Thursday, September 7, 2017
Pelajar Autism
Aku ada juga pelajar yang menghadapi autism. Ada tiga. Aku terpanggil untuk menulis sikit tentang mereka. Okey, kursus peringkat sijil ni syarat minimanya adalah berusia 16 tahun ke atas (tak perlu SPM), dan mesti boleh membaca, menulis dan mengira (3M).
Yang pertama ni, lelaki. Nampak okey saja tapi kalau orang tak tahu dia ada autism, memang boleh bertumbuk juga. Dia macam bossy sikit lagak macam ketua kelas. Hari pertama masuk computer lab terus bacakan kuat-kuat pada kawan-kawan kelas suruh patuh pada peraturan yang ditampal di situ. Memang mula-mula dulu ada seorang pelajar tiba-tiba duk marah-marah dia macam nak bertumbuk. Aku terus tarik pelajar ni keluar kelas dan bagitahu pasal situasi autism dan suruh dia faham. Lepas tu, okey. Panik sekejap. Aku bagitahu pelajar-pelajar lain suruh memahami keadaannya. Namun ini bukanlah sesuatu yang mudah walaupun pelajar-pelajar lain ini umur dah lepas 17 tahun. Mereka tetap rasa annoyed dan kurang mahu berkawan dengan dia. Ajar pelajar autism memang perlu banyak bersabar. Kadang dia telefon hanya nak bagitahu dia nampak anjing di guard house. Kadang dalam kelas datang sawan. Kasihan juga.
Yang kedua pula, perempuan. Emak dia turut masuk ke kelas bersama dia, duduk di bahagian belakang. Emak dia akan belajar, ambil nota apa yang aku ajar dalam kelas. Dengar cerita, di rumah emaknya akan ajar dia kembali apa yang aku ajar sampai jam 1 pagi. Pelajar aku ni pula dalam kelas duk asyik salin nota dan padam. Lepas tu melukis, padam, lukis balik. Di kelas berikut, dia akan hantar lukisan yang elok. Bila aku suruh dia lukis balik lukisan ni memang dia tak dapat lukis walaupun satu logo simple. Semester ni baru mula guna computer, harap okeylah. Isteri aku bergurau cakap patut emak dia pun kena bayar yuran juga. Namun sebagai seorang yang juga mempunyai anak, aku faham perasaan ibu bapa dan harapan mereka terhadap anak-anak mereka. Sanggup mengorbankan masa untuk masuk kelas anak yang sudah remaja nak tengok anaknya berjaya.
Yang ketiga, anak raja dari sebuah negara di benua afrika. Oh yang ni bukan peringkat sijil tapi ijazah. Lukisannya agak teruk, aku ajar lukis komik. Tapi kebanyakan scene lukis benda sama.
Kadang-kadang aku rasa down juga sebab aku bukanlah seorang pengajar yang ajar budak-budak final year atau Master. Namun untuk mengajar budak-budak autism ni bukan calang-calang orang boleh buat. Ajar peringkat pengajian tinggi pula tu. Perlu kesabaran yang sangat tinggi. Kena jawab benda sama banyak kali. Aku kira aku juga bukan calang-calang pengajar juga kadang-kadang.
Subscribe to:
Posts (Atom)