Monday, March 30, 2009

Rich Kids on LSA (lyrics by Pusher)



Sober but I feel that bad, Having this stupid impact,
I can't stand this prejudice, just like another day,
I sit myself with a pulling tea (teh tarik?),
Then came these kids claiming,
They're punk, they're into trendy and that sucks,
Proud of their stuff, they're so rich,
Calling my mohawk friends bitch,
They say better make-up at a saloon,
Hope you learn to live independent,
Sid & Nancy, Bony & Clyde a failure idol.

Band: Pusher
Origin: Shah Alam
Contact: www.myspace.com/pushering

Sunday, March 29, 2009

Minyak Pak Ali for sale



If you think this is another direct-selling MLM product, think again. hehe...

Pak Ali ni moyang aku. Beliau cipta minyak ni la. Aku kenal minyak ni sejak aku lahir la, lahir-lahir terus pakai minyak ni. Hehhehe...So, masa kecik adik beradik mak aku yang buat minyak ni kat kampung aku di Air Jernih Terengganu.

Ada satu time tu, lepas aku habis diploma (2004), aku buat minyak ni masak sendiri kat umah mak aku di Terengganu. Memang susah! Beli bahan-bahan kat kedai india dan kedai ubat cina. Bagi je kertas pesanan kat tokey tu dah tulisan pun cina. Beli minyak bergelen-gelen, eh takdelah 26kg jer. Peram bahan-bahan seminggu. Sebelum peram kene ketuk-ketuk dan patah-patahkan dulu bahan-bahan dia. Lepas peram seminggu, masak pulak 7-8 jam straight. Bayangkanlah macam mana rumah berasap dan berbau minyak ni. Semua baju-baju pun bau minyak ni. Lepas tu tunggu die sejuk, lepas sejuk tapis pulak masuk botol minyak. Lepas masuk botol minyak. Beli pulak bahan lain bagi die berangin, campurkan. Tunggu pulak seminggu. Pastu baru boleh tapis sekali lagi untuk masuk dalam botol-botol kecik untuk dijual.

Masa tu, sticker label dia pun tampal secara manual. Sambil tengok TV, 2-3 orang kena bekerja. Aku ngan adik-beradik aku ler. Sorang tukang tuang minyak dalam botol. Yang lain lap botol dan tampal sticker. DIY jugak la ni, rumah pun macam kilang. Sayang aktiviti ni kitorang dapat rasa kejap jer. Tapi sekurangnya dapat merasa buat sendiri sebelum kilang amik alih tugas ni.

Lepas tahun 2005, minyak ni adik-beradik mak aku dah tak buat secara manual. Buat kat kilang di Bangi. Dulu design ala-ala ubat tradisional dan takde kotak. Sekarang dah dipackagekan dalam kotak. Kat Terengganu memang hangat di pasaran tapi kat luar Terengganu memang orang tak kenal sangat. So, tugas aku lah sekarang nak hasut korang beli minyak ni. Tak punk la tak beli minyak Pak Ali boss.

So, minyak ni boleh digunakan untuk apa saja. Taruk dalam tangki minyak kapal selam jer takleh.

RM5.50 by hand
sekian.

nota kaki: tengah2 gawat ni, carik duit tepi kene banyak sikit.

Movie Review -Talentime


Talentime, sebuah lagi filem dari Yasmin Ahmad yang penuh dengan trademark dari beliau. Kisah keluarga yang berpegang pada kepercayaan Islam dan dipaparkan dengan cara yang "realiti" pada masa kini dan juga dulu mungkin. Awek melayu berbaju kurung, keharmonian dan konflik bangsa/budaya berlatarkan arkitektur lama di bandar Ipoh.

Filem yang membuatkan anda gelak besar tak abis-abis dari mula cerita sampai nak habis cerita. Part-part nak habis tu pulak akan buat anda menangis. Betul. Menangis.

Sebuah filem yang cantik. Cinematografinya cantik. Angle-angle cantik. Jalan cerita agak biasa tapi banyak bermain dengan perasaan, tapi tak berat sangat. Santai jer.

Part paling bes, masa cikgu kentut. Selambe.

Lepas tengok filem ni, lagu "Marebbbiiiyaaaaaaaaaaaaaaaa" terngiang-ngiang.

Aku kasik 3 1/2 bintang out of 5.

