Wednesday, November 30, 2011

Kembali ke tahun 1996

Carburetor Dung, A.C.A.B, Subculture, The Pilgrims. Hero sekolah menengah. Masa beso nak ada band macam diorang. Boleh posing buat muka ketat dengan band member. Kah kah kah...

Entah apa hal harini rasa nak dengar balik subculture. Bawak gi opis sekali dengan A.C.A.B. Double discs. 

Keempat-empat band ni kakak sulung aku kenalkan kat aku. A.C.A.B bermula dengan e.p 'Unite & Fight' -Joe Kidd design layout. Subculture bermula dengan 'Love & Hate'. Tengok gambar semua macam budak nakal gila. Padahal takde lah sangat kot...Hehe.

Megat A.C.A.B pun sekarang belajar Bahasa Arab dengan Syariah di Syria nun. Sejuk perut mak mengandung. Siapa sangka? Gila tak sangka. Sebab tu jangan kita cepat hakimi seseorang tu. Sebab masa depan orang kita tak tahu macam mana. Doakan yang terbaik untuk semua orang.

Thursday, November 24, 2011

Selamat Menyambut Awal Muharam 1433

Kira-kira 2-3 tahun lepas, aku diberi oleh pensyarah aku salinan doa diatas ketika awal muharam. Dan disuruh baca. Maka aku baca. Di pejabat aku juga, ada ditampal salinan doa ini di dinding. Harini aku post pasal kelebihan doa ini yang aku cedok dari internet. Tapi blog yang aku baca, aku tak baca habis. Cuma copy paste fadhilat yang dikaitkan dengan amalan ini.


Dr. Ben tegur suruh baca habis article tersebut dan baca lagi satu blog. Ternyata, amalan ini dikatakan bidaah. Diada-adakan dan bukan datang dari Rasulullah tapi menjadi amalan ramai orang melayu. Doa harus dibuat setiap masa, bukan pada awal dan akhir tahun sahaja.


Allaha'lam.

Twins Of Faith Malaysia 2011

Jom pakat gi belake. Alhamdulillah aku dapat tiket free, mok sedara orang kuat Mercy Malaysia. :p

Tuesday, November 22, 2011

Ulasan: Mencari Jalan Pulang (Kassim Ahmad)

Islam itu mudah, dan perlu dipermudahkan.

Dah lama aku usung buku ni ke hulu ke hilir. Tapi baru khatam semalam. Aku jenis baca buku ikut mood. Kejap baca buku tu, kejap baca buku ni. Jadi, nak menghabiskan baca satu buku tu sangat lama. Dan nak review pun banyak dah lupa, haha! Bedallah. Buku ni versi bahasa Inggeris dah keluar, aku baru nak review yang bahasa melayu punya, tapi better late than never.

Secara kasarnya, buku ini adalah sebuah memoir oleh pengarangnya. Kassim Ahmad seorang pelajar pintar, advanced, dan terpilih. Buku ini dibuka dengan latar belakang keluarganya yang hidup susah. Mangsa sistem. Keluarganya terdiri dari kaum petani dan guru agama. Namun ayahnya yang guru agama tak pernah mengajar mengkaji Quran-hanya sekadar membaca.


Kehidupan keluarga yang daif membuatkan pelajar pintar ini berminat dengan politik sehingga mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun. Namun selepas 18 tahun, dia dengan berat hati dan titisan air mata terpaksa meninggalkan parti dan kawan-kawan baik dalam parti kerana parti ini memperjuangkan perjuangan yang terpesong dari landasan. Pengarang ingin mencari jalan pulang (seperti tajuk bukunya), jalan yang lurus (Islam).

Ini membuatkan aku mengaitkan kisah pengarang dengan diri aku yang sudah sepuluh tahun aktif dan produktif dengan dunia punk rock. Mungkin aku perlu mengurangkan aktiviti punk rock. Bukan kerana ianya negatif. Ianya banyak positif. Tetapi aku ingin kembali dan memperjuangkan jalan yang lurus. Perjuangan yang positif jika dikaitkan dengan akhirat, ianya lebih bermakna. Jika hanya untuk dunia, terasa kosong -hidup ini hanya sementara. Tetapi untuk meninggalkan kawan-kawan yang disayangi yang aku peroleh dari 'punk rock', takkan sama sekali.

