Thursday, December 24, 2009
sham 69 in Kuala Lumpur??
Lepas satu-satu band lama/oversea nak dtg jenguk tempat kita ni. Ni tahun depan Strike Anywhere confirm main kat KL.
Aku dengar pulak The Vibrators nak main gak kat KL tapi rasanya tak ramai sangat ikut The Vibrators ni. Tapi Sham 69?? Aku suka gila band ni dengar kaset dubbing kawan kakak aku zaman sekolah dulu. Pastu band Strict Tease selalu jamming lagu2 Sham 69,...tunggu dan lihat!
Monday, December 21, 2009
rebiu filem: Punk in Love (2009)
Tah pape jugak filem ni namun aku kagum ada filem macam ni keluar dari Indonesia. Permandangan-permandangan sebenar beberapa daerah negara ni dapat dilihat sepanjang filem ni. Lawak-lawak yang dibuat-buat dan ada yang melampau.
Yang menariknya hampir keseluruhan lagu dalam filem ini adalah dari Marjinal. Beberapa kali berkumandang lagu "Cinta Pembodohan part 2".
Cerita mengenai Arok yang mengembara dari Malang ke Jakarta bersama 3 orang rakan punk rockers untuk menghalang perkahwinan girlfriendnya, Maia.
Ok, ape-apehal korang cek it out je. Berbaloi gak.
Ni aku dapat dari review dalam blog Aniq:
Trailer:
http://www.youtube.com/watch?v=UrCjJKL-mjI
Download:
http://www.filestube.com/51baad29bff48e8f03ea,g/Indonesian-Movie-Punk-in-Love-2009-DvDrip-eDkUn-eRiKa.html
Wednesday, December 16, 2009
beli, baca.
Buku dari srikandi pejuang kemerdekaan ni sangat senang dibaca, mudah dan cepat aku habis pembacaannya walaupun aku matapelajaran sejarah memang FAIL. Memang bagus untuk dibaca terutama mereka yg percaya bulat2 buku teks sejarah sekolah dan filem Bukit Kepong.
Sunday, December 13, 2009
rebiu laguan dan zine utk zine ASID
The Pips ‘Tug Of War’ CD (Knot Records)
Album sulung dari kugiran folk punk dengan sentuhan blues dari ibukota ini memuatkan 8 lagu-laguan sarat kritik sosial politikal dan juga emansipasi wanita. Lirik berani dan pedas yang dilagukan oleh mereka termasuk sebuah mengenai nasib Altantuya Sharibu dengan tajuk ‘Ashes In The Wind’. Dalam lagu ‘Change’ pula mereka meluahkan perasaan mereka dan kita sebagai rakyat yang ingikan perubahan pada system politik kini yang tidak adil, hipokrit, dan merompak harta rakyat. Mereka turut merakam semula sebuah lagu dari Marjinal (
thepipsters@gmail.com
http://myspace.com/thepips666
Always Last ‘Antidote’ CD (Nervhous/Pissart/Embrace Records)
Akhirnya, album yang dinanti-nantikan ini berada di tangan aku. Kugiran melodic punk supergroup ini menghadiahkan 15 lagu (dan satu lagu tersembunyi) untuk kali ini. Lagu pertama yang akan menarik perhatian pendengar untuk putaran pertama semestinya lagu catchy di track ke-6, berjudul ‘Jom Layan Punk’. Lirik banyak menyentuh tentang perubahan system authority, perang yang tak sudah-sudah, perihal scene punk, setiakawan, dan juga lagu patah hati. Lagu-lagu lain yang yang menjadi pilihan aku adalah ‘To Be True Is A Lie’, ‘Tulip’, ‘Good Friend Of Mine’, ‘Comforting Asses’ dan ‘Aaina Kameilia’. Muzik yang ditampilkan di sini bukan sahaja melodic punk, tetapi juga poppunk, hardcore dan juga indie.