Banyak lagu-lagu bes dalam filem ni terutamanya (ada 2 kalau tak silap) yang dinyanyikan Aizat AF dan ditulis oleh Pete Teo.

Punks Wash Their Own Dish!



Basuh ler pinggan mangkuk lepas korang gunakan. Lambat sikit pun takpe tapi jangan sampai menyusahkan orang lain yang duduk satu rumah ngan korang. Karang kalau kata mak bapak korang tak ajar korang marah pulak. Tutup lampu, kipas kalau taknak pakai bukan masa Earth Hour ajer. Lepas makan roti ke biskut ke, ikat balik. Kalau tak alamatnye korang share roti korang tu dengan tikus atau cicak ler...

Kerja bakti, foodnotbombs, NGO, kalau korang jadi volunteers memang bagus tapi mulakanlah dari rumah. Cantik.

Apa korang buat time "EARTH HOUR" semalam?



Aku dengan Rina pergi ke Jusco Bukit Raja untuk makan-makan dan beli kasut (padahal gaji belum masuk) semalam masa Earth Hour. Tu pun sebab kasut berjenama jual murah, jadi sambar aje. Harini gelabah korek duit.

Sangkaan kami Jusco tak turut serta dengan Earth Hour ni, tapi diorang turut serta dengan menutup lampu di bahagian tengah Jusco tersebut. Kedai di sekeliling bahagian tengah tu masih terpasang jadi tak la gelap sangat tapi masih gelap sebab nak pilih kasut tu, tak tahu warna die cokelat gelap ke camner.
Apa pendapat korang pasal Earth Hour ni? Aku ade dapat email dari seorang pembaca Mosh. Kita ikuti pendapat beliau:

Ah it is a pointless symbolic idea of some multi-million dollar company to show that they care about the environment.
I believe they are just using this to highlight people like me as those who are not concern of the environment.

If they really want to save the environment with this electricity thing, KLCC wouldn't be lighted up until 3 in the morning almost everyday. I could list all the dumb things on it but it would be too long. Consider this, most countries who will be participating in this shitty idea are placed in the bottom of the environmental list. Sweden top all of these so-called 'environmental-friendly' countries and they have implemented this idea way before this earth hour thing surfaces. I personally care about the environment but that doesn't mean I have to bow down to those intelligence-deficit CEO's idea. I have my own beliefs on how I could reduce the pollution or whatever it is. It actually sickens me that most people only do things because of popular beliefs or the trend. Believe me after this Earth Hour program, people will not even pay attention on the over-flowing current they are using. Oh and by the way, this idea has given a huge profit to the 'inventor' and caused almost billions for countries participating. I rather be in lights and not consume on plastics and papers rather than be in the dark praising myself for doing the 'right' thing.

Apa pendapat korang???

Saturday, March 28, 2009

post yang ke 100!


"Sedang molek" kata orang ganu bila mana aku buat banner baru bersamaan dengan post blog ini yang ke 100! Hahha...ini merupakan post yang ke 101. Banyak jugak aku menulis dalam blog ni. Blog ni aku dah buat lama tapi start semangat mengepos dengan post pasal White Shoes and The Couples Company tu. Harap aku akan masih terus mengepos blog walaupun tak pasti sapa aje yang baca blog aku ni...

Friday, March 27, 2009

Missing Link Records


Missing Link Records is a record store in Melbourne, Australia. The shop first opened in 1971, but was then called Archie and Jughead's, named after the comic. The shop's co-founders, David Pepperell and Keith Glass, established the shop as a much-needed rock record shop. The original aim for the shop was to stock imported records from the United States that were not readily available in Australia at that time.

In 1978, Archie and Jughead's became Missing Link (after a brief stint of being called Dr. Peppers). The name was being used by Keith Glass for a record label. The name was taken from a wild 60s Australian rock band, The Missing Links, and was felt to greater embody the contemporary punk rock / new wave scene of which the shop had become a part, while still reflecting the owners' past. Missing Link had become an integral part of Melbourne's independent music scene, promoting and selling local releases, and acting as a source of new music from overseas.

The original owners eventually moved on, but Missing Link has remained at the forefront of independent music in Australia.

Today, the shop is one of the main punk and indie rock retail outlets in Australia.

The shop is located at Basement 405 Bourke St., Melbourne.


