Monday, April 29, 2013
Friday, April 26, 2013
Ulasan: Pengembaraan Tanah Kusir (buku)
Dengan jadual yang ketat berkempen untuk PRU13, aku berjaya habiskan membaca buku ni dalam dua hari sahaja. Sebenarnya memang aku eksited bila tahu Din Akar tulis buku ni. Tak banyak buku khusus tentang budaya punk yang diterbitkan di Malaysia. Yang aku tahu buku Punk Rock, Anarki di Kuala Lumpur (fiksyen), Aksi Reaksi dan ini yang terbaru. Kancil-Man aku tak baca lagi.
Siapa tak kenal Din Akar? Zinenya Roots antara zine berbahasa melayu yang sangat berpengaruh di Malaysia. Siapa yang biasa dengan zine Roots dapat mengagak cara dia menulis, tapi sebab dia pun dah lama tak keluar isu baru aku dah lupa stail dia menulis. Membaca buku ini terutamanya separuh bahagian yang pertama buat aku ketawa terbahak-bahak sorang-sorang. Nak putus urat perut aku dibuatnya sebab gaya bahasanya yang bersahaja.
Okey, buku ni sebenarnya mengenai perjalanan Din mengikut band Hellexist (dari Johor Bharu) main gig di Jakarta Indonesia bersama band Jepun, Singapura dan Indonesia yang lain. Senang kata travelogue-lah. Memang kenalah dengan taste aku. Tebal juga dan layoutnya cantik kemas macam layout buku-buku kontemporari, stail gambar-gambar penuh satu muka. Gambar yang Din ambil pun rasanya ramai tahu, mesti cantik-cantik terutama gambar live.
Orang kata 'you are what you read'. Aku rasa memang betul. Lepas baca buku ni aku pun terikut gaya bahasa Din bila bercakap atau berpikir. Kah kah kah...Rasanya daripada sumber yang boleh dipercayai, buku ni fast-selling. Cepat dapatkan dari Neon Terbit atau Din sendiri.
kredit foto: Pidot Green Peace
http://neonterbit.blogspot.com

Monday, April 22, 2013
email to a friend in CANADA
i already sent usd18. Some good bands from Malaysia now are Carburetor
Dung (oldest punk rockers in Msia), they released an 10" on an european
label FAMED last year, and an American label released them on a 3 way
split. Others are Sarjan Hassan (thrashcore/metal/crossover), The
Garrisson (raggae punk ala The Clash with local issues), ForeverXYoung
(new fresh hc/punk band). Check out Shock n Awe magazine issue 5,
proprinted about Malaysian hc/punk history plus a 7" included. I'll send
you MP3s. My band Dum Dum Tak played some small and big shows, released a
book/zine about our journey as a band, released a split CD with Always
Last, and also released t-shirts and stuffs. Marjinal (political band
from Indonesia is coming next month, they're our biggest influence.
we're stoked!). We're gonna play with them in KL.
Sunday, April 14, 2013
Buku Jalanan UIA #6 + Kelas Bikin Zine
Tanggal 14 April 2012, telah
diadakan Kelas Bikin Zine di siri Buku Jalanan UIA yang keenam. Buku Jalanan
adalah aktiviti anak muda yang makin mendapat sambutan di serata tanah air
sekarang. Aktiviti ini turut diadakan di banyak negeri-negeri dan daerah-daerah
yang lain termasuk di Sabah dan Sarawak. Di setiap acara Buku Jalanan,
buku-buku akan dipamer untuk dibaca dan dikongsi. Pengunjung juga boleh membawa
pulang buku-buku untuk tempoh yang ditetapkan.
Untuk siri keenam Buku Jalanan UIA (Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur), turut diadakan Kelas Bikin Zine. Bertempat di tepi ‘sungai teh tarik’ UIA Gombak, antara kolektif yang terlibat dalam perkongsian tentang zine adalah Kolektif Pop Press, Republik Seni, Zine Satu Malam dan Mosh zine. Personel-personel kolektif Buku Jalanan Shah Alam juga turut hadir memberi sokongan kepada acara yang diadakan bermula jam 5 hingga 7 tersebut.
Antara tips-tips yang dikongsikan adalah memperkenalkan tentang zine, idea untuk menulis, motivasi, percetakan, binding, isi zine dan macam-macam lagi. Turut diadakan sesi soal jawab berkenaan zine dan kolektif masing-masing. Pengunjung dan peserta juga turut berkongsi sedikit makanan seperti kek dan donut.
Acara ini mengingatkan penulis tentang ‘zine picnic’ yang selalu diadakan di merata tempat tetapi jarang diadakan di Malaysia. Tahniah kepada Aus dan Buku Jalanan UIA kerana mengadakan kelas santai ini dan didoakan agar Buku Jalanan UIA terus aktif.
Subscribe to:
Posts (Atom)