Pengarang ini juga adalah seorang yang kontroversi kerana tulisannya yang dibukukan sebagai 'Hadis-Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis-Jawapan Kepada Pengkritik'. Dia dicop sebagai anti-hadis. Aku pun tak boleh komen lebih, sebab belum baca buku tersebut. 

Pesan buku ini adalah, semua orang Islam yang tidak menguasai bahasa arab termasuk rakyat Malaysia perlu mengkaji Quran. Beli tafsir Quran dalam bahasa yang difahami dan kaji maksud dan isi kandungan Quran. Ramai antara kita diajar untuk pandai membaca dan melagukan ayat Quran dan diajar ini mendatangkan pahala yang besar. Sedangkan maksud ayat-ayat Quran itu tidak kita mengertikan. Golongan ini dikatakan 'mungkin juga digolongkan dalam golongan yang meninggalkan Quran'. Pengarang adalah seorang pengkaji Quran dan mengkaji Quran sekurang-kurangnya setengah jam setiap pagi. Ini patut dicontohi! Dan dia mempunyai 15 buah tafsir yang berlainan.


Aku masih ingat semasa aku berumur 20 atau 21 tahun apabila emak aku pesan suruh baca Quran. Aku memberitahunya aku ingin mendapatkan tafsir Quran supaya boleh faham maksudnya. Selang beberapa hari dia menghadiahkan aku sebuah tafsir Quran. Dia menceritakan pada aku, kawannya menitiskan air mata bila tahu akan cerita ini. Titik tolak aku ingin mendapatkan tafsir Quran adalah kerana kawan aku yang tak sukakan agama Islam kerana orang-orang Islam di Malaysia diajar untuk membaca dan mengkhatam Quran tetapi tidak mempelajari maksud ayat Quran.


Aku suka dengan kejujuran pengarang yang mengatakan dia mengantuk ketika khutbah jumaat. Mungkin perkara begini tidak perlu ditulis tetapi pengarang jujur. Aku dapat kaitkan dengan diri aku yang selalu juga mengantuk ketika khutbah jumaat dan kadang-kadang tidur krooh krooh. Orang di Terengganu, Kedah dan Kelantan bertuah kerana memperoleh cuti pada hari Jumaat. Itulah yang sepatutnya. Cuti pada hari Jumaat untuk negara Islam. Supaya boleh berehat dan tidak mengantuk semasa khutbah jumaat dan boleh ke masjid lebih awal dan tidar terkejar-kejar. Pada yang dah berumah tangga, malam jumaat sunat 'overtime'...

Islam itu mudah. Dan perlu dimudahkan. Itu juga pesan pengarang dalam buku ini. Beli. Baca. Kaji. Ambil yang positif. Buang yang negatif. Begitulah untuk semuanya.


Allahua'lam.

Daurah IKRAM 1 -tafsir surah Al-Mulk

Tanggal 21 November, aku tak tengok perlawanan bola. Malam tu aku makan awal dan jam 8 malam aku bergegas ke pejabat IKRAM Klang (yang Alhamdulillah dekat dengan rumah). Aku berpeluang untuk menghadiri daurah Ikram, yang pada malam itu mengajar tafsir surah al-Mulk ayat 12 hingga 18. Aku mendaftar sebagai ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia sebelum puasa haritu dan ni pertama kali menghadiri Daurah yang diadakan sebulan sekali. Ayat dibaca oleh Encik Ahmad dan tafsir diajar oleh Ustaz Muhaimin, Timbalan Pengerusi Tarbiah Ikram. 



Apa yang disampaikan disarankan untuk menjadi bahan usrah. Tapi sebab aku takde buat usrah, elok dikongsi juga ditulis diblog untuk dokumentasi dan perkongsian.

Antara nota yang aku salin (ada waktu aku tertidur, penat kerja)...kiri kanan aku pun kelihatan tertidur sambil menadah kitab di majlis ilmu.
Al-Mulk (Kerajaan Allah)

Surah ini menceritakan kekuasaan Allah swt. Pesan Rasulullah “Sesungguhnya terdapat satu surah, 30 ayat yang dibaca sehingga diampunkan dosa”. Surah ini, jika diamalkan (setiap malam) insyaAllah diampunkan dosa-dosa dan dikurnia syurga.