The Birthday Party

Thursday, March 26, 2009

Have Fun/Good Clean Fun

Semalam aku balik kerja terus pergi rumah Amert Stick No Bill, pastu tido sampai pukul 7. Ngantuk. Aku sekarang asyik tak cukup tidur je. Pukul 7, aku, amert, shah Disgruntled ngan Buyeng (budak skate kat Putrajaya, asal Kerteh) bergegas gi KLIA.

3 band kawan-kawan akan berangkat ke Indonesia untuk siri jelajah (3 show jer, tapi Ok la tu...). Mereka adalah Skunkfix, Carbon4Teen dan Skatanixs. Tapi Skatanixs naik flight dari Penang. Ni la first time aku gi hantar band utk touring sampai diorang masuk ruang menunggu naik flight.

Rugi pulak tak amik gambar. Emo jugak semalam masa bersalam-salam (salam gig) sambil ucap "Have Fun!" dan sampai ditukar "Good Clean Fun!"

Kenapa kitorang semangat sangat sampai pergi hantar di KLIA? Kitorang tunggu sampai nak tengok kapal terbang diorang berangkat. Sebenarnya Skunkfix baru siap rakam n mixing 3 lagu promo yang bakal mula diedar pada budak-budak di Indonesia. Kira budak Malaysia pun tak dapat lagi lagu-lagu ni, kerja agak last minute dan aku terpaksa ditugaskan buat layout utk cover CD diorang ni. Jadi, terpaksa la kitorang gi KLIA sampaikan cover tu (fotostet je kat ofis ni...)

Berikut layout cover tu...


Artwork oleh Emy Skunkfix.

Buyeng ni baru lagi lepak ngan kitorang. Dia budak MMU. Muda lagi 19, dan masih single. Jadi die pun macam blur2 lagi akan aktiviti kami ni tapi die dah tengok DDT jam minggu lepas. So, dalam perjalanan pulang die tanye la, korang kenal band-band tadi kat gig ke?

Skunkfix aku kenal kat MySpace. Masa tu aku dengar lagu kat MySpace mcm bes so aku ajak trade stuffs. 10 keping CD diorang first demo aku dapat. Semerta, Fael gitaris diorang selalu datang lepak kat area umah aku dulu dan lepak dengan aku dan Rizie lalu terus jadi rapat sampai Fael, Rizie ngan aku jamming2 sampai terhasil band DumDumTak. Sebelum tu jugak aku ada release lagu-lagu Skunkfix bawah label aku. Rizie jugak penah ejas skunkfix main di Kuala Terengganu dulu dan kitorang travel sama-sama gi and balik KL dengan keter Razi (AnockMearan) dan Fael (eh ye ke? lupe). On the way balik, kitorang singgah di Marang dan mandi laut di Marang. Bes bes...Amert pun ada sekali masa tu...nanti aku carik gambar time tu...

Carbon4Teen pulak, memang band lama...aku pernah dengar dalam beberapa compilation sebelum ni. Tapi first time aku jumpe line-up diorang dan tengok diorang main adalah tahun lepas. Bak kata Tobek Fags and Stoned, sapa tak kenal Apis sekarang? Tokey besar Red Ink Entertainment. Pewaris buat gig di JB lepas Dicky...ehehhee...tapi sekarang die banyak buat gig-gig besar di KL.

Skatanixs...aku kenal...aku memang baik ngan drummer diorang iaitu Ian. Dulu masa awal pembabitan aku dlm scene, aku suke skate dan so-called underground music. So, Ian ada buat zine nama Most Wasted Skateboarding or MWS. Jadi aku tulis dan contribute stuffs untuk zine die semua. Fi frontman diorang pun memang seorang yg sangat berdedikasi dalam scene skatepunk dan punk rock am nya di Malaysia. Ni pun dah kali kedua mereka pergi Indonesia.



Oh, ni satu berita yang aku tak patut tulis, tapi...ada sangkut-paut dengan Indonesia, jadi aku tulis jer lah. Satu label Indonesia telah menyatakan hasrat untuk merilis split CDR DDT dengan satu band di Indonesia bernama The Roots...Mungkin dalam pertengahan atau akhir tahun ni...aku harap projek ni menjadi...


:)

Cikgu Punk Kembali Daaa

Kat bawah ni gambar student aku sem lepas yang tanya aku "Sir, Sir join jugak ek Inikah Hidup?". Rakan sepejabat aku yang ajar die sem ni telah ambil gambar die dalam kelas. Tengok baju die pakai tu...punk rock sungguh. Rosak student...

