Thursday, December 24, 2009

sham 69 in Kuala Lumpur??



Lepas satu-satu band lama/oversea nak dtg jenguk tempat kita ni. Ni tahun depan Strike Anywhere confirm main kat KL.

Aku dengar pulak The Vibrators nak main gak kat KL tapi rasanya tak ramai sangat ikut The Vibrators ni. Tapi Sham 69?? Aku suka gila band ni dengar kaset dubbing kawan kakak aku zaman sekolah dulu. Pastu band Strict Tease selalu jamming lagu2 Sham 69,...tunggu dan lihat!

Monday, December 21, 2009

rebiu filem: Punk in Love (2009)



Tah pape jugak filem ni namun aku kagum ada filem macam ni keluar dari Indonesia. Permandangan-permandangan sebenar beberapa daerah negara ni dapat dilihat sepanjang filem ni. Lawak-lawak yang dibuat-buat dan ada yang melampau.

Yang menariknya hampir keseluruhan lagu dalam filem ini adalah dari Marjinal. Beberapa kali berkumandang lagu "Cinta Pembodohan part 2".

Cerita mengenai Arok yang mengembara dari Malang ke Jakarta bersama 3 orang rakan punk rockers untuk menghalang perkahwinan girlfriendnya, Maia.

Ok, ape-apehal korang cek it out je. Berbaloi gak.

Ni aku dapat dari review dalam blog Aniq:

Trailer:
http://www.youtube.com/watch?v=UrCjJKL-mjI

Download:
http://www.filestube.com/51baad29bff48e8f03ea,g/Indonesian-Movie-Punk-in-Love-2009-DvDrip-eDkUn-eRiKa.html

Wednesday, December 16, 2009

beli, baca.



Buku dari srikandi pejuang kemerdekaan ni sangat senang dibaca, mudah dan cepat aku habis pembacaannya walaupun aku matapelajaran sejarah memang FAIL. Memang bagus untuk dibaca terutama mereka yg percaya bulat2 buku teks sejarah sekolah dan filem Bukit Kepong.

Sunday, December 13, 2009

rebiu laguan dan zine utk zine ASID



The Pips ‘Tug Of War’ CD (Knot Records)


Album sulung dari kugiran folk punk dengan sentuhan blues dari ibukota ini memuatkan 8 lagu-laguan sarat kritik sosial politikal dan juga emansipasi wanita. Lirik berani dan pedas yang dilagukan oleh mereka termasuk sebuah mengenai nasib Altantuya Sharibu dengan tajuk ‘Ashes In The Wind’. Dalam lagu ‘Change’ pula mereka meluahkan perasaan mereka dan kita sebagai rakyat yang ingikan perubahan pada system politik kini yang tidak adil, hipokrit, dan merompak harta rakyat. Mereka turut merakam semula sebuah lagu dari Marjinal (Jakarta) iaitu ‘Hukum Rimba’ yang mempersoalkan undang-undang yang menghukum perompak-perompak kecil walhal perompak-perompak besar dibiarkan bermaharajalela tanpa hukuman. Lagu-lagu lain yang turut terdapat dalam album ini adalah 'Dungeon', 'Blasphemous', 'Getaway', 'Introvert Whore' dan 'Perempuan Merdeka'.


thepipsters@gmail.com

http://myspace.com/thepips666



Always Last ‘Antidote’ CD (Nervhous/Pissart/Embrace Records)


Akhirnya, album yang dinanti-nantikan ini berada di tangan aku. Kugiran melodic punk supergroup ini menghadiahkan 15 lagu (dan satu lagu tersembunyi) untuk kali ini. Lagu pertama yang akan menarik perhatian pendengar untuk putaran pertama semestinya lagu catchy di track ke-6, berjudul ‘Jom Layan Punk’. Lirik banyak menyentuh tentang perubahan system authority, perang yang tak sudah-sudah, perihal scene punk, setiakawan, dan juga lagu patah hati. Lagu-lagu lain yang yang menjadi pilihan aku adalah ‘To Be True Is A Lie’, ‘Tulip’, ‘Good Friend Of Mine’, ‘Comforting Asses’ dan ‘Aaina Kameilia’. Muzik yang ditampilkan di sini bukan sahaja melodic punk, tetapi juga poppunk, hardcore dan juga indie.