Sifat gerun (khosyiah) terhadap Allah SWT perlu ada pada kita sentiasa. Juga didalam solat, supaya khusyuk.

Cara-cara memperoleh rasa gerun ini ada beberapa cara;
 
a)     - Beriman bahawa Allah tahu segalanya yang di dalam dada (hati) kita.
b)     - Mencari keagungan Allah
c)      - Merasa rendah diri
d)     - Berfikir tentang keunikan setiap makhluk Allah
e)     - Membaca (dan mengkaji) Al- Quran.

Gerun pada Allah bukan dengan menjauhkan diri dariNya, tapi merasa tiada tempat lain untuk berpaling kecuali pulang kepadaNya.

Antara niat dan beramal –niat lebih penting.

Bulan dan bintang dijadikan oleh Allah supaya kamu dapat membuat kiraan masa dan tahun dan boleh mengatur masa dan hari. Semuanya adalah nikmat Allah. Allah memudahkan hidup kita.

Allah suruh kita berusaha dan tidak tawakkul (tidak berusaha). Seperti burung yang keluar pada waktu pagi dengan perut kosong dan pulang pada waktu petang dengan perut kenyang. Yang penting, USAHA.

Lihat pergerakan alam, haiwan setiap spesis adalah unik. Pergerakan setiap spesis unik. Ini menunjukkan kebesaran kerajaan Allah SWT.

Manusia diberi akal, maka tugas manusia lebih besar dari haiwan dan tumbuhan. Kena lebih berusaha berbanding tumbuhan yang mencari makan di satu tempat sahaja dan haiwan yang aktiviti hidupnya terbatas.

Contoh: Durian jatuh pada waktu malam supaya tidak menghempap kepala manusia. Kulitnya keras dan tajam. Supaya tidak rosak dan tidak bergolek. Tembikai pula bulat tapi tumbuh di atas tanah.

Segala nikmat Allah yang sangat banyak di dunia ini boleh berubah dalam sekelip mata. Jadi, INGAT. Dunia ini tempat ujian Allah. Jangan kufur. Belajar dari kaum terdahulu. Bukan kita sendiri lakukan kesilapan untuk belajar.

Baca tulisan mereka-mereka yang mendapat hidayah. Ambil iktibar dari kaum yang dibinasakan oleh Allah SWT.

Kerajaan Allah adalah kerajaan yang sabar. Kita diberi peluang yang banyak. Jika bertaubat dan kembali tergelincir, tetapi kita tetap diberi peluang. Allah menangguhkan balasan terhadap kita kepada masa yang sesuai.

“Dan kalau sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan yang mereka perbuat (sengaja), niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi ini satu makhluk melata pun, akan tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang telah ditentukan. Maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya.” (Faathir: 45)

Kerajaan Allah meliputi segalanya; termasuk akhirat, alam ghaib, masa akan datang, syurga, neraka dan segalanya.


Sunday, November 20, 2011

apa masalah aku dengan rokok?


Pagi tadi topik Warna Pagi di IKIM.fm berbunyi "ROKOK: MEMBAZIR DUIT MEMBAZIR NYAWA" Mengapa sukar hentikannya?. Macam-macam pandangan diberi. Ada perokok tegar yang merokok 10-15 batang sehari call cakap kalau tak dijual langsung di Malaysia baru mereka boleh berhenti. Macam beberapa panel pada acara tu cakap, kalau tak hisap rokok kebiasaanny takkan rasa nak cuba dadah.

Aku fikir rokok difatwakan haram kerana ia jugak sejenis dadah. Dadah yang dihalalkan oleh banyak kerajaan dan pentadbiran negara. Kenapa? Sebab hasil cukainya tinggi. Macam arak juga.

Sabtu lepas, aku ada kongsi cerita dan pendapat di acara pelancaran badan NGO Drug Free Youth Association (Ein Second Combat punya). Tapi aku tak cakap pasal hidup tanpa dadah sahaja. Aku cakap pasal hidup tanpa rokok, dadah dan arak. Aku banyak menekankan pada rokok. 

