Friday, March 15, 2013

Brayok 'Let's Go!' artwork


Album ni masih dalam pembikinan. Rudy sedang himpun pitis. Semua orang akan mati dan masuk kubur,...

Tuesday, March 12, 2013

idea lirik untuk lagu punk 1

Ligat ligat otakmu ligat
Mencari jin, hantu, dan pontianak
Ambil kesempatan pada yang terdesak
Bomoh penipu kau memang lahanat

Jampi serapah kau memang sampah
Mambang air, api, mambang tanah
Kalau sakit sediakanlah pengeras
Ayam hidup untuk jin lapar darah

Sakit dan sembuh tuhan yang kurniakan
Bukan jin, mambang, hantu dan syaitan
Bangkit dan sedarlah kita wahai insan
Perkara syirik ni buang dan lupuskan

Hentikan manipulasi agama
Untuk wang ringgit dan nama
Untuk faedah dunia semata
Untuk membodohkan manusia

Monday, March 4, 2013

Friday, March 1, 2013

TATI-Dungun-KT

Dulu masa menuntut di TATI, Kemaman (sekarang dikenali sebagai TATI-UC), setiap minggu aku pasti balik kampung di Kuala Terengganu yang berjarak kira-kira tiga jam perjalanan bas ekspres (siap ada berhenti sekali).

Biasanya, aku naik bas Thong Aik (Bas Ekspress KT-Kemaman). Kadang-kadang kalau tak beli tiket bas ni, aku balik juga naik bas lompat. Dari Tati, turun di Dungun. Dan dari Dungun, naik bas lain ke Kuala Terengganu. Pernah juga tertinggal bas dan terkandas di Dungun. Bas terakhir kira-kira jam 7.30 (kot!). Kebetulan masa tu, ada seorang lagi pelajar TATI juga yang tertinggal bas. Kami makan kot, sampai tertinggal bas. Aku tak pernah kenal dan berbual pun dengan dia, tapi sebab sama-sama terkandas kami pun berborak. Cari idea nak balik KT bersama. Kami dapat menahan teksi, dalam kepala aku nak suruh drebar teksi tu kejar bas kami, fuh ingat filem Hollywood ke? Tapi drebar bas tak setuju dengan permintaan aku.

Kesudahannya, dia ajak bermalam di rumah saudaranya di Dungun. Naik teksi tadi. Aku lupa nama dia.

Pernah juga aku naik bas dari KL untuk balik ke TATI. Destinasi bas adalah ke Kuala Terenggannu. Aku dah beritahu drebar tu, aku nak berhenti di TATI. Lepas tu aku tidur, bila dah terlajak barulah aku sedar. Bila aku meluru ke depan suruh drebar berhenti, dia marah-marah. Aku dah bagitahu, dan mungkin dia lupa. Dia berhentikan aku di sebuah restoran yang tertutup. Mungkin jam dah pukul 2-3 pagi masa tu.

Aku try rilek-rilek tapi kedai makan ni tepi highway. Keadaan memang gelap, sejuk dan tiada orang langsung. Aku mati akal. Entah apa yang aku fikir, aku nekad. Aku ambil keputusan jalan kaki di highway yang gelap dikelilingi hutan tebal untuk balik ke TATI.

Dalam dua puluh langkah aku berjalan, ada kereta berhenti dan ajak aku tumpang. Tanpa fikir panjang, aku naik. Brother muda. Dia marah dan nampak cemas. Dia cakap aku gila. Di kiri-kanan highway tersebut adalah hutan tebal. Dia cakap mungkin ada harimau atau binatang buas yang lain. Aku diam saja. Aku berterima kasih gila pada brother tu. Tak dapat nak gambarkan perasaan masa tu bila sampai hostel, lega.

Ada satu kisah aku dan dua orang kawan sekelas aku, kami balik KT naik bas lompat beberapa kali. Pernah kami hampir tertinggal bas dari Dungun nak ke KT. Ada seorang lelaki ni yang selalu aku nampak naik bas paling akhir dari Dungun ke KT, jadi aku lega bila nampak dia. Tandanya, bas akhir masih belum bertolak.

Suatu hari lagi, sementara tunggu bas dari Dungun untuk ke KT, kami bertiga dihampiri oleh seorang pakcik berserban dan berbaju melayu. Dia menawarkan untuk membawa kami sampai KT kerana dia pun dalam perjalanan balik KT. Perkhidmatan ini dipanggil 'prebet sapu'. Selepas berbincang, kami pun setuju dengan tambang yang dia tawarkan. Dalam perjalanan, tiba-tiba pakcik ni berkata "Kita berhenti di Masjid Tok Guru kita dulu!".

Kami pandang satu sama lain dalam kehairanan. Kami ikut saja. Rupa-rupanya masjid yang dimaksudkan adalah masjid Tuan Guru Haji Hadi di Rusila, Marang. Solat Maghrib rupanya. Tulisan ini tidak bermotifkan politik. :)