wearealwayslast@gmail.com

http://wearealwayslast.blogspot.com



Pusher ‘Our Beloved City of the Dead’ CD (Knot Records)

Kugiran yang tak perlu diperkenalkan lagi asal Shah Alam kembali lagi dengan lagu-lagu punk rock tendang punggung. Lagu pilihan penulis adalah ‘Radio On Fire’, ‘Bring Em’ Back’ dan juga lagu cover dari ART, ‘Stop The Madness’. Lagu pembukaan dan penutup yang agak berlainan dengan gabungan bunyian-buyian samples yang bingit. Seperti biasa punk rock bawaan Pusher dipengaruhi elemen skapunk dan dub dan ada juga yang kedengaran seperti folk-punk. Mereka juga merakam kembali lagu ‘Stop The Madness’ lagu asal oleh kugiran A.R.T tetapi dengan lirik dan cara mereka sendiri. Ini merupakan antara album punk rock yang sangat baik untuk menutup tahun 2009.

knot_records@yahoo.com

thericecookershop.com/knot



Toxictoy ‘Amazingly Realistic Puke!’ CD (Nervhous Records)


Ini pula kugiran poppunk asal Padang Piol, Jerantut dengan buah tangan kedua setelah mengeluarkan e.p pertama mereka awal tahun 2008 lalu. Lagu-lagu dalam e.p ini sungguh catchy, tidak hairanlah ramai yang hafal lirik mereka dan turut sama beryanyi ketika mereka beraksi di pentas. Lirik-lirik yang diketengahkan adalah cerita-cerita tentang soal kehidupan, penyesalan, nasib badan, dendam dan lain-lain. Ada juga lirik yang digarap dari pengalaman peribadi penulis. 7 lagu poppunk dengan sentuhan kuat dari kugiran-kugiran dari negara matahari terbit.


http://myspace.com/toxictoypiol



Never Found/Molotov Cocktail ‘Solidarity Split’ CDR (Corerockmoon)

Keluaran split ini menampilkan dua kugiran melodic punk dari dua buah negara. Never Found dari Malaysia dan Molotov Cocktail dari Jakarta, Indonesia. Never Found menyuntik mesej lirikal seperti anti-perang, setiakawan, politikus yang menipu, menyalahguna wang rakyat dan menindas, gila pangkat, sanggup menggadai maruah Negara dan bangsa, media massa yang turut sama bersubahat, dan lain-lain. Mereka menyumbang tujuh lagu dalam split ini. Lagu yang menarik perhatian adalah ‘Penipu’ dan ‘Tanpamu Kawan’. Molotov Cocktail dari Jakarta pula datang dengan lapan lagu melodic punk pantas yang laju rata-rata lagu berbahasa ibunda mereka. Lagu pilihan penulis adalah ‘Topeng Demokrasi’ dan ‘Lawan Kapitalism’. Mesej mereka termasuk menolak korupsi, politikus rakus, politik wang, nasib rakyat yang merantau untuk cari rezeki, menentang kapitalis dan lain-lain.

http://www.myspace.com/nothingfree09

http://www.myspace.com/molotovcocktailjakarta



The Needles ‘Nobody Rules Anybody’ CDR (keluaran sendiri)


Yeah, kugiran pop punk ala Ramones dari Ampang ni kembali dengan keluaran baru kali ini dengan tujuh lagu. Tiga lagu dari demo terdahulu ‘Rock N Roll My Soul’, ‘She’ll Die on Halloween’ dan ‘Emma’ juga disertakan disamping empat lagu mereka. Trek pembuka ‘Nobody Rules Anybody’ memang catchy dan seronok dinyanyi beramai-ramai dan buat penulis menggila sebentar semasa mereka bermain di gig ‘We're Dragging You Down Under’ sikit masa dulu. Lagu baru mereka ‘Phinea’s Skull’ berentak lebih pantas dan garang. Apa yang mengagumkan saya tentang The Needles adalah kugiran dengan ahli-ahli muda lengkap berjaket kulit terdiri dua orang pelajar tingkatan dua, dan seorang lagi darjah enam! Mereka mengeluar dan mengedar sendiri CD ini dan turut membuat gig sendiri untuk mempromosikan keluaran-keluaran mereka, salute! Patut diberi perhatian.