http://wearealwayslast.blogspot.com
Pusher ‘Our
Kugiran yang tak perlu diperkenalkan lagi asal Shah Alam kembali lagi dengan lagu-lagu punk rock tendang punggung. Lagu pilihan penulis adalah ‘Radio On Fire’, ‘Bring Em’ Back’ dan juga lagu cover dari ART, ‘Stop The Madness’. Lagu pembukaan dan penutup yang agak berlainan dengan gabungan bunyian-buyian samples yang bingit. Seperti biasa punk rock bawaan Pusher dipengaruhi elemen skapunk dan dub dan ada juga yang kedengaran seperti folk-punk. Mereka juga merakam kembali lagu ‘Stop The Madness’ lagu asal oleh kugiran A.R.T tetapi dengan lirik dan cara mereka sendiri. Ini merupakan antara album punk rock yang sangat baik untuk menutup tahun 2009.
knot_records@yahoo.com
thericecookershop.com/knot
Toxictoy ‘Amazingly Realistic Puke!’ CD (Nervhous Records)
Ini pula kugiran poppunk asal Padang Piol, Jerantut dengan buah tangan kedua setelah mengeluarkan e.p pertama mereka awal tahun 2008 lalu. Lagu-lagu dalam e.p ini sungguh catchy, tidak hairanlah ramai yang hafal lirik mereka dan turut sama beryanyi ketika mereka beraksi di pentas. Lirik-lirik yang diketengahkan adalah cerita-cerita tentang soal kehidupan, penyesalan, nasib badan, dendam dan lain-lain.
http://myspace.com/toxictoypiol
Never Found/Molotov Cocktail ‘Solidarity Split’ CDR (Corerockmoon)
Keluaran split ini menampilkan dua kugiran melodic punk dari dua buah negara. Never Found dari
http://www.myspace.com/nothingfree09
http://www.myspace.com/molotovcocktailjakarta
The Needles ‘Nobody Rules Anybody’ CDR (keluaran sendiri)
Yeah, kugiran pop punk ala Ramones dari Ampang ni kembali dengan keluaran baru kali ini dengan tujuh lagu. Tiga lagu dari demo terdahulu ‘Rock N Roll My Soul’, ‘She’ll Die on Halloween’ dan ‘Emma’ juga disertakan disamping empat lagu mereka. Trek pembuka ‘Nobody Rules Anybody’ memang catchy dan seronok dinyanyi beramai-ramai dan buat penulis menggila sebentar semasa mereka bermain di gig ‘We're Dragging You Down Under’ sikit masa dulu. Lagu baru mereka ‘Phinea’s Skull’ berentak lebih pantas dan garang. Apa yang mengagumkan saya tentang The Needles adalah kugiran dengan ahli-ahli muda lengkap berjaket kulit terdiri dua orang pelajar tingkatan dua, dan seorang lagi darjah enam! Mereka mengeluar dan mengedar sendiri CD ini dan turut membuat gig sendiri untuk mempromosikan keluaran-keluaran mereka, salute! Patut diberi perhatian.
http://theneedles.blogspot.com
Conscious Number Three zine
Keluaran ketiga zine Conscious ini agak berlainan dengan isu sebelumnya. Ia memaparkan kisah-kisah benar dari hidup editornya, Ben. Isu ini amat menyentuh perasaan dengan cerita peribadi yang dikongsi dengan pembaca yang rata-rata menyayat hati. Ini bukan emo, inilah reality kehidupan. Semua orang ada kisah hidup masing-masing dan ini adalah hidup Ben. Antaranya adalah mengenai ketahuan wujudnya abang kandung dan hasrat untuk mengelilingi negara untuk menjejak beliau walaupun tak tahu nama atau apa-apa maklumat langsung tentang beliau.
Hitam Putih Funzine #1 zine
Ini pula zine yang membuat aku berdekah-dekah ketawa seorang diri macam orang hilang akal. Aku rasakan lawaknya jujur dan tidak dibuat-buat. Zine ini dibuat oleh Farid yang berpusat di Kota Bharu dan masih bersekolah di tingkatan
Sunday, December 6, 2009
tunang doh :)
acara yg diplan last minit tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar. sori kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang tak dijemput. acara kecil-kecilan saja. terima kasih pada yang hadir walaupun diajak melalui telefon pada pukul 12 malam.
selambe redah. baru rock. haha.