Wednesday, March 18, 2009

Alamraya Sekolahku

Aku baca nama band Marjinal first sekali dalam zine Roots#3, dan memang sangat tertarik tapi aku tak tahu mane nak dapatkan stuff diorang. Tahun 2004, Ronin Distro release kaset diorang yang bertajuk 'Termarjinalkan'. Time tu aku kerja kedai fotostat (designer sebenarnya di kedai printing, tapi kerja-kerja fotostat, binding, jual top-up tu seme termasuk tugas aku). So, Cikgu Fazri (masa tu blom dpt title cikgu) suruh aku fotostatkan cover kaset ni. Hehhe...ok la tu untuk intro. Aku suka lirik lagu ni, lagu ni siap ada part dangdut lagi, memang lain dari punk biasa. Jadi kita layan...

Belajar Sama-sama

Belajar sama-sama
Bertanya sama-sama
Kerja sama-sama
Semua orang itu guru
Alam raya sekolahku
Sejahteralah bangsa dan bumiku

Tuesday, March 17, 2009

Tahniah kepada Jang Manteras



Ya inilah dia kawan kita Jang yang selamat melangsungkan perkahwinannya March lepas. Aku curik gambar ni kat blog Shabri. Aku mula kenal Jang masa dia jaga Studio A//Mince dulu. Bagus dia ni, ajar budak-budak bike punx dari luar negara isap rokok Gudang Garam.

Aku masih ingat masa budak-budak metal tak puas hati ngan aku sebab aku tulis otai-otai scene metal di Terengganu dengan gelaran "old dogs". Jang menyelesaikan ketegangan pada waktu tu, kalau dia takde taktahu ler aku...ehhehehe...Rilek ler brader. hohooh...

Jang ni mamat metal dan pernah buat zine nama Manteras, banyak lukis komik dalam zine friendHELPfriend. Dia ada plan nak buat zine nama tari ombak lepas tu dan ada interview band Jellybelly tapi setahu aku zine tu tak pernah terbit...

Tahniah...kita tengok giliran sape pulak lepas ni...hehhehe...

Monday, March 16, 2009

Artwork: Kerja itu Setan Gondol?



Heh apa kena ngan aku ni asik kutuk kerja je. Ada kerja bagus pun mujur. Orang lain kerja lagi teruk. Ok, ni last pasni aku taknak kutuk kerja dah. Aku hargai kerja aku ni, mulia kan. Ibarat lilin kan...

Cikgu Fazri pun cakap kerja tu setan gondol. Kerja sering mengganggu dan mencuri masa kita dari terus bersenang-lenang. Rilek di Pertama Komplek. Lepak di Setapak. Sori naik lori. Apa-apa pun, kalau tak kerja mana nak dapat duit? Tunggu duit jatuh dari langit? Huhuhu...

Ni aku lukis pagi tadi kat opis, pastu aku photoshop kul 1.30 pagi ni. Ni dah kul 2, tido dulu...

Apis ni suke sgt tag sayep

TANDA
1.Tanda2 kamu badmood?
Senyap, muke pun berubah.

2.Tanda2 kamu marah?
Sama dengan jawapan atas.

3.Tanda2 kamu sinting?
Sinting tu apende?


4.Tanda2 kamu malu?
Muke jadi merah padam kot? oh.

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
Muke jebek.

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
:(

7. Tanda2 kamu tengah gumbira?
Nyanyi masa bwk motor~

APA
1.Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?
Hitam. Hari-hari pakai hitam, bes kan.



2.Apa kah kamu termasuk orang yang suka shoping?
Suka! Yeay! Hahhahaha...tapi tak mcm female kat bwh ni...ehehhehehh...lenguh jalan lame2. Duduk bes. Duduk baik. Tapi suke kalau ade teman ler...teman Rina gi shopping. Atau Rina teman sayep shopping bes. Rina baik kan.





3.Apa kah kamu percaya love at first sight?
Yeah why not hehehehhe..



4.Apa yg ingin kamu lakukan skrg?
Balik tido lagi dan lagi. tido sampai lebam bersama si dia.



5. Apa rasa di hati kamu saat ini?
Bosan



BILA
1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?
Pertama kali? Hmmphs!!!


2. Bila saat terindah dlm hidupmu?
Saat bersama orang tersayang tanpa masalah membelenggu pikiran.


3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?
Bila ek?