theneedles08@yahoo.com

http://theneedles.blogspot.com



Conscious Number Three zine

Keluaran ketiga zine Conscious ini agak berlainan dengan isu sebelumnya. Ia memaparkan kisah-kisah benar dari hidup editornya, Ben. Isu ini amat menyentuh perasaan dengan cerita peribadi yang dikongsi dengan pembaca yang rata-rata menyayat hati. Ini bukan emo, inilah reality kehidupan. Semua orang ada kisah hidup masing-masing dan ini adalah hidup Ben. Antaranya adalah mengenai ketahuan wujudnya abang kandung dan hasrat untuk mengelilingi negara untuk menjejak beliau walaupun tak tahu nama atau apa-apa maklumat langsung tentang beliau. Ada juga penulisan tentang diserang polis dan disumbat dalam lokap pada malam tahun baru tanpa berbuat salah. Isu ini adalah mungkin isu terakhir yang Ben buat di Setapak kerana dia terpaksa berpindah. Kisah kenapa dia terpaksa berpindah turut diceritakan dan luahan perasaan sedih dan sayangnya pada tempat dia membesar itu turut dimuatkan. Isu ini merupakan ‘personal zine’ kegemaran penulis selepas zine ‘Common People’ dikeluarkan sedekad lalu.

sacredletters@gmail.com



Hitam Putih Funzine #1 zine

Ini pula zine yang membuat aku berdekah-dekah ketawa seorang diri macam orang hilang akal. Aku rasakan lawaknya jujur dan tidak dibuat-buat. Zine ini dibuat oleh Farid yang berpusat di Kota Bharu dan masih bersekolah di tingkatan lima. Ada cerita tentang dunia persekolahan dan perhimpunan yang membosankan, protes melawan ISA, Pekida. Turut dimuatkan temuramah dengan editor zine Last Kiss dan Acyd editor zine Ranjau Di Jalanan serta beberapa ulasan zine tempatan. Punk rock bukanlah serious 24 jam, yeah!

xrantarox1992@yahoo.com

Sunday, December 6, 2009

tunang doh :)



acara yg diplan last minit tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar. sori kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang tak dijemput. acara kecil-kecilan saja. terima kasih pada yang hadir walaupun diajak melalui telefon pada pukul 12 malam.

selambe redah. baru rock. haha.

Monday, November 23, 2009

icon #2: Ian Mackaye



I'm a person just like you
But I've got better things to do
Than sit around and fuck my head
Hang out with the living dead
Snort white shit up my nose
Pass out at the shows
I don't even think about speed
That's something I just don't need

I've got the straight edge

I'm a person just like you
But I've got better things to do
Than sit around and smoke dope
'Cause I know I can cope
Laugh at the thought of eating ludes
Laugh at the thought of sniffing glue
Always gonna keep in touch
Never want to use a crutch

I've got the straight edge

APA ADA PADA NAMA ?

Ni aku tulis untuk zine Aniq (kalau tak silap) masa cuti raya tahun 2007. Masa tu ada yang mempertikaikan aku ni cakap je punk, tapi tak dressing punk dan tak lepak dengan budak-budak. Aku terjumpa dalam email aku, dan aku ejas-ejas sikit untuk dimuatkan dalam buku punk rock.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Sebenarnya aku cadang tak mau buat pun ape-ape acara berkaitan punk rock untuk musim raya tahun 2007 sebab aku selalu sibuk dengan hal keluarga time-time macam ni. Aku pun suruh la beberapa orang rakan buat jam session untuk raya ini. Tapi macam-macam pulak alasan. Aku tengok macam tak nampak jalan. Tapi atas pertanyaan dua-tiga band, dan ada juga yang beria-ia suruh aku buat, aku pun buat jugaklah.


Tapi, aku buat lambat sikit iaitu pada raya ke-5 berbanding tahun lepas di raya ke-3. Memang agak lewat dan mungkin dah ramai yang balik ke tempat masing-masing untuk bertugas. Aku buat hanya semata-mata untuk memeriahkan dan untuk berkumpul dan 'bertemu-mata' dengan kawan-kawan lama dan baru. Apatah lagi pada musim perayaan macam ni kan.


