Tuesday, July 31, 2012

review: Pejabat Pos Cyberjaya

Pejabat Pos Cyberjaya terletak di Terminal Bas Cyberjaya. Terminal ni adalah jenis terbuka dan tidak berhawa dingin. Selalu juga masa aku pergi ke sana, hanya satu kaunter saja buka walaupun orang ramai beratur panjang. Beratur satu garisan. Paling banyak pun, mereka buka dua kaunter. Mereka tidak menggunakan sistem nombor giliran. Kalau nak pergi masa yang agak lengang, pergilah pada jam dekat-dekat pukul 5. Ada juga seorang pekerja mereka yang suka tanya soalan-soalan macam "apa dalam bungkusan ni?", "CD? CD tak senonoh ke?" dan apa-apa lagi soalan yang mencabar kesabaran selepas beratur panjang. Tapi kalau pengunjung tetap macam aku ni, okay sikit kot dan boleh handle dah hal-hal dan soalan-soalan tricky makcik ni. Selamat maju jaya.

Wednesday, July 18, 2012

Err...


Masih aku ingat ketika Hazirah berumur 3-4 bulan, malam-malam dodoikan dia dengan salawat keatas nabi, bersyahadah, bertasbih dan bertahmid, dan bernasyid. Namun sempat juga aku selitkan dengan lagu Elvis, Greenday, Marjinal, Ramones, Ozma, Toxictoy dan KRU. 

Tuesday, July 17, 2012

nak buat band...

Dulu tahun 1995, aku dan Samir kami form 1. Banyak sangat dengar lagu alternatif rock dan poppunk...kami bercadang nak buat band jugak. Antara nama yang dicadangkan oleh Samir adalah

-Odeng and the Fuxshit
-Victim of Situation
-Lockjaw Preachers
-Rhinanda is the Reason

Yang tak tahan tu, aku siap sketch logo tu...

Kenangan :)

ps: Last-last lepas form 5, jadi jugak band kami...tapi bukan pakai nama-nama di atas.

Zine Fest & Distro Day Out Malaysia 2012


Berikut adalah beberapa gambar dari acara 'Zine Fest & Distro Day Out Malaysia 2012' yang diadakan pada 7 Julai 2012. Bertepatan dengan 'Bulan Zine Sedunia' yang disambut pada bulan Julai.

Aku dan Aniq sampai ke tempat acara pada jam 1 pm dan ambil peluang untuk makan mee goreng mamak di kedai mamak. Pengunjung dah ada jugak dan beberapa meja dah siap mengatur barang jualan termasuk Senorita zine, Kerat Studio, Revulsion Records, Learn To Trust Records dan Ricecooker Shop. Your.Slave.State dan kami Nervhous kiranya antara yang paling lambat buka kedai.

Banyak juga barang kami Nervhous Distro/Mosh zine terjual, Alhamdulillah. Aku banyak jual barang murah-murah nak habiskan stok yang dah berdebu dalam bilik. Banyak barang aku bawak, nasib baik Aniq nak tumpang aku...boleh tolong angkat barang, hehe. Semasa sessi jual-beli, turut ditayangkan dokumentari tentang scene zine di USA, '$100 and a t-shirt'. Malaysia patut ada dokumentari sendiri...siapa yang pakar...cubalah. 

Jam 4.30 hingga 5.30 petang kami adakan conferens dengan ahli panel yang terdiri dari pembikin dan penulis zine sendiri. Perkara yang dibincangkan adalah mengenai scene zine semasa. Scene zine hardcore/punk/muzik dikatakan malap sekarang tetapi scene zine literature sedang meriah. Tetapi kedua-dua scene ini seakan-akan terpisah dan menjadi dua perkara yang berbeza.

Kami berbincang tentang relevannya acara seperti ini untuk merapatkan jurang antara kedua scene zine tersebut dan mungkin zine-zine lain seperti art zine, dan lain-lain...
Beberapa panelis juga berkongsi teknik dan tempat untuk mencetak zine secara lebih cantik dan murah.

Pada hemat aku, acara seperti ini patut diteruskan dan patut terus digabungkan penggiat-penggiat zine/penerbitan DIY dan distro dalam satu acara untuk menampung kos sewa tempat seperti ini. Kalau zine fest sahaja, mungkin kurang pihak yang nak buka meja berbanding kedua-dua benda ni digabungkan sekali. 




Konferens


Tuesday, July 10, 2012

Menelaah



Meniaga bundle sambil menelaah. Kalau mcm ni perangai time sekolah dulu, mesti aku skrg dah line2 ahadiat akashah.