Sunday, July 31, 2011

Syukur


Aku sekarang dengan "kawan-kawan punk rock" selalu berkongsi, berbincang apa yang dibaca di internet, dengar di radio atau TV tentang ilmu-ilmu agama. Kalau ada kekeliruan, google dan kami bincangkan. Mudah betul.

Senangnye sekarang ada google. Kalau zaman dulu ada kekeliruan, nak kena cari ustaz/ustazah atau beli/belek buku.

Nikmat Tuhan untuk generasi zaman sekarang. Sujud syukurlah tiap kali lepas Solat. Sebab dapat nikmat jumpa waktu solat dan masih boleh bernafas.

Aku dengar kat IKIM.fm ada seorang ustazah cakap bukan dapat nikmat besar je macam bonus gaji baru kena bersyukur. Tapi nikmat-nikmat kecil kita selalu terlepas pandang. Macam boleh bernafas, boleh berjalan, boleh lihat, boleh dengar, ada perasaan, ada kawan, ada isteri, suami, mak ayah dan lain-lain. Semua tu nikmat dunia yang tuhan bagi.

Aku tengok ayah aku tiap kali lepas solat, dia sujud syukur. Mudah je nak buat. Niat "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah taala". Angkat takbir, sujud, bagi salam. Mudah je nak tunjuk kita bersyukur nikmat Allah bagi free. Takkan kita nak berkira waktu 5 saat.

Thursday, July 28, 2011

knowledge #10: Janelle Hessig


Janelle Hessig is a Berkeley, California based zinester, writer, comic artist and musician. She first published her zine Tales Of Blarg in 1990. Her artworks have appeared in a lot well known fanzines such as Punk Planet and Maximum Rock N Roll. Her artworks were used for various album covers. She published a free, one-page, monthly fanzine Jank with her housemate Jeff Jank. In 2005, her zine and artworks were featured in the San Francisco art exhibition The Copyist Conspiracy: An Exhibition of Zine Art. Janelle is also a musician and played in a number of punk bands including The Tourettes, Panty Raid, and Baby Jail.

Ramadhan Lepas

Tahun lepas hari-hari bukak puasa kat masjid besi, Putrajaya. Tahun ini mungkin tidak berasa lagi. Tahun ini aku akan merindui saat-saat Ramadhan lepas dan juga Masjid Besi Tengku Mizan.

Don't Let The Bat Bite

i had a dream a bat bitten me in the neck last week. i googled the tafsir mimpi and found out that if you saw a bat in your dreams, it means you are about to face economic crisis.

happens to be true! first sent the car for service and ended up paying RM800 for it. during the journey back to hometown, the battery got kong-ed at Bentong's Petronas. had to wait for the pomen to go and buy the battery with extra service charge, RM400.

luckily arrived at Kuala Ibai safely after 7 hours drive and got stranded twice.  total time - nearly 12 hours

selebriti sokong parti pembangkang

 
aku belek surat kabo, ada headline pasal selebriti sokong parti pembangkang. ada ura-ura nak kena buang kerja dengan stesen TV lagi lalu status FB aku...
"owoh selebriti sokong parti pembangkang pung jadi ke masaaloh, payoh sungguh orang 1malaysia ning, sakok bende au ke ye, undi adalah hak peribadi boh!"

a nod to P. Ramlee 'takde kerja' style

Wednesday, July 27, 2011

Temuramah oleh zine Budaya Pop (Kelantan)

Dah lama tak jawab interview zine. Dulu selalu sangat, soalan pun lebih kurang je zaman tu. Siap recycle jawapan sama je. Balik-balik mesti tanya apa dia punk bagi kamu? Hehehe...Enjoys.

1) Assalamualaikum, tgh buat pe?

Waalaikumsalam. Sejahtera ke atas saudara editor dan para pembaca hendaknya. Aku sekarang tengah curi tulang di pejabat. Tapi takdelah curi tulang, sebab memang tengah takde kerja. Jadi, aku ambil peluang jawab temuramah ni. Dah lama aku tak jawap interview zine, minggu lepas pihak Masked Reader zine ada cakap nak temuramah aku jugak, tapi tengok-tengok zine Budaya Pop hantar soalan dulu, takpelah. Selamat membaca dan jangan mudah putus asa.


2) Blh cerita sikit pasal diri anda?