4. Bila kamu akan married?
Harap-harap cepat


BAGAIMANA
1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?

Sumpah seranah dalam hati, hempas pintu...


2. Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?
Kembang ler hidung kejap.


3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
Hohoohoho...teman mane lak nih, adoih...

4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?
Ingat die bes sgt ker


5. Bagaimana kalau ketika kamu bgun, kamu dikelilingi api?
Saspensssssssssss...

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
always alone wot.

Sunday, March 15, 2009

Tak kene tag tapi mengada-ngada nak buat

Okay, here’s the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer.After that tag 7 people.

The Age Of Next Birthday


27 tahun. Yo!

Place I'd like To Travel

Any foreign countries...yes!

A Favourite Place


Katil aku........oooooooooooooooooooohhh....

A Favourite Food


Ayam masak merah hahahhaa

A Favourite Thing


TV, awek aku kasik...! eehhehehe....

A nickname I had


First page kat google seme kuar gambar aku...hahhaha!!

Favourite Color

Red...!!!

College Major

Multimedia...heheh...belajar flash...

Name of My Love



A Hobby

Aku suka menulis...

A bad habit

Hehheh, berdengkur bukan bad habit sbnrnye, sian rina...

My Wishlist



Aku nak bukak distro a.k.a kedai sendiri satu hari nanti...heheh...Rina bole wat kek.

Ambil Kembali Kehidupanmu


Sabtu baru ni aku ponteng kerja. Rasa sangat seronok ya! Menghabiskan masa dengan orang tersayang bersiar-siar. Aku setuju dengan Zaki , kerja pada hari sabtu perlu dihapuskan sama sekali untuk kehidupan sejagat yang lebih aman tenteram.

Tanya aje kat Rina, setiap Sabtu aku sumpah seranah maki hamun pasal bencikan kerja pada hari Sabtu. Sebelum aku start kerja full-time, Sabtu aku aman dan aku amat bencikan kerja pada hari Sabtu.

Straits Records

Aku tahu pasal label Straits Records ni masa aku beli CD Plain Sunset dari Pustaka Distro pada awal 2000an dulu. Pastu aku ade beli CD-CD lain jugak keluaran label ni macam Cesspit.

Aritu aku gi Singapore ngn famili aku, aktiviti penuh, hari Ahad nak balik baru gi kedai diorang...tutup pulak, memang kempunan!

Minggu lepas aku ada beli CD 'Making Waves Again' kat Ricecooker iaitu kompilasi band-band yang pernah rilis bawah Straits Records dan sempena 13 tahun kewujudan mereka. Harini aku tengok video ni iaitu pasal distro dan kedai mereka di Singapore. Agak inspiring...



Ni salah satu band Singapore yang bes jugak. Band yang dah lame, aku pernah bace review kaset diorang 'The Fight in the Cave of the Moon Butchers' dalam Blasting Concept masa tahun 1995-96 dulu...first time dapat tengok diorang dengan gig Unclogged di No Black Tie sekitar 2002-2003 camtu...

Saturday, March 14, 2009

Nizang dang Kenangang 1

Semalam aku mimpi aku gi gig dekat A//Mince Studio (tapi dalam mimpi aku tu rupa dia lain, besar). Masa tu lagu yang tengah berkumandang lagu The Obvious tapi yang main adalah Rebel for X! kah kah kah...Ramai giler crowd. Sampai budak-budak dungun (The Goodnite Goodies) punye muke pun keluar and Kemaman (Aftermath) pun keluar.

Nampaknye aku sangat rindu dengan rakan-rakan dari Terengganu terutamanya yang dari era A//Mince.

Semalam Shabri (Kasih Sayang) sms aku suruh carik CD Azmyl Yunor complete discography.

Minggu lepas Nazri (aka Abam) dari kugiran Strict Tease/50 K Promises sms aku jemput pegi kenduri kahwin die 4 April 2009 ni. Gila dah 10 tahun aku tak jumpe Abam yang mempunyai senyuman Cameron Diaz ni.

Bangun pagi lepas tengok Melodi kat TV3, aku pasang lagu-lagu The Obvious...

Ohh Ohh Ohh...

Pastu aku sms Awang suruh band baru die buat satu lagu tribute to A//Mince. Aku volunteer nak buat lirik...nanti aku post kat sini...ehhehehhe...

Monday, March 9, 2009

Tak senonoh btol...