Kenapa aku tidak merokok? Alasan yang aku selalu guna adalah “tak mampu" (agak sinikal disitu mungkin, ok,...kerana taknak bazirkan duit untuk itu) atau dahulunya alasan aku “mak aku tak kasi“. 

Tapi sebenarnya aku pernah cuba menghisap rokok. Namun hanya diperingkat perokok poser, ketika usia aku 15-16 tahun. Aku terpengaruh dengan gambar Guns N Roses yang aku pinjam kaset mereka dari kakak saudara aku. Dan juga Kurt Cobain. Mereka suka bergambar dengan rokok di mulut. Dan juga mat-mat rock di kampung aku. Aku merasakan untuk menjadi seorang rocker, mesti hisap rokok. Budak akal panjang sejengkal macam tu la agaknya.

Tapi aku jadi tak merokok sebab aku berkawan dengan Rohock Crew, iaitu kolektif yang mengadakan gig punk pertama di Kuala Terengganu ‘Rohok Dok Patut‘. Aku menghormati mereka dan ketika itu hampir keseluruhan dari mereka tidak merokok. Jadi, aku tak nak merokok. Dan beberapa tahun kemudian, bila aku mendengar Minor Threat, aku menggelarkan diri aku sebagai salah seorang Straight Edge dan pernah menconteng tanda pangkah di tangan.

Ada yang cakap nak jadi designer kena hisap rokok-baru idea power. Ada yang cakap nak buat kerja seni macam painting dan tulis lagu kena hisap dadah baru idea dan hasil bagus. Tak tidur malam siapkan painting, tulis lagu yang power. Nak suara sedap kena minum arak. Tapi bagi aku, ada juga band-band dan artis yang hasil mereka power-power juga tanpa gunakan rokok, dadah dan arak. Aku tak tahulah, sebab aku memang tak pernah cuba arak dan apa-apa jenis dadah kecuali yang doktor bagi.

Macam Amert cakap semasa acara tersebut, ada band yang nak perform 'kena' dadah atau arak dulu. Lepas tu set hancur, sebab high/mabuk... orang yang datang tengok bayar tiket nak tengok tapi pulang hampa dan kecewa.

Ein suruh bagi nasihat pada hadirin. Aku cakap macam tulah, buat macam aku. Ambil inspirasi dari orang-orang yang tak ambil bahan-bahan intoxicants tersebut yang juga boleh hasilkan karya-karya yang power-power dan menjadi orang-orang yang cool.

Monday, November 14, 2011

Drug Free Youth Association Soft Launching

DRUG FREE YOUTH ASSOCIATION SOFT LAUNCH PARTY

Urban Village, Bangsar. 19 November 2011. 2 pm - 8 pm

What?

Drug Free Youth is a group of young musicians who are spreading awareness and educate young ones through music and extreme sports since 2010. The first show was at ss13 skatepark Shah Alam. DFYA make believe that being Drug Free is more fun than getting high at party and any present situations. DFYA attempts to make musicians to be activists and gain respect from mainstream society eventually partnership to fight drugs.

Why?
 
For so many years musicians and artist had influence teenagers to take drugs at the early stage of 12 years old. Seeing lots of teenagers had destroy their lives with substances we take initiatives to inform before hand by doing a Drug Free campaign, concerts and school tour to raise awareness. Preventions is always better than cure.

How?
 
Musicians,Artist,sportsmen can influence teenagers to prevent drugs by spreading through their music and glorification. Teenagers easily imitate their favorite icon through their fashion, lyrics and lifestyle. By having this Icon as a presenter the audience might see musicians and artist in a different perspective not as a negative influence anymore.

When?
 
This group of people come from a different background of lifestyle like Punk, skinhead, hiphop, Hardcore, Indie, skaters, Hipster, lecturer, actor, Entrepreneurs will share their experience on how they live their lives being Drug Free while maintaining sober mind at a situations where peer pressure occurred. Some of them come from a scene where u can’t believe that they quiting.Come and join the launching on this 19/11 at Bangsar. Free entrance. Free gifts, music and friendship are available at this event. Join the line, sign your name.