Lagi satu sebab, ialah minat. Kalau tiada minat yang mendalam terhadap bende alah punk rock ni, siapa nak buat ape-ape aktiviti macam ni? Untung ringgit bukannya ada, risiko untuk rugi je yang tinggi.


Memang tak pernah terlintas langsung aku nak organize apa-apa event di sini atau di mana-mana pun untuk mendapat nama atau penghargaan mahupun dipandang tinggi oleh siapa-siapa. Aku buat jam session Nasik Dagang Raya Jam tahun 2006 pun sebab aku rasa scene di Terengganu dah lama senyap tanpa aktiviti bersama walhal band bercambah banyak.


Yalah, aku gelar diri aku punk. Tapi tak dress-up macam punk pun. Kalau mung kata tak dressing macam punk tu bukan punk. Habis, Ian Mackaye, Henry Rollins, Greg Greffin tu apa? Bagi aku mereka-mereka ni tersangatlah punk rock. Sekadar beberapa nama, ramai lagi di luar sana yang punk rock tapi tak berjaket, berambut Jamaica, tak berbesi tajam dan lain-lain.


Aku tahu, sesetengah budak-budak punk memperjuangkan 'the fashion side of punk'. Aku hormat perjuangan kau, itu hak kau. Itu cara kau. Bagi kau, definisi punk kena berpakaian macam punk. Ada pulak yang perjuangkan punk kena lepak dengan budak-budak punk tiap sabtu kat bus stand. Fine, itu part diorang. Itu sumbangan kau untuk scene punk tempatan. Aku respect kau punye sumbangan. Maybe boleh sampaikan knowledge yang kau ada pada budak-budak punk yang baru nak belajar. Tapi kesemua itu TIDAK wajib bagi aku untuk menjadi punk.


Apa kata kita buat part masing-masing. Tak payah la kita bersaing-saing dalam scene hardcore punk kecil macam kita ni. Kalau nak bersaing, baik masuk muzik-muzik ke Akademi Fantasia ke. Semua orang ada tempat dalam scene hardcore punk ni. Kita buat apa yang kita rasa patut untuk memeriahkan dan menaikkan scene tanpa ada rasa nak nama atau nak saing-bersaing.


Ini cara aku, yang aku rasa patut untuk disumbangkan untuk scene tempatan. Menulis untuk punk fanzine, buat acara kecil-kecilan (takde modal nak buat gig besar) dan jugak mengedarkan hasil rakaman band kawan-kawan (tu pun kalau ade duit). Aku buat ni semua pun sebab aku minat gila dengan hardcore punk, band-band tempatan dan aku rasa mereka mempunyai potensi dan patut diberi galakan untuk pergi lebih jauh.


Punk dah wujud sejak akhir 70an dan definisi punk adalah berbeza untuk setiap orang. Ia sudah berevolusi dan ia tidak patut static seperti di awal kewujudannya. Ideologi punk adalah hasil ciptaan manusia jadi sudah tentu ia tidak sempurna. Jadi, kita sebagai seorang manusia yang ada otak dan sekolah tinggi-tinggi mestilah memperelokkannya ke tahap maksima. Kita duk kat Malaysia bukan UK atau America. Kita buatlah guna acuan kita.


Oklah aku rasa sampai sini dulu tulisan aku untuk kali ini. Jika ada yang hendak memberi maklumbalas tentang tulisan ini, bolehlah kontek aku di alamat email yang tertera di atas. Terima kasih. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, November 10, 2009

Laskar Pelangi (SEMANGAT TERUS!)

Aku give-up follow scene music indo-pop lama dah. Nidji memang aku tak pernah layan sebelum ni. Tapi lagu Laskar Pelangi ni, aku tertengok masa kat Anugerah Planet Muzik beberapa bulan dulu kat TV. Lagu dan lirik memang terbaik. Memang bagi aku goosebumps, menaikkan bulu roma aku macam dengar lirik Marjinal.


Ramai kawan aku duk rekemen aku tengok filem Laskar Pelangi. Aku try 'riki' DVD tapi tak jumpe. Youtube kat opis baru boleh access balik setelah lama kene block. Boleh la aku start tengok...(ceh, kerja malas).