(Dari kiri; sape ek name, apism azmal, man, gitaris half asleep, salman, ebak, rizie...)

Saturday, March 7, 2009

Pop Pop and Away (Tribute to BLUR)












Kisah Langsuir



KISAH 1

Band Metal dari Ipoh iaitu langsuir suka eja nama diorang terbalik...jadi riusgnal.

Dulu masa aku study kat TATI, ada sorang mamat ni die taruk sticker (sticker potong) riusgnal kat file die. Satu pagi masa tengah tunggu lecturer datang, aku terdengar die berborak ngan kawan die cakap pasal stiker tu. Aku pun pergi menyampuk...

Mamat file: Aku tak tahu ape maksud sticker ni, dah lame aku pikir.
Aku: Ni maksud die langsuir, ejaan di terbalikkan jadi riusgnal.

Lepas hari tu, aku tengok kat file die dah takde sticker tu...

KISAH 2

Ada sorang mamat metal ni, lukis logo Langsuir dekat beg sekolah die, bersungguh-sungguh ler. Bila dah penat lelah siapkan lukisan tu, sibukler nak eksyen kat kawan2...

Kawan die tengok, "Weh ni Langsuir ke Langsir ni!"

Dia tertinggal huruf "u" ler... kah kah kah.

Yeah, makan sampah. Salah ke???

Demam 90an

Mid 90's





This was the early 90's for me...



Demam 80'an



Aku lahir tahun 1982, tapi zaman Rock and Roll Malaysia aku tak sempat rasa sangat kecuali tengok cerita2 kat TV tengok Juara Lagu, memang rock habis hehe. Dari kecik aku memang teruja kalau tengok gambar2 band2 rock. Cara berpakaian diorang, dan...posing semua kah kah kah.

Mat Yie: Where were you? Those were the days man!!!
Me: Well, next time I'll get born a little sooner k bos...ekheheh.

Zaman aku mula banyak dengar muzik dan consume muzik adalah zaman Rap kat Malaysia. Yeah, KRU, Nico, 4u2c, Krash Kozz antara gergasi zaman tu...ni semua start tahun 1992. Just for the record, dulu aku ade t-shirt 'Kru Posse'! hehehehhe...

Tahun lepas, Amert dari Stick No Bill ada cadangkan untuk Nervhous buat kompilasi band kawan-kawan cover lagu pop 80an. Bila namanya, lagu pop (asal dari perkataan popular)...semestinya lirik banyak jiwang. 2 band dapat carik lagu yang berlirikan agak political iaitu Killing Steward dengan Basikal Tua, dan The Liberals dengan Penganggur. 2-2 nyanyian asal Sudirman. Yeah, Sudirman jugak ada berlakon satu citer yang sangat political struggle kelas bawahan dalam filem 'Kami'.

Dum Dum Tak masih pening taktahu nak cover lagu apa, kerana kebanyakan lagu 80'an yang lirik agak bes tentang perjuangan adalah dalam genre rock. Kami cuba limitkan lagu rock, hanya 2 band yang rekod lagu rock...iaitu Skunkfix-Masih Terasa dan Cock Say Cock Dung-Suratan Takdir. 2-2 lagu ni dendangan asal kumpulan Gersang.

Ni antara band-band lain dengan lagu masing2 yang aku ingat:-

Half-Asleep -Sinaran (Sheila Majid)
Stick No Bill -Hanya di Radio (Headwind)
Sally Faerie -Dendang Remaja (Fauziah Ahmad Daud, ost Ali Setan)
Soul Savior -Lagu tak glemer dari Alleycats
The Goodnite Goodies -Khatulistiwa (Blues Gang)
Always Last -Persamaan (Freedom)
679 -Chow Kit Road (Sudirman)
Toxictoy -aku lupe lagu sape...tapi dah rekod...
TIM - Dia (Sheila Majid) -dia yang first siap record!!!

Antara yang dah siap rekod...memang bes aku dengar!!! Watch Out yach!

Ada lagi ke ek? Dum Dum Tak tak tahu lagi lagu ape tapi samada Ekspres Rakyat (Kembara) atau Mulanya di Sini (Freedom)...

(Tapi lagu Ekspres Rakyat tu lirik dia ade berbaur Nationalist dan Seksis sikit -tanah air ku, dara...)