Kawan-kawan aku panggil aku Nizang, tapi keluarga aku panggil aku Ding. Dari nama aku, rasanya pembaca dapat agak aku asal dari mana. Ya, dari Terengganu negeri keropok lekor, penyu dan sekarang dicemari aktiviti yang membazir Monsoon Cup. Tapi aku masa kecik dulu duk Kolumpo, lepas habis sekolah pun banyak menuntut di Kolumpo dan bekerja pun dekat dengan Kolumpo iaitu di Cyberjaya sampai sekarang. Baru saja berumahtangga dua bulan lepas dan kini tinggal di Klang. Hari-hari ulang alik pergi kerja duk dalam kereta 2 jam lebih sampai bontot jadi petak. Aku suka muzik, seni, buku, menulis dan dunia zine. Makanan kegemaran untuk sarapan adalah Pulut Nyior dan masakan kegemaran adalah Singgang dan Golek. Tak kiralah daging ke, ayam ke, ikan ke. Dan juga nasik dagang arwah nenek aku (uwaa, raya tahun ni tak balik Terengganu buat kali pertama, tak merasalah Nasi Dagang…)


3) Sejak bila buat zine ni? Mula-mula buat tu rasa mcm mana?

Aku start buat zine Mosh pada tahun 1999 di rumah mak aku di Kuala Ibai. Mula-mula sangat terujalah nak siapkan isu eksperimen. Sampai tak tidur malam. Tapi sampai isu 14 pun, rasa excited setiap issue nak keluar sama juga, tak boleh tidur malam dibuatnya.

Masa isu mula-mula tu separuh type dan print guna computer, separuh lagi tulis tangan pasal apa aku pun tak ingat. Dakwat printer habis kot, jadi tak sabar sangat nak keluarkan issue eksperimen dengan cepat, guna tulisan tangan cakar ayam pun jadi. Ramai pula yang order dari serata Malaysia. Hahahha, padan muka. Seronok sangat sebab ramai yang beli, lupa pulak berapa salinan terjual tapi aku rasa dekat-dekat 50 copies juga untuk isu eksperimen. Tahun tu aku ambil SPM tapi keluarkan 3 issues.

Aku juga pernah menerbitkan zine Jerangkung Dalam Almari (hanya 2 keluaran) yang banyak terpengaruh dengan zine Cronically Donut dan Roots. Selain tu, aku dan kawan-kawan ada buat zine kolektif The Coalition –menerbitkan 5 isu kesemuanya dengan pelbagai isi, hasil seni dan tulisan-tulisan sumbangan kawan-kawan.



4) Sejak bila terjebak dalam scene hc punk ni?

Pada suatu malam pada tahun 1995, sambil aku melangguk depan peti televisyen, aku tertarik dengan sebuah iklan. Iklan itu mempromosikan sebuah album baru di pasaran. Ia menunjukkan rupa ahli-ahli kugiran tersebut yang berambut merah dan hijau dengan alunan lagu poppunk catchy. Ia adalah iklan kugiran Greenday untuk album ‘Dookie’, dengan semerta aku bertekad untuk mendapatkan album tersebut di kedai. Lagu mereka juga aku nyanyi di pentas sekolah pada hari guru dengan suara demam selsema, punk rock woo!

Sebelum pada itu aku dah dengar album dari Offspring berjudul ‘Smash’ yang dibeli oleh kakak sulung aku, Na. Aku kurang ‘masuk’ pada mulanya dengan muziknya dan aku sangkakan ia adalah kugiran rock koboi kerana adanya suara garau bercakap di antara lagu. Pada tahun itu juga, dia ada membeli album ‘Nevermind’ dari Nirvana. Ketika inilah aku mula terjebak dengan punk rock dan bak kata mat saleh, the rest is history.

5) Cerita sedikit tentang band band yg pernah ko sertai

Jellybelly –band serius aku yang pertama di Kuala Terengganu. Koya nak main poppunk tapi poppunk yang campur-campur influence. Pernah keluarkan kaset ‘Waiting For Last Semester’s Vacation’, masuk beberapa kompilasi dan juga keluarkan split CD dengan The Obvious. Aku di posisi vocal dan kadang-kadang main bass.

Inikah Hidup –band ‘supergroup’ yang dianggotai oleh ahli-ahli dari Kasih Sayang, Jellybelly, Dully Dog dan Eke. Main screamo+rock kangkang. Aku pegang mikrofon jugak. Ada keluarkan album 11 lagu bertajuk ‘Soundtracks of War and Destruction’ –masih boleh didapati dari Shabri Kasih Sayang.

Fortitude –band projek masa study di TATI, Kemaman. Main emo rock kangkang. Hahaha…jamming 2-3 kali, main gig sekali lepas tu terus bubar. Aku jadi tukang nangis. 