Ni video live kat APM tu...







Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

Monday, November 9, 2009

Blind -Face to Face lyrics

What if I'm right and you are wrong?
What if you knew it all along?
What if I figured out that I did not belong?

What if it always bothered me?
What if I never did believe?
Would it be wrong if I decided I should leave?

If I pretended I was blind
And struck it from my mind
Would it still be there?
What if I'd do anything to make it seem all right
It's all right

What if it's all inside my head?
What if those words were never said?
Would it be easier if I could just forget?

What if I didn't run away?
Could it be any other way?
Would it be wrong if I decided I should stay?

Speaking of Spekong

Samir and I always talked about this female photographer for Sandwich Skatezine and Revolution Skate Magazine earlier issues. She used the nick name Spekong. During my forth semester, Spekong was my photography lecturer.

After the first photography class ended, I went to the front and asked, “Miss, are you Spekong?”


It was really her. Unfortunately I changed course the week after that.


Sunday, November 8, 2009

icon #1: Greg Graffin


G

Punk Rock Song -Bad Religion

Have you been to the desert?
Have you walked with the dead?
There's a hundred thousand children being killed for their bread

And the figures don't lie, they speak of human disease
But we do what we want and we think what we please

Have you lived the experience?
Have you witnessed the plague?
People making babies sometimes just to escape
In this land of competition the compassion is gone
Yet we ignore the needy and we keep pushing on
We keep pushing on

This is just a punk rock song
Written for the people who can see something's wrong
Like ants in a colony we do our share
But there's so many other fuckin' insects out there
And this is just a punk, rock, song!

Have you visited the graveyard?
Have you swam in the shit?
The party conventions and the real politic
The faces always different, the rhetoric the same
But we swallow it all, and we see nothing change
Nothing has changed...

This is just a punk rock song
Written for the people who can see something's wrong
Like workers in a factory we do our share
But there's so many other fuckin' robots out there
And this is just a punk, rock, song!

10 million dollars on a losing campaign
20 million starving and writhing in pain
Big strong people unwilling to give
Small in vision and perspective
One in five kids below the poverty line
One population runnin' out of time, running out of time!

This is just a punk rock song
Written for the people who can see something's wrong
Like ants in a colony we do our share
But there's so many other fuckin' insects out there
And this is just a punk, rock, song!

The figures don't lie, they speak of human disease
But we do what we want and we think what we please
One in five kids below the poverty line
One population runnin' out of time!
This is just a punk rock song,
This is just a punk rock song,
This is just a punk, rock, song!

Wednesday, November 4, 2009

errr...



Apa nak jawap bila dapat persoalan-persoalan macam ni?
--------------------------------------------------
X: Kamu kerja jawatan ape kat Nervhous Records? Saye nak tanye sikit pasal company ni untuk projek web Sintok Online.
--------------------------------------------------
Y: Oh, Nervhous Records, ofis korang dekat TTDI ek? Memang bnyk company kat situ dulu saya selalu dapat card dari company2 kat situ.
-------------------------------------------------
Z: Encik, saya nak buat praktikal kat Pissart Records, macam mane nak apply?
-------------------------------------------------
dush!

Sunday, October 25, 2009

Friday, October 23, 2009

ode to galeri studio.






i heard the studio is no more? nak jamming mane malam ni?

Malam ni plan nak jamming, tapi studio yang selalu kami jam tu dengar kata dah tutup...

Studio yang bertempat bertentangan dengan Ampang Point ni menjadik pot lepak kental aku dan kawan-kawan beberapa tahun kebelakangan ni. Mungkin, pot ni lah yang memulakan aktiviti lepak kental untuk aku sendiri. Lepak dari malam pukul 9-10 sampai 2-3 pagi bawak ke subuh hari.

Tapi aku tak minat sangat aktiviti lepak kental ni. Stamina aku tak kuat. Tido lagi bes. Apa yang pasti, aku akan merindui tempat ni, kedai awek, kedai mamak mi'raj dan lepak atas bukit tengok permandangan KL di pagi hari.

