Wednesday, August 29, 2012
Sunday, August 26, 2012
Raya 2012 dan Facebook
Dengan adanya benda bernama facebook. Hari raya kali ni, aku adik beradik dihujani soalan. Sepupu emak aku yang sudah pencen dan seorang sepupu aku seolah tahu semua berita terbaru mengenai kami.
Sebagai contoh, adik aku yang baru-baru ni muncul di NTV7 dalam rancangan wanita Bella dengan rekaan-rekaan rantainya. Contoh lain, adik bongu aku yang gila sukan sampai setiap postingnya di FB adalah mengenai sukan. Dan juga tentang aku yang ada terbitkan buku baru-baru ini.
Maknanya facebook berkesan untuk menyebarkan berita pada kenalan-kenalan yang ingin ambil tahu dan untuk catch-up tentang aktiviti-aktiviti ahli keluarga yang jarang-jarang dapat jumpa dan berborak.
Sebagai contoh, adik aku yang baru-baru ni muncul di NTV7 dalam rancangan wanita Bella dengan rekaan-rekaan rantainya. Contoh lain, adik bongu aku yang gila sukan sampai setiap postingnya di FB adalah mengenai sukan. Dan juga tentang aku yang ada terbitkan buku baru-baru ini.
Maknanya facebook berkesan untuk menyebarkan berita pada kenalan-kenalan yang ingin ambil tahu dan untuk catch-up tentang aktiviti-aktiviti ahli keluarga yang jarang-jarang dapat jumpa dan berborak.
Thursday, August 9, 2012
Makan Gaji
Aku baca dalam sebuah buku dua hari lepas, kerjaya sebagai usahawan masih kurang diiktiraf dikalangan orang Melayu. Kalau nak kahwin, kena kerja makan gaji baru boleh diterima jadi menantu. Dan ayah penulis tersebut mengatakan pekerjaan selain kerja makan gaji tidak terjamin. Waima kerja jual goreng pisang, duit bertimbun-timbun, boleh renovate tambah rumah sampai bapok besor dan mewah macam istana pun masih tidak diterima untuk jadi menantu. Pelik juga. Betul ke?
Di kampung aku, Kuala Ibai Pantai ada diceritakan oleh mak aku peniaga keropok keping sangat murah rezekinya. Hanya dengan menyimpan duit bawah bantal (tak perlu simpan di bank riba)...boleh renovate rumah jadi mewah semacam. Kagum juga aku.
Aku pernah diceritakan juga, bahawa seorang sahabat aku yang bijak (aku buat kesimpulan tu sebab dia lulusan Universiti) tetapi hanya berminat untuk menjadi pomen. Jadi dia buka bengkel motor. Kiranya usahawan mudalah. Tapi bila nak berkahwin, bakal mertua tak setuju anaknya berkahwin dengan pomen walaupun tokey bengkel. Jadi dia terpaksa cari juga kerja lain sekadar nak memuaskan hati bakal mertua. Lepas dah kahwin berhentilah kerja makan gaji dan teruskan menguruskan bengkel sendiri. Lebih kurang macam tu lah ceritanya...
"Hidup sampai seratus (tahun), makan gaji...
Hidup sampai seratus (tahun), sakit hati" -Azmyl Yunor.
Wednesday, August 8, 2012
Karipap Ikan (entri makanan sempena Ramadhan)
Kebelakangan ini aku suka makan karipap. Teringat pula cerita P. Ramlee, Masam Masam Manis dia pesan isterinya untuk membeli karipap.
Mungkin ada yang tak tahu bahawa di Terengganu banyak karipap yang dijual intinya ikan. Masih aku ingat seorang pensyarah aku di Kemaman mengeluh. Dia mengatakan rasa tertipu tiap kali beli karipap di Terengganu sebab intinya ikan.
Tidak seperti di negeri-negeri lain karipap kebiasaannya intinya adalah daging atau kentang...atau sardin. Dulu aku pun kurang suka juga dengan karipap ikan. Mungkin sebab tak biasa. Sekarang ni dah lama dan jarang-jarang balik kampung di Terengganu...
SYB: Bila makan pulut panggang di Klang, aku pula rasa tertipu. Sebab pulut panggang di sini intinya kelapa berwarna oren. Di Pantai Timur, pulut panggangnya berintikan ikan. Sedap nyum nyum...!
Monday, August 6, 2012
review: Pejabat Pos Alamanda
Pejabat Pos Alamanda terletak dalam pusat membeli belah Alamanda di Putrajaya. Berhawa dingin, berkerusi (agak rapat-rapat) dan pakai sistem nombor giliran.
Kelebihan:
1) Siap ada TV dan pasang filem-filem omputih dan tempatan. Aku pernah layan cerita 'Sekali Lagi' dan 'The Little Mermaid' di sini.
2) Di luar pejabat pos ada mainan kanak-kanak yang bubuh syiling ia bergerak dan keluar lagu tu.
3) Pekerja gadis muda-muda dan juga bertudung.
Kekurangan:
1) Orang sentiasa ramai. Pernah aku tertidur ternganga.
2) Pernah juga aku ambil nombor giliran lalu pergi window shopping dulu. Lepas tu datang balik, nombor dah terlepas. Kah kah...
Selamat berpejabat Pos!
Kenapa Encik tak berminat?
Ni berlaku semalam, bulan puasa. Cuti Nuzul Quran lagi.
Wakil CIMB: Hello, boleh saya bercakap dengan saudara. Saya dari CIMB nak menawarkan encik dengan skim CIMB financing. Encik pernah dengar tentang CIMB financing? Encik melabur, boleh makan dividen 10%...bla bla...encik ada ASB?
Aku: Ada...tapi saya tak berminat.
Wakil CIMB: Ooo...boleh saya tahu kenapa Encik tak berminat?
Aku: (Dalam hati: Dr. Zaharuddin tulis investment ni haram. Majlis Fatwa Kebangsaan kata haram. Mufti-mufti seluruh Malaysia kata haram. Sebab buat loan bank conventional yang riba. Pastu nak makan hasilnya pula.)
Aku: Hehe, errr...adalah tu sebabnya saya tak berminat.
Wakil CIMB: Oklah kalau macam tu, terima kasih ya encik. Assalamualaikummm...
Kesian juga dengan mereka (ahli keluarga kita pun ada) yang bekerja dengan bank conventional ni. Promosi benda haram. Tanggung dosa orang ramai.
Nuzul Quran 1433 hijrah
Semalam tazkirah Nuzul Quran di surau belakang rumah aku. Ustaz tu cakap; "umat islam akan kuat/bangkit kalau kita dekat dengan Al-Quran. Jadi 'mereka' taknak. 'Mereka' cuba dekatkan kita dengan Fun, Fashion and Food acuan mereka". Nampaknya mereka berjaya getus hati kecilku.
Wednesday, August 1, 2012
Raya masa kecik
Masa kecik-kecik dulu, aku selalu ikut ayah aku beraya di Masjid Putih, di bandar Kuala Terengganu. Time hari raya masa kecik-kecik dulu, aku rasa masa paling mencabar adalah time khutbah raya. Tak sabar-sabar nak balik dan beraya. Sebab kat kepala asyik terbayang air sirap ais dan air gas warna-warni.
Moreh time kecik
Entah kenapa time kecik-kecik dulu aku eksited sangat dan berebut-rebut nak minum teh o panas masa moreh. Tapi agak potong kalau masjid angkat teh halia.
"ambik berkat" kata Ustaz Din
"ambik berkat" kata Ustaz Din
Subscribe to:
Posts (Atom)