak itulah yang menjadi line-up Hegemoni (Faggy Noisy di waktu itu). Inspirasi pada awal memang lebih terarah pada UK 70's punk and oi band kebanyakkannya.

2. Dimulakan dengan nama Faggy Noisy, kenapa nama ditukar? Adakah kerana konsep berubah?

Yaa, hahaha...lebih kurang begitu laa. Tapi sebenarnya ada satu cerita jugopp laa aku rasa dalam 2013 begitulah lepas Faggy Noisy perform dengan Marjinal di Dungun waktu itu dan lepak dengan Mike, Bob dan geng-geng Marjinal lepas pada gig tu. Jadi lepas pada lepak tu macam kami dapat inspirasi daripada geng-geng dan kami setuju untuk tukar nama dan tuliskan lagu untuk demo pertama tu semua dalam Bahasa melayu, hahaa... Hegemoni itu aku dapat lepas baca buku Gramsci tak silap aku dan aku tertarik dengan perkataan tu haha.

3. Pernah rilis apa-apa material dengan nama Faggy Noisy?

Dengan Faggy Noisy kita tak pernah rilis material cuma sempat record beberapa lagu sahaja.

4. Tahun 2016 Hegemoni ada release CD 13 lagu ‘Korban Ketidakadilan Sosial’. Macam mana sambutan dan feedback dari pendengar untuk release tersebut?

Iya kami release 13 lagu dalam demo itu. Sambutan itu kami tak tahu nk bagitahu macam mana. Kami rilis dalam 100 CD sahaja waktu itu dan memang semua lagu ada dalam cd sahaja dan kami hanya letak didalam bandcamp dahulu hanya dua track Sahaja. Feedback itu pun kami tak tahu sebab masa itu kami tidak fikir sgt tentang sambutan dan feedback tapi kami hanya record dan release idea yang ada pada waktu itu sebagai bahan dokumentasi sahaja. Tetapi bagi aku jujurnya demo itu banyak kelemahannya dari segi song arrangement, tempo dan sebagainya sebab diwaktu itu pengalaman pertama rakam di studio dan banyak perkara yang kami belum tahu sepenuhnya haha.


5. Cerita tentang pengaruh dan stail muzik untuk rilis tersebut. Lirik pula bagaimana?

Untuk rilisan 'Korban Ketidakadilan Sosial' tidak dinafikan kami banyak terpengaruh dengan band band punk di Malaysia dan Indonesia yang menyanyikan lagu dalam Bahasa tempatan tetapi dari segi stail dan lirik pula banyak juga terpengaruh dengan Crass, Conflict dan sebagainya. Lirik aku tulis diwaktu itu lebih pada pemerhatian tentang apa yang berlaku di sekitar macam ada satu lagu tajuk ‘Geram’ kami kritik pada pencemaran bauksit waktu tu yang agak teruk berlaku kat penduduk Kuantan. Ada juga apa yang dirasa peribadi dan ditanya la. Contoh kalau Nizang ada ingat ada satu lagu ‘Apa Mereka Peduli’ itu aku tulis lirik berkenaan dengan peranan golongan-golongan yang mengaku alim agamawan ni yang cuba selalu bersifat prejudis terhadap orang yang berbeza dan lagu-lagu lain itu lebih pada kritik sosio sistem la mungkin.

6. EP terbaru dirakam pada 2022 tapi tahun 2025 baru direlease dalam platform YouTube. Apa yang terjadi? 

Iya ep baru ini kami masuk studio pada 2022 di iseekmusic, tetapi line-up untuk recording ep kali ini hanya Chi dan Iwan. Chi ambik alih record untuk gitar, bass dan vocal sepenuhnya manakala Iwan untuk trek drum. Jadi proses agak lambat dan terbatas dan juga ada perkara-perkara lain yang berlaku macam Chi terpaksa operasi mata di hospital dan terpaksa rehat untuk beberapa bulan. Jadi di tahun 2025 baru siap untuk rakaman sepenuhnya. Iya kami rilis ep 4 lagu ini dahulu di platform bandcamp dan youtube sebagai permulaan kembali disebabkan tiada rilisan yang agak lama.

7. So 4 lagu ini adalah sebahagian dari full length yang bakal menyusul. Macam mana progress full length ni?

Betul, 4 lagu ini kami keluarkan dahulu dari full length yang bakal kami rilis nanti , kalau mengikut perancangan kami akan rilis full length dalam bentuk fizikal kaset dalam bulan May atau June. Progress sekarang ini untuk basic track semua dah siap cuma pending pada track vocal sahaja dan mixing. Kita akan rilis 12 track untuk rilisan kali ini.



8. Ceritakan sikit show di Kelantan baru ni. Memang rare dapat main di sana.  

Perghhhhh Kelantan! Memang gila wonderful! Show di Kelantan ni Kodi roger aku ajak Hegemoni main, aku terus on je disebabkan agak lama gila juga tak perfom dan pergi gig di Kelantan. Tetapi organizer bagitau risiko tetap ada disebabkan last gig yang kat Kelantan siap masuk TV lagi (kalau siapa yang masih ingat Acid Rain tour waktu itu). Tapi aku bagitau tetap on, kalau tak ada risiko tak punk la ork, hahaa. Kita jalan terus. Jadi Alhamdulilah tiada apa-apa yang terjadi. Crew Darul Naim Squad dan Kota Bharu Rebel Squad datang dan bekerjasama dalam menjayakan gig tapi tulang belakang adalah Kodi! Syabas untuk beliau. Satu pengalaman yang amat berharga sebenarnya kalau gig di Kelantan dan Terengganu ini sebab bukan sokmo boleh buat. Banyok halangan dia dan risiko.

9. Aku tengok Hegemoni line-up macam tak tetap, adakah mu sorang je line-up tetap Hegemoni?

Hegemoni line-up tetap dari dulu sampai sekarang aku dengan Iwan (drummer). Ya memang Hegemoni banyak line-up bertukar sejak dari dahulu lagi disebabkan oleh pelbagai factor. Tetapi untuk line-up sekarang ini kami rekrut Jebat sebagai gitaris dan Boyah sebagai bassist. Kedua-dua ini juga kawan dalam scene Terengganu yang dah kenal lama. Hegemoni berpegang pada konsep kolektif bukanlah sebagai band jadi sesiapa sahaja boleh masuk dan main asalkan boleh main dan tahu lagu Hegemoni sahaja. Sebab bagi kami kelangsungan Hegemoni itu sendiri yang penting untuk kami tetap wujud dan sebarkan pesanan-pesanan dan idea melalui platform muzik dan lagu.

10. Ada apa-apa yang nak ditambah, dan kata-kata akhir untuk pembaca?

Tunggukan rilisan kami yang bakal keluar nanti dalam bentuk kaset ya! Kata akhir tetap semangat dengan apa yang kau percaya dan lakukan walaupun kau berseorangan tetapi tetap percaya dengan jalan itu sampai ke akhirnya! Jangan menyerah pada sistem yang mereka doktrin untuk kau percaya dan anuti dan berjuanglah untuk capai kehidupan yang sebenarnya untuk kewujudan diri kau sendiri. Akhir kata terima kasih Nizang sebab support dan interview Hegemoni! Keep up the good d.i.y networking among us. Punk sokmo!