Tuesday, October 13, 2009

the secret song from always last's antidotes

Yeah baby, Always Last just released their debut album. On the last track, there's a hidden track called 'the secret song' I think. It sounds like a song by Rivers Cuomo from Weezer and it's acoustic. It'll touch your heart so much and make you think about your past memories. Please please don't miss this hidden track in this must-listen album...!



Missing you

Can’t get you out of me

And I felt so wrong

If I could have met u somewhere else

I would like to say

For you, I’ll never call your phone

For you, I’ll slowly let u go

In my heart I felt so tired

So I wrote this song

In my heart I felt so empty

Only you only you

Would make me feel free

Dreamt of you

Can’t get you out of me

And I felt so wrong

Even if your heart would let me in

I will let you go

In our secret song

In our secret song



Wednesday, October 7, 2009

parah terbarai terburai



This movie is not worth any amount of your pocket money. It's so boring, the whole row in front of me just left half-way through out the movie. Promotion gila babi tapi jalan cerita memang haprak, harap efek je lebih.

Saturday, October 3, 2009

The Let's Go

Haritu Awang ade suruh aku tulis lirik untuk lagu band baru dia, the Let's Go. Semalam bassist dia, Rahimie email kat aku lagu tu yang dah record lame, tapi baru ambik. Lagu tu akan dimasukkan dalam kompilasi Bollok Wok vol. 4 keluaran Core Rock Moon Records. Ni lirik dia, hahahah!!

Ego will eat your brain up
Left alone in the dark
Caged rat suicide
Pointless journey you will walk

We're all the same but
Hair colors and different names
Open up your little heart
Shake your hands as a start

Dollar signs mean nothing
Go to thrash your bling
With your nose up high
Darkened heart say goodbye

demam BUZZCOCKS!!!

Awal November band otai DIY punk rocker akan beraksi di Kuala Lumpur dan aku dah demam ni. Tak sabar menunggu atuk-atuk punk ni...







Friday, September 25, 2009

wackiest/coolest band names in Malaysia

in no particular order:

1) Cookie Monster
2) Kuswadinata
3) Kuchalana
4) Kasih Sayang
5) Cock Say Cock Dung
6) Dull Entertainment Programme
7) G7 (Glepo Geli Geli Gelemang Geding Geding Gala)
8) DPSA (Dok Paka Sikik Aghang)
9) Sumbang
10) The Farouks
11) Tayar Soton
12) Onani
13) Mambang Laut
14) Dosa
15) Kurasa Kuasa
16) Naga Berapi
17) Sampah Masyarakat
18) Makhlok Perosak
19) Chenta Tiada Restu
20) Osman Tikos
21) Perek Kasi Gerek
22) Wrong Gang (Ronggeng)
23) Dum Dum Tak
24) Rengkung Terkeluaq


25) Zeue

26) Pintu Rintangan Api
27) Mati Katak
28) Langgar Lari
29) Dakootyroaches
30) Jalan Sehala
31) Brainhead (Kepala Otak)



...suggest more!

wackiest bands name ever

dari oddee.com

Sunday, August 30, 2009

NASIK DAGANG RAYA JAM KEMBALI

Tahun 2006 dulu aku ade buat gig kat kampung aku time Raya. Aku bagi nama gig tu Nasik Dagang Raya Jamm pt. 1. Joe Kidd ade dtg main sebagai Sumbang. Pastu 2007 aku buat lagi Nasik Dagang Raya pt. 2 pulak. Tahun lepas member aku Carin buat Nasik Dagang Raya Jam pt.3. Tahun ni ade lg org sambung buat Nasik Dagang Raya...bagus2. Aku terharu sbb diorang masih pakai nama gig tu...ehhehe...datang ler gig ni. Bawak sekali RM65 ya!

Tuesday, August 25, 2009

langkah jika berlaku kebakaran



Aku dah tahu akan wujudnya filem ni zaman awal 2000an dulu. Tapi aku tak pernah berpeluang menontonnya. Beberapa bulan lepas aku dapat beli VCDnya dan semalam aku baru berpeluang menontonnya. Ternyata, filem ni antara filem terbaik pernah aku tonton.

