Monday, May 24, 2010
Pelancaran Nota-nota Gerila
Tak sangka pulak aku. Tajuk majlis yang aku cadangkan ni, betul-betul dipakai. Program-program yang aku cadangkan pun diluluskan. Aku pulak dilantik jadi penegerusi majlis. Ni dah macam majlis aku ni...hehehe...apa-apa hal harap aku tak gabra pada hari ni. Kita jumpa di CM Annexe sempena 2 hari Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2010...
PS: Warna hijau dijadikan tema sebab majlis/acara melibatkan zine kat Malaysia ni masih baru, dalam ertikata lain 'masih hijau'.
Sunday, May 23, 2010
mimpi ngeri siang hari gigit jari
'Elephant Man' ni bukan cerita ngeri tapi top paling aku takut masa kecik! Sebab muka/kepala manusia ni yang buruk. Sampai aku takut ngan bantal pasal dalam movie ni ada satu scene berkaitan ngan bantal. PARROOK!! Akibatnya, kami adik-beradik asyik tido kat bilik Ma ngan arwah Pa je, hehe.
Kat bawah ni pulak cerita misteri yang aku suka layan kat TV. Ada satu episod tu Henry Rollins (Black Flag) berlakon extra bawak jip kat padang pasir...seingat aku la...bes citer ni. Pernah sembang ngan Mat Yie pasal cerita ni dalam bas dulu, tapi masa tu kami lupa tajuk rancangan ni. Oh, masa awal sekolah menengah dulu, macam ramai orang, aku dan adik-beradik aku layan jugak tengok X-Files kat TV.
Monday, May 17, 2010
survey for mosh #14
yeah, i'm already brainstorming for mosh issue #14. one of the main thing for this issue is this survey. i want as many people to answer this survey. do send your answer to nizangmosh@gmail.com, this issue will probably be an 'almost non-musical issue' or 'childhood issue' or 'survey issue'...we'll see...this is what you get for reading too much stuffs from microcosm, i think so...i'm also accepting (looking for) contributions of any sort (art, writing, poems,...) about childhood/growing up memories.
1. What’s the first zine you’ve read/seen?
2. What zines you read that gave you life-changing experience?
3. What are your favorite zines and why?
4. What’s the weirdest zine you’ve seen and how does it look like?
5. What’s the first hc/punk/DIY record/cd/tape you bought?
6. What’s the hc/punk/DIY band that changed your life?
Tuesday, May 4, 2010
selangkah ke alam bawah tanah
Tahun 1995 aku mula terjebak dengar music alternative rock dan punk. Suatu malam dalam tahun 1996, teman kakak aku meminjamkan padanya beberapa naskah-naskah bersaiz A5 dengan berkulit kertas warna. Ia difotostet tapi reka letak agak menarik-aku ingat ianya difotostet dari majalah.
Tak lama lepas tu, aku nampak lagi benda alah ni kat jamming studio beranama MOM studio milik Kuyie, kali ini berkulit biru. Namanya Pang Zine isu pertama yang dibikin oleh Mat Pang –ada interview dengan band kampong aku, DPSA, ada review demo band The Rotten ‘Sketch Your Brain’ dan lain-lain. Lepas tu aku beli zine Pang #2, dan juga #3/4 double issue yang ditukar nama jadi PangCore kat tempat yang sama.
Dalam tahun tu jugak aku mula baca kolum kelolaan Joe Kidd dalam surat khabar The Sun yang kawan aku Samir bawak ke sekolah tiap minggu ke sekolah. Dalam kolum
Budak sekolah aku Abu bagi aku flyer masa ket sekolah. Flyer tu mintak sumbangan untuk isu sulung zine Go Straight Down. Aku pun tulis lah dan bagi gambar kawan-kawan main papan selaju masa tu. Aku jugak tulis pasal scene papan selaju kat kampong aku kat zine-zine lain macam Chaos PS, Most Wasted Skateboarding dan Simple zine.
Antara benda yang aku sumbat dalam zine aku adalah lukisan dan contengan, tulisan merapek, interview band dan ulasan poyo zine dan rakaman-rakaman band tempatan dan luar negara sikit-sikit. Aku masih buat zine sampai sekarang, dah isu ke 13 dan dah berusia 11 tahun. Tak tahu lah sampai bila aku akan buat zine ni tapi kalau takde halangan dan idea masih belum kering, aku akan terus berusaha menyumbangkan tenaga untuk industri zine, punk rock dan DIY tempatan.