Breakneck –band old-school hardcore yang aku jadi vokalis jugak. Jamming banyak kali, setiap minggu. Pernah rakam dua buah lagu yang akhirnya tidak diterbit atau diedarkan. Pernah main satu gig iaitu di Old Skool Hardcore Fest 2003 di Kuala Lumpur.

Dum Dum Tak -band terkini yang aku sertai. Main punk rock dan telah mengeluarkan satu album, menyertai satu kompilasi dan dua promo CDr. Band ni yang paling aktif dan mendapat sambutan  orang ramai. Aku ada menulis buku perihal band ni dan akan diterbitkan kelak.

6) Apa pendapat ko tentang bersih?

Perhimpunan aman Bersih sepatutnya dihalalkan oleh pihak kerajaan dan tidak dicampurtangan oleh Perkasa, Persatuan Silat, Patriot dan lain-lain. Ia adalah perhimpunan aman untuk menyampaikan memorandum kepada sultan dan untuk mengembalikan keadilan dalam pilhanraya di Negara ini yang boleh dilihat pemerintah menggunakan teknik kotor untuk menang di Pilihanraya. Masyarakat patut tahu akan perkara ini dan pemerintah seharusnya menjalankan demokrasi yang sebenar dan tidak memperalatkan masyarakat dengan berita-berita putar belit di TV dan surat khabar milik mereka.

7) kenapa belia selalu sangat dikaitkan dengan dadah

Sebab haiwan tak hisap dadah. Macam soalan teka-teki pulak. Tapi aku tak tahu apa nak jawap, haha. Mungkin patut tanya soalan ni pada Ein Second Combat yang tengah rajin buat gig dan acara-acara kesedaran tentang dadah sekarang. Baru-baru ni ada Drugs Free Day concert dan juga satu lagi konsert anti-dadah di Klang yang dianjurkan beliau. Tapi bukan dadah sahaja yang patut kita jauhi. Arak pun sangat bahaya dan dijual secara terbuka pula! Rokok juga tidak elok dan dijual secara terbuka sedangkan difatwakan haram. Fikir-fikirkan.

8) Siapa idola anda n kenapa?

Buat masa sekarang, Muhammad SAW, Yusuf Islam, Awang Goneng, Ustaz Azhar Idrus, Aaron Cometbus, A. Samad Said, Tuan Guru Nik Aziz, Ian Mackaye, Syarifah Hayati dan lain-lain. Sebab mereka bagus dan inspiring dalam bidang dan cara masing-masing.

9) Apa pendapat ko tentang bola sepak dimalaysia?

Aku tak minat bola. Bagi aku bola sama juga seperti video game dan lain-lain perkara yang menggalakkan persaingan yang melampau dan menjurus kepada pergaduhan dan perperangan. Ni semua agenda pihak berkuasa dunia agaknya. Sesama bangsa dan rumpun pun boleh bergaduh sebab bola sepak. Apa ke hal. Tapi aku memang tak pernah minat bola sepak lepas umur 13 tahun. Katalah apa saja, tak jantan lah tak layan bola atau lain-lain.

10) Apa pendapat ko tentang politik malaysia sekarang?

Makin rancak dan memberahikan. Harapnya Bersih 2.0 berjaya menyedarkan ramai orang dari tidur lena yang panjang. Aku baru daftar dengan SPR lepas kahwin baru ni. 


11) Apa citer zine ko sekarang?

Aku ada menulis untuk isu 15. Tunggu…

12) listkan:
     a) Band kiegemaran ko –Sekarang aku banyak dengar The Ergs, No Use For A Name, Smoking Popes, Joey Cape, Raihan, Good Luck, Yusuf Islam dan The Zikr. Tapi all-time favorite aku termasuk Minor Threat, Sham 69, Greenday, Pinhead Gunpowder, Carburetor Dung, FSF, The Mindless Show, Marjinal, Lead II Nitrate, Scholastic Deth, Nostalgia, The Get Up Kids,  dan lain-lain. 


     b) zine feveret ko – Cometbus, Doris, Conscious #3, Common People, Callus, Roots, Cronically Donut, DRSA, Biogrdable Material dan lain-lain.

     c)makanan feveret ko –aku dah jawap tadi,

     d)tempat yg ko nak pergi –Berkeley, California, Mekah, Madinah

13)mcm mana nak hubungi ko?

Nizam, TBG 1038, KM3 Jalan Kapar, Klang, Selangor, Malaysia
nizangmosh@gmail.com

14)kata kata terakhir?

Teruskan hidup dengan nilai-nilai positif dan raikan orang di sekeliling kamu. Hidup Cuma sekali jadi hidupilah hidup tapi jangan lupa mati dan malaikat maut yang menjenguk kita setiap hari. Jaga diri. Terima Kasih.