Filem yang sangat punk rock, anarkis, burn the state, kill the khinzir. Lagu-lagu dalam filem mengingatkan aku pada band Petrograd, poppunk bahasa asing yang sungguh bes dan menaikkkan semangat.

Mengisahkan pasal sekumpulan anarkis punk rockers yang squatting dan buat filem. Mereka merakam perbuatan mereka membuat bom dan meletaknya di sebuah bangunan. Bom itu tidak meletup, dan bangunan itu ditinggalkan. Selepas lebih sepuluh tahun, baru bom tu meletup dan terkena 2 orang awam. Polis mengesyaki bom itu angkara terrorists dan berjaya mendapatkan filem asal yang anarkis-anarkis tersebut telah rakam.

Hanya 2 antara anarkis itu masih squatting dan hidup macam muda-muda dulu. Masih bergantung kepada mencuri dari syarikat perniagaan besar untuk hidup. Yang selebihnya, 4 orang lagi dah boleh dikatakan 'jaded' dan 3 antara mereka hidup kaya-raya mempunyai syarikat gergasi sendiri, naik mercedes, beranak 2, dan menjadi pematuh undang-undang yang tegar.

So, apa terjadi lepas tu? Carik movie ni. Cun. Aku ni mmg lembap sket bab-bab movie, dah dekat 10 tahun lepas release aku baru nak tengok, bedallah.

Ni aku sertakan satu lirik lagu dalam movie ni ketika kumpulan ini mengecapi keseronokan. Antara part klimaks filem ni.

A heart thats full up like a landfill,
A job that slowly kills you,
Bruises that wont heal
You were so tired, happy,
Bring down the government,
They dont, they dont speak for her
Ill take the quiet life, a handshake of carbon monoxide

No alarms and no surprises, no alarms and no surprises
No alarms and no surprises
Silent, silent
This is my final fit, my final bellyache with
No alarms and no surprises, no alarms and no surprises
No alarms and no surprises, please

Such a pretty house, such a pretty garden
No alarms and no surprises, no alarms and no surprises
No alarms and no surprises, please

Monday, August 24, 2009

Buah Tangan untuk RAYA: projek jahanam lagu orang



Semalam aku hantar print booklet kompilasi ni. Senandung Pawer-Kord. Aku bajet time raya ni ia bakal menemui peminat-peminat di luar sana. Nantikan dengan penuh debaran bagaimana lagu Shila Majid di Dustboxkan, lagu Aishah di 'japanese poppunk'-kan, Lagu 'Basikal Tua' di Rancidkan, Lagu 'Penganggur' di-Casualties-kan, Hanya Di Radio di Kemuri-kan, Lagu Chow Kitt Road di Bad Religion-kan, Lagu Fauziah Ahmad Daud diWeezer-kan dan lagu M. Nasir yang balada mendayu dihardcorekan...



P/S: Bagus sungguh punk ni. Anak sape agaknya. Pakai boots dalam rumah tapi tidak melupakan ibadat 5 kali sehari semalam. Note the sejadah.

Sunday, August 16, 2009









Sapalah agaknya cipta stoking berjari ni. Aku ada beli satu baru-baru ni. Ternyata kurang sesuai untuk orang yang macam aku selalu terkejar ke sana ke mari. Heh. Hanya untuk orang yang bersabar setiap masa.

Tuesday, August 4, 2009

Sedutan Temuramah oleh zine Conscious

Kita sudah biasa pergi ke gig, tapi adakah kau rasa satu pesta zine lebih seronok? Kenapa jarang orang membuat pesta zine pada pendapat kau?

Aku hanya pernah pegi ke zine fest sebanyak sekali dalam hidup aku iaitu anjuran Papakerma Press yang diadakan di Artport, Shah Alam. Turut diadakan satu sidang borak-borak forum yang dipegerusikan oleh Pudin. Manakala panelnya pula adalah Hishamuddin Rais, Joe Kidd, Zaki dan aku sendiri tapi aku tak cakap apa-apa hahhaha!!! Kita mesti mengadakan lagi pesta zine di bumi Malaysia ni supaya kewujudan scene zine meriah kembali dengan macam-macam jenis zine bukan sahaja zine hardcore punk! Yeah!