Ok, pasal tajuk kompilasi ni yang dicadangkan Amert adalah 3 chords goes 80's. Tapi aku rasa tajuk tu salah. Walaupun nama tu diambik dari kompilasi Fearless Records, Punk Goes 80's...

'Punk goes 80's' bermaksud budak-budak punk yang kembali ke zaman 80an dan cover lagu2 80an...jadi itu memang betol! Tapi kalau 3 chords goes 80's, 3 chords bunyinya lebih kepada lagu-lagu punk...jadi macam lagu2 punk yang di80an kan...so tajuk yang lebih sesuai adalah...80's goes 3 chords...

Sememangnya aku tak sabar tunggu kompilasi ni keluar. Dulu masa mula-mula Amert cadangkan aku pikir takde sape nak beli kompilasi ni. Pastu aku pikir, sebenarnya bagus idea ni sebab nak buktikan bahawa so-called punk rockers bukannya serious 24 jam. Ada masa dan ruang untuk have fun...! Yeah!!! Life is of course about fun...Ada antara band-band ni memang dah slalu cover lagu yang mereka bakal rekod tu macam Sally Faerie ngan Cock Say Cock Dung...

Aku rasa Amert dapat idea ni lepas main gig tajuk 'The Undercover'. Gig tu awal tahun lepas, semua band-band yang main kena main lagu cover aje, takleh main lagu sendiri...antara yang aku sangat ingat adalah...

The Mindless Show cover lagu XPDC!
Second Combat cover lagu dangdut, Penasaran! dengan Aca Straight Answer nyanyi!! Kah Kah!
Apis Sarjan Hassan main lagu Apo Nak Dikato Blues Gang dan Abeit G Ade!
Gasoline Grenade main lagu Gersang, Suratan Takdir...




Lagu 90an bes...kah kah kah...

Layan emo

Fictitous Bands in Movies

Kesinambungan dari entri "Perjuangan Music dalam Movies"...Ini disenaraikan nama-nama band rekaan yang diwujudkan untuk memenuhi jalan cerita dalam filem wayang...

That Thing You Do -The Wonders
Rock Star -Steel Dragon
Back to the Future -The Pinheads
Joe's Apartment -Shit
Josie and The Pussycats -Josie and The Pussycats
Bill and Ted Excellent Adventure -Wild Stallions
The Rocker -A.D.D, Vesuvius
Rock -Rimba Bara
Yes Man -Proxy
School of Rock-School of Rock
Pink Slip -Freaky Friday

Kepada anda yang ada nama-nama lain, sila-silalah yer...

Friday, March 6, 2009

Back To The Future lagi...ngeh ngeh...

Perjuangan Music dalam Movies...

"Kalau Abang main band aje, kita boleh kahwin tak??" -Zack dalam film Rock



Aku suke sgt tgk movies yg ade sangkut paut ngn music, contoh mcm...Bil and Ted Excellent Adventures, Young Einstein, Joe's Apartment, School of Rock, Rock Star, Josie and the Pussycats, That Thing You do, Pick of Destiny, Empire Records and yang tempatan macam...Rock. kah kah kah...Mamat Khalid you're the man!

(Nama pelakon ni Yahoo Serious, errr...)

Banyak cerita kat atas tu pasal perjuangan sebuah band atau perjuangan muzik...Struggle beb!

Movie Almost Famous ni tak best sangat tapi lagu-lagu dalam die bes...

Minggu ni aku plan nak tgk The Rocker...Azri Rotten cakap lawak...DVD Pirate rules babehhh.

Rina dear, bile nak download Garasi?? I beli DVD la kay???

Sape-sape ade movies nak rekemen aku tgk...silalah...tp kalo korang bg pinjam atau bagi file kat aku lagi bagus...............ehehhee.................




Nizang's Poll 2008

Best New Act
Always Last
The Pips
Toxictoy



Comeback of the Year
Dull Entertainment Programme
Relationsheep
Enslaved Chaos



Best Video
Kawan-Plague of Happiness

Best Documentary
10 Tahun Sebelum Merdeka by Fahmi Reza
Marjinal dan Taring Babi

Best Event

3 Chords and the Truth



Best Tour
Kawan tour

Best Reissue Release
Skunkfix-The First Two Demos
DEP-This One's Forever

Sunday, March 1, 2009

Artwork mase diploma (pointilism)


Heh...semua tak caya aku yg buat artwork ni...takpe ler...aku sedar aku sape...keh keh keh...