1. Ceritakan sikit sejarah dan latar belakang 199X.
Bermula pada tahun 2008, Jex selalu pow rokok dari Raja (yang masih lagi bersekolah pada masa itu). Raja selalu pergi jamming di studio yang Jex jaga (Kirna Studio). Setelah kerap kali bertemu, mereka jatuh hati dan mula berniat untuk mendirikan rumahtangga. Eh, mendirikan sebuah band bernama 199X.
2. Siapa line-up terkini dan line-up untuk album baru?
Raja, Ariff, Jex, Apih.
3. Tahniah diatas terbitnya album baru ’14 Songs From This Shitty Album’. Apakah kelainan atau keistimewaan yang dipertaruhkan dalam album ini?
Terima kasih daun keladi! Tiada kelainan pun sebenarnya dengan album ini, cuma gabungan idea antara tahun 2008 ke 2023. Banyak pengaruh muzik yang dialami oleh ahli band. Maka tercetuslah album 14 SFTSA ini.
4. Sejak bila lagu-lagu ini ditulis, dan cerita sikit tentang proses rakaman. Aku dengar beberapa part ada masuk piano, menarik.
Ada yang ditulis dari 2008, ada yang ditulis pada 2016, antara 2008-2023 lah. Tapi idea album ini tercetus setelah Raja (producer, composer, arranger, songwriter) membuat keputusan untuk keluar dari "hiatus" sejak 2020. Maka bermulalah proses pembikinan album yang berlaku di studio Raja sendiri (guitar, vocal, piano, keys dan lain-lain) di Tanah Merah, Kelantan. Manakala untuk drum dan bass direkodkan sendiri oleh Apih yang berada di KL dan Ariff yang berada di Kudat, Sabah. Kira RJJ (Recording Jarak Jauh) la ni.
5. Band-band apa yang jadi rujukan untuk lagu-lagu baru? Apa yang korang dengar masa menulis dan merakam album ni?
Idea asal kesemua lagu ditulis oleh Raja selaku komposer. Rujukan besar adalah Frenzal Rhomb, NOFX, Millencolin, Dustbox, Senario, Sum 41, Gaho, X Japan, One OK Rock, Blackpink, Foo Fighters dan banyak lagi.
6. Korang rilis album ni dan terus gerak tour ke Sabah dan Sarawak, cerita sikit macam mana boleh plan ke sana. Macam mana dengan pengalaman tour kali ni?
Sebenarnya sepupu plan tour dulu sebelum masuk studio. Haha. Lepas tengok tiket flight murah, terus book. Kenapa ke Sabah dan Sarawak? Jawapan dia simple, sebab tak pernah perform sana. Hihi.
7. Sebelum album ni, agak lama 199X menyepi dari sebarang aktiviti. Apa korang buat masa tu dan bagaimana ambil keputusan kembali aktif.
Semua tengah setting kehidupan masing-masing setelah membuat keputusan untuk “hiatus” pada tahun 2020 (semasa MCO). Pada masa yang sama, Raja invest untuk membina sebuah studio rakaman (Pawerkord) yang siap sepenuhnya pada awal tahun 2022. Setahun kemudian, setelah semuanya tampak agak stabil, barulah sepupu bersedia untuk meneruskan perjalanan 199X.
8. Baru-baru ni rakaman gig di Dun Paloh, Gua Musang ada viral di media social dan dihentam teruk oleh nurtizen. Nampaknya memang susah untuk menganjurkan gig di Kelantan dan Terengganu. Apa alternatifnya? Main di negeri-negeri lain saja mungkin?
Untuk kes itu, sepupu no comment. Kalau tengok perjalanan 199X selama 15 tahun ni pun rasanya tak sampai 10 kali sepupu perform di Kelantan/Terengganu. Banyak perform di luar dari Kelantan/Terengganu. Untuk tour 14 SFTSA ini pun sepupu start dengan Borneo dahulu. Point yang sepupu nak cakap, perform je dekat mana yang orang nak kita, orang tak nak sudah. Jangan terlalu memilih. Kata sek punk. Hahaha.
9. Apa future plan korang lepas ni? Main di negeri-negeri semenanjung pula mungkin?
Next plan sepupu adalah untuk menghabiskan tour “Finally, an Album Tour” yang akan menjelajah beberapa negeri dan berakhir pada bulan March 2023. Nanti boleh cekidout dekat sepupu punya social media.
10. Kata-kata akhir untuk pembaca dan peminat.
Jaga diri, jaga family. Jangan lupa beli CD 14 Songs From This Shitty Album! Peace-Love-Unity!