- BAAZAR
- DRUG FREE LIFESTYLE TALK BY :-
+ DAUS SKINHEAD SXE
+ EMMERT STICK NO BILL
+ ABG ROM ROTTW
+ EIN SECOND COMBAT
+ NATASHA ABDULLAH FEMALE DFYA MEMBERS
+ EJUMP STRAIGHT EDGE BIKERS
+ EMY SXE PUNKROCKER
+ NIZANG DUM DUM TAK
+ JOE & BOI DISASTER
+ DILA ODDITY/KARIPOP KL
+ ZUL & ZAM URBAN VILLAGE

- DRUG FREE WORLD & EDGE SCREENING
- SKETCH BY DFYA MEMBERS
- DJ SCRACHTING by STRAIGHT EDGE DJ HANIF
- DRUM PERFROMANCE BY DRUM x LINE
- ACOUSTIC PERFORMANCE BY:
HEART A TACK
STUBBORN
HALF ASLEEP
CORSET
COUPLE
PESAWAT
JULIE GOES OVERSEAS
SOG
SKUNKFIX


CONTACT 012-9316530/0133681767 FOE MORE INFO AND BOOTH RENTAL.

Movie Review: Bini-biniku Gangster

Bukan nak cari salah orang tapi patut dikongsikan bersama. Dalam filem ni ada scene bernikah dalam masjid. Dan pelakon lelaki memegang tangan pelakon perempuan, lalu mendukungnya. Apalah agaknya ada dalam pemikiran pembikin filem ni agaknya. Kalau ya pun nak berlakon macam tu, bersentuh antara bukan mahram -janganlah di rumah Allah.

Ada juga yang perempuan nampak jambul rambut di dalam masjid. Macam-macam hal lah.Tak menghormati sensiviti agama dan mungkin membawa berang orang Islam. Sekadar perkongsian ya.

Sunday, November 13, 2011

Tips untuk pesakit buah pinggang

Ni tips yang mak aku dapat dari seorang saudaranya yang merupakan seorang abib. . Dikatakan elok untuk mereka yang mengalamai masalah buah pinggang. Boleh memulihkan penyakit. Aku ada try jugak. Kita ikhtiar, tawakkal pada Allah. InsyaAllah sembuh.

Bahan-bahan:
- Asparagus (beli yang berasal dari Malaysia)

Cara-cara:

1. Bersihkan dan rendamkan asparagus dalam air garam.
2. Potong asparagus dan rebus sekejap sampai lembut.
3. Angkat dan kisar dengan speed yang maximum hingga hancur.
4. Makan 4 sudu, 2 kali sehari. Sebelum makan apa-apa dan sebelum tidur.
5. Boleh dimakan dengan madu atau susu.
6. Baca Al-Fatihah, selawat 3 kali dan doa pada Allah agar disembuhkan..

(Aku makan dengan madu)

Saturday, November 5, 2011

status fb #6

gembira tengok ramai kawan-kawan 'mencuri masa' dan bersolat di surau CM last sunday. including boy ipoh, joe ipoh, che mat lumbrah, tobek always last, jim bugstar, debab jerantut, soul rebel band members, PxCxS band members and crew, etc. alhamdulillah. marilah menuju kejayaan.

Friday, November 4, 2011

Interview lagi!

Kali ni oleh zine Freaxxx zine dari Borneo. Ni aku paparkan sedutan dari interview tersebut:

5) Soalan merepek sedikit. Kita beralih ke dunia mainstream.

a) Memandangkan sekarang zaman kegemilangan K-pop, apakah drama Korea yang saudara gemar dan
pernah membuatkan air mata punker seperti saudara menitis?

Bulan puasa lepas aku ada terjebak tengok drama Korea di Astro. Ni semua gara-gara emak mertua dan isteri aku yang tengok. Tiap malam lepas tarawikh aku terpaku depan TV menonton drama “You Don’t Know Women”. Ada banyak pengajaran dan iktibar sebenarnya yang boleh diambil dari cerita-cerita macam ni, pasal kekeluargaan. Sampai ayah mertua aku pun terjebak.

Aku dan isteri aku juga suka movie Korea bertajuk “Seducing Mr. Perfect”. Tapi takdelah pulak sampai menangis. Tapi aku memang senang menangis kalau tengok drama atau filem terutama kalau bahagian perpisahan, kejayaan dan kisah sedih macam loneliness, homeless macam tu. Hehe.