Friday, July 15, 2011

Pusing 180 darjah

Dr. Sam

Azmil Mustafa (dulunya Ali Setan)
Bob Lokman
Iwan (dulunya Raja Dangdut)
Sham kamikaze
Malek Noor
Akhil Khayy

Noorkumalasari
http://isuhangat.blogspot.com/2008/04/bagaimana-saya-mula-bertudung-noor.html

Wardina Saffiyah
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=14&t=11765

Wednesday, July 13, 2011

evolusi melukis zaman sekolah

Masa darjah satu, baik di sekolah kebangsaan mahupun di sekolah agama, aku dah start suka conteng buku sekolah. Masa tu koyakkan muka surat paling belakang walhal di muka surat depan ditulis nota dan latihan dari cikgu. Alhasilnya, muka surat di bahagian depan turut terkoyak. Masa tu akal tak panjang lagi, haha.

Darjah dua cerdik sikit, mula koyak elok-elok guna pembaris di garisan helaian muka surat di bahagian belakang buku. Kira muka surat depan selamatlah, tidak turut terkoyak.

Darjah tiga advance sikit lagi. Koyak muka surat paling tengah. Alhasilnya, buku makin lama makin menipis walaupun tertulis 80 muka termasuk kulit di depan.

Pastu pulak lukis dah cantik, nak nampak cantik gi kedai dan fotostet. Tapi jadi macam watak duk dalam penjara sebab garisan-garisan buku pun nampak juga di salinan fotostet! Haha.

Pastu darjah empat dah pandai beli buku latihan sekolah yang takde garisan atau kotak, lukis komik ramai-ramai dengan kawan-kawan. Satu kelas gilir-gilir baca. Kenangan!

Tingkatan satu, guna kertas surat kabo yang dicetak satu muka sahaja. Pada bahagian tak bercetak -lukis. Puas hati, besor. Siap orang lain bawak jugak surat khabar kosong dari rumah suruh lukis.

Sunday, July 10, 2011

panggilan dari kawan.

Malam sebelum perhimpunan AMAN bersih 2.0, kenalan punk ghok aku telefon.

Dia: "Apa demo esok tu, apa sebenarnya? Baik kau tak payah pergilah. Dah ada isteri dan bakal dapat anak. Buat apa nak pergi, macam nak bunuh diri"

Err...peserta perhimpunan aman tu semua pergi demi isteri, suami, anak-anak, dan keluarga la. Demi masa depan mereka yang lebih cerah, lebih adil. Demi masa depan negara Malaysia yang lebih aman, telus, adil, berdemokrasi. Demi pilihanraya dan politik yang lebih telus dan BERSIH. Bukannya pemimpin ketuanan melayu yang memerintah sekarang...

Apa bunuh dirinya pulak? Kalau takut risiko, jangan cakap pasal perjuangan. Mereka buat semua tu sebab mereka memperjuangkan apa yang mereka percaya. Bukan duduk rumah sahaja dan baca surat khabar utusan umno dan tv umno hari-hari dan caya bulat2. Keluarlah dari rumah. Keluarlah dari cengkaman media kerajaan kuku besi putar belit tu.

Kalau surat khabar parti lain, tak boleh dijual secara meluas. Kena tulis 'Untuk Ahli Sahaja' walhal surat khabar parti pemerintah saja yang halal dijual secara meluas. TV pun mereka guna cukup-cukup putar belit berita sampai ramai orang kutuk ulama' PAS.

InsyaAllah.

politik dan aku

Suatu petang, di padang sebelah rumah keluarga aku di Kuala Ibai. Kelihatan ramai orang bergotong royong membersih semak dan mengecat markaz PAS di situ. Seorang pakcik memasang bendera pas kecil-kecil di pagar rumah aku dan bertanya pada aku "Mok maroh dok pasang bendera kat sini?". Aku buat-buat tanya pada mak aku kenapa dia tanya soalan macam tu. Jawab mak aku, mungkin sebab rumah nampak besar dan diandaikan kami penyokong Barisan Nasional. Aku dapat andaikan mak aku lebih kearah PAS ketika itu.

Pada malam tersebut berduyun-duyun ramai orang berpusu di padang tersebut menghadiri ceramah PAS tersebut. Ramai juga menumpang dan duduk di dalam kawasan rumah kami. Kami bagikan surat khabar lama untuk dijadikan alas. Ada antara mereka duduk di kerusi kami dan mak aku buat air sekali walaupun pernah kenal gerangan yang menumpang dengar ceramah dalam kawasan rumah kami.