Kenapa jarang orang buat pesta zine, aku tiada jawapan untuk persoalanmu itu. Tahun lepas, Talib dari zine Prasasti Hujung Langit ada merancang untuk membuat pesta zine di Annexe, tapi tiada tenaga sokongan dari pihak lain lalu projek tersebut terus lenyap. Acara seperti ini memerlukan sokongan dari banyak pihak kerana ia perlu dijadikan acara percuma. Jika berbayar, sape mahu datang? Sekaligus tempat yang mengenakan sewa yang murah atau percuma diperlukan. Aku rasa tu antara masalah utama ia tidak diadakan.


Jadi kita kena cari solusi, seperti buat zine fest bersama-sama gig mungkin dengan bayaran tiket yang minimal ataupun mencari sesuatu bentuk hiburan yang boleh menarik ramai untuk dating dan sanggup membayar tiket yang berharga minimal untuk pergi ke zine fest. Perlu diingatkan, pesta zine perlu dibuat seperti pesta buku; zine-zine boleh dibeli dan dibaca di tempat kejadian.

Sunday, August 2, 2009

Terima Kasih


Terima Kasih di atas gas pemedih mata percuma untuk semua. Kanak-kanak dan orang awam sangat menyanyangi kamu semua.

Tuesday, July 28, 2009

dari terengganu ke johor bharu



Ni gambar time 2003 masa rombongan Kasih Sayang pergi main gig kat JB. Masa tu band Rai Ko Ris (Nepal) turut beraksi. Kenangan paling cun dan best. Lempu ada tulis pasal perjalanan dan rombongan ni kat blog die beberapa ketika baru ni. Masih ingat ya.

Kalau ditengok kat seluar aku ada pakai rantai, atau bahasa kampungnya, wallet chain. Heh. Lama jugak aku pakai wallet chain ni. Samir (Jellybelly bagi), thanks. Kalau tak silap aku dari tahun 2001/2002 sampai lah tahun 2005 aku pakai wallet chain ni.

Mak aku jadi tak kesah aku pakai wallet chain ni sebab aku ni selalu tercicir wallet. IC pun dah 3 kali hilang. Kalau nak buat lagi, kene angkat sumpah. Heh...Pernah sekali tercicir dalam kapal terbang masa aku sakit dan nak pulang ke Ganu. Hampeh.

Masa buat degree, kat kampus, tahun 2005 kalau tak silap. Aku makan duduk kat kerusi besi. Pastu nak bangun rantai tersangkut kat kerusi besi tu. Selalu sebenarnye terjadi. Kalau kerusi plastic, selalu masuk dalam lubang dan lekat. Tarik-tarik dapat balik. Tapi kali tu, aku cuba-cuba tak dapat gak. Last-last bukak rantai tu tinggal kat kerusi tu.

Lepas pada tu aku dah tak pakai rantai tu. Takleh bayangkan kalau rantai tu tak terlekat kat kerusi tu. Mungkin sampai harini aku pakai!

Gambar ni aku curik dari blog Shabri dari kiri Basri, Sketch Your Brain, Abam, Lempu (duduk), Ujay, Apih, Mat Yie, Shabri...

Monday, July 27, 2009

Semenanjung Registar Now!




Aku terima email dari orang gila ni. Dia paksa aku suruh siarkan iklan dia, so aku siarkanlah.



Hi, apa kabor. Tengah buat benda tu. Korek idung ke? Ni Pokcik Kadir kau bercakap ni. Ni, nak kabor ke deme semua, Sila bagi perhatian.


Pokcik sekarang tengah nak buat satu makalah fanzine yang baru. Fanzine ni dalam BM. Nama dia Semenanjung Registar. Deme dengor dok ni? Maka, pokcik nak mintak contribution dari deme-deme semua untuk menjayakan Fanzine ni. Apa saja yang deme nok tulih, maroh kat bos, maroh kat idup, maroh kat pak cik jual air tebu depan rumoh atau tentang apa saja, sila antor kat Pokcik. kalau deme ni fanzine editor dan ada interview lebih, yang tak tersior, sila bagi kat pakcik. Setiap contribution akan dibayar sebanyak lima juta sorang. (Pasal duit takyah risau-Pokcik baru rompak sebuah bank kat mongolia semalam). So hantorkan coretan anda ke.